MODUL PENGHAYATAN HADIS 40 IMAM NAWAWI 192 HADIS 40 MEREBUT PELUANG BERAMAL
193 MODUL PENGHAYATAN HADIS 40 IMAM NAWAWI HADIS MAKSUD HADIS ِبي َفَقاَل: ِك َوَسَّلَم ِبَمْن ِه ِه َصَّلى الَّلُه َعَل ْي َرُسوُل الَّل َعِن ابِن ُعَمَر َرِضَي الَّلُه َع ْنُهَما َقاَل: َأَخَذ َذا ِإ . َوَكاَن ابُن ُعَمَر َرِضَي الَّلُه َع ْنُهَما َيُقوُل: يٍل ُر َسِب َّنَك َغِريٌب َأْو َعاِب َيا َكَأ ي الُّد ْن ُكْن ِف َمَرِضَك، َك ِل ْن ِصَّحِت ِم َء، َوُخ ْذ ِر الَمَسا ِظ َأْصَبْحَت َفاَل َت ْنَت َذا ِر الَّصَباَح، َوِإ ِظ َأْمَسْيَت َفاَل َت ْنَت َك. َمْوِت َك ِل ِت ْن َحَيا َوِم َرَواُه اْلُبَخاِرُّي. Terjemahan: Daripada Saiyidina Ibn Umar r.a. katanya, “Rasulullah SAW memegang bahuku lalu bersabda: “Hiduplah kamu di dunia ini seperti orang asing atau musafir.” Ibn Umar r.a. berkata, “Apabila kamu berada pada waktu petang, janganlah kamu menanti pagi. Apabila kamu berada pada waktu pagi, janganlah kamu menanti petang. Rebutlah peluang sihatmu, sebelum sakitmu dan rebutlah peluang hidupmu sebelum kematianmu.” Hadis ini diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari. Kenali Perawi HADIS 40
Hadis ini merupakan asas supaya kita tidak panjang angan-angan. Jangan dijadikan dunia untuk tempat tinggal yang kekal sehingga kita merasa bahagia tanpa memikirkan soal akhirat. Sepatutnya dunia ini hanya dijadikan tempat persiapan melengkapkan keperluan amal soleh untuk bekalan di akhirat. Kehidupan di dunia ini bersifat sementara ibarat seorang musafir yang berkelana menuju suatu destinasi. Bersegeralah kita untuk beramal soleh dan mendapat keampunan Allah SWT sebelum terlambat. Mencari dan memburu peluang di dunia ini dengan kesempatan yang dikurniakan Allah SWT kepada kita demi bekalan di akhirat. Firman Allah SWT dalam surah al-Hadid ayat 20: 194 MODUL PENGHAYATAN HADIS 40 IMAM NAWAWI HURAIAN HADIS HADIS 40 Terjemahan: “Ketahuilah bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah (bawaan hidup yang berupa semata-mata) permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan (yang mengurang), juga (bawaan hidup yang bertujuan) bermegah-megah antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan dan bangsa keturunan) serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak; (semuanya itu terhad waktunya) samalah seperti hujan yang (menumbuhkan tanaman yang menghijau subur) menjadikan penanamnya suka dan tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian tanaman itu bergerak segar (ke suatu masa yang tertentu), selepas itu engkau melihatnya berupa kuning; akhirnya ia menjadi hancur bersepai; dan (hendaklah diketahui lagi, bahawa) di akhirat ada azab yang berat (disediakan bagi golongan yang hanya mengutamakan kehidupan dunia itu), dan (ada pula) keampunan besar serta keredaan dari Allah (disediakan bagi orang-orang yang mengutamakan akhirat). Dan (ingatlah, bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang yang terpedaya.”
195 MODUL PENGHAYATAN HADIS 40 IMAM NAWAWI PENGAJARAN Syeikh al-Maraghi berkata bahawa kehidupan dunia dari aspek kebinasaan dan kemusnahan yang begitu cepat diumpamakan seperti tanah yang ditimpa hujan lebat. Seterusnya, Allah SWT menumbuhkan tumbuhan yang mengagumkan para petani dan menjadikan mereka berasa gembira, rasa tertarik, bersuka ria dan bersenang-lenang. Namun, ketika mereka diasyikkan dengan keadaan demikian, tiba-tiba tanaman itu menjadi kering dan hancur berterbangan ditiup angin. Kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan dan kenikmatan yang tidak kekal. Sememangnya sudah ramai orang yang telah terperdaya terhadap kehidupan dunia dan tidak membuat persediaan untuk kehidupan akhirat. Dunia bukanlah tempat tinggal yang hakiki, kerana ia sebuah persinggahan dan jambatan menuju negeri akhirat yang kekal abadi. Orang yang tahu menilai waktu dan masa tidak akan melepaskan peluang keemasan untuk mencari sebanyak mungkin bekalan untuk dibawa ke akhirat. Beramal sebelum datangnya waktu kesusahan, kesempitan, kesakitan apatah lagi kematian yang tidak diketahui masanya dengan memanfaatkan umur, waktu dan tenaga. Berhati-hati dengan tipu daya dunia terutama pada zaman kini yang amat mencabar keimanan dan kekuatan amal seseorang. HADIS 40
196 PENGHAYATAN FOKUS NILAI Ihsan Keyakinan MODUL PENGHAYATAN HADIS 40 IMAM NAWAWI CADANGAN AKTIVITI Halaqah ilmu Usrah Muhasabah harian seperti hari ini lebih baik daripada semalam Murid tidak seharusnya leka dan terpengaruh dengan dunia kerana hakikatnya ia adalah tempat persinggahan yang sementara sahaja. Oleh itu, setiap usaha dalam kehidupan di dunia adalah untuk bekalan akhirat. Murid sepatutnya bersegera dalam melakukan amal ibadah kerana masa sangat bernilai. Murid perlu memanfaatkan peluang untuk menuntut ilmu bersungguh-sungguh dan beramal soleh tanpa rasa jemu. Murid tidak seharusnya membuang masa dengan perkara yang tidak bermanfaat seperti leka dengan gajet dan hiburan yang melalaikan. HADIS 40