The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ANISAH BINTI AYOUB KPM-Guru, 2024-06-14 12:34:29

HADIS 18: TAKWA DAN AKHLAK MULIA

HADIS 18

MODUL PENGHAYATAN HADIS 40 IMAM NAWAWI 83 HADIS 18 TAKWA DAN AKHLAK MULIA


84 MODUL PENGHAYATAN HADIS 40 IMAM NAWAWI HADIS MAKSUD HADIS َرِضَي الَّلُه َع ْنُهَما، َعْن ٍل بِن َجَب ِذ َّرْحَمِن ُمَعا ال ِد ُج ْنُدِب بِن ُجَناَدَة، َوَأِبي َع ْب ٍّر َعْن َأِبي َذ َئَة اْلَحَسَنَة ِبِع الَّسِّي ْت ُثَما ُك ْنَت، َوَأ َوَسَّلَم َقاَل: ا َّتِق الَّلُه َحْي ِه ِه َصَّلى الَّلُه َعَل ْي َرُسوِل الَّل ي َبْعِض يٌث َحَسٌن، َوِف ُّي َوَقاَل: َحِد ِم ِذ ْر َرَواُه الِّت ِق الَّناَس ِبُخُلٍق َحَسٍن. ِل َتْمُحَها، َوَخا يٌح. ُّنَسِخ: َحَسٌن َص ِح ال Terjemahan: Daripada Saiyidina Abu Zar Jundub bin Junadah dan Saiyidina Abu Abdul Rahman Muaz bin Jabal r.a., bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Bertakwalah kamu kepada Allah di mana sahaja kamu berada, susulkanlah kejahatan dengan kebaikan nescaya kebaikan akan menghapuskannya dan bergaullah sesama manusia dengan budi pekerti yang baik.” Hadis ini diriwayatkan oleh Imam al-Tirmizi. Beliau berkata,“hadis hasan.” Dalam sebahagian naskhah, hasan sahih. HURAIAN HADIS Hadis ini menjelaskan tentang tiga perkara utama iaitu: Sentiasa bertakwa kepada Allah SWT walau di mana sahaja berada. Bersegera melakukan kebaikan setelah melakukan kesilapan. Bergaul dengan akhlak yang baik. Orang yang bertakwa ialah takut kepada Allah SWT dengan mentaati segala perintah-Nya dan menjauhi larangan-Nya. Takwa boleh menjadi benteng seseorang daripada menerima azab Allah SWT. Kenali Perawi HADIS 18


Dengan bertakwa kepada Allah SWT, hasrat seseorang untuk berjaya dan menjadi insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara akan dipermudahkan. Allah SWT berfirman dalam surah al-Talaq ayat 2-3: Sebagai insan yang lemah, tentunya manusia tidak dapat lari daripada melakukan kesalahan dan dosa. Rasulullah SAW telah memberikan jalan penyelesaian daripada permasalahan yang dihadapi iaitu dengan bersegera mengerjakan kebaikan seperti bertaubat, bersedekah, mendirikan solat dan seumpamanya. Allah SWT berfirman dalam surah Hud ayat 114: Hadis ini juga menganjurkan kepada kita untuk bergaul dengan pergaulan yang baik tanpa mengira pangkat kedudukan, bangsa dan agama. Dalam konteks pendidikan, seorang guru mestilah menggunakan perkataan yang boleh menarik minat murid untuk belajar dengan tekun. Begitu juga dengan murid, janganlah sesekali menggunakan perkataan yang kasar kerana akan mengguris hati guru dan rakan. Allah SWT berfirman dalam surah Ali ‘Imran ayat 159: 85 MODUL PENGHAYATAN HADIS 40 IMAM NAWAWI HADIS 18 Terjemahan “...Dan sesiapa yang bertakwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (daripada segala perkara yang menyusahkannya), (2) Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya...(3).” Terjemahan: “...Sesungguhnya amal-amal kebajikan (terutama sembahyang) itu menghapuskan kejahatan...” Terjemahan: “Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) daripada Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu...”


86 MODUL PENGHAYATAN HADIS 40 IMAM NAWAWI PENGAJARAN Takwa ialah mengawasi tindak tanduk diri agar sentiasa selari dengan perintah Allah SWT. Akhlak yang mulia merupakan tonggak kepada kesejahteraan kehidupan manusia di dunia dan akhirat. Setiap perbuatan dosa mestilah disusuli dengan istighfar dan bertaubat serta mengerjakan amal soleh. Pergaulan yang baik akan merapatkan lagi hubungan silaturahim dengan semua pihak. HADIS 18


Surah Ali Imran : 19 Surah Ali Imran : 85 Murid mestilah bertakwa dan merasai dirinya sentiasa diperhatikan oleh Allah SWT. Murid perlu berusaha untuk menjauhkan diri daripada melakukan kesalahan dan kesilapan. Murid hendaklah sentiasa bertaubat kepada Allah SWT dan memohon maaf jika melakukan kesilapan. Murid perlu berakhlak mulia terhadap manusia dan bergaul dengan baik sesama rakan tanpa mengira kaum dan agama. Murid hendaklah berdisiplin, mematuhi arahan guru dan peraturan sekolah. 87 PENGHAYATAN FOKUS NILAI Kesejahteraan Ihsan MODUL PENGHAYATAN HADIS 40 IMAM NAWAWI CADANGAN AKTIVITI Gotong-royong Halaqah ilmu Menyediakan bahan sudut info Pidato HADIS 18


Click to View FlipBook Version