The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ANISAH BINTI AYOUB KPM-Guru, 2024-06-17 14:42:59

HADIS 27: TANDA KEBAIKAN DAN DOSA

HADIS 27

MODUL PENGHAYATAN HADIS 40 IMAM NAWAWI 129 HADIS 27 TANDA KEBAIKAN DAN DOSA


130 MODUL PENGHAYATAN HADIS 40 IMAM NAWAWI HADIS MAKSUD HADIS ُّر ُحْسُن َوَسَّلَم َقاَل: اْلِب ِه َعِن الَّنَّواِس ْبِن َسْمَعاَن َرِضَي الَّلُه َع ْنُه َعِن الَّنبِّي َصَّلى الَّلُه َعَل ْي ٌم. َوَعْن َرَواُه ُمْسِل الَّناُس. ِه َع َعَل ْي َك، َوَكِرْهَت َأْن َيَّطِل ْي َنْفِس الُخُلِق، َواِإل ْثُم َما َحاَك ِف َوَسَّلَم ، َفَقاَل: ِجْئَت َتْسَأُل َعِن ِه ِه َصَّلى الَّلُه َعَل ْي ْيُت َرُسْوَل الَّل َت َقاَل: َأ ٍد ِبَصَة ْبِن َمْعَب َوا اْلَقْلُب، ِه الَّنْفُس، َواْطَمَأَّن إَل ْي ِه َّنْت إَل ْي ُّر َما اْطَمَأ َقْلَبَك، اْلِب ِّر؟ ُقْلُت: َنَعْم. َفَقاَل: اْسَتْفِت الِب ْفَتْوَك. ْفَتاَك الَّناُس َوَأ ْي الَّصْدِر، َوِإْن َأ َرَّدَد ِف ْي الَّنْفِس َو َت َواِإل ْثُم َما َحاَك ِف ّي َرِضَي اللُه َع ْنُه ٍل َوالَّداِرِم َب ْي ُمْسَنَدْي اِإلَماَم ْيِن َأْحَمَد ْبِن َح ْن َناُه ِف َرَو ْي ْيٌث َحَسٌن، َحِد َحَسٍن. ٍد ِبِإْسَنا Terjemahan: Daripada Saiyidina al-Nawwas bin Sam‘an r.a. bahawa Nabi SAW bersabda: “Kebaikan itu ialah berakhlak mulia. Dosa itu pula ialah sesuatu yang menimbulkan keresahan dalam jiwa dan kamu tidak suka diketahui oleh orang lain.” Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Muslim. Daripada Saiyidina Wabisah bin Ma‘bad r.a. beliau berkata, aku bertemu Rasulullah SAW lalu Baginda SAW bersabda: “Adakah kamu datang untuk bertanya tentang kebaikan?” Aku menjawab, “Ya.” Baginda SAW bersabda, “Tanyalah hati kamu sendiri. Kebaikan itu ialah perkara yang membawa ketenangan jiwa dan hati kamu. Dosa itu pula ialah sesuatu yang meresahkan jiwa dan menimbulkan keraguan dalam dada, walaupun orang ramai memberi pandangan berbeza denganmu.” Hadis hasan. Kami meriwayatkannya dengan sanad hasan daripada dua kitab Musnad, masing-masing merupakan karangan dua orang imam hadis iaitu Imam Ahmad bin Hanbal dan al-Darimi. Kenali Perawi HADIS 27


Al-Birr (kebaikan) ialah menjaga hubungan baik, berlemah lembut, berbuat baik serta persahabatan dan pergaulan yang baik. Ini juga membawa maksud ketaatan. Semua perkara ini merupakan himpunan akhlak yang baik. Akhlak dalam Islam merujuk kepada prinsip-prinsip syarak yang menjadi panduan perilaku manusia. Akhlak baik memberi ketenangan kepada hati dan jiwa. Perbuatan dosa akan menimbulkan keresahan dalam jiwa sehingga pelakunya tidak suka perbuatannya diketahui oleh orang lain. Sesiapa yang ingin melakukan sesuatu perbuatan yang diragui hendaklah dia bertanya kepada hatinya. Ini kerana Allah SWT menciptakan hati manusia cenderung kepada kebaikan. Firman Allah SWT dalam Surah al-Rum ayat 30: Orang yang warak akan meninggalkan perkara yang meragukan terutama dalam perkara halal dan haram. 131 MODUL PENGHAYATAN HADIS 40 IMAM NAWAWI HURAIAN HADIS Terjemahan: “(Setelah jelas kesesatan syirik itu) maka hadapkanlah dirimu (engkau dan pengikutmu, wahai Muhammad) ke arah agama yang jauh daripada kesesatan; (turutlah terus) agama Allah, iaitu agama yang Allah menciptakan manusia (dengan keadaan bersedia daripada semulajadinya) untuk menerimanya; tidaklah patut ada sebarang perubahan pada ciptaan Allah itu; itulah agama yang betul lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.” HADIS 27


132 MODUL PENGHAYATAN HADIS 40 IMAM NAWAWI PENGAJARAN Akhlak mulia adalah petunjuk kepada suatu penilaian terhadap ketinggian peribadi seseorang. Akhlak mulia adalah perkara yang paling berat di neraca timbangan amalan. Dosa menyebabkan hati orang yang beriman gelisah dan resah. Keruntuhan akhlak mendorong kepada kemusnahan bangsa dan kehancuran tamadun sesebuah negara. Warak adalah sifat mahmudah yang dituntut pada hati seorang hamba. HADIS 27


133 PENGHAYATAN FOKUS NILAI Ihsan Kesejahteraan Keyakinan MODUL PENGHAYATAN HADIS 40 IMAM NAWAWI CADANGAN AKTIVITI Senarai semak amalan harian Halaqah ilmu Usrah mingguan Murid hendaklah sentiasa berbuat baik agar mendapat ketenangan jiwa dan menjauhi perbuatan buruk kerana mendatangkan kegusaran hati. Murid hendaklah sentiasa saling menasihati sesama rakan. Murid hendaklah sentiasa mematuhi peraturan agar persekitaran sekolah sentiasa harmoni. HADIS 27


Click to View FlipBook Version