The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ANISAH BINTI AYOUB KPM-Guru, 2024-06-14 12:58:49

HADIS 20: KEUTAMAAN SIFAT MALU

HADIS 20

MODUL PENGHAYATAN HADIS 40 IMAM NAWAWI 93 HADIS 20 KEUTAMAAN SIFAT MALU


94 MODUL PENGHAYATAN HADIS 40 IMAM NAWAWI HADIS MAKSUD HADIS ِه ُعْقَبَة بِن َعْمُرو ا َأل ْنَصاِرِّي الَبْدِرِّي َرِضَي الَّلُه َع ْنُه َقاَل: َقاَل َرُسوُل الَّل َعْن َأِبي َمْسُعوٍد َذا َلْم َتْسَتْحِي ِإ ا ُألوَلٰى: ُبَّوِة ُّن ْن َكاَلِم ال ْدَرَك الَّناُس ِم َّما َأ َوَسَّلَم: "ِإَّن ِم ِه َصَّلى اللُه َعَل ْي َفاْصَنْع َما ِشْئَت. َرَواُه الُبَخاِرُّي. Terjemahan: Daripada Saiyidina Abu Mas‘ud ‘Uqbah bin ‘Amr al-Ansari al-Badri r.a., beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya antara ungkapan yang diterima oleh manusia (turun temurun) daripada para Nabi yang terdahulu ialah: “Jika kamu sudah tiada sifat malu maka buatlah apa sahaja yang kamu mahu.” Hadis ini diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari. HURAIAN HADIS Malu ialah perasaan seseorang supaya menghindarkan segala yang keji dan melaksanakan segala yang terpuji. Sifat malu merupakan ajaran nabi terdahulu bahkan antara sifat malaikat. Rasulullah SAW bersabda: “Bukankah aku juga berasa malu terhadap seorang lelaki yang malaikat juga malu terhadapnya?” Hadis riwayat Imam Muslim. Lelaki yang dimaksudkan ialah Saiyidina Uthman bin Affan r.a. Malu itu terbahagi kepada dua: Malu yang terpuji contohnya, menahan diri daripada melakukan perkara maksiat. Malu yang tercela contohnya, malu menegur orang yang membuat kemungkaran. Hadis ini tidaklah bermaksud suruhan atau perintah tetapi bermaksud ancaman dan larangan. Kenali Perawi HADIS 20


95 MODUL PENGHAYATAN HADIS 40 IMAM NAWAWI Kita perlu mencontohi sikap wanita Ansar yang tidak malu untuk bertanya berkaitan masalah haid sepertimana riwayat daripada Saiyidatina Aisyah r.a. berkata: Malu yang terpuji mendatangkan banyak kebaikan selaras dengan sabda Nabi SAW di dalam Sahih Imam Bukhari dan Imam Muslim: Terjemahan: “Malu itu membawa kepada kebaikan.” Terjemahan: “Malu itu sebahagian daripada cabang iman.” PENGAJARAN Malu adalah sebahagian cabang iman dan salah satu sifat utama seorang mukmin. Sifat malu akan mendorong manusia melakukan kebaikan dan perisai daripada melakukan kejahatan. Meninggalkan apa yang diperintahkan Allah SWT atau melakukan apa yang dilarang-Nya adalah dikeji. Berfikir dahulu sebelum bercakap atau melakukan sesuatu agar tidak terjebak dalam perkara yang dilarang oleh agama. HADIS 20 Terjemahan: “Sebaik-baik wanita adalah wanita Ansar, tidak tertegah mereka dengan rasa malu untuk memahami urusan agama.”


Surah Ali Imran : 19 Surah Ali Imran : 85 PENGHAYATAN FOKUS NILAI Keyakinan Kemampanan Daya cipta 96 MODUL PENGHAYATAN HADIS 40 IMAM NAWAWI CADANGAN AKTIVITI Forum Pidato Bengkel tatarias patuh syariah Murid perlu mengamalkan sifat malu yang terpuji dan menjauhi malu yang tercela. Murid perlu menghindari perkara yang boleh menjatuhkan maruah diri contohnya mendedahkan aurat, memuat naik dan memuat turun serta berkongsi perkara yang tidak benar dan keaiban dalam media sosial. Murid perlu menjadikan sifat malu sebagai benteng daripada melakukan kesalahan dan maksiat. Murid perlu menjauhi perkara yang boleh memalukan diri sendiri, keluarga, sekolah dan masyarakat. Murid perlu berani melakukan perkara yang mendatangkan manfaat dalam bidang akademik dan kokurikulum. HADIS 20


Click to View FlipBook Version