The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Amaluddin Aiman Adnan, 2024-06-03 11:18:33

FASA-FASA BULAN

Modul Inkuiri

Keywords: fasa-fasa bulan

Nama: Umur: ASTRONOMI MODUL FASA-FASA BULAN TOPIK:


Prakata 1 Latar Belakang 2 Pengenalan 3 Pre-test 4 Objektif 5 Cara Penggunaan 6 Fasa-fasa Bulan 10 Post-test 13 Refleksi 14 ISI KANDUNGAN Konsep Asas 7-9 Aktiviti Pembelajaran 11-12


PRAKATA Kurikulum diterjemahkan sebagai pengalaman pembelajaran yang dirancang untuk mencapai hasil pembelajaran yang diinginkan (PPK, 2001). Kurikulum Kebangsaan bertujuan menghasilkan murid yang seimbang, tahan lasak, ingin tahu, berprinsip, berpengetahuan, patriotik, serta memiliki kemahiran berfikir, berkomunikasi dan bekerja dalam pasukan. Untuk mencapai matlamat Kurikulum Kebangsaan, elemen Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dinyatakan dengan jelas dalam dokumen kurikulum. Kurikulum merupakan salah satu komponen utama dalam KBAT, bersama dengan pedagogi dan pentaksiran. Oleh itu, guru perlu memahami pernyataan KBAT dalam kurikulum dengan jelas agar segala aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran dapat dirancang dan dilaksanakan dengan berkesan di dalam bilik darjah. KBAT didefinisikan sebagai keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran, dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi, dan berupaya mencipta sesuatu (KPM, 2013). KBAT didasarkan pada tahap pemikiran dalam Taksonomi Bloom dan Taksonomi semakan Anderson.


LATAR BELAKANG Mata pelajaran Astronomi, khususnya mengenai fasa-fasa bulan, adalah topik penting namun sering dianggap sukar dalam kurikulum Sains. Banyak murid dan guru mendapati topik ini mencabar untuk difahami. Salah satu penyebab utamanya adalah salah konsep yang umum di kalangan murid mengenai perubahan fasa bulan. Pelbagai teori mengemukakan bahawa miskonsepsi ini timbul kerana murid membuat jangkaan awal berdasarkan pengalaman seharian mereka tentang dunia fizikal yang dilihat. Seperti yang dinyatakan oleh Vosniadou & Brewer (1994) serta Jones (2012), kanak-kanak cenderung menjana idea sendiri tentang bagaimana bulan berubah bentuk setiap hari berdasarkan pengamatan mereka sendiri, yang sering kali tidak tepat. Hermann & Lewis (2003) menyatakan bahawa murid sering mengalami pengamatan harian terhadap bulan, yang boleh dilihat hampir setiap hari sama ada pada waktu siang atau malam. Perubahan bentuk bulan yang konsisten setiap hari menyebabkan murid membentuk konsep tersendiri mengenai proses tersebut. Meskipun guru telah memberikan penjelasan yang tepat, sebilangan murid tetap enggan mengubah miskonsepsi mereka, menjadikan topik ini lebih mencabar untuk diajar dan difahami dengan betul.


PENGENALAN Fasa-fasa bulan merupakan salah satu fenomena astronomi yang penting untuk difahami dalam bidang sains. Modul ini dirancang untuk membantu pelajar universiti memahami perubahan fasa-fasa bulan melalui pendekatan interaktif menggunakan model 3D. Modul ini mengintegrasikan teori konstruktivisme, yang menekankan pembelajaran berasaskan pengalaman dan pemahaman konseptual yang mendalam.


PRE-TEST Apa yang menyebabkan fasa-fasa bulan? Berapa lama satu kitaran penuh fasa bulan? Apakah yang dimaksudkan dengan bulan baru?


OBJEKTIF Selepas menggunakan modul ini, pelajar dapat: Memahami konsep asas fasa-fasa bulan. Mengenal pasti fasa-fasa utama bulan dan sifat-sifatnya. Mengaitkan posisi relatif bumi, bulan, dan matahari dengan perubahan fasa-fasa bulan. Menerapkan pemahaman konseptual melalui penggunaan model 3D.


CARA PENGGUNAAN Gunakan modul ini sebagai lembaran kerja aktiviti atau panduan aktiviti. Laksanakan tugasan individu atau kumpulan mengikut arahan modul. Aplikasikan strategi pembelajaran yang bersesuaian seperti pembelajaran berasaskan inkuiri dan pembelajaran kolaboratif untuk memaksimumkan pemahaman.


KONSEP ASAS


KONSEP ASAS


KONSEP ASAS


FASA-FASA BULAN:


AKTIVITI PEMBELAJARAN Aktiviti 1: Simulasi Fasa-Fasa Bulan Menggunakan Model 3D Tujuan: Membolehkan pelajar memvisualisasikan dan memahami pergerakan bulan mengelilingi bumi dan perubahan fasa bulan. Arahan: Pelajar menggunakan model 3D untuk mensimulasikan posisi bulan relatif terhadap bumi dan matahari. Mereka akan mencatat perubahan penampilan bulan pada setiap posisi.


AKTIVITI PEMBELAJARAN Aktiviti 2: Eksperimen Visualisasi Fasa-Fasa Bulan Tujuan: Mempraktikkan pemahaman melalui eksperimen langsung. Bahan-bahan: Model 3D. Arahan: Pelajar membentuk kitaran fasa bulan menggunakan bahan-bahan tersebut, kemudian membuat lakaran dan nota tentang setiap fasa. Model 3D


POST-TEST Apakah yang menyebabkan bulan purnama? Berapa lama masa yang diambil untuk satu kitaran fasa bulan lengkap? Apakah perbezaan antara bulan separa pertama dan bulan separa akhir?


REFLEKSI


Click to View FlipBook Version