The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ANISAH BINTI AYOUB KPM-Guru, 2024-06-17 16:26:56

HADIS 42: MENGHARAPKAN PENGAMPUNAN DAN RAHMAT ALLAH SWT

HADIS 42

MODUL PENGHAYATAN HADIS 40 IMAM NAWAWI 202 HADIS 42 MENGHARAPKAN PENGAMPUNAN DAN RAHMAT ALLAH SWT


Terjemahan: Daripada Saiyidina Anas r.a. beliau berkata, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Allah Taala berfirman, “Wahai anak Adam, sesungguhnya, selagi engkau berdoa dan berharap kepada-Ku, pasti Aku akan mengampuni dosa-dosa engkau walau banyak sekali pun dan Aku tidak peduli. Wahai anak Adam, sekiranya dosa engkau begitu banyak sehingga mencecah langit kemudian engkau meminta ampun kepada-Ku, pasti Aku mengampunkan dosa engkau. Wahai anak Adam, sekiranya engkau datang kepada-Ku dengan dosa sepenuh isi bumi, kemudian engkau bertemu dengan-Ku dalam keadaan engkau tidak mensyirikkan Aku dengan sesuatu, nescaya Aku akan memberikan kepada engkau sepenuh itu juga pengampunan.” Hadis ini diriwayatkan oleh Imam al-Tirmizi. Hadis hasan. 203 MODUL PENGHAYATAN HADIS 40 IMAM NAWAWI HADIS MAKSUD HADIS َوَسَّلَم َيُقوُل: َقاَل الَّلُه ِه ِه َصَّلى الَّلُه َعَل ْي ْعُت َرُسوَل الَّل َنٍس َرِضَي الَّلُه َع ْنُه َقاَل: َسِم َعن َأ ي ِل َبا ْنَك َواَل ُأ ي َغَفْرُت َلَك َعَلى َما َكاَن ِم ِن ي َو َرَجْوَت ِن َّنَك َما َدَعْوَت ِإ َتَعاَلى: َيا ابَن آَدَم، ي َغَفْرُت َلك. ِن َت ُثَّم اْسَتْغَفْر ِء َيا ابَن آَدَم، َلْو َبَلَغْت ُذ ُنوُبَك َع َناَن الَّسَما ُتَك ْي َت ي اَل ُتْشِرُك ِبي َشْيًئا َأَل ِن يَت ِق ْرِض َخَطا َيا ُثَّم َل اِب ا َأْل ي ِبُقَر ِن َت ْي َت َّنَك َلْو َأ ِإ َيا ابَن آَدَم، َرًة ِبَها َمْغِف ا ِبُقَر يٌث َحسن ُّي رحمه الَّلُه َوَقاَل: َحِد ِم ِذ ْر َرَواُه الِّت Kenali Perawi HADIS 42


204 MODUL PENGHAYATAN HADIS 40 IMAM NAWAWI HURAIAN HADIS Hadis ini menggambarkan kepada kita kerahmatan dan keampunan Allah SWT yang tidak terbatas kepada hamba-Nya. Imam Nawawi meletakkan hadis ini yang terakhir sebagai simbolik agar kita semua diampuni dosa sepanjang hayat. Allah SWT menegaskan kepada hamba-Nya bahawa jika mereka kembali, berdoa dan berharap kepada-Nya, dosa mereka akan diampuni tanpa memandang sebesar manapun dosa tersebut. Betapa lemahnya manusia di hadapan Allah SWT dengan dosa mereka. Namun, Allah SWT dengan kasih sayang-Nya yang luas dan kekuasaan-Nya yang mutlak pasti memberikan pengampunan kepada mereka yang kembali kepada-Nya dengan tulus. Sungguhpun dosa seseorang seluas langit, keampunan Allah SWT lebih besar. Hal ini menunjukkan kebesaran rahmat Allah SWT yang tidak terbatas dan Allah SWT pasti mengampuni dosa tersebut. Penekanan pentingnya menjauhi syirik iaitu tidak menyekutukan Allah SWT. Meskipun dosa sepenuh isi bumi, namun selama seseorang mempertahankan tauhid, peluang keampunan masih terbuka. Tidak ada dosa yang terlalu besar untuk diampuni asalkan seseorang bertaubat dengan bersungguh-sungguh dan kembali kepada Allah SWT dengan tulus. HADIS 42


Allah SWT memerintahkan supaya kita segera bertaubat dan memohon keampunan-Nya. Firman Allah SWT dalam surah Ali ‘Imran ayat 133: Rahmat dan pengampunan Allah SWT tiada batasnya. Menjadi kewajipan kita agar meyakini perkara ini sebagai dorongan untuk terus bertaubat dan memohon keampunan Allah SWT. Allah SWT pasti akan mengampunkan dosa hamba-Nya yang bertaubat walau sebesar mana dosa yang dilakukan dengan syarat tidak mensyirikkan-Nya. 205 MODUL PENGHAYATAN HADIS 40 IMAM NAWAWI PENGAJARAN HADIS 42 Terjemahan: “Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal yang baik untuk mendapat) keampunan daripada Tuhan kamu, dan (mendapat) syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi yang disediakan bagi orang yang bertakwa.”


206 PENGHAYATAN FOKUS NILAI Keyakinan Kesejahteraan Ihsan MODUL PENGHAYATAN HADIS 40 IMAM NAWAWI CADANGAN AKTIVITI Bacaan hadis Tazkirah ringkas Menghayati keindahan nasyid berkaitan taubat. Menghafal Saiyidul Istighfar. Murid hendaklah meyakini bahawa Allah SWT sentiasa mengampunkan semua kesalahan hamba-Nya sekiranya mereka memohon keampunan daripada Allah SWT dengan bertaubat dan beristighfar. Murid hendaklah menyedari bahawa manusia adalah makhluk yang lemah, terdedah melakukan kesilapan dan dosa. Mohonlah ampun atas kesilapan sesama manusia dan bertaubatlah kepada Allah SWT. Murid hendaklah menjauhi perbuatan syirik yang boleh menjadi penghalang daripada mendapat keampunan Allah SWT. Murid hendaklah sentiasa mengharapkan keampunan Allah SWT dalam kehidupan. HADIS 42


Click to View FlipBook Version