The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ANISAH BINTI AYOUB KPM-Guru, 2024-06-17 15:34:29

HADIS 34: TANGGUNGJAWAB MENGUBAH KEMUNGKARAN

HADIS 34

MODUL PENGHAYATAN HADIS 40 IMAM NAWAWI 164 HADIS 34 TANGGUNGJAWAB MENGUBAH KEMUNGKARAN


165 MODUL PENGHAYATAN HADIS 40 IMAM NAWAWI HADIS MAKSUD HADIS َوَسَّلَم ِه ِه َصَّلى الَّلُه َعَل ْي ْعُت َرُسوَل الَّل اْلُخْدِرّي َرِضَي الَّلُه َع ْنُه َقاَل: َسِم ٍد ي َعْن َأِبي َسِع ْع ِط ، َفِإْن َلْم َيْسَت ِنِه َسا ْع َفِبِل ِط ، َفِإْن َلْم َيْسَت ِد ِه َي ا َفْلُيَغِّي ْرُه ِب ْنُكْم ُم ْنَك ًر َأٰى ِم َيُقوُل: َمْن َر َك َأْضَعُف ا ِإْليَماِن. ِل ، َو َذ ِه َفِبَقْلِب ٌم. َرَواُه ُمْسِل Terjemahan: Daripada Saiyidina Abu Sa‘id al-Khudri r.a. berkata, “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Sesiapa dalam kalangan kamu melihat sesuatu kemungkaran, maka hendaklah dia mengubahnya dengan tangan. Sekiranya dia tidak mampu, maka hendaklah dia mengubahnya dengan lidah. Sekiranya dia tidak mampu, maka hendaklah dia mengubahnya dengan hati. Demikian itu selemah-lemah iman.” Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Muslim. HURAIAN HADIS Hadis ini berkisar tentang pendekatan menangani kemungkaran. Mungkar merupakan perbuatan atau perkataan yang ditegah oleh syarak. Terdapat tiga peringkat dalam menangani kemungkaran iaitu melalui tangan, perkataan dan hati. Menangani kemungkaran dengan tangan bermaksud menggunakan kekuasaan atau kekuatan untuk menghentikan sesuatu kemungkaran yang sedang berlaku. Contohnya, bapa perlu memastikan anaknya menutup aurat dengan sempurna. Kenali Perawi HADIS 34


Menangani kemungkaran dengan perkataan iaitu dengan cara menegur, menasihati atau melaporkan kemungkaran sama ada secara lisan atau tulisan. Contohnya, seseorang boleh menasihati rakannya agar tidak membazir waktu. Menangani kemungkaran dengan hati bermaksud membenci dan menjauhi kemungkaran tersebut dan berazam untuk tidak melakukannya serta berdoa agar pelakunya diberi hidayah dan petunjuk untuk bertaubat. Menangani kemungkaran dengan bijaksana dan berhikmah sepertimana firman Allah SWT dalam surah al-Nahl ayat 125: 166 MODUL PENGHAYATAN HADIS 40 IMAM NAWAWI PENGAJARAN Kita perlu mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran dengan penuh tanggungjawab, sambil memberi nasihat dengan perkataan yang lembut dan sopan. Setiap individu berhak menyampaikan seruan dakwah sesuai dengan kemampuannya. Dakwah harus disampaikan dengan penuh hikmah, disertai nasihat yang benar dan tidak menggunakan cara yang dilarang oleh agama. Selalu berdoa untuk kebaikan diri sendiri, keluarga dan umat Islam. Kita hendaklah menyediakan perancangan yang teratur dan berstrategik dalam melaksanakan amar makruf dan nahi mungkar. HADIS 34 Terjemahan: “Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad), dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang paling baik; sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalan-Nya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang mendapat hidayah petunjuk.”


167 PENGHAYATAN FOKUS NILAI Hormat Kesejahteraan MODUL PENGHAYATAN HADIS 40 IMAM NAWAWI CADANGAN AKTIVITI Dakwah secara individu Bimbingan dan simulasi dakwah Pertandingan poster digital amalan baik Murid hendaklah menggunakan cara atau kaedah yang terbaik dalam mengajak rakan, keluarga dan masyarakat melakukan kebaikan. Murid mestilah melaporkan kesalahan atau pelanggaran salah laku kepada guru dan tidak mengambil tindakan sendiri. Murid perlu mengajak rakan mengikut peraturan di sekolah dan meninggalkan perkara negatif. HADIS 34


Click to View FlipBook Version