MODUL PENGHAYATAN HADIS 40 IMAM NAWAWI 12 HADIS 03 RUKUN ISLAM
13 MODUL PENGHAYATAN HADIS 40 IMAM NAWAWI HADIS MAKSUD HADIS ْعُت َرُسوَل بِن ُعَمَر ْبِن اْلَخَّطاِب َرِضَي اللُه َع ْنُهَما َقاَل: َسِم ِه الَّل ِد َّرْحَمِن َع ْب ال ِد َعْن َأِبي َع ْب اَّل الَّلُه َوَأَّن َأْن اَل إَلٰـَه ِإ َي اِإلْساَلُم َعَلى َخْمٍس: َشَهاَدِة ِن َوَسَّلَم َيُقوُل: ُب ِه ِه َصَّلى الَّلُه َعَل ْي الَّل ، َوَصْوِم َرَمَضاَن. ِت ، َوَحِّج الَب ْي ِة الَّزَكا ِء يَتا ، َوِإ َقاِم الَّصاَلِة ُمَحَّمًدا َع ْبُدُه َو َرُسوُلُه، َوِإ ٌم. َرَواُه الُبَخاِرُّي َوُمْسِل Terjemahan: Daripada Saiyidina Abu Abdul Rahman Abdullah bin Umar bin al-Khattab r.a., beliau berkata: “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Islam dibina di atas lima rukun; bersaksi bahawa tiada tuhan selain Allah dan bahawa Muhammad adalah hamba-Nya dan utusan-Nya, mendirikan solat, menunaikan zakat, mengerjakan haji di Baitullah dan berpuasa pada bulan Ramadan.” Hadis ini diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Imam Muslim. HURAIAN HADIS Hadis ini berkaitan rukun Islam yang lima iaitu mengucapkan dua kalimah syahadah, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, menunaikan haji ke Baitullah dan berpuasa pada bulan Ramadan. Mengucapkan dua kalimah syahadah ialah pengakuan terhadap kewujudan dan keesaan Allah SWT serta kenabian Nabi Muhammad SAW. Kenali Perawi HADIS 03
Solat ialah perbuatan yang dimulakan dengan lafaz takbiratul ihram dan disudahi dengan lafaz salam mengikut rukun dan syarat-syarat tertentu. Solat merupakan kewajipan dan juga munajat seorang hamba kepada Tuhannya. Puasa ialah menahan diri daripada makan, minum dan perkara yang membatalkan puasa daripada terbit fajar sehingga terbenam matahari. Umat Islam diwajibkan berpuasa pada bulan Ramadan. Matlamat puasa untuk menjadikan seseorang itu hamba Allah SWT yang bertakwa. Zakat ialah mengeluarkan sebahagian harta tertentu untuk diberikan kepada golongan yang berhak menerimanya dengan syarat yang ditetapkan oleh syarak. Ibadah zakat mampu melahirkan rasa kasih sayang dan saling membantu antara anggota masyarakat. Haji ialah mengunjungi Baitullah (Kaabah) pada masa tertentu (bulan haji) untuk mengerjakan ibadah tertentu menurut syaratnya. Haji adalah ibadah yang berkaitan dengan tubuh badan dan harta. Ibadah ini wajib dilakukan sekali seumur hidup bagi orang yang berkemampuan. Hanya Islam sahaja agama yang diakui benar oleh Allah SWT seperti firman-Nya dalam surah Ali ‘Imran ayat 19: 14 MODUL PENGHAYATAN HADIS 40 IMAM NAWAWI Terjemahan: “Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam. Dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai agama Islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka. Dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah amat segera hitungan hisab-Nya.” HADIS 03
Islam merupakan cara hidup sempurna yang menjamin kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat. Dalam rukun Islam terdapat hubungan antara manusia dengan Allah SWT iaitu mengucapkan dua kalimah syahadah, solat, puasa, zakat dan haji. Malahan ibadah zakat menunjukkan terdapat nilai hubungan sesama manusia melalui bantuan terhadap golongan yang berhak menerimanya. Orang yang berpuasa, berzakat dan menunaikan haji tetapi tidak mendirikan solat ialah orang yang meninggalkan ibadah yang utama. Hal ini disebabkan oleh solat merupakan tiang agama seperti yang disabdakan oleh Rasulullah SAW: Terjemahan: “Solat adalah tiang agama” Setiap orang yang beriman mestilah patuh melaksanakan segala tuntutan rukun Islam bagi mendapat keredaan Allah SWT. Apa yang diyakini hendaklah dibuktikan dengan tindakan dalam bentuk ketaatan terhadap perintah Allah SWT dan ajaran Rasullah SAW. 15 MODUL PENGHAYATAN HADIS 40 IMAM NAWAWI PENGAJARAN HADIS 03
HADIS 03 PENGHAYATAN FOKUS NILAI Keyakinan Kesejahteraan 16 MODUL PENGHAYATAN HADIS 40 IMAM NAWAWI Murid hendaklah memahami bahawa lslam umpama sebuah binaan dengan lima asas utama. Tanpa lima asas utama ini lslam seseorang akan goyah dan runtuh. Murid hendaklah istiqamah mengamalkan dan menghayati rukun Islam dengan ikhlas. Murid yang menjaga lima rukun lslam dengan bersungguhsungguh akan berjaya dalam kehidupan mereka. CADANGAN AKTIVITI Pengucapan awam di perhimpunan harian/mingguan/bulanan Halaqah ilmu seperti Kuliah Lima Minit Sudut informasi rukun Islam di dalam kelas Mengamalkan doa keteguhan iman dan Islam selepas solat: Terjemahan: “Wahai Tuhan Kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisi-Mu: sesungguhnya Engkau jualah Tuhan yang melimpah-limpah pemberian-Nya.” ( Surah Ali ‘Imran: Ayat 8)