The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ANISAH BINTI AYOUB KPM-Guru, 2024-06-14 09:39:43

HADIS 7: NASIHAT TONGGAK AGAMA

HADIS 7

MODUL PENGHAYATAN HADIS 40 IMAM NAWAWI 32 HADIS 07 NASIHAT TONGGAK AGAMA


33 MODUL PENGHAYATAN HADIS 40 IMAM NAWAWI HADIS MAKSUD HADIS َوَسَّلَم َقاَل: ِه ِبَّي َصَّلى الَّلُه َعَل ْي يِم ْبِن َأْوٍس الَّداِرِّي َرِضَي الَّلُه َع ْنُه َأَّن الَّن ِم َعْن َأِبي ُرَقَّيَة َت ِهْم . يَن َوَعاَّمِت اْلُمْسِلِم َّمِة ِئ َو َأل َرُسوِلِه َوِل ِه َتاِب َوِل ِك ِه َّل ِل َمْن؟ َقاَل: ِل الِّديُن الَّنِصيَحُة . ُقْل َنا ٌم َرَواُه ُمْسِل Terjemahan: Daripada Saiyidina Abu Ruqayyah Tamim bin Aus al-Dari r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Agama itu nasihat (tulus dan setia menunaikan tanggungjawab).” Kami bertanya, “Kepada siapa?” Baginda SAW bersabda, “Kepada Allah, kitab-Nya, rasul-Nya dan pemimpin kaum Muslimin serta kesemua orang Islam.” Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Muslim. HURAIAN HADIS Nasihat merupakan asas dalam agama. Menurut Ibn Daqiq al-Id, nasihat ialah segala bentuk kebaikan yang disampaikan kepada seseorang demi kebaikan dirinya. Nasihat meliputi peringatan untuk beriman kepada Allah SWT, mengesakan-Nya dan tidak mensyirikkan-Nya serta menerima apa yang dibawa oleh Rasulullah SAW. Nasihat juga merupakan peringatan untuk beriman dengan kitab Allah SWT dan beramal dengannya. Kenali Perawi HADIS 07


Nasihat kepada ulama adalah dengan menghormati dan mengikut ajaran mereka. Manakala nasihat kepada pemimpin adalah dengan menyokong usaha kebaikan yang dilaksanakan selagi tidak bertentangan dengan agama. Ketaatan kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW serta pemimpin turut menzahirkan konsep nasihat sebagaimana dinyatakan dalam surah al-Nisa’ ayat 59: Nasihat kepada orang Islam pula boleh dilaksanakan dengan memberikan tunjuk ajar dan contoh teladan ke arah kebaikan. 34 MODUL PENGHAYATAN HADIS 40 IMAM NAWAWI PENGAJARAN Memberi nasihat adalah tuntutan daripada Allah SWT. Mereka yang melaksanakannya akan mendapat ganjaran daripada Allah SWT. Menjadikan al-Quran dan al-Sunah sebagai panduan dalam amalan harian. Kita perlu menzahirkan kasih sayang sesama insan melalui amalan saling menasihati. Masyarakat yang harmoni akan terbentuk apabila setiap individu berlapang dada menerima peringatan dan membaiki diri. Terjemahan: “Wahai orang beriman! Taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada Ulil Amri (orang yang berkuasa) dalam kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (alQuran) dan (al-Sunah) Rasul-Nya jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.” HADIS 07


Surah Ali Imran : 19 Surah Ali Imran : 85 35 PENGHAYATAN FOKUS NILAI Ihsan Hormat MODUL PENGHAYATAN HADIS 40 IMAM NAWAWI Murid perlu mengamalkan budaya nasihat-menasihati. Murid perlu menghargai nasihat yang diberi oleh sesiapa sahaja dengan melaksanakan segala tunjuk ajar mereka. Murid hendaklah sentiasa berlapang dada menerima nasihat yang baik. CADANGAN AKTIVITI Tazkirah Dakwah rakan sebaya Street Dakwah Perkongsian berunsur nasihat dalam media sosial. HADIS 07


Click to View FlipBook Version