The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ainasaffiya15, 2021-07-01 08:28:40

Cerpen Sekeping Tanah

CERPEN SEKEPING TANAH

Keywords: cerpen,tingkatan 3

CERPEN :
SEKEPING TANAH

Nama Ahli ;
- Arfah binti Md Nazeri
- Iman Sakinah Binti Shaharin Hafiz
- Aina Saffiya binti Hamdan
- Danish Asyraff Lim bin Haikal Lim

Kelas : 3 Einstein

Selepas Hisyam gagal memujuk abangnya untuk

mengekalkan tanah pusaka itu, pada

Jalan malamnya, dia telah ke rumah pusaka untuk
Cerita
menemui kakaknya, Halimah. Hisyam

memberitahu tentang kedegilan abangnya yang

mendesaknya supaya menjualkan tanah pusaka

peninggalan arwah ayah mereka itu. Selepas

perbincangan diadakan, Hisyam dan Halimah

bersepakat untuk membangunkan tanah yang

terletak di bandar itu tetapi mereka

merahsiakan hal itu daripada pengetahuan

abangnya, Harun. Bagi melicinkan proses

untuk membangunkan tanah pusaka itu, mereka

telah menubuhkan sebuah syarikat atas nama

Binajaya Sdn. Bhd. dan melantik seorang

peguam untuk membeli tanah pusaka mereka

yang telah dijual itu sebelum dibangunkan

semula.

Jalan Sebulan kemudian, Harun, Hisyam
Cerita dan Halimah menurunkan
tandatangan menjual tanah pusaka
dengan harga RM 6 625 000.00
kepada Binajaya Sdn. Bhd. di
hadapan pegawai pentadbiran tanah
dan seorang peguam. Harun gembira
menerima cek bernilai RM 2 650
000.00. Begitu juga dengan Hisyam
yang menerima jumlah yang sama
dan Halimah pula menerima RM 1
325 000.00. Rumah pusaka bapa
mereka telah didermakan kepada
sebuah keluarga di Sungai
Pencala.

Jalan Pada minggu itu juga tertegak
Cerita papan tanda bahawa di atas
tapak tanah itu akan dibina
sebuah kondo mewah setinggi 25
tingkat. Hati Harun terdetik
apabila melihat nama adiknya,
Hisyam bin Sulaiman tertera
pada papan kenyataan tapak
kondo itu sebagai pengurus
Binajaya Sdn. Bhd. Namun
begitu, dia tidak membuat apa-
apa tindakan kerana ingin
melihat dahulu perkembangannya
dan berfikir mungkin nama itu
bukan adiknya.

Setelah tiga tahun setengah

Jalan projek kondo mewah itu
Cerita
dibina, sebahagian besar

pembeli kondo mewah itu

mengambil kunci rumah masing-

masing. Harun tergamam

apabila melihat adiknya,

Hisyam dan Halimah yang

sebenarnya menguruskan projek

pembinaan Kondo Jaya itu.

Mereka menyerahkan kunci

rumah kediaman mewah itu

kepada para pembeli. Harun

berasa dirinya ditipu dan

dipermainkan oleh adik-

adiknya.

Pada malamnya, Harun telah

Jalan menelefon Hisyam untuk
Cerita
meluahkan rasa kecewanya

kerana ditipu dan

dipermainkan oleh adik-

adiknya. Hisyam menjelaskan

perkara yang sebenar kepada

abangnya, berhubung pembinaan

Kondo Jaya di atas tapak

tanah pusaka peninggalan

arwah ayah mereka itu. Harun

berasa terpukul dengan

tindakannya tiga tahun

setengah yang lalu.

Jalan Hisyam menyerahkan jawatan
Cerita
Pengurus Syarikat Binajaya

Sdn. Bhd. kepada Halimah

memandangkan kakaknya

berpendidikan tinggi dan

telah meletakkan jawatannya

di bank. Hisyam pula

bercadang untuk memandu teksi

kerana kerjaya itu sudah

sebati dengan kehidupannya.

TEMA

Konflik adik-beradik dalam
mempertahankan harta pusaka warisan
keluarga.

PERSOALAN risiko untuk

(a) Keberanian mengambil

kesejahteraan masa depan.

(b) Kerjasama dan kolaboratif dalam menjayakan
projek usahasama.

(c) Kebijaksanaan merancang masa depan.

(d) Keutuhan integriti dalam memikul
tanggungjawab.

(e) Kepentingan pendidikan untuk mengubah
kehidupan seseorang.

PENGAJARAN

(a)Kita hendaklah bijak merancang masa depan demi
kesenangan hidup dan keluarga.

(b)Kita mestilah mengamalkan sikap amanah dan jujur
dalam menjalankan tugas.

(c)Kita perlulah menjaga hak keluarga dengan sebaik-
baiknya.

(d)Kita janganlah mudah terpengaruh dengan gejala
negatif yang boleh merosakkan maruah dan diri.

(e)Kita perlulah menghormati orang yang lebih tua
daripada kita.

Sekian.
Terima kasih.


Click to View FlipBook Version