The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ANISAH BINTI AYOUB KPM-Guru, 2024-06-14 12:19:09

HADIS 15: BERKATA BAIK SERTA MENGHORMATI JIRAN DAN TETAMU

HADIS 15

MODUL PENGHAYATAN HADIS 40 IMAM NAWAWI 69 HADIS 15 BERKATA BAIK SERTA MENGHORMATI JIRAN DAN TETAMU


ُن َوَسَّلَم َقاَل: َمْن َكاَن ُيْؤِم ِه ِه َصَّلى الَّلُه َعَل ْي َرَة َرِضَي الَّلُه َع ْنُه َعْن َرُسوِل الَّل َعْن َأِبي ُهَر ْي ِر َفْلُيْكِرْم الَّله َواْلَيْوِم اآْل ِخ ُن ِب َيْصُمْت، َوَمْن َكاَن ُيْؤِم َأْو ِل ا ِر َفْلَيُقْل َخْي ًر الَّله َواْلَيْوِم اآْل ِخ ِب ِر َفْلُيْكِرْم َض ْيَفُه. الَّله َواْلَيْوِم اآْل ِخ ُن ِب َرُه، َوَمْن َكاَن ُيْؤِم َجا ٌم. َرَواُه اْلُبَخاِرُّي َوُمْسِل Terjemahan: Daripada Saiyidina Abu Hurairah r.a. daripada Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat hendaklah dia berkata yang baik atau diam. Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat hendaklah dia memuliakan jirannya. Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat hendaklah dia memuliakan tetamunya.” Hadis ini diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Imam Muslim. Kenali Perawi 70 MODUL PENGHAYATAN HADIS 40 IMAM NAWAWI HADIS MAKSUD HADIS HURAIAN HADIS Orang beriman akan sentiasa menjaga pertuturannya kerana mereka menyedari bahawa banyak berbicara akan menyebabkan lebih banyak kesilapan. Setiap perkataan yang dilafazkan akan dihitung. Sepertimana firman Allah SWT dalam surah Qaf ayat 18: Terjemahan: “Tidak ada sebarang perkataan yang dilafazkannya (atau perbuatan yang dilakukannya) melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang sentiasa sedia (menerima dan menulisnya).” HADIS 15


Orang beriman akan sentiasa menjaga hak jiran dan berbuat baik sesama mereka. Jiran ialah mereka yang tinggal berhampiran sehingga 40 buah rumah. Jiran terbahagi kepada tiga iaitu: Jiran Muslim yang mempunyai hubungan kekeluargaan Jiran Muslim yang tidak mempunyai hubungan kekeluargaan Jiran bukan Muslim Menjaga hak jiran diwajibkan tanpa mengira agama, bangsa atau keturunan. Firman Allah SWT dalam surah al-Nisa’ ayat 36: Islam menetapkan bahawa kesalahan yang dilakukan terhadap jiran adalah lebih berat dosanya berbanding dengan bukan jiran. Orang beriman akan sentiasa memuliakan dan menghormati tetamunya sepertimana akhlak para nabi dan orang soleh. 71 MODUL PENGHAYATAN HADIS 40 IMAM NAWAWI PENGAJARAN Orang beriman sentiasa menjaga lidah dan hak jiran serta tetamu. Apabila tidak mampu bercakap atau menulis dengan baik, diam adalah lebih baik. Mukmin yang baik sentiasa menjaga akhlak dan tingkah laku terhadap jiran dan tetamu. Memelihara hubungan sesama makhluk adalah sebahagian daripada ajaran Islam. Terjemahan: “Dan hendaklah kamu beribadah kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua, dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, jiran tetangga yang dekat dan jiran tetangga yang jauh...” HADIS 15


Surah Ali Imran : 19 Surah Ali Imran : 85 Murid hendaklah menggunakan tutur kata yang baik dan sopan. Contohnya memanggil kawan dengan panggilan yang digemarinya. Murid hendaklah berkomunikasi secara berhemah dalam media sosial. Murid hendaklah menghindari daripada bercakap perkara yang sia-sia. Ketika guru menyampaikan pengajarannya, murid perlulah diam dan mendengar dengan teliti sebagai tanda hormat kepada guru. Murid perlu saling menghormati sesama jiran tanpa mengira agama, bangsa dan keturunan. Murid hendaklah sentiasa memuliakan tetamu dan melayani mereka dengan baik. PENGHAYATAN FOKUS NILAI Hormat Ihsan 72 MODUL PENGHAYATAN HADIS 40 IMAM NAWAWI CADANGAN AKTIVITI Tazkirah dan halaqah ilmu Khidmat masyarakat Membincangkan nama Allah “al-Rahim”. HADIS 15


Click to View FlipBook Version