MODUL PENGHAYATAN HADIS 40 IMAM NAWAWI 27 HADIS 06 BERHATI-HATI TERHADAP PERKARA SYUBHAH
28 MODUL PENGHAYATAN HADIS 40 IMAM NAWAWI HADIS MAKSUD HADIS ِه َصَّلى الَّلُه ْعُت َرُسوَل الَّل يٍر َرِضَي الَّلُه َع ْنُهَما َقاَل: َسِم ِش ُّنْعَماِن ْبِن َب ال ِه الَّل ِد َعْن َأِبي َع ْب َن ِم ٌر ي ِبَهاٌت اَل َيْعَلُمُهَّن َكِث َنُهَما ُمْشَت اَم َبِّيٌن، َو َب ْي ِإَّن اْلَحاَلَل َبِّيٌن، َوِإَّن اْلَحَر َوَسَّلَم َيُقوُل: ِه َعَل ْي ي َوَقَع ِف ِت ي الُّشُبَها ، َوَمْن َوَقَع ِف ْرِضِه َوِع ِنِه ي َأ ِلِد َر ْب اْسَت ِت الَّناِس، َفَمِن ا َّتَقى الُّشُبَها َمى، َأاَل َوِإَّن ُكِّل َمِل ٍك ِح ، َأاَل َوِإَّن ِل ِه ي َتَع ِف َمٰى ُيوِشُك َأْن َي ْر ِح ي َي ْرَعٰى َحْوَل ال ِع ا َّر اِم، َكال الَحَر ُمْضَغًة، إ َذا َصَلَحْت َصَلَح الَجَسُد ُكُّلُه، َوإ َذا ي الَجَسِد َتَعاَلٰى َمَحاِرُمُه، َأاَل َوِإَّن ِف ِه َمى الَّل ِح َي اْلَقْلُب. َفَسَدْت َفَسَد الَجَسُد ُكُّلُه، َأاَل َوِه ٌم. َرَواُه اْلُبَخاِرُّي َوُمْسِل Terjemahan: Daripada Saiyidina Abu ‘Abdullah al-Nu’man bin Basyir r.a. beliau berkata, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya perkara yang halal itu jelas dan perkara yang haram itu jelas dan di antara kedua-duanya terdapat perkara yang syubhah (tidak jelas hukumnya), yang kebanyakan orang tidak mengetahuinya. Sesiapa yang berhati-hati terhadap perkara yang syubhah, maka dia telah memelihara agamanya dan maruahnya. Namun sesiapa yang terjebak dengan perkara yang syubhah maka dia terjerumus ke dalam perkara haram. (Keadaannya) seperti penggembala yang membawa binatang gembalaannya berhampiran kawasan larangan, lambat laun dikhuatiri dia akan memasukinya. Ketahuilah sesungguhnya setiap raja mempunyai kawasan larangan. Ketahuilah sesungguhnya kawasan larangan Allah ialah perkara yang diharamkan-Nya. Ketahuilah sesungguhnya di dalam jasad manusia ada seketul daging, apabila ia baik maka seluruh jasad akan baik. Dan apabila ia rosak maka seluruh jasad akan rosak. Ketahuilah bahawa ia adalah hati.” Hadis ini diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Imam Muslim. Kenali Perawi HADIS 06
Hadis ini menyatakan tentang perkara halal dan haram itu jelas dan antara kedua-duanya ada perkara yang samar iaitu syubhah. Contoh perkara halal yang jelas ialah memakan makanan yang halal lagi baik daripada tumbuh-tumbuhan, buah-buahan dan binatang ternakan. Manakala contoh perkara yang haram ialah memakan bangkai, daging babi dan minum arak. Perkara syubhah ialah perkara yang ada kesamaran kerana tidak jelas hukumnya antara halal dan haram, contohnya: Makanan atau minuman yang tidak jelas status halal atau haram. Keuntungan daripada pelaburan yang tidak jelas halal atau haram sesuatu perniagaan. Pakaian yang mempunyai simbol maksiat. Menyewakan rumah kepada pelaku maksiat. Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 172: Ayat ini mengingatkan kita supaya mengambil makanan dan minuman yang baik serta mensyukuri nikmat Allah SWT. Hati yang baik ialah hati yang sentiasa ingat dan patuh kepada perintah Allah SWT. Kita juga diperintah untuk meninggalkan segala larangan Allah SWT dan sedaya upaya untuk menjauhi perkara syubhah agar tidak terjerumus kepada yang diharamkan. 29 MODUL PENGHAYATAN HADIS 40 IMAM NAWAWI HURAIAN HADIS Terjemahan: “Wahai orang yang beriman! Makanlah daripada benda yang baik (yang halal) yang telah Kami berikan kepada kamu dan bersyukurlah kepada Allah SWT, jika betul kamu hanya beribadah kepada-Nya.” HADIS 06
30 MODUL PENGHAYATAN HADIS 40 IMAM NAWAWI PENGAJARAN Mengambil berat tentang perkara yang berkaitan halal, haram dan syubhah. Tidak peka terhadap perkara halal, haram dan syubhah akan memberi kesan negatif kepada kehidupan. Melakukan perkara haram dan syubhah akan menjejaskan kesucian hati. HADIS 06
Surah Ali Imran : 1Surah Ali Imran : 8Kesejahteraan Keyakinan PENGHAYATAN FOKUS NILAI 31 MODUL PENGHAYATAN HADIS 40 IMAM NAWAWI CADANGAN AKTIVITI Halaqah ilmu Usrah mingguan Bacaan hadis selepas solat Murid perlu memastikan makanan, minuman, pakaian dan lain-lain daripada sumber yang diyakini halal. Murid perlu berusaha menjauhi perkara yang syubhah. Meminta izin untuk mengambil atau menggunakan hak milik rakan merupakan amalan mulia. Murid bertanggungjawab untuk memilih produk yang diyakini halal seperti yang mempunyai logo halal Jakim. Murid perlu menghindari perkara yang dilarang seperti meniru dalam peperiksaan, menghina, mencaci, mengejek, membuli dan lain-lain. HADIS 06