The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ANISAH BINTI AYOUB KPM-Guru, 2024-06-14 08:42:10

HADIS 1: KEUTAMAAN NIAT

HADIS 1

Keywords: NIAT,KEUTAMAAN NIAT

HADIS 40 IMAM NAWAWI 1 KEUTAMAAN NIAT HADIS 01 MODUL PENGHAYATAN


Kenali Perawi MAKSUD HADIS ْعُت َرُسوَل الَّلُه يَن َأِبي َحْفٍص ُعَمَر ْبِن اْلَخَّطاِب َرِضَي الَّلُه َع ْنُه َقاَل: َسِم يِر الُمْؤِم ِن َعْن َأِم ُكِّل اْمِرٍئ َما َنَوى، َفَمْن َكا َنْت ِل َّنَما ، َوِإ ِت َّيا الِّن َّنَما ا َأْلْعَماُل ِب ِإ َوَسَّلَم َيُقوُل: ِه َصَّلى الَّلُه َعَل ْي َيا ُيِصيُبَها َأِو ُد ْن ُتُه ِل ْجَر ، َوَمْن َكا َنْت ِه َو َرُسوِلِه ِه َلى الَّل ُتُه ِإ َفِهْجَر َو َرُسوِلِه ِه ُتُه إَلى الَّل ْجَر ِه . ِه إَل ْي َلى َما َهاَجَر ُتُه ِإ ُحَها َفِهْجَر ِك َي ْن َأٍة اْم َر ْز َبْه ِد ْبِن َب ْر ِة َر ي يَم ْبِن الُمِغ ِه ا َر ْب يَل ْبِن ِإ ِع الَّلُه ُمَحَّمُد ْبُن ِإْسَما ِد ُبو َع ْب يَن َأ َماَما الُمَحِّدِث َرَواُه ِإ ْيَسا ُبوِرُّي َرِضَي الَّلُه َع ْنُه ٍم الُقَشْيِرُّي الَّن ٌم ْبُن اْلَحَّجاِج ْبِن ُمْسِل ُبْو اْلُحَسْيِن ُمْسِل اْلُبَخاِرُّي، َوَأ . ْيِن ُهَما َأَصُّح الُك ُتِب الُمَصَّنَفِة يَحْيِهَما الَّل َذ ي َص ِح ِف Terjemahan: Daripada Amirul Mukminin Abu Hafs Saiyidina Umar bin al-Khattab r.a., beliau berkata: “Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya, segala amalan bergantung kepada niat. Sesungguhnya, setiap orang akan memperoleh apa yang dia niatkan. Maka, sesiapa yang berhijrah semata-mata kerana Allah dan rasul-Nya, hijrahnya adalah kepada Allah dan rasul-Nya. Sesiapa yang berhijrah kerana habuan dunia yang hendak diperoleh atau kerana wanita yang hendak dikahwininya, maka hijrahnya dikira mengikut apa yang dia niatkan.” Hadis ini diriwayatkan oleh dua orang imam dalam bidang hadis iaitu Abu Abdullah Muhammad bin Ismail bin Ibrahim bin al-Mughirah bin Bardizbah al-Bukhari, dan Abu al-Husain Muslim bin al-Hajjaj bin Muslim al-Qusyairi al-Naisaburi dalam kedua-dua kitab mereka yang merupakan kitab hadis paling sahih. 2 MODUL PENGHAYATAN HADIS 40 IMAM NAWAWI HADIS HADIS 01


Hadis ini memberi peringatan kepada kita agar sentiasa mengikhlaskan niat hanya kerana Allah SWT dalam melakukan kebaikan. Hadis ini menekankan tentang kepentingan ikhlas supaya amalan yang dilakukan diterima Allah SWT. Niat adalah maksud atau tujuan untuk melakukan sesuatu perbuatan. Sesuatu perbuatan yang dilakukan dengan niat kerana Allah SWT akan dikira sebagai ibadah. Firman Allah SWT dalam surah al-Zumar ayat 2: Dalam hadis ini Rasulullah SAW menyatakan bahawa hanya para sahabat yang berhijrah ke Madinah ikhlas kerana Allah dan Rasul-Nya mendapat pahala hijrah. Dalam peristiwa hijrah ini terdapat seorang lelaki dalam kalangan sahabat yang berhijrah kerana ingin mengahwini seorang wanita (dikatakan bernama Ummu Qais). Beliau dikenali dengan penghijrah (muhajir) Ummu Qais. Niat merupakan motivasi dalaman yang menggerakkan kita untuk beramal di samping faktor luaran yang mendorong untuk terus berjaya. Kita digalakkan untuk memperbanyakkan niat kerana seseorang itu diganjari pahala mengikut kadar niatnya. 3 MODUL PENGHAYATAN HADIS 40 IMAM NAWAWI HURAIAN HADIS Terjemahan: “Sesungguhnya Kami menurunkan al-Quran ini kepadamu (wahai Muhammad) dengan membawa kebenaran; oleh itu hendaklah engkau menyembah Allah dengan mengikhlaskan segala ibadah dan bawaanmu kepada-Nya. ” HADIS 01


4 MODUL PENGHAYATAN HADIS 40 IMAM NAWAWI PENGAJARAN Niat membezakan antara ibadah dengan adat. Sesuatu kebiasaan yang dilakukan seperti makan dan minum, menuntut ilmu boleh menjadi ibadah dan mendapat pahala daripada Allah SWT sekiranya dilakukan dengan niat untuk mendapat keredaan-Nya. Sesiapa yang berniat untuk mengerjakan amalan yang baik seperti menuntut ilmu, tetapi tidak dapat dilaksanakan kerana sesuatu halangan seperti sakit, maka niatnya sudah dikira pahala di sisi Allah SWT. Penghijrahan sikap dan tindakan merupakan faktor utama kejayaan seseorang dalam apa jua lapangan yang diceburi. Penghijrahan di sini bermaksud berubah kepada keadaan yang lebih baik. Niat dan tindakan hendaklah seiring dalam kehidupan seharian. Contoh niat menuntut ilmu: "Aku niat belajar dan mengajar, sedar dan memberi kesedaran, mendapatkan manfaat dan memberikan manfaat. Memberikan faedah dan mendapatkan faedah. Menyeru kepada berpegang teguh dengan al-Quran dan al-Sunah Rasulullah SAW. Mengajak kepada petunjuk dan menunjukkan kepada kebaikan. Mengharap hanya pada reda dan dekat dengan-Nya serta mengharap ganjaran pahala." HADIS 01


HADIS 01 5 Murid hendaklah melaksanakan setiap amalan kerana Allah SWT. Murid hendaklah melaksanakan amalan dengan penuh kesungguhan untuk memperoleh kejayaan dunia dan pahala di akhirat. Murid hendaklah hadir ke sekolah untuk menuntut ilmu dengan bersungguh-sungguh kerana Allah SWT, bukan disebabkan oleh suruhan ibu bapa, mengikut kawan, mendapat wang saku atau sebagainya. Murid membantu rakan sebaya dengan ikhlas kerana Allah SWT. Murid hendaklah sentiasa berusaha memperkukuh hubungan persahabatan dengan rasa hormat dan ikhlas tanpa mengira latar belakang kaum dan agama. CADANGAN AKTIVITI Usrah mingguan Forum hijrah PENGHAYATAN FOKUS NILAI Keyakinan Ihsan Ikhlas MODUL PENGHAYATAN HADIS 40 IMAM NAWAWI


Click to View FlipBook Version