MODUL PENGHAYATAN HADIS 40 IMAM NAWAWI 43 HADIS 09 LARANGAN PERTANYAAN DAN PERTIKAIAN MELAMPAU
44 MODUL PENGHAYATAN HADIS 40 IMAM NAWAWI HADIS MAKSUD HADIS ِه َصَّلى الَّلُه ْعُت َرُسوَل الَّل َّرْحَمِن ْبِن َصْخٍر َرِضَي الَّلُه َع ْنُه َقاَل: َسِم ال ِد َرَة َع ْب َعْن َأِبي ُهَر ْي ْنُه َما اْسَتَطْع ُتْم، ِم َفاْفَعُلوا ِه ُتُكْم ِب ُبوُه، َوَما َأَم ْر ِن ُتُكْم َع ْنُه َفاْجَت َوَسَّلَم َيُقوُل: َما َنَه ْي ِه َعَل ْي ِهْم. ِئ َيا ِب ْن اَلُفُهْم َعَلى َأ ِهْم َواْخِت ِئِل َرُة َمَسا ُكْم َك ْث ِل ْن َقْب يَن ِم ِذ َّنَما َأْهَلَك اَّل َفِإ ٌم. َرَواُه اْلُبَخاِرُّي َوُمْسِل Terjemahan: Daripada Saiyidina Abu Hurairah ‘Abdul Rahman bin Sakhr r.a. beliau berkata, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Apa-apa sahaja yang aku larang kamu daripada melakukannya, maka jauhilah dan apa sahaja yang aku perintahkan kamu melakukannya, maka tunaikanlah sedaya upaya kamu. Kerana sesungguhnya, perkara yang membinasakan umat yang terdahulu adalah banyak bertanya dan mempertikai para nabi mereka.” Hadis ini diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Imam Muslim. Kenali Perawi HADIS 09
Hadis ini menjelaskan bahawa kita mestilah sedaya upaya meninggalkan perkara yang dilarang dan melaksanakan perkara yang disuruh mengikut kemampuan. Suatu masa Rasulullah SAW berkhutbah: “Wahai manusia! Allah telah mewajibkan kepada kamu menunaikan haji, maka tunaikanlah.” Seorang sahabat telah bertanya: “Apakah haji itu setiap tahun wahai Rasulullah?” Rasulullah diam sehingga sahabat itu mengulang soalan sebanyak tiga kali. Maka, Rasulullah pun bersabda: “Kalaulah saya jawab ya, tentu haji itu menjadi wajib setiap tahun, lalu kamu tidak mampu melaksanakannya.” Baginda menyambung, “Janganlah kamu bertanya apa yang tidak aku sebutkan, kerana binasanya orang sebelum kamu disebabkan mereka banyak bertanya dan tidak mematuhi para nabi mereka. Apabila aku perintahkan kamu sesuatu, laksanakanlah mengikut kemampuan kamu. Apabila aku melarang kamu sesuatu, maka tinggalkanlah.” Suruhan dan larangan yang ditetapkan oleh Allah SWT merupakan peraturan hidup bagi kebaikan manusia itu sendiri. Tanpa peraturan, kehidupan manusia akan menjadi sukar dan tidak terurus bahkan akan berlaku banyak keburukan. Ketaatan kepada perintah Allah SWT dan Rasul-Nya adalah faktor kejayaan sesuatu kaum. Bertanya adalah digalakkan agar lebih jelas dan difahami sesuatu perkara bagi melaksanakannya. Namun, sikap bertanya kerana mencari helah tidak mahu melaksanakan suruhan adalah sikap yang buruk. Apatah lagi jika bertanya hanya dengan tujuan sinis dan mempermainkan serta bermatlamat menimbulkan permusuhan dan pergaduhan. Allah SWT berfirman dalam surah al-Ma’idah ayat 101: 45 HURAIAN HADIS MODUL PENGHAYATAN HADIS 40 IMAM NAWAWI Terjemahan: “Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu bertanyakan (kepada Nabi) perkara yang jika diterangkan kepada kamu akan menyusahkan kamu, dan jika kamu bertanya mengenainya ketika diturunkan al-Quran, tentulah akan diterangkan kepada kamu. Allah maafkan (kamu) daripada (kesalahan bertanyakan) perkara itu (yang tidak dinyatakan dalam al-Quran); kerana Allah Maha Pengampun, lagi Maha Penyabar.” HADIS 09
HADIS 09 46 HADIS 40 IMAM NAWAWI PENGAJARAN Suruhan dalam agama merupakan peraturan yang menyusun kehidupan manusia menuju kejayaan. Larangan dalam agama bukanlah perkara yang menyekat kebebasan bahkan memberi kebaikan kepada manusia. Tidak mempertikaikan perkara yang telah ditetapkan dalam agama. Soalan yang dilontarkan hendaklah memberi manfaat dan maslahah buat individu demi kepentingan umum. MODUL PENGHAYATAN
Surah Ali Imran : 19 Surah Ali Imran : 85 HADIS 09 PENGHAYATAN FOKUS NILAI Hormat Kesejahteraan Murid wajib mentaati perintah Rasulullah SAW dan menjauhi larangannya. Murid perlu menjauhi sikap sering mempersoal perintah dan larangan secara keterlaluan sehingga menimbulkan kesulitan untuk melaksanakannya. Murid mestilah sentiasa menjaga adab ketika mengemukakan soalan. Murid mestilah akur dengan peraturan yang ditetapkan oleh pihak sekolah. Murid perlu meraikan pandangan yang dikemukakan oleh rakan tanpa mengira latar belakang agama dan kaum. 47 MODUL PENGHAYATAN HADIS 40 IMAM NAWAWI CADANGAN AKTIVITI Forum Bacaan hadis selepas solat Perbincangan ilmiah