The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ANISAH BINTI AYOUB KPM-Guru, 2024-06-14 12:16:37

HADIS 14: KESAN JENAYAH BERAT DALAM ISLAM

HADIS 14

MODUL PENGHAYATAN HADIS 40 IMAM NAWAWI 64 HADIS 14 KESAN JENAYAH BERAT DALAM ISLAM


65 MODUL PENGHAYATAN HADIS 40 IMAM NAWAWI HADIS MAKSUD HADIS ُّل َدُم ِح َوَسَّلَم: اَل َي ِه ِه َصَّلى الَّلُه َعَل ْي َرِضَي الَّلُه َع ْنُه َقاَل: َقاَل َرُسوُل الَّل َعِن ابِن َمْسُعوٍد اْلُمَفاِرُق ِنِه ي الَّنْفِس، َوالَّتاِرُك ِلِد ي، َوالَّنْفُس ِب ِن ِّيُب الَّزا : الَّث اَّل ِبِإْحَدٰى َثاَل ٍث ٍم ِإ اْمِرٍئ ُمْسِل . ْلَجَماَعِة ِل ٌم. َرَواُه اْلُبَخاِرُّي َوُمْسِل Terjemahan: Daripada Saiyidina Ibnu Mas‘ud r.a berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Tidak halal (menumpahkan) darah seorang Muslim kecuali disebabkan satu daripada tiga perkara; berzina setelah berkahwin, membunuh orang (tanpa hak), dan meninggalkan agama serta memisahkan diri daripada jemaah orang Islam.” Hadis ini diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Imam Muslim. HURAIAN HADIS Islam telah menetapkan hukuman yang tegas terhadap jenayah yang sangat berat sehingga pemerintah berhak menjatuhkan hukuman bunuh terhadap pelaku. Tiga kesalahan utama yang boleh menyebabkan pemerintah menjatuhkan hukuman bunuh iaitu, penzina yang telah berkahwin, pembunuh dan orang yang murtad. Hadis ini menetapkan hukuman bunuh bagi penzina yang telah berkahwin iaitu direjam dengan batu sehingga mati. Syarat pelaksanaan hukuman ini ialah penzina itu pernah berkahwin, merdeka, baligh dan berakal. Sesungguhnya, zina adalah jenayah yang sangat berat di sisi Islam. Kenali Perawi HADIS 14


Larangan Allah SWT mengenai zina dinyatakan dalam surah al-Isra’ ayat 32: Hukuman berat juga akan dijalankan oleh pemerintah terhadap pembunuh yang mengambil nyawa seseorang manusia. Hukuman ini dikenali sebagai qisas, iaitu pembalasan yang seimbang. Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 178: Selain itu, orang yang keluar daripada agama Islam juga dikenakan hukuman bunuh setelah dinasihatkan bertaubat dan diperintahkan kembali kepada Islam tetapi masih enggan. Keluar daripada agama Islam juga dikenali sebagai murtad yang boleh berlaku dengan tiga keadaan iaitu: Keyakinan (Iktikad), contohnya; menolak hukum yang telah disepakati ulama seperti kewajipan berzakat. Perbuatan, contohnya; menyembah berhala. Perkataan, contohnya; mengucapkan sesuatu yang bercanggah dengan pegangan Islam seperti mengutuk Allah SWT dan Rasulullah SAW. Seseorang itu dikira murtad sekiranya melakukan perkara tersebut dalam keadaan mengetahui bahawa perkara tersebut menyebabkan murtad, dilakukan dengan sengaja dan tidak dipaksa. 66 MODUL PENGHAYATAN HADIS 40 IMAM NAWAWI Terjemahan: “Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).” Terjemahan: “Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan kamu menjalankan hukuman Qisas (balasan yang seimbang) dalam perkara orang yang mati dibunuh iaitu; orang merdeka dengan orang merdeka, dan hamba dengan hamba..." HADIS 14


67 MODUL PENGHAYATAN HADIS 40 IMAM NAWAWI PENGAJARAN Agama Islam menekankan pentingnya menjaga akidah, maruah dan nyawa. Zina merupakan dosa besar dalam Islam. Perbuatan zina setelah berkahwin adalah jenayah berat yang boleh dikenakan hukuman bunuh. Membunuh manusia secara sengaja merupakan kesalahan berat yang menyebabkan boleh dihukum bunuh, kecuali pembunuh telah dimaafkan oleh keluarga mangsa. Orang yang murtad hendaklah diberikan peluang untuk kembali kepada Islam. Jika dia menolak, boleh dikenakan hukuman bunuh. HADIS 14


Surah Ali Imran : 19 Surah Ali Imran : 85 PENGHAYATAN FOKUS NILAI Kesejahteraan Hormat Murid hendaklah patuh kepada sesuatu hukuman yang ditetapkan Allah SWT. Murid hendaklah mengetahui dan memahami tujuan pensyariatan (maqasid syariah) iaitu untuk menjaga agama, nyawa, akal, harta dan keturunan. Murid hendaklah menjauhi dosa besar seperti berzina, membunuh dan murtad. Murid hendaklah tidak melayari laman sesawang berunsur lucah, ganas dan menjauhi golongan yang tidak mempercayai agama. Murid hendaklah menghargai nyawa manusia dengan menjauhi perkara yang merosakkan diri sendiri atau orang lain. Murid boleh mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah seperti mendalami ilmu agama, membantu ibu bapa di rumah, beriadah, aktiviti kemasyarakatan dan lain-lain. 68 MODUL PENGHAYATAN HADIS 40 IMAM NAWAWI CADANGAN AKTIVITI Kempen jauhi pergaulan bebas Khidmat masyarakat HADIS 14


Click to View FlipBook Version