The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ANISAH BINTI AYOUB KPM-Guru, 2024-06-17 15:15:53

HADIS 31: KONSEP DAN FAEDAH ZUHUD

HADIS 31

MODUL PENGHAYATAN HADIS 40 IMAM NAWAWI 150 HADIS 31 KONSEP DAN FAEDAH ZUHUD


151 MODUL PENGHAYATAN HADIS 40 IMAM NAWAWI HADIS MAKSUD HADIS ِبِّي َصَّلى َء َرُجٌل إَلى الَّن ّي َرِضَي الَّلُه َع ْنُه َقاَل: َجا ِع ِد الَّسا بِن َسْعٍد َعْن َأِبي اْلَعَّباِس َسْهِل َي ِن َي الَّلُه َوَأَحَّب ِن ْل ُتُه َأَحَّب َذا َعِم ي َعَلٰى َعَمٍل ِإ ِن ، ُدَّل ِه َرُسوَل الَّل َوَسَّلَم َفَقاَل: َيا ِه الَّلُه َعَل ْي ُّبَك الَّناُس. ِح ْنَد الَّناِس ُي ِع يَما ُّبَك الَّلُه، َواْزَهْد ِف ِح َيا ُي ي الُّد ْن الَّناُس. َفَقاَل: اْزَهْد ِف . ٍة يَد َحَسَن ِن َرَواُه ابُن َماَجْه َوَغ ْي ُرُه ِب َأَسا يٌث َحَسٌن، َحِد Terjemahan: Daripada Saiyidina Abu al-‘Abbas Sahl bin Sa‘ad al-Sa‘idi r.a. beliau berkata, seorang sahabat telah datang kepada Nabi SAW seraya berkata: “Wahai Rasulullah, tunjukkan kepadaku suatu amalan yang apabila aku mengamalkannya aku akan dicintai oleh Allah dan juga manusia.” Maka Baginda SAW bersabda: “Zuhudlah dalam perkara dunia nescaya kamu akan dicintai oleh Allah dan zuhudlah terhadap apa-apa yang ada pada manusia nescaya manusia akan menyukai kamu.” Hadis hasan. Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Ibnu Majah dan imam yang lain dengan beberapa sanad yang hasan. Kenali Perawi HADIS 31


Hadis ini berkenaan suatu sifat penting yang perlu ada pada diri setiap Muslim iaitu sifat zuhud. Zuhud ialah sifat hati seseorang yang tidak dikuasai oleh kemewahan, kedudukan dan keseronokan dunia sehingga lalai daripada mentaati Allah SWT dan mengingati-Nya. Zuhud bukanlah bererti meninggalkan dunia atau langsung tidak berharta, tetapi zuhud yang sebenar tidak akan menjadikan dunia dan kemewahan hidup sebagai matlamat. Contohnya, Saiyidina Abdul Rahman ibn ‘Auf r.a. seorang sahabat yang hartawan namun kekayaannya tidak melekakannya daripada matlamat hidup, malah beliau seorang yang sentiasa mengharapkan keredaan Allah SWT. Seorang yang zuhud lebih mengutamakan balasan akhirat daripada habuan dunia yang sementara. Hal tersebut diingatkan dalam firman Allah SWT dalam surah al-Nisa’ ayat 77: Hati seseorang yang terlalu mencintai dunia akan leka daripada mengingati Allah dan jauh daripada matlamat hidup seorang hamba. Kecintaan kepada Allah SWT dan cinta dunia yang melalaikan dalam hati manusia ibarat udara dan air dalam satu gelas yang tidak boleh berkumpul. Ketika air dituang ke dalam gelas dan memenuhinya, maka udara akan keluar dari gelas itu. Ketika air dalam gelas hanya sedikit, maka udaralah yang akan memenuhi gelas tersebut. Apabila manisnya cinta kepada Allah SWT telah memenuhi hati orang yang zuhud, maka rasa cinta yang berlebihan kepada dunia itu akan hilang. Jika kecintaan kepada Allah SWT hanya sedikit, maka rasa cinta kepada dunia pun akan memenuhi ruangan hatinya. 152 MODUL PENGHAYATAN HADIS 40 IMAM NAWAWI HURAIAN HADIS HADIS 31 Terjemahan: "Katakanlah, kesenangan di dunia ini hanya sedikit dan akhirat itu lebih baik bagi orang yang bertakwa...”


153 MODUL PENGHAYATAN HADIS 40 IMAM NAWAWI Kasih sayang sesama manusia hendaklah kerana Allah SWT bukan kerana harta, pangkat dan darjat. Keterlaluan dalam mencintai dunia boleh membawa kepada kelalaian dan dosa. Seorang hamba akan memperoleh cinta Allah SWT apabila dia mengutamakan Allah SWT melebihi cinta kepada dunia. PENGAJARAN Rasulullah SAW mengaitkan cinta manusia dengan zuhud terhadap apa yang dimiliki manusia. Ia bermaksud menjauhkan diri daripada iri hati terhadap apa yang dimiliki oleh orang lain. Bersyukur dengan anugerah Allah SWT kepadanya dan tidak tamak sehingga berusaha merebut hak orang lain. Orang yang zuhud juga tidak berasa hasad pada nikmat yang diperoleh saudaranya. Sifat tersebut membuatkan seorang yang zuhud disenangi oleh semua orang. HADIS 31


Ziarah mahabbah keluarga fakir miskin Kutipan derma dan sumbangan Projek menanam sayur bagi menyemai cara hidup berdikari dan sederhana Murid hendaklah meninggalkan sifat iri hati dan dengki dengan kelebihan rakan sekelas sebaliknya bersaing secara sihat. Murid perlu sentiasa berasa gembira untuk berkongsi kesenangan dan kelebihan yang dimiliki sama ada harta, ilmu atau kemahiran. 154 PENGHAYATAN FOKUS NILAI Kesejahteraan Kemampanan MODUL PENGHAYATAN HADIS 40 IMAM NAWAWI CADANGAN AKTIVITI HADIS 31


Click to View FlipBook Version