The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ANISAH BINTI AYOUB KPM-Guru, 2024-06-17 16:01:25

HADIS 39: KESALAHAN YANG DIMAAFKAN

HADIS 39

MODUL PENGHAYATAN HADIS 40 IMAM NAWAWI 187 HADIS 39 KESALAHAN YANG DIMAAFKAN


188 MODUL PENGHAYATAN HADIS 40 IMAM NAWAWI HADIS MAKSUD HADIS ِإَّن الَّله َوَسَّلَم َقاَل: ِه َعِن ابِن َعَّباس َرِضَي الَّلُه َع ْنُهَما َأَّن َرُسوَل الَّله َصَّلى الَّلُه َعَل ْي . ِه ي اْلَخَطَأ َوالِّنْسَياَن َوَما اْسُتْكِرُهوا َعَل ْي ي َعْن ُأَّمِت َتَجاَوَز ِل ُّي َوَغ ْي ُرُهَما. ْبُن َماَجْه َواْلَب ْيَهِق َرَواُه ا يٌث َحَسٌن، َحِد Terjemahan: Daripada Saiyidina Ibn ‘Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya, kerana aku, Allah memaafkan kesalahan umatku yang dilakukan secara tersilap, terlupa atau dipaksa.” Hadis hasan. Diriwayatkan oleh Imam Ibn Majah, Imam al-Baihaqi dan imam yang lain. HURAIAN HADIS Perbuatan manusia yang melibatkan implikasi hukum terbahagi kepada dua kategori iaitu: Perbuatan secara sengaja dengan niat dan pilihan. Makan dan minum dengan sengaja pada siang hari bulan Ramadan membatalkan puasa. Melanggar peraturan disiplin dengan sengaja adalah suatu kesalahan. Perbuatan secara tersilap, terlupa dan terpaksa yang dimaafkan: Makan dan minum dalam keadaan terlupa pada siang hari bulan Ramadan tidak membatalkan puasa. Kesilapan yang dibuat oleh seseorang yang baharu memeluk agama Islam kerana tidak mengetahui sesuatu hukum tidak dikira sebagai dosa. Kenali Perawi HADIS 39


Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 286: Tuntutan dan larangan dalam agama Islam adalah sesuai dengan kemampuan manusia. Ayat ini mendorong manusia agar mengerjakan perbuatan yang baik serta menunaikan kewajipan yang telah ditetapkan oleh agama. Ayat ini memberi pengertian bahawa perbuatan baik itu adalah perbuatan yang mudah dikerjakan manusia kerana sesuai dengan fitrahnya. Manakala, perbuatan jahat adalah sesuatu yang melanggar fitrah manusiawi. Allah SWT mengajarkan hamba-Nya untuk memohon keampunan atas segala dosa dan kesalahan yang dilakukan. Kita diajar untuk memohon agar tidak dibebani dengan ujian yang berat sebagaimana yang telah berlaku kepada umat terdahulu. 189 MODUL PENGHAYATAN HADIS 40 IMAM NAWAWI HADIS 39 Terjemahan: "Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Dia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan dia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami, Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum yang kafir."


190 MODUL PENGHAYATAN HADIS 40 IMAM NAWAWI PENGAJARAN Maksiat yang dilakukan secara sengaja adalah dosa. Perbuatan tersalah kerana lupa, tidaklah menyebabkan dosa. Allah Maha Pengampun dan Maha Menyayangi hamba-Nya. Seorang mukmin yang baik sedia memaafkan kesalahan orang lain kerana sifat terpuji. HADIS 39


191 PENGHAYATAN FOKUS NILAI Hormat Ihsan Kesejahteraan MODUL PENGHAYATAN HADIS 40 IMAM NAWAWI CADANGAN AKTIVITI Pengucapan awam Bicara hadis Diskusi ilmu Tazkirah Murid hendaklah menyedari bahawa Allah SWT hanya mengambil kira sesuatu dosa yang dilakukan oleh hamba-Nya secara sedar, sengaja dan dengan kemahuan sendiri bukan kerana paksaan. Murid hendaklah menyedari bahawa kesalahan yang dimaafkan mestilah diukur berdasarkan hukum hakam Islam dan bukan sewenang-wenangnya dimaafkan mengikut pandangan peribadi. Murid hendaklah menuntut ilmu dan bertanya kepada ahli ilmu dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi. Murid mestilah menginsafi bahawa kesalahan yang berkaitan dengan hak manusia hendaklah diminta kemaafan dan disempurnakan tuntutannya. Contohnya: Lantunan bola yang disepak oleh Ali dalam satu permainan telah mengenai Ahmad sehingga menyebabkan kecederaan. Ali tidak berdosa kerana perbuatan yang tidak disengajakan namun tetap dituntut memohon maaf kerana melibatkan hak orang lain. Jika lantunan bola itu terkena cermin kaca lalu pecah, Ali juga diminta membayar ganti rugi kerosakan itu. HADIS 39


Click to View FlipBook Version