The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Dark Green, Grey and Red Modern Company Project Proposal (1)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Aliyah Maisarah, 2025-03-16 22:20:23

KAHWIN CAMPUR

Dark Green, Grey and Red Modern Company Project Proposal (1)

KKAAHHWWIINN CCAAMMPPUURR DDAANN SSIILLAANNGG BBUUDDAAYYAA MMEEMMBBAAWWAA HHIIDDUUPP YYAANNGG HHAARRMMOONNII EDISI :JANUARI 2022 PESONA PENGANTIN


CARTA ORGANISASI PENYUNTING ALIYAH MAISARAH BINTI SHAMSUDIN 18DHR24F2028 KETUA EDITOR NUUR FARHAH ALYAA BINTI KAMARUL ZAINI 18DHR24F2010 PENASIHAT ZALIHA BINTI MAT ISA PENOLONG KETUA EDITOR FARNAZ BINTI ABDUL MASHOOD 18DHR24F2035 1


KATA ALU-ALUAN 03 PENGENALAN 04 CONTOH PERKAHWINAN CAMPUR 05 CABARAN PERKAHWINAN CAMPUR 06 07 FAKTOR YANG PERLU DIAMBIL SEKIRANYA BERLAKUNYA KAHWIN CAMPUR KELEBIHAN PERKAHWINAN 08 CAMPUR UPACARA DAN TRADISI 09 - 11 KAHWIN CAMPUR 14 SUMBER RUJUKAN DISEBALIK TAKBIR 12 PENUTUP 13 2


Kata Alu - Aluaan Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.Yang dihormati Puan Zaliha Binti Mat Isa dan rakanrakan.Hari ini, kami dengan penuh rasa bangga ingin mempersembahkan majalah Perkahwinan Campur dan SIlang Budaya membawa Hidup yang Harmoni hasil usaha dan kreativiti pasukan kami. Majalah ini bukan sekadar helaian kertas bertulis, tetapi cerminan idea, inspirasi, dan dedikasi yang telah kami curahkan. Kami berharap ia mampu memberi manfaat serta menyuntik semangat kepada semua yang membacanya. Majalah yang meraikan keindahan perkahwinan sebagai jalinan dua Budaya dan Tradisi .Kisah cinta penuh makna , Serta tips perancangan yang praktikal untuk membantu anda merealisasikan hari bahagia yang menggambarkan perpaduan nilai dan keunikan masing - masing . Kami berharap setiap helaian majalah ini menjadi sumber inspirasi dan panduan untuk perjalanan cinta anda yang penuh arti. Dengan itu , tanpa melengahkan masa,izinkan kami memperkenalkan isi kandungan serta keistemewaan majalah ini. Semoga permbentangan ini memberi gambaran yang jelas dan bermanfaat buat semua . Nuur Farhah Alyaa Ketua Editor 3


PENGENALAN Perkahwinan campur perkahwinan antara dua pihak yang berlainan agama , bangsa atau kepercayaan yang berbeza daripada satu sama lain. Perkahwinan campur ini telah dipratikkan lama dalam sejarah Malaysia , masyarakat yang majmuk di Malaysia juga antara kesan daripada perkahwinan campur yang dipratikkan sejak dulu sehingga kini. DISEDIAKAN OLEH : FARNAZ 4


CONTOH PERKAHWINAN CAMPUR MELAYU + BRITISH MELAYU + CINA INDIA + CINA MELAYU + KOREA DISEDIAKAN OLEH: FARNAZ 5


BASIC PACKAGE STANDARD PACKAGE UPACARA DAN TRADISI KAHWIN CAMPUR PERKAHWINAN MELAYU DAN CINA Upacara Minum Teh – Dari tradisi Cina, pasangan akan menyajikan teh kepada ibu bapa dan ahli keluarga yang lebih tua sebagai tanda hormat. Majlis Bersanding – Mengikut adat Melayu, pasangan pengantin akan duduk di atas pelamin sebagai raja sehari. Pakaian Pengantin – Pengantin boleh memilih memakai baju tradisional seperti cheongsam (Cina) dan baju songket (Melayu).Makanan Halal – Jika salah seorang pasangan beragama Islam, makanan yang dihidangkan perlu halal. DISEDIAKAN OLEH: FARNAZ 6


Upacara Akad Nikah Jika pasangan India memeluk Islam, akad nikah akan dijalankan mengikut hukum Islam. PERKAHWINAN INDIA DAN MELAYU Upacara Merenjis Merenjis air mawar kepada pengantin sebagai simbol keberkatan. Upacara Kunyit Dalam budaya India, pasangan akan disapu pes kunyit di badan sebagai lambang penyucian sebelum majlis perkahwinan. Muzik dan Tarian Perkahwinan boleh dihidupkan dengan elemen muzik gamelan (Melayu) dan tarian Bharatanatyam (India). DISEDIAKAN OLEH: FARNAZ 7


PERKAHWINAN INDIA DAN CINA ( CHINDIAN ) Upacara Perarakan Pengantin Pengantin lelaki boleh tiba dengan iringan muzik gendang India atau tarian singa Cina. Upacara Hindu (Thaali) Jika mengikut tradisi India, pengantin lelaki akan mengikat kalung emas (thaali) pada pengantin perempuan sebagai simbol penyatuan. Makan Besar Cina Majlis makan besar bersama ahli keluarga diadakan sebagai simbol kemakmuran. DISEDIAKAN OLEH: FARNAZ 8


Kelebihan perkahwinan Campur Pertukaran Budaya dan Pengayaan Identiti Perkahwinan campur membuka ruang untuk saling berkongsi adat, tradisi, dan bahasa yang berbeza. Pasangan dan keluarga dapat belajar serta menghargai kepelbagaian budaya, yang seterusnya dapat memperkaya identiti masing-masing dan meningkatkan pemahaman terhadap warisan bersama. Dinamik Keluarga yang Kreatif dan Adaptif Gabungan tradisi dan nilai dari kedua-dua belah pihak dapat menghasilkan suasana keluarga yang lebih inovatif dan fleksibel. Anak-anak yang dibesarkan dalam persekitaran perkahwinan campur biasanya memperoleh kelebihan dalam memahami dan menghargai kepelbagaian, sekaligus membentuk daya kreativiti dan kebolehsuaian sosial yang tinggi. Peningkatan Toleransi dan Keterbukaan Minda Dengan hidup bersama dalam lingkungan yang mempunyai latar belakang berbeza, pasangan terdedah kepada perspektif dan nilai yang pelbagai. Ini mendorong mereka untuk lebih toleran, bersikap terbuka, dan mudah menyesuaikan diri dalam masyarakat yang semakin global dan berbilang budaya. NUUR FARHAH ALYAA 12/11/2020 9


Cabaran Perkahwinan Campur Isu Komunikasi dan Bahasa Perbezaan bahasa atau cara berkomunikasi sering kali menjadi punca kepada kekeliruan dan konflik. Cabaran ini memerlukan usaha tambahan dalam komunikasi terbuka agar kedua-dua pihak dapat saling memahami serta menyelesaikan sebarang perbezaan dengan baik. Tekanan Sosial dan Penerimaan Keluarga Perkahwinan campur kadangkala menghadapi tentangan dari keluarga besar atau masyarakat yang lebih mementingkan keaslian budaya. Tekanan ini boleh menjejaskan keharmonian hubungan, terutama jika pasangan tidak dapat mengimbangi antara tradisi masing-masing dan harapan masyarakat. Perbezaan Agama dan Kepercayaan Perkahwinan campur sering kali melibatkan pasangan dengan latar belakang keagamaan yang berbeza. Hal ini boleh menimbulkan isu terutama dalam pembesaran anak, pengurusan upacara keagamaan, serta pengintegrasian amalan ibadah dalam kehidupan seharian. Perbezaan ini memerlukan perbincangan mendalam dan kompromi agar kedua-dua pihak dapat menghormati kepercayaan masing-masing. NUUR FARHAH ALYAA 12/11/2020 10


Faktor Yang Perlu Diambil Sekiranya Berlaku Perkahwinan Campur Keluarga dan Sokongan Sosial Anak-anak dan Pendidikan Mereka - Penerimaan Keluarga: Keluarga masingmasing mungkin mempunyai pandangan yang berbeza mengenai perkahwinan campur. Sokongan keluarga sangat penting dalam menjamin keharmonian hubungan. Jika keluarga tidak menerima perkahwinan ini, ia boleh menimbulkan tekanan kepada pasangan. -Sokongan Komuniti: Selain keluarga, komuniti sosial dan masyarakat juga memainkan peranan penting dalam menerima pasangan yang berlatar belakang berbeza. Pendidikan Anak-anak: Perkahwinan campur sering kali melibatkan anak-anak yang dilahirkan dari hubungan tersebut. Bagaimana pasangan akan mendidik anak-anak mereka, terutama dalam hal agama, bahasa, dan nilainilai budaya, adalah sesuatu yang perlu dipertimbangkan dengan teliti. Perbezaan agama - Agama boleh memainkan peranan penting dalam kehidupan seseorang, terutama dalam perkahwinan. Pasangan perlu berbincang tentang bagaimana mereka akan menangani perbezaan agama dalam kehidupan seharian, termasuk cara beribadah dan mendidik anakanak DISEDIAKAN OLEH: ALIYAH MAISARAH 11


https://online.anyflip.com/dlprl/zkt v/mobile/ https://online.fliphtml5.com/ijnio/gnh m/#p=3 12


Penutup “Kami berharap majalah ini bukan sekadar bahan bacaan, tetapi juga sumber inspirasi dan ilmu yang bermanfaat. Segala kekurangan dalam pembentangan ini amat kami kesali, dan segala teguran serta cadangan amat kami alualukan untuk penambahbaikan pada masa hadapan.” “Sekian sahaja dariptada kami. Terima kasih atas perhatian anda, dan semoga kita semua terus berkongsi ilmu serta kreativiti dalam pelbagai bentuk.” “Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan terima kasih!” 13


DI SEBALIK TAKBIR 14


Click to View FlipBook Version