MPU 23052: SAINS, TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM TAJUK E- FOLIO: TEKNOLOGI DALAM PERUBATAN NAMA PENSYARAH: PN. ARIYANTI BINTI ADNAN NAMA NO. MATRIK NUR AFEE ALLEYA BINTI MOND AFANDI 01DKA22F1004 NUR ANIS ATIERA BINTI MOHD TERMIZI 01DKA22F1036 NURUL AMILIA BINTI ROZALI 01DKA22F1008 NUR FARAH AMIRAH BIIN TI ABDULLAH 01DKA22F1033
PENGENALAN PERUBATAN DALAM ISLAM Perubatan Islam muncul selepas kerasulan Nabi Muhammad s.a.w dan seterusnya berkembang sepanjang abad – abad ketamadunan Islam itu sendiri. Kategori perubatan ini dikenali juga sebagai “Perubatan Arab” . Perubatan ini sebenarnya berkembang di bawah naungan ketamadunan Islam dan merupakan bahagian yang penting dalam sejarah tamadun Islam (zaman kegemilangan empayar Islam pada abad ke 8M –11M ) dan perubatan ini juga turut malap ketika matahari tamadun Islam mula terbenam dan luput dari alam ini. Sebelum kedatangan islam orang – orang Arab tidak mempunyai bidang perubatannya sendiri. Apabila mereka disatukan di bawah pemerintahan Islam mereka telah menjadi kuat . Kuasa Islam terus bertapak di tebing Sungai Indus sehingga ke pergunungan Caucacus, keseluruh Afrika Utara dan Sepanyol Selatan. Baghdad telah menjadi pusat pengajian yang cemerlang. Selepas itu pula akademik – akademik mula di tubuh di Samarkand, Isfahan, dan Damsyik Kurikulumnya terdiri daripada semua displin sains dan falsafah ajaran keagamaan serta sains perubatan . Buku – buku yang digunakan untuk pengajian perubatan pada mulanya berupa terjemahan dari bahasa Yunani. Pada tahun 765M, Khalifah Harun Al Rasyid (763 –809M) mula menubuh dan mengembangkan pusat pengajian di Baghdad. Doktor –doktor mazhab Nestorian dan Sabaen (pemuja bintang ,ahli falak , dan matematik di Harran Mesopotamia ) diterima dengan toleransi oleh Islam dan mereka merterjemah buku – buku teks perubatan terutamanya karya Galen. Kecenderungan umat Islam terhadap ilmu perubatan telah mencipta suatu sejarah baru dalam perkembangan perubatan berasaskan pengenalan yang tepat tentang gejala – gejala “disisi pesakit” Dengan ini ilmu perubatan mula berkembang semula di bawah naungan Islam mengikut ajaran Hippocrates yang berasaskan bahawa pengalaman dan logik itu jauh lebih penting dari apa yang terdapat sebelumnya melalui cara dogmatik dan spekulasi.
TOKOH DALAM PERUBATAN ISLAM Gambar di atas merupakan tokoh perubatan islam yang dikenali sebagai Ibnu Sina. Nama sebenar beliau ialah Abu Ali Hussain Ibnu Abdullah Ibnu sina. Orang barat memanggilnya dengan panggilan Avicenna. Ibnu sina merupakan seorang cendikiawan islam yang memiliki pelbagai bidang ilmu. Antaranya tentang falsafah-falsafah dan perubatan. Sumbangan yang ketara Ibnu Sina dalam bidang perubatan adalah dari segi pengalaman dan kebolehannya untuk mengubat dan juga dalam menghasilkan karya dalam penulisan. Pengaruh Ibnu Sina sebagai seorang failasuf dan doktor perubatan dalam kebudayaan Eropah adalah luas. Buku karangannya al-Qanun Fit-Tibb ( Peraturan Perubatan) terdiri daripada 14 jilid, telah dianggap sebagai himpunan perbendaharaan ilmu perubatan. Terdapat banyak ilmu perubatan moden yang menggunakan ilmu perubatan Ibnu Sina sebagai rujukan. Terutamanya mengenai penggunaan ubat, diagnosis dan pembedahan.
PENGENALAN PERUBATAN DALAM SAINS Perubatan adalah satu cabang sains kesihatan berkenaan diagnosis, rawatan dan pencegahan penyakit. Perubatan merangkumi pelbagai amalan penjagaan kesihatan yang bercambah untuk mengekalkan dan mengembalikan kesihatan melalui pencegahan dan rawatan penyakit-penyakit. Perubatan kontemporari menggunakan sains bioperubatan, kajian bioperubatan, genetik dan teknologi perubatan untuk mendiagnosis, merawat dan mencegah kecederaan dan penyakit. Perubatan telah wujud sejak beribu-beribu tahun, Ketika ia dianggap sebagai seni (sebuah bidang kemahiran dan pengetahuan), dan seringkali berhubung-kait dengan kepercayaan keagamaan dan falsafah sesebuah kebudayaan setempat. Pada abad ini, kebanyakan perubatan telah menjadi gabungan antara seni dan perubatan ( termasuk asasi dan gunaan, di bawah payungan sains perubatan).
PERKEMBANGAN TEKNOLOGI PERUBATAN TERKINI 1. INHALER PINTAR Ia adalah satu alat yang dapat membantu mencari punca penyakit, mengesan penggunaan ubat dan menyediakan ramalan allergen Alat ini sesuai kepada mereka yang menghidap asma,penyakit pulmonari obstruktif kronik (COPD), emphysema dan bronchitis. Sebelum pembuatan inhaler pintar, wujudnya inhaler yang biasa dimana pengguna menggunakan apabila mereka terasa sesak nafas.
2. STEN KORONARI • Alat ini berbentuk tiub. • Ia diletakkan di arteri yang membekalkan darah ke jantung bagi menjaga pembukaan arteri ke dalam jantung. • Stent ini dapat mengurangkan sakit dada, meningkatkan daya tahan hidup dan mengurangkan kejadian buruk pada pesakit jantung. • Sebelum penggunaan sten koronari ubat clot-buster digunakan bagi menangani masalah sakit jantung. Clot buster merupakan ubat yang mampu mencegah kerosakan sakit jantung.
3. Magnetic resonance imaging MRI • Ia merupakan tujuan perubatan yang digunakan dalam radiologi untuk membentuk gambar anatomi dan proses fisiologi badan. • Ia juga digunakan bagi mencari ke abnormal dalam badan seperti tumor, pendarahan, trauma,penyakit salur darah atau jangkitan. • Selain penggunaan MRI ini Mesin Imbasan CT juga digunakan bagi melihat organ, tisu atau tulang dengan jelas. • Mesin MRI ini lebih maju dari Mesin Imbasan CT kerana ia mampu melihat penyakit yang ada di dalam badan.
PRINSIP SYARIAH DALAM PERUBATAN Syariah adalah berasal dari perkataan syarak yang memberi maksud jalan ke arah sumber air atau memberi makna jalan yang lurus [al-Jathiyah : 18] Syariah dari aspek istilah adalah merujuk kepada segala hukum yang disyariatkan oleh Allah swt kepada umat manusia melalui Rasulullah saw. Dipanggil sumber air kerana syariat diperlukan sebagai sumber kehidupan manusia. Air diperlukan untuk terus hidup begitu juga syariat sangat diperlukan untuk menjadi nadi dalam hidup manusia. Manusia akan mati tanpa air, manusia akan sesat tanpa syariat. Kewujudan syariat bukan menyusahkan tetapi dipatuhi bagi kesempurnaan hidup di dunia dan akhirat. Nyawa merupakan ciptaan unik kepada kejadian manusia menjadi keutamaan untuk dipelihara melaksanakan tanggungjawab khalifah. Syariat Islam mengharuskan segala benda yang boleh menyelamatkan nyawa. Dalam waktu yang sama mengharamkan segala sesuatu yang boleh merosakkan nyawa manusia. Islam mengharamkan bahan-bahan yang boleh merosakkan dan membunuh nyawa manusia. Contohnya segala bahan kimia yang boleh membunuh atau merosakkan diri manusia. Dalam waktu yang sama, Islam menggalakkan manusia mengambil sesuatu yang boleh memberikan kesihatan dan kekuatan kepada nyawa manusia. Contohnya dengan mengambil makanan yang halal dan berkhasiat nyawa manusia akan sihat. Begitu juga makanan yang bersifat abstrak seperti zikrullah akan menyihatkan nyawa manusia.
MAQASID SYARIAH DALAM TEKNOLOGI PERUBATAN Memelihara agama Antara tujuan utama bidang perubatan adalah untuk mencegah dan merawat pesakit supaya seluruh manusia secara amnya kekal sihat atau kembali sihat. Badan yang sihat dan kuat akan membawa kepada tertegaknya dengan sempurna ajaran-ajaran Islam serta syiarnya seperti ibadah solat, puasa, zakat, haji, kerja-kerja dakwah, berjihad dan sebagainya. Oleh itu, bidang perubatan merupakan salah satu cara tidak langsung yang boleh membawa kepada pemeliharaan agama. Memelihara nyawa Ikhtiar perubatan secara umum itu sendiri bertujuan untuk memelihara nyawa. Ini termasuklah memakan ubat-ubatan mengikut dos yang ditetapkan untuk merawat pesakit, melakukan pembedahan yang boleh merosakkan sebahagian anggota badan demi menyelamatkan nyawa seperti memotong kaki bagi pesakit kencing manis untuk mengelakkan kuman merebak ke bahagian organ yang boleh mengancam nyawa. Selain itu, sistem latihan yang panjang dan pembelajaran yang sistematik untuk menjadi ahli perubatan seperti doktor perubatan, doktor gigi, ahli farmasi, jururawat dan lain-lain adalah bertujuan untuk melahirkan petugas-petugas dalam bidang perubatan yang berkemahiran tinggi, seterusnya dapat menyelamatkan nyawa. Penggunaan alat-alat perubatan yang sangat mahal dan canggih juga digunakan dalam bidang perubatan walaupun menelan belanja yang tinggi demi untuk menyelamatkan nyawa.
Memelihara keturunan Pemeriksaan berkala bagi ibu-ibu mengandung bermula dari awal kehamilan sehinggalah anak dilahirkan, seterusnya diteruskan dengan program vaksin sehingga suatu tempoh tertentu adalah bertujuan untuk memastikan bayi yang lahir sihat dan bebas daripada sebarang penyakit bagi memelihara keturunan. Keharusan untuk menggunakan kaedah tabung uji bagi mendapatkan anak dengan syarat-syarat tertentu adalah contoh lain bagaimana bidang perubatan memainkan peranan penting dalam membantu untuk memelihara keturunan. Memelihara akal Pengambilan minuman berakohol yang berlebihan, pengambilan dadah, ganja, dan seumpamanya boleh merosakkan akal manusia. Bidang perubatan mencegah manusia daripada mengambil perkara yang boleh merosakkan akal manusia seperti mana larangan dalam agama Islam demi untuk memelihara akal dengan pengambilan ubat tertentu untuk menahan penagihan serta sesi-sesi kaunseling dan kesedaran yang dijalankan oleh agensiagensi yang bertanggungjawab. Memelihara harta benda Pencegahan penyakit dengan menggunakan ikhtiar perubatan pada peringkat awal boleh mengurangkan penggunaan harta benda untuk tujuan perubatan. Seseorang yang mencegah penyakit kencing manis daripada merebak pada peringkat awal dengan pengambilan ubatubatan dan pemakanan mampu memelihara hartanya daripada digunakan untuk kos pembedahan jika penyakit kencing manis tersebut menyebabkannya untuk menjalani pembedahan lain seperti pembuangan anggota tubuh lain bagi mengelakkan penyakitnya merebak ke anggota lain.
ETIKA ISLAM Perkara-perkara yang penting berkaitan etika doktor terhadap pesakitnya seperti doktor dan para perawat perlulah mempunyai keimanan yang kuat. Mereka percaya kepada Allah dan rasul serta melakukan apa yang disuruh oleh Allah dan menjauhi larangan-Nya. Mereka juga perlu mempunyai ilmu dan kemahiran yang tinggi, khususnya dalam bidang perawatan dan mampu mengendalikan masalah dan tabiat manusia. Mereka perlu senyum selalu, bersifat sabar, pemaaf, adil dan sentiasa mencetuskan keceriaan terhadap pesakit dan keluarga mereka. Mereka sepatutnya berakhlak mulia, bercakap dengan lunak dan mempunyai tingkah laku lemah lembut dan bersopan. Doktor dan para perawat mestilah menghayati bahawa hidup dan mati itu adalah hak Allah. Para doktor perlulah menunjukkan tauladan yang baik dengan menjaga kesihatan diri. Mereka perlu menunjukan tauladan tentang kaedah-kaedah penjagaan kesihatan enggan menjauhkan tabiat dan perbuatan yang boleh menjejaskan kesihatan. Mereka perlulah ikhlas dan benar dalam percakapan, tulisan dan laporan. Mereka juga perlulah mempunyai sifat tawaduk dan rendah diri, mereka tidak ujub,riak atau angkuh. Para doktor perlulah mengikut kemajuan dan perkembangan ilmu sains perubatan demi untuk melengkapkan diri mereka dalam kaedah ujian dan rawatan yang termoden dan terkini.
CADANGAN O Cadangan pertama: Penggunaan INHALER PINTAR sebagai MDI DISPOSABLE INHALER SPACER Mencipta alat pernafasan yang lebih efektif terutamanya kepada pesakit asthma dan pesakit COVID-19 yang mempunyai masalah pernafasan. MDI Disposable Inhaler Spacer ialah salah satu komponen pakai buang yang disambung pada alat utama penyedutan pernafasan (MDI inhaler). Kebiasaannya pesakit yang mengalami simptom pernafasan akan diberi alat bantuan ‘nebulisers’, namun ia tidak dicadangkan penggunaannya memandangkan gejala jangkitan COVID yang melanda, oleh itu MDI spacer amat diperlukan. Kebanyakan pesakit COVID-19 yang disaring di beberapa hospital mengalami kesukaran bernafas secara normal. Justeru itu, usaha untuk menghasilkan MDI Disposable Inhaler Spacer ini amatlah bertepatan dengan keperluan semasa. Alat ini merupakan alat pakai buang khas untuk kegunaan pesakit Covid-19 sekali gus dengan usaha cadangan teknologi ini berupaya mengelak risiko jangkitan kepada pesakit lain dan juga petugas kesihatanCADANGAN
O C a d a n g a n K e d u a : P e n g g u n a a n S t e n K o r o n a r i Penyakit jantung lazimnya dikaitkan dengan warga emas. Tetapi senarionya hari ini penyakit tersebut boleh menyerang tanpa mengira umur. Ini dapat dilihat dari semasa ke semasa kematian mengejut di kalangan golongan muda mengakibatkan serangan jantung semakin meningkat setiap tahun. Malah, ia menjadi ancaman yang perlu diberi perhatian serius oleh rakyat negara ini. dengan adanya teknologi sten koronari ini, orang ramai yang mengalami sakit jantung digalakkan untuk mengambil inisiatif lebih awal. Apa jua jenis stent yang digunakan adalah merupakan segulung wayar halus yang diselaputi ubat atau belon yang dimasukkan ke dalam salur darah pesakit supaya saluran darah terbuka luas bagi membolehkan darah membawa nutrien dan oksigen ke bahagian jantung. Penggunaan stent ini juga terbukti berkesan menurunkan kadar restenosis (pengecilan kembali arteri) dan keperluan untuk rawatan lanjut, di mana ubat yang digunakan itu adalah ubat yang berkesan supaya ia menahan sel ketumbuhan yang tidak meluru yang boleh menyebabkan kesempitan terjadi semula. Dengan adanya teknologi ini, ia dapat mengurangkan kematian akibat serangan jantung.
KESIMPULAN Perkembangan dunia yang pesat pada zaman kini termasuk bidang perubatan memberi pelbagai manfaat dalam merawat pelbagai penyakit. Namun begitu, umat islam juga perlulah berganding bahu dalam melancarkan teknologi perubatan yang lebih futuristik supaya langkah awal dapat diambil untuk mengubati dan merawati pelbagai lagi penyakit.Justeru, teknologi perubatan ini haruslah seiring dengan ajaran Al-Quran kerana Allah yang Maha Mengetahui segala ciptaanNya, sekali gus dapat memartabatkan agama dan umat islam.
RUJUKAN Asal usul perubatan Islam2016 https://tamadunislamblog.wordpress.com/2016/02/23/asal-usul-perubatan-islam/ Damitri, 2010, Tokoh – tokoh dalam bidang perubatan, tarikh diakses (15 mei) http://saintispath.blogspot.com/2010/05/tokoh-tokoh-perubatan-islam-yang.html Admin PMWP, BAYAN LINNAS SIRI KE- 189: MAQASID SYARIAH DALAM PERUBATAN, 3 JULAI https://medicmesir.com/perubatan-2/2016/02/23/asal-usul-perubatan-islam/ kementerian kesihatan malaysia, pengimejan resonans magnetik (MRI), 12 MEI 2016, tarikh diakses (16 mei 2023), https://muftiwp.gov.my/artikel/bayan-linnas/3541-bayan-linnas-siri-ke-189-maqasidsyariah-dalam-perubatan
JADUAL AGIHAN TUGASAN: BIL. NAMA TUGASAN 1. NUR AFEE ALLEYA BINTI MOND AFANDI PENDAHULUAN LATAR BELAKANG TEKNOLOGI PERUBATAN 2. NURUL AMILIA BINTI ROZALI TEKNOLOGI DALAM PERUBATAN PRINSIP SYARIAH DALAM PERUBATAN 3. NUR ANIS ATIERA BINTI MOHD TERMIZI MAQASID SYARIAH DALAM TEKNOLOGI PERUBATAN ETIKA ISLAM 4. NUR FARAH AMIRAH BIN TI ABDULLAH CADANGAN KESIMPULAN