MODUL PENGHAYATAN HADIS 40 IMAM NAWAWI 155 HADIS 32 MENGHINDARI MUDARAT
156 MODUL PENGHAYATAN HADIS 40 IMAM NAWAWI HADIS MAKSUD HADIS ِه َصَّلى بِن ِسَناٍن اْلُخْدِرّي َرِضَي الَّلُه َع ْنُه َأَّن َرُسوَل الَّل ِل ِك بِن َما ٍد َسْعِد ي َعْن َأِبي َسِع . َر ا َوَسَّلَم َقاَل: اَل َضَر َر َواَل ِضَر ِه الَّلُه َعَل ْي ُّي َوَغ ْي ُرُهَما ُمْسَنًدا. َرُقْطِن َرَواُه ابُن َماَجْه َوالَّدا يٌث َحَسٌن، َحِد ِبِّي َصَّلى َعِن الَّن ِه ي َعْن َعْمِرو بِن َيْحَيٰى َعْن َأِب ي الُمَوَّطِأ َمُه الَّلُه َتَعاَلٰى ِف ِح ٌك َر ِل َو َرَواُه َما َبْعٍض. ، َوَلُه ُطُرٌق َيْقَوٰى َبْعُضَها ِب ٍد ي َبا َسِع َوَسَّلَم ُم ْرَساًل، َفَأْسَقَط َأ ِه الَّلُه َعَل ْي Daripada Saiyidina Abu Said Sa‘ad bin Malik bin Sinan al-Khudri r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Tidak boleh memudaratkan diri sendiri dan tidak boleh memudaratkan orang lain.” Hadis hasan. Diriwayatkan oleh Imam Ibn Majah, al-Daraqutni dan imam yang lain secara musnad. Manakala Imam Malik meriwayatkannya dalam kitab al-Muwatta’ daripada ‘Amr bin Yahya daripada ayahnya daripada Nabi SAW secara mursal. Imam Malik telah menggugurkan Saiyidina Abu Said daripada jalur sanad. Namun, hadis ini mempunyai pelbagai jalur riwayat, sebahagiannya menguatkan sebahagian yang lain. Kenali Perawi HADIS 32
Mudarat bermaksud perbuatan yang menyebabkan kemudaratan dan kerosakan sama ada terhadap anggota badan, kehormatan diri dan harta benda tanpa sebab yang dibenarkan Islam adalah berdosa. dasar antara merupakan amnya secara” اَل َض َرَر َواَل ِض َراَر ” Kaedah penting dalam syariat Islam. Hal ini menunjukkan betapa syariat Islam mengambil berat tentang perkara yang mendatangkan manfaat kepada manusia secara keseluruhannya dan menghalang mereka daripada melakukan kemudaratan terhadap diri dan masyarakat. Kaedah ini bertujuan mendidik umat Islam tentang makna keluasan, rahmat dan ihsan sesama manusia, menyeru setiap orang Islam supaya membenci kezaliman, permusuhan dan kerosakan. Matlamat akhir daripada kaedah ini untuk mencari keredaan Allah SWT. Allah SWT menyukai orang yang berbuat kebaikan dan ihsan serta membenci orang yang memberi mudarat kepada orang lain dengan zalim dan melampaui batas. Firman Allah SWT dalam surah Taha ayat 111: 157 MODUL PENGHAYATAN HADIS 40 IMAM NAWAWI HURAIAN HADIS HADIS 32 Terjemahan: “...Dan sesungguhnya telah rugi dan hampalah orang yang menanggung dosa kezaliman.”
158 MODUL PENGHAYATAN HADIS 40 IMAM NAWAWI PENGAJARAN Hakikatnya, tiada kesusahan dan kemudaratan dalam syariat Islam. Setiap suruhan Allah SWT mendatangkan banyak manfaat manakala sebarang larangan mempunyai banyak kemudaratan kepada diri, masyarakat dan negara. Orang yang zalim berkemungkinan menjadi muflis di akhirat kerana pahalanya akan diberi kepada orang yang dizalimi. Bahkan, dosa orang yang dizalimi akan ditanggung oleh orang yang zalim sekiranya kehabisan pahala. Berusahalah untuk mencegah kemudaratan daripada berlaku dan menghilangkan kemudaratan yang sedang berlaku. Kita perlu sentiasa berlaku belas kasihan sesama manusia, kepada haiwan dan tumbuh-tumbuhan. HADIS 32
159 PENGHAYATAN FOKUS NILAI Ihsan Kesejahteraan MODUL PENGHAYATAN HADIS 40 IMAM NAWAWI CADANGAN AKTIVITI Kempen sekolah selamat Kempen sayangi alam sekitar Bengkel kesedaran kesihatan mental Murid hendaklah menghormati dan memuliakan orang lain. Murid mestilah meninggalkan perkara yang memudaratkan diri sendiri mahupun orang lain seperti membuli, merokok, ponteng dan lain-lain. Murid hendaklah peka dengan sebarang tingkah laku negatif yang berlaku dalam persekitaran sekolah atau asrama. Segera melaporkan kepada guru atau pengawas untuk tindakan selanjutnya. HADIS 32