MODUL PENGHAYATAN HADIS 40 IMAM NAWAWI 168 HADIS 35 HAK PERSAUDARAAN SESAMA MUSLIM
169 MODUL PENGHAYATAN HADIS 40 IMAM NAWAWI HADIS MAKSUD HADIS َوَسَّلَم: اَل َتَحاَسُدوا ِه ِه َصَّلى الَّلُه َعَل ْي َرَة َرِضَي الَّلُه َع ْنُه َقاَل: َقاَل َرُسوُل الَّل َعْن َأِبي ُهَر ْي َباَد ِع ِبْع َبْعُضُكْم َعَلٰى َب ْيِع َبْعٍض، َوُكوُنوا َب ُروا َواَل َي َباَغُضوا َواَل َتَدا َواَل َت َناَجُشوا َواَل َت ُرُه الَّتْقَوٰى ُبُه َواَل َيْحِق ُمُه َواَل َيْخ ُذُلُه َواَل َيْكِذ ِم، اَل َيْظِل ُم َأُخو الُمْسِل ِه ِإْخَوا ًنا. الُمْسِل الل َم، َأَخاُه الُمْسِل َر َأْن َيْحِق ن الَّشِّر اٍر. ِبَحْسِب اْمِرٍئ ِم َر َثاَلَث ِم َلٰى َصْدِرِه ِإ ُر ي ِش َهاُهَنا َو ُي ْرُضُه. اٌم َدُمُه َوَماُلُه َوِع ِم َحَر ِم َعَلى الُمْسِل ُكُّل الُمْسِل ٌم. َرَواُه ُمْسِل Terjemahan: Daripada Saiyidina Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah SAW bersabda, “Janganlah kamu saling berdengki. Janganlah kamu saling menipu dan memperdaya. Janganlah kamu saling membenci. Janganlah kamu saling memulaukan antara satu sama lain. Janganlah sebahagian kamu memintas jualan orang lain. Jadilah kamu para hamba Allah yang bersaudara. Setiap Muslim ialah saudara kepada Muslim yang lain. Dia tidak boleh menzalimi, mengabaikan, membohongi atau menghinanya. Takwa itu di sini.” (Perawi berkata:) “Baginda SAW mengisyaratkan ke dadanya tiga kali.” “Sudah dianggap buruk apabila seseorang memandang rendah kepada saudara Muslim. Haram bagi setiap Muslim menumpahkan darah saudaranya, mengambil harta atau mencemarkan maruahnya.” Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Muslim. Kenali Perawi HADIS 35
Hadis ini menjelaskan tentang kepentingan persaudaraan dalam Islam semata-mata kerana Allah SWT. Hadis ini juga menekankan supaya tidak saling mendengki, menipu, membenci dan memutuskan hubungan persaudaraan sesama Muslim. Seorang Muslim adalah saudara bagi Muslim yang lain. Mereka tidak menzalimi, mengabaikan, mendustakan serta menghinanya. Sikap memandang rendah terhadap saudara Muslim yang lain menandakan keburukan akhlak seseorang itu. Sikap ini melambangkan kesombongan dan keangkuhan. Firman Allah SWT dalam surah al-Hujurat ayat 11: 170 MODUL PENGHAYATAN HADIS 40 IMAM NAWAWI HURAIAN HADIS HADIS 35 Terjemahan: “Wahai orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (daripada kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) mungkin puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah pula sesuatu puak daripada kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) mungkin puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah dia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang yang zalim.”
171 MODUL PENGHAYATAN HADIS 40 IMAM NAWAWI PENGAJARAN Rasulullah SAW berpesan agar umat Islam prihatin terhadap hubungan sesama manusia kerana merupakan ibadah yang dituntut dalam Islam. Umat Islam ialah umat yang memberi manfaat kepada semua manusia tanpa melihat latar belakang agama. Hadis ini adalah berkaitan prinsip hidup berakhlak. Akhlak yang mulia menyempurnakan akidah dan syariat. Ini perlu dipupuk bagi menjamin kesejahteraan hidup bermasyarakat. HADIS 35
Kempen 3S (salam, senyum dan sapa) Ziarah cakna Forum tentang persaudaraan 172 PENGHAYATAN FOKUS NILAI Kesejahteraan Hormat Ihsan MODUL PENGHAYATAN HADIS 40 IMAM NAWAWI CADANGAN AKTIVITI Murid hendaklah sentiasa berakhlak mulia, mengamalkan nilai dan adab yang terpuji serta saling menghormati. Murid hendaklah menjaga hubungan persaudaraan sesama Muslim dan bukan Muslim. Murid hendaklah sentiasa mendoakan kebaikan dan kesejahteraan sesama Muslim walaupun mereka tidak mempedulikan kita. HADIS 35