The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ANISAH BINTI AYOUB KPM-Guru, 2024-06-17 16:16:40

HADIS 41: KEUTAMAAN SUNAH NABI SAW

HADIS 41

MODUL PENGHAYATAN HADIS 40 IMAM NAWAWI 197 HADIS 41 KEUTAMAAN SUNAH NABI SAW


198 MODUL PENGHAYATAN HADIS 40 IMAM NAWAWI HADIS MAKSUD HADIS ِه َصَّلى بِن َعْمرو بِن اْلَعاِص َرِضَي الَّلُه َع ْنُهَما َقاَل: َقاَل َرُسوُل الَّل ِه الَّل ِد َع ْب َعْن َأِبي ُمَحَّمٍد . ِه َما ِجْئُت ِب ِل َبًعا ُن َأَحُدُكْم َحَّتٰى َيُكوَن َهَواُه َت َوَسَّلَم: اَل ُيْؤِم ِه الَّلُه َعَل ْي يٍح. ٍد َص ِح " ِبِإْسَنا َتاِب "اْلُحَّجِة ْي ِك َناُه ِف َرَو ْي يٌح، يٌث َص ِح َحِد Terjemahan: Daripada Saiyidina Abu Muhammad Abdullah bin ‘Amr bin al-‘As r.a. beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Tidak sempurna iman seseorang kamu sehinggalah keinginan dirinya mengikuti apa-apa (ajaran) yang aku bawa.” Hadis sahih. Kami meriwayatkannya dalam kitab al-Hujjah (oleh Imam Nasr bin Ibrahim al-Maqdisi) dengan sanad yang sahih. HURAIAN HADIS Hadis ini menjelaskan antara tuntutan iman ialah menundukkan hawa nafsu selaras dengan ajaran Rasulullah SAW. Tidak sempurna iman seseorang sekiranya mengutamakan tuntutan hawa nafsu lebih daripada amal soleh. Melawan hawa nafsu dikira mujahadah yang hanya mampu dilalui oleh orang yang ikhlas mencintai Allah SWT dan Rasul-Nya. Kenali Perawi HADIS 41


Menuruti hawa nafsu yang menyalahi kehendak syariat Islam akan membawa ke jalan yang sesat sebagaimana firman Allah SWT yang ditujukan kepada Nabi Daud a.s. dalam surah Sad ayat 26: Ibadah adalah ketaatan kepada suruhan dan larangan Allah SWT. Sesiapa yang menurut hawa nafsu bertentangan syariat Islam, jadilah dia hamba yang bertuhankan nafsu syahwatnya sendiri. Orang yang mengaku mencintai Allah SWT dan Rasul-Nya tetapi tidak mentaati-Nya, maka dia adalah pendusta. Firman Allah SWT dalam surah Ali ‘Imran ayat 31: 199 MODUL PENGHAYATAN HADIS 40 IMAM NAWAWI HADIS 41 Terjemahan: “Wahai Daud, sesungguhnya Kami telah menjadikan kamu khalifah di bumi, maka jalankanlah hukum antara manusia dengan (hukum syariat) yang benar (yang diwahyukan kepadamu); dan janganlah engkau menurut hawa nafsu, kerana yang demikian itu akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Sesungguhnya orang yang sesat dari jalan Allah, akan beroleh azab yang berat pada hari hitungan amal, disebabkan mereka melupakan (jalan Allah) itu.” Terjemahan: “Katakanlah (wahai Muhammad): Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”


200 MODUL PENGHAYATAN HADIS 40 IMAM NAWAWI PENGAJARAN Menjadi kewajipan setiap orang Islam untuk mengikuti segala ajaran Rasulullah SAW sahaja. Keimanan seseorang tidak sempurna sehingga kehendak nafsunya selaras dengan ajaran Rasulullah SAW. Sentiasa menjaga diri daripada kehendak syahwat terutamanya remaja pada zaman ini yang mudah terdedah kepada perkara maksiat sama ada dalam pergaulan atau melalui media sosial yang tidak terkawal. HADIS 41


201 PENGHAYATAN FOKUS NILAI Kesejahteraan Kemampanan Ihsan MODUL PENGHAYATAN HADIS 40 IMAM NAWAWI CADANGAN AKTIVITI Bacaan hadis Tazkirah ringkas Majlis penghargaan Murid hendaklah berusaha memupuk keikhlasan dan kejujuran dalam amalan seharian. Murid hendaklah mencintai apa sahaja perbuatan dan amalan yang dicintai Allah SWT. Murid hendaklah sanggup berkorban apa sahaja demi kepentingan Islam kerana Allah SWT. Murid dilarang melakukan perkara yang berlawanan dengan syariat Islam dan sering menuruti kehendak naluri yang akhirnya membawa kepada kemungkaran dan kemudaratan. HADIS 41


Click to View FlipBook Version