The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nurain09-558, 2022-05-12 17:33:58

PENULISAN AKADEMIK BDP EDUP3073

PENULISAN AKADEMIK BDP

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU
59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR

BUDAYA DAN PEMBELAJARAN
(EDUP3073)

NAMA NURAIN FIKRIYAH BINTI AZMI
ANGKA GILIRAN 2020192340258
NO. KAD PENGENALAN 000925-03-0480
F13 PISMP 4
KUMPULAN EDUP3073
KOD KURUS
NAMA KURSUS BUDAYA DAN PEMBELAJARAN
NAMA PENSYARAH DR MASTURA BINTI HALIM
PENULISAN AKADEMIK
TUGASAN 12 MEI 2022
TARIKH HANTAR
TARIKH TERIMA MAKLUM
BALAS DARIPADA PENSYARAH

1

ISI KANDUNGAN

TAJUK MUKA SURAT
3
PENGHARGAAN
4
1.0 PENGENALAN

2.0 LANGKAH-LANGKAH MENGURUSKAN BILIK DARJAH 4
MESRA BUDAYA
4
2.1 FIZIKAL 5
2.2 EMOSI 6
2.3 SOSIAL 7
2.4 SOSISOLINGUISTIK

3.0 KESIMPULAN 8

RUJUKAN 9

2

PENGHARGAAN

Alhamdulillah bersyukur kehadrat Ilahi dengan limpah kurniaNya dapat saya menyempurnakan
tugasan kerja kursus ini dengan jayanya.

Terlebih dahulu saya ingin mendedikasikan ucapan penghargaan ini kepada pensyarah
yang saya hormati iaitu Dr Mastura Binti Halim kerana dengan bimbingan serta tunjuk ajar
daripadanya membuka ruang untuk saya menghasilkan kerja kursus ini dengan suksesnya.

Saya juga ingin mengungkapkan ucapan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada
ibu bapa saya yang memberi saya pemudahcara untuk menyiapkan kerja kursus ini. Mereka telah
memberikan saya segala kemudahan dan sokongan moral sehingga saya berjaya menghabiskan
tugasan kerja kursus ini.

Ucapan ribuan terima kasih juga saya tujukan kepada rakan-rakan seperjuangan yang
banyak membantu saya dan menjawab segala pertanyaan yang saya utarakan kepada mereka
dalam bersama-sama menyelesaikan tugasan kerja kursus ini. Mereka juga selalu memberi
peringatan terhadap tarikh hantar dan turut berkongsi bahan rujukan.

Akhir kalam, sejuta penghargaan saya ucapkan buat semua pihak yang telah memberi
bantuan kepada saya sama ada yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung
sepanjang proses pembikinan kerja kursus ini.

3

1.0 PENGENALAN

Menurut Syed Ismail Syed Mustapa & Ahmad Subki Maskon (2010), sosiobudaya dalam
sistem masyarakat majmuk di negara kita adalah membawa maksud memberikan kesan
secara langsung kepada perkembangan sistem pendidikan secara umumnya dan kepada
suasana pembelajaran secara khasnya. Bilik darjah sosiobudaya atau mesra budaya ini
semestinya membawa kesan yang positif dalam perkembangan murid-murid di sekolah dan
suasana pembelajaranyang kondusif. Menurut Che Nidzam (2014), persekitaran
pembelajaran adalah satu elemen penting yang perlu diberi perhatian dalam usaha guru
meningkatkan hasil pembelajaran. Maka, penulisan ini akan membincangkan tentang
langkah-langkah menyediakan bilik darjah mesra budaya dari aspek fizikal, emosi, sosial dan
sosiolinguistik.

2.0 LANGKAH-LANGKAH MENGURUSKAN BILIK DARJAH MESRA BUDAYA

Persekitaran mesra budaya di dalam bilik darjah amat penting bagi memastikan kelicinan proses
pengajaran dan pembelajaran serta suasana persekitaran bilik darjah yang konduisif.
Persekitaran biik darjah mesra budaya bukan hanya melibatkan unsur-unsur fizikal sahaja
sebaliknya unsur-unsur seperti emosi dan hubungan kemanusiaan (Noriati et.al, 2016). Terdapat
banyak langkah dalam menguruskan bilik darjah mesra budaya. Antaranya fokusnya ialah dari
segi aspek fizikal, emosi, sosial dan sosiolinguistik.

2.1 FIZIKAL

Pengurusan bilik darjah yang baik mempengaruhi sikap dan keupayaan murid dalam memahami
sesuatu matapelajaran di dalam bilik darjah. Guru sangat memainkan peranan yang penting
dalam menguruskan bilik darjah mesra budaya. Antara langkah yang baik dalam menguruskan
bilik darjah mesra budaya dalam aspek fizikal adalah dari segi susun atur dan kelengkapan yang
berada dalam bilik darjah. Dari segi fasiliti, guru perlu memastikan semua murid mendapat
kelengkapan asas belajar yang baik seperti kerusi, meja, buku teks yang mencukupi dan
kelengkapan tambahan yang lain. Hal ini untuk menambahkan fokus murid terhadap pelajaran
dan murid akan lebih bersedia untuk belajar. Susunan meja dalam bentuk kumpulan di kelas
boleh disusun dalam bentuk kumpulan. Guru perlulah menyusun meja dan kerusi murid secara

4

berkumpulan bagi mewujudksn sikap bekerjasama dan jurang antara kaum. Penyusunan meja
secara berkumpulan sangat bertepatan dengan kaedah pembelajaran abad ke-21 yang telah
digariskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (Bahagian Pembangunan Kurikulum
Kementerian Pendidikan Malaysia, 2019). Dari segi keperluan asas dalam bilik darjah pula ialah
dari segi pengudaraan dan pengcahayaan yang sempurna untuk belajar. Pengudaraan dan
pengcahayaan yang baik memberikan keselesaan kepada murid dengan memberikan aura yang
positif di dalam kelas. Maka, guru mudah menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran di
dalam bilik darjah dengan selesa dan tiada gangguan emosi murid. Tambahan, pengudaraan
yang baik adalah apabila bilik darjah mempunyai pergerakan udara yang keluar masuk yang
stabil manakala pengcahayaan yang baik pula ialah apabila bilik darjah mempunyai jumlah
cahaya yang dapat memenuhi keseluruhan ruang belajar murid dan memenuhi keperluan
pembelajaran (Hasan Dali, 2008). Selain itu, bagi mewujudkan persekitaran pembelajaran mesra
budaya, guru boleh meletakkan perpustakaan mini atau sudut bacaan di dalam kelas. Di samping
memupuk sikap minat membaca dalam kalangan murid, jurang antara murid juga dapat
dikurangkan dengan adanya kerjasama antara murid untuk sentiasa menjaga mini perpustakaan
di dalam bilik darjah. Tuntasnya, susun atur meja, kelengkapan pembelajaran, pengcahayaan
dan pengudaraan dan pewujudan perpustakaan mini di dalam bilik darjah adalah elemen yang
guru perlu beri perhatian bagi mewujudkan pengurusan bilik darjah yang mesra budaya.

2.2 EMOSI

Di samping itu, guru juga memainkan peranan penting dalam mewujudkan bilik darjah mesra
budaya dari segi emosi murid. Antaranya membangkitkan aura positif dalam diri murid dengan
sentiasa memberikan motivasi dan dorongan kepada murid untuk terus bersemangat dalam
belajar. Murid yang berada dalam kelas tersebut akan sentiasa terdorong untuk sentiasa
bersemangat dan sentiasa hadir ke kelas untuk belajar. Selain itu, motivasi juga boleh diwujudkan
dengan memberikan peneguhan positif di dalam bilik darjah seperti memberikan ganjaran bintang
murid yang melakukannsesuatu tindakan yang baik contohnya rajin hadir ke kelas. Perkara ini
adalah satu tindakan yang bijak guru dalam mendorong murid mengambil tempat dan hadir ke
sekolah terutamanya kepada murid yang malas dan tidak semangat untuk ke sekolah. Di samping
memberikan motivasi kepada pelajar yang malas, ia juga terdorong kepada murid-murid yang lain
juga untuk melakukan tindakan positif tersebut. Peneguhan positif seperti menggunakan kaedah
ganjaran kepada murid akan mengubah psikologi murid ke arah yang positif dan mempengaruhi

5

pekembangan murid ke arah pencapaian diri (Noor Rahayu et.al, 2016) . Di samping itu, dari segi
percakapan pula, guru perlu memupuk perpaduan dan menjaga sensitiviti kaum di dalam kelas
terutamanya di dalam bilik darjah yang terdiri daripada murid pelbagai kaum. Dalam mengajar,
guru tidak perlu menyentuh perkara yang sentisitif dalam agama, budaya dan bangsa lain bagi
perasaan murid pelbagai kaum itu. Maka, dengan tiadanya sikap prejudis antara kaum di dalam
bilik darjah, semangat perpaduan kaum dapat dipupuk dan seterusnya dapat mewujudkan bilik
darjah yang mesra budaya. Kesimpulannya, emosi murid perlu diuruskan dengan baik seperti
memberikan motivasi dan dorongan, elakkan prejudis atau diskriminasi kaum di bilik darjah dan
memberikan peneguhan positif kepada murid adalah langkah yang terbaik dalam pengurusan
bilik darjah yang mesra budaya.

2.3 SOSIAL

Seterusnya, langkah bagi mewujudkan bilik darjah mesra budaya dari aspek sosial pula ialah
guru perlu memperbanyak aktiviti berkumpulan semasa mengajar dan mempelbagaikan ahli
dalam setiap kumpulan yang terdiri daripada pelbagai latar belakang, bangsa dan agama. Hal ini
adalah untuk memupuk sikap bekerjasama dan juga mengelakkan perkauman kecil dalam
kalangan murid. Sekiranya terdapat jurang antara ahli kelas, akan wujudnya masalah komunikasi
antara murid yang dapat mengganggu penerimaan murid terhadap proses pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas terbabit. Suasana kelas yang harmoni juga dapat dipupuk. Selain
itu, sikap saling hormat menghormati perlu wujud bagi menjadikan sebuah kelas yang mesra
budaya. Sebagai contoh guru menghormati pelajar dan pelajar menghormati guru dan sesama
ahli kelas. Sikap seorang guru perlu mendahului murid agar murid boleh menjadikan guru mereka
sebagai contoh teladan yang baik atau role model. Contohnya guru yang terlebih dahulu yang
mengutip sampah di dalam kelas, kemudian menyuruh murid melakukan hal yang sama, perkara
ini boleh menerapkan teladan dan amalan yang baik dalam diri murid iaitu menjaga kebersihan.
Guru juga perlu bijak dalam mempelbagaikan strategi dalam mengajar dan meraikan
kepelbagaian di dalam kelas. Maka, semua murid dapat menerima penyampaian guru tersebut
dengan baik. Dalam penyediaan soalan pula, guru perlu mempelbagaikan aras soalan agar
semua murid boleh menjawab dan memperoleh markah berdasarkan kognitif dan pencapaian
masing-masing. Sebagai kesimpulan, melakukan pembelajaran dalam kumpulan dengan
mempelbagaikan ahli murid di dalam kelas, guru sebagai role model kepada murid terutamanya
dalam hormat menghormati antara murid dan guru, bijak dalam menyusun strategi pembelajaran

6

dan mempelbagaikan penyediaan soalan adalah langkah yang boleh digunakan untuk
menguruskan bilik darjah mesra budaya.

2.4 SOSIOLINGUISTIK
Sosiolinguistik ialah gabungan dua perkataan sosio dan linguistik yang memberi maksud ilmu
interdisiplin yang berkaitan dengan perhubungan masyarakat dan bahasa yang digunakan dalam
komunikasi harian. Dalam pengurusan bilik darjah, aspek ini adalah sangat penting terutamanya
jika melibatkan murid latar belakang agama, bangsa dan kaum. Sebagai seorang guru, kita perlu
tahu setiap latar belakang murid dan penggunaan bahasa dan dialek yang murid gunakan dalam
percakapan harian. Sebagai contoh, guru boleh bertanya kepada guru lain tentang murid di dalam
kelas tersebut sebelum mengajar atau cuba berkomunikasi dengan murid untuk mengetahui
bahasa murid dalam komunikasi harian mereka. Sekiranya terdapat murid pelbagai kaum di
dalam kelas, guru perlu menggunakan Bahasa Melayu dalam pengajaran harian. Relevannya,
setiap murid yang lahir di Malaysia khususnya akan memahami Bahasa Melayu. Maka,
penggunaan bahasa standard di dalam kelas amat penting dalam menyampaikan pengajaran.
Dengan kata lain, guru perlu mengelakkan menggunakan bahasa dialek seperti Kelantan atau
Terengganu di dalam bilik darjah bagi menghormati golongan yang kurang faham berbahasa
dialek tersebut. Jadi penggunaan bahasa standard iaitu Bahasa Melayu perlu dititikberatkan..
Adapun yang menggunakan Bahasa Inggeris atau tidak mahir dalam Bahasa Melayudan kurang
faham, mereka juga perlu didedahkan dengan Bahasa Melayu secara meluas dan sesekali guru
boleh menggunakan bahasa dialek atau Bahasa Inggeris agar perhubunan guru dengan murid
akan menjadi lebih dekat di samping dapat memberikan kefahaman yang tepat kepada mereka
yang kurang mahir berbahasa contohnya murid cina yang sentiasa menggunakan Bahasa
Inggeirs dalam percakapan harian mereka. Kesimpulannya, penggunaan bahasa guru dalam
mengendalikan pengajaran harian di bilik darjah perlulah tepat dan sesuai dalam usaha
mewujudkan bilik darjah mesra budaya di sekolah.

7

3.0 KESIMPULAN
Kesimpulannya, guru perlulah belajar dan mempunyai pengetahuan yang menyeluruh tentang
pengurusan bilik darjah agar proses pembelajaran dan pengajaran harian menjadi lancar dan
berguna. Pengurusan bilik darjah mesra budaya perlu diwujudkan bagi menyediakan suasana
pembelajaran yang dinamik, harmoni, holistik dan adil kepada semua murid. Oleh itu, pengurusan
bilik darjah mesra budaya adalah penting dan utama yang perlu ada di setiap sekolah serta
dikuasai oleh setiap guru di Malaysia.

8

RUJUKAN
Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia. (2019). Panduan

Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah Edisi Ke-2. Kementerian Pendidikan Malaysia.
Che Nidzam, Noraini, Mazlini Adnan, Marzita Putih & Mohd Hairy. (2014). Pengaruh

Persekitaran Fizikal Bilik Darjah Terhadap Keselesaan Pengajaran dan Pembelajaran:
Satu Kajian. Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Hasan Dali. (2008). Pengurusan Bilik Darjah untuk Guru Novis. UUM Press.
Noor Rahayu, Mohd Hanafi & Mohd Mokhtar. (2016). Hukuman dan Kata Pujian Mengatasi
Masalah Disiplin Dalam Mata Pelajaran Pendidikan Jasmani Bagi Murid Masalah
Pembelajaran. Seminar Modifikasi Tingkah Laku Murid Pendidikan Khas (Bermasalah
Pembelajaran) Peringkat Negeri Johor. Jabatan Pendidikan Negeri Johor.
Noriati, Boon, P. Y, Sharifah Fakhriah & Zuraida. (2016)). Budaya dan Pembelajaran. Oxford
Fajar.
Syed Ismail Syed Mustapa & Ahmad Subki Maskon. (2010). Budaya dan Pembelajaran.
Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

9


Click to View FlipBook Version
Previous Book
Marketing terv HU
Next Book
Christmas cards and wishes!