MODUL PENGHAYATAN HADIS 40 IMAM NAWAWI 173 HADIS 36 MENUNAIKAN KEPERLUAN SAUDARAMUSLIM DAN KEUTAMAAN ILMU
Terjemahan: Daripada Saiyidina Abu Hurairah r.a bahawa Nabi SAW bersabda, “Sesiapa yang melapangkan kesempitan dunia seorang mukmin, Allah akan melapangkan kesempitannya pada hari kiamat. Sesiapa yang mempermudah urusan orang yang dalam kesusahan, Allah akan mempermudah urusannya di dunia dan akhirat. Sesiapa yang menutup keaiban saudara Muslim, Allah akan menutup keaibannya di dunia dan akhirat. Allah akan sentiasa membantu hamba-Nya selagi dia membantu saudaranya. Sesiapa yang menempuh suatu jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan mempermudah baginya jalan ke syurga dengan ilmu tersebut. Tidak berhimpun sekumpulan Muslim dalam mana-mana rumah Allah dalam keadaan membaca dan mempelajari alQuran sesama mereka melainkan ketenangan akan turun kepada mereka, rahmat akan meliputi mereka, para malaikat akan menaungi mereka dan Allah akan menyebut perihal mereka kepada para makhluk di sisi-Nya. Sesiapa yang amal solehnya sedikit, maka nasab keturunan tidak boleh mengangkat darjatnya.” Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Muslim dengan lafaz ini. 174 MODUL PENGHAYATAN HADIS 40 IMAM NAWAWI HADIS MAKSUD HADIS ٍن َوَسَّلَم َقاَل: َمْن َنَّفَس َعْن ُمْؤِم ِه ِبِّي َصَّلى الَّلُه َعَل ْي َرَة َرِضي الَّلُه َع ْنُه، َعِن الَّن َعْن َأِبي ُهَر ْي ٍر . َوَمْن َيَّسَر َعَلٰى ُمْعِس َياَمِة ِق ْن ُك َرِب َيْوِم اْل َيا َنَّفَس الَّلُه َع ْنُه ُك ْر َبًة ِم ْن ُك َرِب الُّد ْن ُك ْر َبًة ِم . َوالَّلُه ِة َر َيا َواآْل ِخ ي الُّد ْن َرُه الَّلُه ِف ًما َسَت َر ُمْسِل . َوَمْن َسَت ِة َر َيا َواآْل ِخ ي الُّد ْن ِه ِف الَّلُه َعَل ْي َيَّسَر ْلًما َسَّهَل الَّلُه ِه ِع ي ِم ُس ِف ، َوَمْن َسَلَك َطِريًقا َيْلَت ِه ي ي َعْوِن َأ ِخ َما َكاَن اْلَع ْبُد ِف ِد ي َعْوِن اْلَع ْب ِف َتاَب الَّله الَّله َي ْتُلوَن ِك ْن ُبُيو ِت ٍت ِم ي َب ْي ، َوَما اْجَتَمَع َقْوٌم ِف ِة َلى الَجَّن ِإ َطِريًقا ِه َلُه ِب َكُة، َّرْحَمُة، َوَحَّفْتُهُم الَماَلِئ َي ْتُهُم ال يَنُة، َوَغِش اَّل َنَزَلْت َعَل ْيِهُم الَّسِك َنُهْم ِإ َرُسوَنُه َب ْي َتَدا َو َي َنَسُبُه. ِه َعَمُلُه َلْم ُيْسِرْع ِب ِه ْنَدُه. َوَمْن َبَّطَأ ِب يَمْن ِع َو َذَك َرُهُم الَّلُه ِف . ٌم ِبٰه َذا الَّلْفِظ َرَواُه ُمْسِل Kenali Perawi HADIS 36
Hadis ini menjelaskan bahawa seseorang Muslim itu hendaklahberusaha memenuhi keperluan sesama Muslim yang lain sama adasecara langsung atau tidak langsung. Melalui amalan ini, seseorang ituakan mendapat pertolongan yang sempurna daripada Allah SWT. Islam agama kasih sayang tanpa melihat latar belakang agama. Walaupun hadis ini secara khususnya merujuk kepada perananMuslim melepaskan kesusahan saudara Muslimnya, Islamjugamenuntut umatnya sentiasa berbuat baik sesama manusia tanpamengira agama. Hal ini bertepatan dengan hadis riwayat Imamal-Bukhari dan Iman Muslim: Perumpamaan kaum muslimin itu adalah seperti satu anggota badan. Jika seseorang itu mengalami sakit gigi, pasti air matanya akanbercucuran, mulutnya menyebut untuk bertemu doktor dan kakinyamelangkah ke klinik. Oleh itu, setiap individu daripada masyarakat yang beriman adalah saling melengkapi antara satu sama lain. Merekaakan merasa bahagia apabila saudaranya mendapat kebaikan danakan merasa sedih tatkala saudaranya mendapat musibah. Kisah Hassan al-Basri, menyuruh anak muridnya mengajak Tsabit al-Bunani membantu seorang lelaki. Tsabit al-Bunani enggan keranasedang beriktikaf. Lalu, Hasan al-Basri memberitahu kepada anakmuridnya bahawa membantu mempermudahkan keperluan saudaraMuslim yang lain adalah lebih baik daripada menunaikan haji yangsunat. Lantas anak muridnya menyampaikan perkara tersebut kepadaTsabit, lalu Tsabit pun meninggalkan iktikafnya untuk membantulelaki tersebut. 175 MODUL PENGHAYATAN HADIS 40 IMAM NAWAWI HURAIAN HADIS HADIS 36 Terjemahan: “Pada setiap yang mempunyai hati yang basah (walaupun haiwan) terdapat pahala (dalam berbuat baik kepadanya).”
Kesungguhan dalam menuntut ilmu agama adalah untuk mendapat keredaan Allah SWT dan jalan menuju ke syurga. Sebaik-baik ilmu agama adalah memberi perhatian penuh kepada kitab Allah SWT dengan membaca, mengajar dan mengamalkannya. Sebaliknya, orang yang tidak beramal tidak akan mendapat kelebihan tersebut. Firman Allah SWT dalam surah al-Taubah ayat 122: 176 MODUL PENGHAYATAN HADIS 40 IMAM NAWAWI PENGAJARAN Hadis ini adalah sebagai satu galakan untuk bersegera membantu orang yang berada dalam kesusahan, memudahkan perkara yang susah dan menutup keaiban orang lain. Seseorang yang membantu orang lain, hakikatnya dia sedang membantu dirinya sendiri. Tiada istilah rugi dalam membantu orang lain tetapi sebaliknya ketenangan dan kebahagiaan yang akan diperoleh di dunia dan di akhirat. Melalui ilmu pengetahuan, seseorang itu mampu mengubah cara pandang dan gaya hidupnya ke arah yang lebih baik. Dengan ilmu juga kita mampu menjadi manusia yang bertakwa apabila mengamalkan ilmu tersebut. HADIS 36 Terjemahan: “Dan tidaklah (betul dan elok) orang yang beriman keluar semuanya (pergi berperang); oleh itu, hendaklah keluar sebahagian sahaja daripada tiap-tiap puak di antara mereka, supaya orang (yang tinggal) itu mempelajari secara mendalam ilmu yang dituntut di dalam agama, dan supaya mereka dapat mengajar kaumnya (yang keluar berjuang) apabila orang itu kembali kepada mereka; mudah-mudahan mereka dapat berjaga-jaga (daripada melakukan larangan Allah).”
177 PENGHAYATAN FOKUS NILAI Kemampanan Kesejahteraan Hormat Ihsan MODUL PENGHAYATAN HADIS 40 IMAM NAWAWI CADANGAN AKTIVITI Tilawah, tadarus dan tadabbur al-Quran Rekod amalan baik dalam Sistem Sahsiah Diri Murid Murid hendaklah merasai kepayahan orang lain dan sentiasa bersedia membantu meringankan beban mereka. Murid hendaklah menjauhi sikap mendedahkan keaiban seperti menceritakan keburukan rakan kepada orang lain. Murid hendaklah berusaha melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan demi kebahagiaan di dunia dan di akhirat. HADIS 36