MODUL PENGHAYATAN HADIS 40 IMAM NAWAWI 102 HADIS 22 SYARAT ASAS MASUK SYURGA
103 MODUL PENGHAYATAN HADIS 40 IMAM NAWAWI HADIS 22 MAKSUD HADIS ِه َصَّلى الَّلُه ا َأل ْنَصاِرِّي َرِضَي الَّلُه َع ْنُه َأَّن َرُجاًل َسَأَل َرُسوَل الَّل ِه الَّل ِد َجاِبِر بِن َع ْب ِه الَّل ِد َعْن َأِبي َع ْب اَم َوُصْمُت َرَمَضاَن َوَأْحَلْلُت اْلَحاَلَل َوَحَّرْمُت اْلَحَر ِت ْيَت إ َذا َصَّل ْيُت الَمْك ُتوَبا َأ َر َوَسَّلَم َفَقاَل: َأ ِه َعَل ْي ُتُه. ْب اَم: اْجَت َن ٌم. َوَمْع َنٰى َحَّرْمُت اْلَحَر َرَواُه ُمْسِل ْدُخُل اْلَجَّنَة؟ َقاَل: َنَعْم. َك َشْيًئا، َأ ِل َوَلْم َأِزْد َعَلى َذ َّلُه. ِح ًدا ِق َوَمْع َنٰى َأْحَلْلُت اْلَحاَلَل: َفَعْل ُتُه ُمْعَت Terjemahan: Daripada Saiyidina Abu Abdullah Jabir bin Abdullah al-Ansari r.a. bahawa seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah SAW, beliau berkata: “Apa pandangan tuan sekiranya aku mengerjakan solat fardu, berpuasa pada bulan Ramadan, menghalalkan perkara yang halal serta mengharamkan perkara yang haram dan aku tidak melakukan lebih daripada itu, adakah aku akan masuk syurga?” Baginda SAW bersabda: “Ya.” Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Muslim. Maksud kata-kata ‘aku mengharamkan perkara yang haram’ ialah aku menjauhinya. Maksud ‘aku menghalalkan perkara yang halal’ ialah aku melakukannya di samping meyakini ia halal. Kenali Perawi HADIS 22
Hadis ini menjelaskan amalan yang melayakkan seseorang menjadi ahli syurga. Amalan tersebut ialah mendirikan solat fardu, berpuasa pada bulan Ramadan, melaksanakan suruhan dan meninggalkan larangan. Syurga merupakan tempat tinggal yang disediakan oleh Allah SWT sebagai balasan untuk hamba-Nya yang soleh. Kehidupan dalam syurga merupakan kehidupan yang hakiki. Syurga menggabungkan kedua-dua nikmat iaitu nikmat kebendaan dan rohani. Allah SWT berfirman dalam surah al-Taubah ayat 72: Solat fardu dalam Islam merupakan tiang agama, kunci syurga, antara sebaik-baik ibadah dan ibadah pertama yang akan dihitung pada hari kiamat kelak. Solat fardu wajib dilaksanakan semasa bermukim, dalam perjalanan, ketika sihat dan sakit, dalam keadaan aman, takut dan perang. Ibadah solat menghimpunkan penyucian roh dan pembersihan badan, riadah fizikal dan rohani, sumber kekuatan roh dan akhlak. Puasa ialah menahan diri daripada makan, minum dan melakukan perkara yang membatalkan puasa daripada terbit fajar sehingga terbenam matahari dengan niat untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. Allah SWT memfardukan puasa pada bulan Ramadan untuk mendidik manusia menjadi orang yang bertakwa. Allah SWT berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 183: 104 MODUL PENGHAYATAN HADIS 40 IMAM NAWAWI HURAIAN HADIS HADIS 22 Terjemahan: “Allah menjanjikan orang yang beriman, lelaki dan perempuan, (akan beroleh) syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya, dan beroleh tempat yang baik di dalam “Syurga ‘Adn” serta keredaan daripada Allah yang lebih besar kemuliaannya; (balasan) yang demikian kejayaan yang besar.” Terjemahan: “Wahai orang yang beriman, kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang yang dahulu daripada kamu supaya kamu bertakwa.”
Meyakini perkara halal dan menjauhi larangan Allah SWT merupakan kewajipan yang perlu difahami sebagai jalan ke syurga. Firman Allah SWT dalam surah al-Ma‘idah ayat 87: Firman Allah SWT dalam surah al-Nisa’ ayat 31: 105 MODUL PENGHAYATAN HADIS 40 IMAM NAWAWI PENGAJARAN Berusaha bersungguh-sungguh melaksanakan ibadah terutama solat fardu dan puasa pada bulan Ramadan. Melaksanakan perkara yang halal dan meninggalkan perkara yang haram. Melakukan amalan yang harus seperti bersukan, berhibur dan hobi yang tidak mengabaikan kewajipan. Meyakini syariat Islam adalah yang terbaik. HADIS 22 Terjemahan: “Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu haramkan benda yang baik yang telah dihalalkan oleh Allah bagi kamu, dan janganlah kamu melampaui batas (pada apa yang telah ditetapkan halalnya itu); kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang melampaui batas. Terjemahan: “Jika kamu menjauhkan dosa besar yang dilarang kamu melakukannya, Kami akan ampunkan kesalahan (dosa kecil) kamu dan Kami akan masukkan kamu ke tempat yang mulia (syurga).”
Surah Ali Imran : 19 Surah Ali Imran : 85 106 PENGHAYATAN FOKUS NILAI Kemampanan Keyakinan Kesejahteraan MODUL PENGHAYATAN HADIS 40 IMAM NAWAWI CADANGAN AKTIVITI Lawatan ke pejabat JAKIM atau Jabatan Agama Negeri Lawatan ke kilang pemprosesan makanan Usrah Murid perlu melaksanakan solat fardu dan puasa dengan sebaik mungkin serta menghayati hikmah kedua-dua ibadah ini. Murid perlu peka dalam menjaga perkara yang halal dan haram. Contohnya, memastikan makanan yang diambil mempunyai logo halal yang disahkan oleh pihak berautoriti. HADIS 22