MODUL PENGHAYATAN HADIS 40 IMAM NAWAWI 23 HADIS 05 AMALAN YANG TERTOLAK
24 MODUL PENGHAYATAN HADIS 40 IMAM NAWAWI HADIS MAKSUD HADIS ِه ِه َصَّلى الَّلُه َعَل ْي َرِضَي الَّلُه َع ْنَها َقاَلْت: َقاَل َرُسوُل الَّل َشَة ِئ َعا ِه الَّل ِد يَن ُأِّم َع ْب َعْن ُأِّم اْلُمْؤِم ِن ٌم. َرَواُه اْلُبَخاِرُّي َوُمْسِل ْنُه َفُهَو َرٌّد. ي َأْمِرَنا َه َذا َما َل ْيَس ِم َوَسَّلَم: َمْن َأْحَدَث ِف َنا َفُهَو َرٌّد. َأْم ُر ِه َل َعَماًل َل ْيَس َعَل ْي ٍم: َمْن َعِم ُمْسِل ٍة ِل َي ي ِرَوا َوِف Terjemahan: Daripada Ummul Mukminin Ummu Abdillah Saidatina ‘Aisyah r.a. berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang merekareka dalam urusan (agama) kami ini perkara yang tiada asas (dalilnya) daripada agama maka ia tertolak.” Hadis ini diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Imam Muslim. Dalam satu riwayat yang lain daripada Imam Muslim, “Sesiapa yang melakukan sesuatu amalan yang tidak berasaskan ajaran agama kami maka ia tertolak.” HURAIAN HADIS Hadis ini menjelaskan bahawa perbuatan mengada-adakan sesuatu berkaitan urusan agama yang tiada asas dalam syarak adalah tertolak. Ini menunjukkan amalan yang dilakukan oleh orang yang mukallaf adalah terikat dengan hukum syariat. Setiap amalan yang tidak berasaskan syariat Allah SWT adalah batil dan tertolak. Perkara ini terbahagi kepada dua, iaitu; ibadah dan muamalat. Ibadah seperti menambah atau mengurangkan bilangan rakaat dalam solat. Muamalat seperti jual beli barang yang diharamkan contohnya arak dan bangkai. Kenali Perawi HADIS 05
25 MODUL PENGHAYATAN HADIS 40 IMAM NAWAWI Perkara yang tertolak dalam agama termasuk juga mengubah hukum yang telah ditetapkan oleh syarak. Contohnya mengubah hukuman sebatan kepada bayaran bagi perbuatan zina, seperti seorang yang bertanya kepada Rasulullah SAW; “Anakku menzalimi si fulan dan berzina dengan isterinya maka aku ingin menebus kesalahannya (daripada dihukum sebat) dengan seratus ekor kambing dan seorang hamba.” Maka Rasulullah SAW bersabda; “Seratus ekor kambing dan hamba akan dikembalikan kepadamu dan anakmu dirotan dengan seratus kali sebatan dan dibuang daerah selama satu tahun.” Selain itu, terdapat juga amalan yang tidak ada dalam nilai ibadah. Dalam satu hadis Rasulullah SAW melarang melakukan nazar seperti berikut: PENGAJARAN Islam ialah agama yang telah sempurna seperti yang diajar oleh Rasulullah SAW. Setiap Muslim mestilah menjauhkan diri daripada perbuatan yang bercanggah dengan syariat Allah SWT supaya tidak menjadi fitnah terhadap kesucian Islam. Setiap Muslim hendaklah memastikan amalan yang dilakukan bersandarkan petunjuk al-Quran dan al-Sunah. Daripada Ibnu Abbas r.a. beliau berkata: Ketika Nabi SAW sedang berkhutbah, baginda dapati ada seorang lelaki berdiri di bawah terik matahari lalu baginda bertanya tentang lelaki itu. Lalu para sahabat berkata: “Dia ialah Abu Israel bernazar untuk berdiri, tidak mahu duduk, tidak mahu berteduh dan tidak mahu bercakap, dan dia sedang berpuasa.” Baginda SAW bersabda: “Suruh dia bercakap, berteduh, duduk dan sempurnakan puasanya.” (Riwayat Abu Daud) HADIS 05
Surah Ali Imran : 1Surah Ali Imran : 8Surah Ali Imran : 1Surah Ali Imran : 8HADIS 05 PENGHAYATAN FOKUS NILAI Kesejahteraan Keyakinan 26 MODUL PENGHAYATAN HADIS 40 IMAM NAWAWI Murid hendaklah beramal dengan amalan yang berasaskan al-Quran dan al-Sunah agar terhindar daripada perkara yang bercanggah dengan syariat Allah SWT. Murid hendaklah ikhlas dalam setiap amalan supaya diterima oleh Allah SWT. Murid hendaklah mempelajari ilmu daripada guru yang berautoriti, bukan semata-mata daripada media sosial tanpa panduan. CADANGAN AKTIVITI Kempen solat berjemaah dan puasa sunat Forum Kempen amalan sunah dalam kehidupan seharian