MODUL PENGHAYATAN HADIS 40 IMAM NAWAWI 36 HADIS 08 KEHORMATAN SEORANG MUSLIM
Terjemahan: Daripada Saiyidina Ibn Umar r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Aku diperintahkan supaya memerangi (penentangan) manusia sehingga mereka (sendiri) bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah SWT dan bahawa Muhammad ialah pesuruh Allah SWT, mereka mendirikan solat dan menunaikan zakat. Apabila mereka menunaikan perkara tersebut, maka mereka telah memelihara darah dan harta mereka daripada (tindakan yang diperintahkan kepada) aku melainkan dengan hak (yang dibenarkan oleh) Islam. Selebihnya, perhitungan terhadap mereka diserahkan kepada Allah SWT.” Hadis ini diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Imam Muslim. 37 MODUL PENGHAYATAN HADIS 40 IMAM NAWAWI HADIS MAKSUD HADIS ْرُت َأْن َوَسَّلَم َقاَل: ُأِم ِه ِه َصَّلى الَّلُه َعَل ْي ْبِن ُعَمَر َرِضَي الَّلُه َع ْنُهَما، َأَّن َرُسوَل الَّل َعْن ا يُموا الَّصاَلَة، ِق َرُسوُل الَّلُه، َو ُي اَّل الَّلُه َوَأَّن ُمَحَّمًدا َأْن اَل إَلٰـَه ِإ َل الَّناَس َحَّتى َيْشَهُدوا ِت َقا ُأ اَّل ِبَحِّق اِإلْساَلِم، َءُهْم َوَأْمَواَلُهْم ِإ َما ِّني ِد ِم َك َعَصُموا ِل َذا َفَعُلوا َذ َو ُيْؤُتوا الَّزَكاَة، َفِإ َسا ُبُهْم َعَلى ِالله َتَعاَلٰى. َو ِح ٌم. َرَواُه اْلُبَخاِرُّي َوُمْسِل Kenali Perawi HURAIAN HADIS اَتَل Perkataan ق َdalam hadis ini bermaksud peperangan yang terjadi kerana tindak balas antara dua pihak. Peperangan dalam Islam tidak boleh berlaku melainkan setelah proses dakwah dengan hikmah. Peperangan boleh tercetus apabila pihak musuh melancarkan serangan secara keras dan ganas. Keputusan untuk berperang ditentukan oleh pemerintah bukannya keputusan secara individu. Oleh itu, hadis ini hendaklah difahami dalam konteks tersebut. Peranan umat Islam adalah menyampaikan dakwah secara berhikmah tanpa paksaan. . HADIS 08
Rasulullah SAW diperintahkan membela kehormatan Islam dan kaum Muslimin ketika dianiayai dan dizalimi oleh orang kafir Quraisy. Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 190: Hadis ini sama sekali tidak menyeru kepada perbuatan menyerang kaum atau agama lain yang tidak melakukan kezaliman atau serangan terhadap kaum Muslimin. Islam agama yang membawa kesejahteraan dan keamanan sejagat sebagaimana jelas dalam prinsip Islam tiada paksaan dalam beragama. Walaupun Rasulullah SAW diizinkan untuk menyerang orang kafir Quraisy yang zalim itu, kita dapat melihat sebagaimana tercatat dalam sejarah peristiwa pembukaan kota Mekah, baginda masih memilih jalan damai dengan memaafkan mereka. Salah faham terhadap hadis ini boleh membawa kepada tindakan melulu dan melampau yang bertentangan dengan nilai Islam. Peperangan bukan jalan penyelesaian dalam Islam. Kedamaian adalah keutamaan sebagaimana telah ditunjukkan oleh Rasulullah SAW. Manusia yang diperintahkan untuk diperangi dalam hadis ini hanyalah kelompok yang menolak segala jalan perdamaian dengan melakukan permusuhan melampau. Peperangan hanya dilancarkan terhadap kelompok yang memerangi, mencabuli perjanjian dan menzalimi orang lain. Islam memelihara agama, nyawa, akal, keturunan dan harta. Pencabulan terhadap perkara tersebut adalah dilarang keras. Hukuman mati atau diyat (gantian yang melibatkan harta) hanya boleh diputuskan oleh hakim. 38 MODUL PENGHAYATAN HADIS 40 IMAM NAWAWI Terjemahan: “Dan perangilah kerana (menegakkan dan mempertahankan) agama Allah akan orang yang memerangi kamu, dan janganlah kamu menceroboh (dengan memulakan peperangan); kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang menceroboh. HADIS 08
Hadis ini turut menjelaskan bahawa penilaian manusia terhadap seseorang hanya berdasarkan zahir semata-mata. Manakala, yang melibatkan zahir dan batin diserahkan kepada Allah SWT. Justeru, seseorang yang mengerjakan ibadah, maka dia telah melakukan ketaatan. Adapun di sebaliknya sama ada ikhlas, jujur dan sebagainya, maka terserahlah kepada Allah SWT untuk mengadilinya. Islam tidak memaksa seseorang untuk memeluk Islam sepertimana firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 256: Atas prinsip tiada paksaan dalam beragama, Islam menjamin hak kebebasan untuk mengamalkan ajaran agama masing-masing secara aman dan damai. Contohnya, Rasulullah SAW sendiri memberi jaminan kebebasan beragama kepada penduduk Najran yang beragama Nasrani sebagaimana termaktub dalam isi surat perjanjian baginda SAW yang antaranya menyebut: Menurut al-Qaradawi, jaminan baginda SAW kepada penduduk Najran yang beragama Nasrani ini jelas membuktikan pelaksanaan prinsip tidak ada paksaan dalam beragama sebagaimana ditekankan dalam surah al-Baqarah ayat 256. Justeru, perbezaan agama semata-mata tidaklah menghalalkan peperangan mahupun pembunuhan, sebaliknya Islam melarang sebarang bentuk paksaan beragama sekali gus memberi hak untuk memilih kepercayaan masing-masing. 39 MODUL PENGHAYATAN HADIS 40 IMAM NAWAWI Terjemahan: “Tidak ada paksaan dalam agama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) daripada kesesatan (kufur)...” “… Penduduk Najran berada dalam perlindungan Allah dan pembelaan Muhammad Rasulullah berkaitan jiwa, harta benda, tanah, agama mereka baik yang hadir (dalam pertemuan ini) mahupun yang tidak hadir. Termasuk juga keluarga mereka, tempat-tempat ibadah mereka, dan segala sesuatu yang berada dalam wewenang mereka, sedikit mahupun banyak…” HADIS 08
Islam juga memerintahkan agar berbuat baik dan berlaku adil kepada orang bukan Islam yang tidak memusuhi Islam. Sebagaimana firman Allah SWT dalam surah al-Mumtahanah ayat 8: Menurut ahli tafsir, ayat ini bersifat umum iaitu Islam tidak menghalang untuk umatnya berbuat baik (al-birr) dan berlaku adil (al-qist) kepada penganut agama lain yang tidak memusuhi Islam sebagaimana arahan Nabi SAW kepada Asma’ binti Abu Bakar agar mengekalkan hubungan silaturahim dengan ibunya yang masih musyrik. Jelas al-Qarafi, al-birr bermaksud orang Islam perlu berbuat baik kepada orang bukan Islam yang tidak memusuhi Islam. Berbuat baik merangkumi sikap lemah lembut, menampung kekurangan orang yang fakir, memberi makanan orang yang lapar, memberi pakaian kepada orang yang tidak berpakaian dan bersopan santun dalam tutur kata. Maksud al-qist menurut Ibn al-‘Arabi, bukanlah bersikap adil semata-mata kerana keadilan sememangnya dituntut sama ada terhadap mereka yang berdamai mahupun yang berperang, sebaliknya al-qist bermaksud memberikan sebahagian daripada harta sebagai usaha membina kerukunan hubungan sosioagama. Allah SWT juga berfirman dalam surah al-Ma‘idah ayat 8: 40 MODUL PENGHAYATAN HADIS 40 IMAM NAWAWI Terjemahan: “Allah tidak melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tiada memerangimu kerana agama dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu. Sesungguhnya, Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil.” Terjemahan: “Wahai orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.” HADIS 08
41 MODUL PENGHAYATAN HADIS 40 IMAM NAWAWI Islam menekankan kepentingan dakwah secara berhikmah tanpa sebarang paksaan mahupun tekanan. Kehormatan manusia wajib dipelihara kerana Allah SWT telah mengangkat kemuliaan insan dalam kalangan manusia. Semangat masyarakat majmuk yang harmoni menuntut kita menyantuni kepelbagaian dengan penuh kemesraan berpandukan syariat. Setiap Muslim hendaklah memelihara nyawa dan harta saudara Muslim yang lain selagi mereka menunaikan tanggungjawab dan kewajipan dalam Islam. Setiap manusia hanyalah dihukum berdasarkan perkara yang zahir pada diri mereka. PENGAJARAN HADIS 08
16 Surah Ali Imran : 19 Surah Ali Imran : 85 PENGHAYATAN FOKUS NILAI Kemampanan Kesejahteraan Hormat MODUL PENGHAYATAN HADIS 40 IMAM NAWAWI Murid perlu berpegang teguh kepada ajaran Islam yang berteraskan al-Quran dan al-Sunah. Murid perlu berkasih sayang sesama insan tanpa mengira latar belakang, agama dan bangsa. Murid perlu saling menghormati perbezaan termasuk dalam beragama kerana hidayah agama merupakan ketentuan Allah SWT. Murid perlu jelas bahawa prinsip Islam konsisten dalam mendaulatkan kepentingan menjaga kehormatan diri, agama dan harta. 42 CADANGAN AKTIVITI Halaqah ilmu Dakwah rakan sebaya HADIS 08