MODUL PENGHAYATAN HADIS 40 IMAM NAWAWI 77 HADIS 17 KESEMPURNAAN DALAM PERKARA KEBAIKAN
MAKSUD HADIS َوَسَّلَم ِه ِه َصَّلى الَّلُه َعَل ْي بِن َأْوٍس َرِضَي الَّلُه َتَعاَلى َع ْنُه َعْن َرُسْوِل الَّل ِد َعْن َأِبْي َيْعَلى َشَّدا َبْحُتْم َذا َذ ْتَلَة، َوِإ ِق ُنوا اْل َذا َقَتْل ُتْم َفَأْحِس ، َفِإ ِإَّن الَّلَه َكَتَب ا ِإْلْحَساَن َعَلٰى ُكِّل َشْيٍء َقاَل: يَحَتُه. َتُه، َوْلُيِرْح َذِب َّد َأَحُدُكْم َشْفَر ِح ْبَحَة، َوْلُي ُنوا ال ِّذ َفَأْحِس ٌم. َرَواُه ُمْسِل 78 MODUL PENGHAYATAN HADIS 40 IMAM NAWAWI HADIS Terjemahan: Daripada Saiyidina Abu Ya‘la Syaddad bin Aus r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah telah menuntut berlaku ihsan (berbuat kebaikan secara sempurna) dalam setiap perkara. Maka, apabila kamu membunuh hendaklah dilakukan dengan cara yang baik. Dan apabila kamu menyembelih hendaklah dilakukan dengan cara yang baik. Hendaklah seseorang menajamkan pisau sembelihannya dan memberi kerehatan (menyegerakan kematian) kepada binatang sembelihannya.” Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Muslim. HURAIAN HADIS Ihsan ialah teliti melakukan sesuatu amalan dan bersungguhsungguh melaksanakannya untuk menjadikan sesuatu itu terlaksana dengan sebaik-baiknya. Ihsan merupakan asas dalam agama di samping iman dan Islam. Kategori ihsan: Ihsan kepada manusia (Muslim dan bukan Muslim) Ihsan kepada alam sekitar Ihsan kepada haiwan Kenali Perawi HADIS 17
Ihsan kepada manusia Sebagai agama yang bersifat rahmatan lil alamin, Islammemerintahkan umatnya untuk bersikap ihsan kepada Muslimdanbukan Muslim. Meskipun berlainan akidah, kita diwajibkan untukmenyantuni mereka dengan mesra dan lemah lembut. Kita jugadigalakkan saling membantu dan berkasih sayang sesama mereka. Ihsan kepada alam sekitar Islam menuntut supaya berlaku ihsan terhadap alam sekitar keranamanusia memerlukan alam untuk manfaat kehidupan. Sebagai contoh oksigen yang dikeluarkan oleh tumbuh-tumbuhan untukmanusia bernafas. Manusia juga memerlukan sumber makanandankekayaan daripada alam sekitar. Kita hendaklah melestarikan sumber alam dengan penggunaanyang betul tanpa melakukan kerosakan. Aktiviti yang merosakkan alam sekitar seperti pembakaran terbukadan pembuangan sisa toksik ke dalam sungai hendaklah dielakkankerana boleh membawa akibat buruk kepada kehidupan manusia. Firman Allah SWT dalam surah al-Rum ayat 41: Ihsan kepada haiwan Manusia hendaklah berlaku ihsan terhadap haiwan peliharaandanbukan peliharaan. Antara perbuatan yang dikira ihsan kepadahaiwan dengan memberinya makan dan minum serta menolongnyaapabila dalam kesusahan. Sekiranya perlu dibunuh, hendaklah dilakukan secara baik tanpamenyeksa haiwan tersebut. 79 MODUL PENGHAYATAN HADIS 40 IMAM NAWAWI Terjemahan: “Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut disebabkan kerana perbuatan tangan manusia supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian daripada (akibat) perbuatan mereka agar mereka kembali (ke jalan yang benar).” HADIS 17
Allah menjadikan haiwan untuk dimanfaatkan oleh manusia bagi memenuhi keperluan hidup. Allah SWT berfirman dalam surah al-Nahl ayat 5-6: Islam menuntut agar sentiasa berlaku ihsan walaupun dalam peperangan serta pelaksanaan hukum qisas dan hudud. Firman Allah SWT dalam surah al-Nahl ayat 90: Saiyidina Abu Bakar r.a. berpesan kepada tentera yang diutuskan dengan berkata: “Jangan membunuh kanak-kanak, perempuan, orang tua, orang sakit dan pendeta. Jangan memotong pokok yang berbuah, jangan meruntuhkan rumah dan jangan menyembelih binatang seperti unta dan lembu kecuali sekadar untuk dimakan, jangan melemaskan lebah yang diternak (memasukkan air ke dalam sarangnya) dan membakarnya.” (Riwayat al-Baihaqi) Islam juga menuntut agar berlaku ihsan ketika menyembelih haiwan atau membunuh binatang berbahaya. Imam Ahmad r.a. meriwayatkan bahawa seorang lelaki berkata: “Ya Rasulullah, aku ingin menyembelih seekor kambing tetapi aku mengasihaninya.” Baginda SAW bersabda: “Walaupun hanya seekor kambing, kamu mengasihaninya Allah akan mengasihanimu.” 80 MODUL PENGHAYATAN HADIS 40 IMAM NAWAWI HADIS 17 Terjemahan: “Dan binatang-binatang ternak itu, Ia juga menciptakannya untuk kamu; terdapat padanya benda yang memanaskan tubuh dari sejuk dan beberapa faedah yang lain; dan daripadanya juga kamu makan. Dan bagi kamu pada binatang ternak itu, keindahan (yang menarik hati) ketika kamu membawanya balik untuk berehat (pada waktu petang), dan ketika kamu membawanya keluar (pada waktu pagi).” Terjemahan: “Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil, dan berbuat kebaikan, serta memberi bantuan kepada kaum kerabat; dan melarang daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang keji dan mungkar serta kezaliman. Ia mengajar kamu (dengan suruhan dan larangan-Nya ini), supaya kamu mengambil peringatan mematuhiNya.”
81 MODUL PENGHAYATAN HADIS 40 IMAM NAWAWI Adab ihsan ketika menyembelih haiwan ialah: Menajamkan pisau sembelihan bagi mempercepatkan proses kematian. Tidak melakukan sembelihan di hadapan binatang sembelihan yang lain kerana termasuk dalam bentuk penyeksaan dalaman (emosi) kepada binatang. Membawa binatang sembelihan ke tempat sembelihan dengan cara yang baik. Dilarang sama sekali menyeksa binatang seperti menendang, memukul dan seumpamanya. Diharamkan mengurung atau mengikat binatang dengan tidak memberinya makan dan minum sebelum sembelihan. PENGAJARAN Setiap orang mestilah menghayati nilai ihsan bagi melahirkan manusia yang cemerlang dan bertamadun. Islam merupakan agama yang sentiasa menganjurkan kesempurnaan dalam setiap perkara. Kita mesti meyakini bahawa setiap hukum syariat adalah demi untuk kebaikan dan kemaslahatan umat. Setiap orang hendaklah mempunyai jiwa yang murni agar dapat menilai sesuatu perkara baik atau buruk. Islam amat mementingkan ihsan dalam setiap perkara sekalipun dalam peperangan atau pelaksanaan hukuman. Individu yang membudayakan ihsan dalam kehidupan akan menjadikan proses penambahbaikan berlaku secara berterusan. HADIS 17
PENGHAYATAN FOKUS NILAI Ihsan Hormat Kesejahteraan 82 MODUL PENGHAYATAN HADIS 40 IMAM NAWAWI Murid hendaklah mengetahui bahawa Allah Yang Maha Pengasih telah mewajibkan hamba-Nya berbuat ihsan terhadap semua makhluk dalam setiap keadaan. Murid hendaklah berasa ihsan terhadap haiwan ketika melakukan sembelihan. Setiap murid mestilah menghindarkan diri daripada melakukan sebarang bentuk salah laku seperti membuli, mengugut, merosakkan harta benda dan lain-lain. CADANGAN AKTIVITI Halaqah ilmu Kursus sembelihan HADIS 17