The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ANISAH BINTI AYOUB KPM-Guru, 2024-06-14 10:34:55

HADIS 10: REZEKI HALAL ASAS PENERIMAAN DOA

HADIS 10

MODUL PENGHAYATAN HADIS 40 IMAM NAWAWI 48 HADIS 10 REZEKI HALAL ASAS PENERIMAAN DOA


49 MODUL PENGHAYATAN HADIS 40 IMAM NAWAWI HADIS MAKSUD HADIS َوَسَّلَم: إَّن الَّلَه َتَعاَلٰى ِه ِه َصَّلى الَّلُه َعَل ْي َع ْنُه َقاَل: َقاَل َرُسوُل الَّل ِه َرَة َرِضَي الَّل َعْن َأِبي ُهَر ْي َها ُّي يَن، َفَقاَل َتَعاَلٰى: ﴿َٰٓيَأ الُمْرَسِل ِه ِب يَن ِبَما َأَم َر الُمْؤِم ِن اَّل َطِّيًبا، َوِإَّن الَّلَه َأَم َر َطِّيٌب اَل َيْقَبُل ِإ ن ِم يَن َءاَم ُنوا ُكُلوا ِذ َها ٱَّل ُّي ًحا﴾. َوَقاَل َتَعاَلٰى: ﴿َٰٓيَأ ِل َوٱعَمُلوا َٰص ِت َن ٱلَّطِّي َٰب ِم ُّرُسُل ُكُلوا ٱل َرَزق َٰنُكم﴾. َما ِت َطِّي َٰب َرِّب، َوَمْطَعُمُه َرِّب، َيا : َيا ِء َلى الَّسَما ِه ِإ ، َيُمُّد َيَد ْي َر َأْشَعَث َأْغَب يُل الَّسَفَر ِط َّرُجَل ُي ال ُثَّم َذَك َر َك؟ ِل َذ َّنى ُيْسَتَجاُب ِل اِم، َفَأ اْلَحَر َي ِب اٌم، َوُغِذ اٌم، َوَمْلَبُسُه َحَر اٌم، َوَمْشَر ُبُه َحَر َحَر ٌم. َرَواُه ُمْسِل Terjemahan: Daripada Saiyidina Abu Hurairah r.a. beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah Maha Baik, Dia tidak menerima kecuali sesuatu yang baik. Dan sesungguhnya, Allah telah memerintahkan kepada orang yang beriman dengan perintah yang sama kepada para rasul-Nya. Allah berfirman yang bermaksud, “Wahai para rasul! Makanlah daripada perkara yang baik dan kerjakanlah amalan yang soleh.” (al-Mukminun: 51) Allah juga berfirman yang bermaksud, “Wahai orang yang beriman! Makanlah daripada perkara yang baik yang Kami kurniakan kepada kamu” (al-Baqarah: 172). Kemudian baginda SAW menceritakan perihal seorang yang menempuh perjalanan jauh, rambutnya kusut masai dan berdebu, dia menadah kedua-dua tangannya ke langit seraya berdoa, “Wahai Tuhanku! Wahai Tuhanku! Sedangkan makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram dan dia diberi makan dengan makanan yang haram. Bagaimanakah diperkenankan doa orang yang sedemikian?” Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Muslim. Kenali Perawi HADIS 10


Hadis ini menjelaskan bahawa Allah SWT menerima amalan yang baik, suci dan bersih daripada segala keburukan amalan dan harta benda berdasarkan ketetapan syarak. Setiap makanan, minuman dan pakaian yang digunakan hendaklah baik mengikut hukum, faedah dan khasiat serta sumber yang halal. Penyucian jiwa dan kekuatan rohani berpunca daripada sesuatu yang baik dan bersumberkan yang halal sebagaimana firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 172: Orang yang makan, minum dan pakaiannya daripada sumber yang haram, doanya tidak diterima oleh Allah SWT. 50 MODUL PENGHAYATAN HADIS 40 IMAM NAWAWI HURAIAN HADIS PENGAJARAN Meyakini bahawa Allah SWT Maha Baik lagi Maha Sempurna dan tidak menerima kecuali perkara yang baik. Sentiasa berusaha mencari sesuatu yang halal lagi baik dan menjauhkan diri daripada perkara yang haram. Kita hendaklah bersungguh-sungguh dalam berdoa dan memahami doa dengan sepenuh hati. Mengangkat tangan dalam berdoa merupakan satu daripada adab ketika berdoa. Terjemahan: “Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah daripada perkara yang baik (yang halal) yang telah Kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadah kepada-Nya.” HADIS 10


Surah Ali Imran : 19 Surah Ali Imran : 85 PENGHAYATAN FOKUS NILAI Ihsan Daya Cipta Kesejahteraan Murid perlu peka terhadap kepentingan mengambil makanan, minuman dan pakaian yang halal daripada sumber yang halal. Murid yang mengambil sesuatu yang diharamkan seperti barang curi akan menyebabkan doanya tertolak. Murid perlu jujur dalam semua tindakan termasuklah tidak meniru dalam peperiksaan dan tidak mengambil hak orang lain tanpa izin. Murid perlu sentiasa bersikap baik dan positif kerana Allah SWT Maha Baik dan sukakan kebaikan. 51 MODUL PENGHAYATAN HADIS 40 IMAM NAWAWI CADANGAN AKTIVITI Tazkirah Halaqah ilmu Bacaan hadis dalam perhimpunan HADIS 10


Click to View FlipBook Version