MODUL PENGHAYATAN HADIS 40 IMAM NAWAWI 73 HADIS 16 MENJAUHI SIFAT PEMARAH
ي َقاَل: اَل َوَسَّلَم َأْوِصِن ِه ِبِّي َصَّلى الَّلُه َعَل ْي ل َّن َرَة َرِضَي الَّلُه َع ْنُه َأَّن َرُجاًل َقاَل ِل َعْن َأِبي ُهَر ْي ا. َقاَل: اَل َتْغَضْب. ًر ا َر َتْغَضْب. َفَرَّدَد ِم َرَواُه اْلُبَخاِرُّي. Terjemahan: Daripada Saiyidina Abu Hurairah r.a. bahawa seorang sahabat telah berkata kepada Nabi SAW, “Berilah pesanan kepadaku.’’ Baginda SAW bersabda, “Janganlah kamu marah.” Sahabat itu mengulangi pertanyaannya berkali-kali. Baginda tetap bersabda, “Janganlah kamu marah.” Hadis ini diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari. 74 MODUL PENGHAYATAN HADIS 40 IMAM NAWAWI HADIS MAKSUD HADIS HURAIAN HADIS Hadis ini menggalakkan kita sentiasa meminta nasihat daripada orang lain untuk memperbaiki diri. Hadis ini juga membicarakan tentang larangan bersifat pemarah yang boleh menyebabkan hilangnya kebijaksanaan akal dan merugikan tindakan. Marah adalah punca segala keburukan. Oleh itu, menahan marah boleh dianggap sebagai kunci segala kebaikan. Rasulullah SAW tidak pernah marah kerana kepentingan peribadi, tetapi baginda marah terhadap perlakuan yang melanggar hukum Allah. Kenali Perawi HADIS 16
75 MODUL PENGHAYATAN HADIS 40 IMAM NAWAWI Saidatina Aishah r.a ditanya tentang akhlak Rasulullah SAW, lalu beliau berkata: “Sesungguhnya akhlak baginda adalah al-Quran. Baginda reda apa yang Allah SWT redai dan baginda murka apa yang Allah SWT murkai”. (Riwayat Imam Muslim) Cara untuk menahan diri daripada sifat pemarah iaitu: Memperbanyak zikir dan memohon perlindungan kepada Allah SWT daripada syaitan. Mengambil wuduk atau mandi. Duduk sekiranya sedang berdiri, atau baring sekiranya sedang duduk. Diam dan tidak berkata-kata. Berfikiran positif. Antara tanda kesempurnaan iman ialah marah apabila agama Islam dipersendakan. Manusia dituntut untuk mengawal diri ketika marah. PENGAJARAN Muslim dituntut menjaga kesejahteraan emosi. Menahan kemarahan adalah tuntutan agama demi kebaikan dan kemaslahatan umat. Marah yang dibolehkan apabila kehormatan diri dan kemuliaan agama Islam dihina, namun mestilah menyelesaikannya dengan cara berhikmah. Meluahkan perasaan marah secara wajar dan terkawal. Berzikir kepada Allah SWT dapat membantu seseorang mengawal perilaku luaran dan tindak balas dalaman. HADIS 16
Surah Ali Imran : 19 Surah Ali Imran : 85 PENGHAYATAN FOKUS NILAI Hormat Kesejahteraan 76 MODUL PENGHAYATAN HADIS 40 IMAM NAWAWI Murid mestilah menyedari bahawa sifat marah akan merosakkan hubungan kekeluargaan dan memutuskan silaturahim. Murid mestilah bersabar dan mengawal emosi dalam setiap situasi seperti menggunakan bahasa yang sopan dalam percakapan, penulisan dan penggunaan media sosial. Murid hendaklah menjauhi provokasi yang boleh menimbulkan kemarahan dan pergaduhan. Murid hendaklah saling menghormati sesama murid tanpa mengira bangsa, agama dan rupa paras. CADANGAN AKTIVITI Bimbingan kaunseling menangani tekanan emosi Program bicara hati ke hati HADIS 16