The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ANISAH BINTI AYOUB KPM-Guru, 2024-06-14 12:04:33

HADIS 12: MENINGGALKAN PERKARA YANG TIDAK BERFAEDAH

HADIS 12

MODUL PENGHAYATAN HADIS 40 IMAM NAWAWI 56 HADIS 12 MENINGGALKAN PERKARA YANG TIDAK BERFAEDAH


MAKSUD HADIS ْن ُحْسِن ِم َوَسَّلَم: ِه ِه َصَّلى الَّلُه َعَل ْي َرَة َرِضَي الَّلُه َع ْنُه َقاَل : َقاَل َرُسوُل الَّل َعْن َأِبي ُهَر ْي . ِه ي ْرُكُه َما َال َيْعِن َت ِء ِإْس َالِم اْلَمْر ُّي وَغ ْي ُرُه. ِم ِذ ْر َرَواُه الِّت يٌث َحَسٌن، َحِد 57 MODUL PENGHAYATAN HADIS 40 IMAM NAWAWI HADIS Terjemahan: Daripada Saiyidina Abu Hurairah r.a., beliau berkata, “Rasulullah SAW bersabda: “Antara keindahan Islam seseorang ialah dia meninggalkan sesuatu yang tidak berkaitan dengan dirinya.” Hadis hasan. Hadis ini diriwayatkan oleh Imam al-Tirmizi dan imam yang lain. HURAIAN HADIS Hadis ini mengingatkan kita agar melakukan perkara yang bermanfaat dalam kehidupan sebagai bekalan di akhirat. Hadis ini telah disebut oleh ulama sebagai hadis yang menghimpunkan nilai ajaran Islam. Hadis ini menjadi sumber dalil yang menunjukkan larangan terhadap seseorang Muslim daripada melakukan perkara sia-sia. Penekanan meninggalkan perkara yang tidak mendatangkan faedah atau manfaat antaranya menjaga lisan daripada kata-kata yang melalaikan. Khalifah Umar bin Abdul Aziz berkata: “Banyakkan beramal dan kurangkan bercakap kecuali perkara yang perlu sahaja.” Kenali Perawi HADIS 12


Firman Allah SWT dalam Surah al-Nisa’ ayat 114: Perkataan berbisik-bisik yang disebut oleh Allah SWT dalam ayat ini memberi maksud berkata-kata yang tiada manfaat kecuali perkataan yang mendatangkan faedah. Diceritakan dalam kitab Jami’ al-Ulum wa al-Hikam bahawa Luqman al-Hakim pernah menasihati seorang lelaki tentang al-hikmah (kebijaksanaan) iaitu berkata benar dan banyak mendiamkan diri daripada perkara yang tiada manfaat pada diriku. 58 MODUL PENGHAYATAN HADIS 40 IMAM NAWAWI PENGAJARAN Sentiasa muhasabah diri terhadap amalan harian. Seorang Muslim seharusnya mengutamakan dirinya dengan urusan diri sendiri dan tidak campur tangan dalam urusan orang lain melainkan yang dibenarkan oleh Islam. Seorang Muslim sentiasa mengisi ruang waktu dengan mempelajari ilmu dan kemahiran baharu yang memberi manfaat. Terjemahan: “Tiada kebaikan pada kebanyakan bisikan-bisikan mereka, kecuali (bisikan) orang yang menyuruh bersedekah atau berbuat kebaikan atau mendamaikan antara manusia. Dan sesiapa yang berbuat demikian dengan maksud mencari keredaan Allah, tentulah Kami akan memberi kepadanya pahala yang amat besar.” HADIS 12


Surah Ali Imran : 19 Surah Ali Imran : 85 Murid hendaklah berusaha meninggalkan perkara yang sia-sia dan tiada kaitan dengan dirinya seperti berlebih-lebihan dengan media sosial. Murid yang baik sentiasa mengamalkan pengurusan masa yang berhemah. Murid hendaklah menjaga tutur kata agar dapat mewujudkan suasana harmoni di sekolah seterusnya dapat melahirkan kemuliaan insan. PENGHAYATAN FOKUS NILAI Ihsan Hormat 59 MODUL PENGHAYATAN HADIS 40 IMAM NAWAWI CADANGAN AKTIVITI Pengucapan Awam Pengurusan masa Forum HADIS 12


Click to View FlipBook Version