The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

muhammad haikal bin ahmad tarmizi (14DGU20F1020)
muhammad ibrahim bin mohd rafidi
(14DGU20F1012)
nur ibtisham sofea binti rosli (14DGU20F1034)
yasmin shamini binti zaharudin (14DGU20F1032)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by remonine02, 2021-04-28 19:48:34

otak

muhammad haikal bin ahmad tarmizi (14DGU20F1020)
muhammad ibrahim bin mohd rafidi
(14DGU20F1012)
nur ibtisham sofea binti rosli (14DGU20F1034)
yasmin shamini binti zaharudin (14DGU20F1032)

Keywords: otak,ubun-ubun

Saturday, April 17, 2021

Otak.

KUMPULAN 4
1

‘ Uthlubul 'ilma minal
mahdi ilal lakhdi.
ertinya:

“Tuntutlah ilmu dari
buaian (bayi) hingga

liang lahat.” ’

Kata Aluan.

Syukur kehadrat Allah S.W.T kerana dengan
izin dan limpah kurnianya pembuatan e-majalah
atau majalah visual ini dapat dilaksanakan
dengan jayanya.

Kerjasama kami menghasilkan pelbagai idea
yang kreatif. Tanpa semangat ukhuwah yang
dicurahkan, e-majalah tidak dapat dihasilkan
dengan baik. Komitment dan usaha yang
diberikan oleh ahli kumpulan 4 amatlah dihargai.

Isu utama yang difokuskan dalam majalah ini
adalah merupakan organ penting dan berharga,
kurniaan-Nya iaitu otak. Tajuk e-majalah ini diberi-
kan oleh pensyarah kami yang dihormati, iaitu
Puan Naimah binti Ghazali sebagai tugasan se-
terusnya dalam subjek sains, teknologi dan ke-
juteraan dalam Islam (MPU23052).

Akhir kata, semoga penghasilan e-majalah ini
dapat memenuhi kriteria yang dikehendaki.

Sekian, wassalam.

2

Index. 4-5

PENGENALAN

BAHAGIAN DAN FUNGSI OTAK 6-7

AYAT AL-QURAN DAN HADIS YANG 8-9
BERKAITAN DENGAN OTAK 9 - 10

GAMBAR DAN VIDEO

TEORI OTAK DARI SEGI BARAT DAN 11 - 12
ISLAM

Inside Story 5

Inside Story 6

3

P Otak (Jawi: ;‫اوتق‏‬B‫ ‏‬ahasa Inggeris: encephalon, brain) merupakan organ bagi pusat kawalan utama bagi badan.
E Otak menerima maklumat melalui deria dari dalam dan luar tubuh. Ia menganalisis maklumat ini dan
N kemudiannya menghantar maklumat kepada badan yang mengawal fungsi dan tindakannya.
G Otak mengingati pengalaman lepas, dan merupakan punca fikiran, mood, dan emosi. Otak merupakan organ
E pemproses maklumat pusat badan. Otak terletak dalam kepala melalui saraf kranial, dan berhubung dengan saraf
N tunjang, yang menduduki badan melalui saraf belakang. Gentian saraf menghantar isyarat dari otak dikenali
A sebagai gentian eferen manakala yang menghantar isyarat kepada otak dikenali sebagai gentian aferen. Saraf
L boleh bersifat aferen, eferen atau gabungan kedua-duanya.
A Otak merupakan pusat akal dan minda yang merangkumi komponen seperti kognisi, daya
N tanggapan, tumpuan, ingatan, emosi serta mengawal postur dan pergerakan tubuh badan. Otak membolehkan
kognitif, pergerakan dan bentuk lain pembelajaran. Otak mampu melaksanakan beberapa fungsi secara automatik,
tanpa memerlukan kesedaran, seperti menyelaras sistem deria, berjalan, dan fungsi badan homeostasis seperti
tekanan darah, kawalan seimbangan cecair, dan suhu badan.
Otak manusia adalah salah satu organ yang memiliki anatomi serta fungsi paling canggih. Organ ini memiliki
peranan utama sebagai pusat kawalan dari beribu-ribuan kegiatan yang dilakukan oleh tubuh, sama ada yang
dilakukan secara sedar seperti menggenggam pensel dan yang tidak sedar seperti mencerna makanan. Oleh itu,
kesihatan setiap bahagian otak dan kelancaran fungsinya tidak boleh dipandang ringan. Masih meragui
kemampuan otak? Mungkin anda pernah menonton filem berbahasa asing yang tidak anda kuasai bahasanya,
seperti bahasa Korea atau India. Jelaslah, mendengar bahasanya sahaja tidak mungkin anda data memahami.
Namun pada masa yang sama, otak bekerja secara langsung untuk memproses gambar serta membaca teks
terjemahan melalui penglihatan sehingga memproses suara dan intonasi dari pelakon agar anda boleh meneka
maksudnya. Semua perkara ini terjadi hanya dalam sekelip mata.
Senario di atas hanya salah satu contoh dari pelbagai “keajaiban” yang boleh dilakukan oleh otak. Sudah terang
lagi bersuluh, kecanggihan tersebut tidak akan terjadi begitu sahaja. Anatomi otak manusia yang terdiri dari
bahagian-bahagian seperti otak kecil, otak besar, sehingga susunan saraf yang ada di dalamnya saling bekerjasama
dalam satu mekanisme yang rumit tetapi efektif. Sehingga kini, kajian mengenai kemampuan otak manusia masih
dijalankan. Ratusan tahun sejak bermulanya kajian otak sebenarnya belum cukup untuk membongkar misteri dari
organ yang paling kompleks dalam tubuh ini.

IBN AL-HAYTHAM

AHLI MATEMATIK
Karya al-Haitham yang paling masyhur ialah Kitab al-Manazir

4

"Tindakan paling sempurna
adalah untuk mengeluarkan
semua otak dengan cangkuk

otak, dan sisa yang tidak
dapat dicapai dengan cangkuk

dicampur dengan dadah."
-Herotus

IBN SINA

AHLI FIZIK

Walaupun Ibnu Sina menguasai
pelbagai ilmu pengetahuan termasuk
falsafah tetapi beliau lebih menonjol
dalam bidang perubatan sama ada
sebagai seorang doktor ataupun
mahaguru ilmu tersebut.
5

FUNG

Contoh gambar
rajah sistem
otak.

OTAK
6

GSIBAHAGIAN OTAK
1 23

OTAK BESAR OTAK KECIL BATANG OTAK

Otak besar mempunyai dua Otak kecil atau Batang otak adalah
bahagian otak yang
bahagian, kiri dan kanan yang cerebellum terletak di bawah terletak di hadapan otak
kecil dan menghubungkan
dikenali sebagai hemisfera. otak besar, tepat dibahagian otak besar ke susunan
saraf di tulang belakang.
Hemisfer kiri dan kanan juga bawah lobus

sering disebut sebagai otak kiri oksipital. Bahagian otak ini

dan otak kanan. Keduanya mempunyai peranan penting

dipisahkan oleh struktur seperti dalam kemampuan

parit yang disebut fisura motorik halus, seperti

Interhemisfer atau fisura koordinasi tangan dan kaki.

longitudinal. Otak kecil juga berperanan

dalam keseimbangan tubuh,

postur, dan kesamarataan

fungsi otak kiri dan kanan

(equilibrium).

4 56

THALAMUS HIPOTHALMUS SISTEM LIMBIK

Bahagian otak yang Sekelompok sel saraf yang Sebenarnya, sehingga kini

terletak di atas batang otak, terletak di dasar otak, belum ada penyataan

dan fungsinya untuk berdekatan dengan kelenjar rasmi sekitar bahagian-

memproses dan pituitari. Bahagian ini bahagian dari sistem

memindahkan informasi berhubung dengan banyak limbik di otak. Namun

mengenai pergerakan bahagian lain dan secara garis besar, sistem

sensori di otak. Dalam erti kata bertanggung awab untuk limbik terdiri dari empat

lain, thalamus adalah mengawal rasa lapar, haus, bahagian utama, iaitu

terminal transit sebelum emosi, suhu tubuh, tekanan Amygdala, Hippocampus,

informasi tersebut berpindah ke darah, dan masa tidur. bahagian korteks limbik

Kkorteks serebri. dan bahagian septal.

7

` ‫نَا ِصيَ ٍة َكا ِذ َب ٍة َخا ِط َئ ٍة‬
‫ (‏‬iaitu) ubun-ubun orang yang mendustakan

dan derhaka.
Surah Al-Alaq ayat 16

Kita telah mengetahui, bahawa bidang yang sesuai dalam mempelajari desain dan struktur otak
adalah ilmu faal dan kognitif, namun Al-Qur’an sudah menerangkan secara umum tentang
struktur dan fungsi otak.
Allah SWT menyebutkan bahawa gambaran otak manusia adalah “naqshiyah” atau yang disebut
dengan ubun-ubun, dalam ayat tersebut (Al Alaq 16) Allah menyifati naqshiyah “ubun-ubun/otak”
dengan kata “kadzibatin khati’ah” iaitu yang mendustakan dan derhaka. Perkara ini menjadi
pertanyaan adalah mengapa Allah menyifati “naqsiyah” tersebut dengan mendustakan dan der-
haka ??
Ubun-ubun atau otak manusia adalah organ yang mengarahkan seluruh tindakan yang dilakukan
oleh manusia, jika otak berkehendak, maka segalanya dapat dikerjakan, lebih-lebih lagi jika otak
menginginkan perbuatan-perbuatan yang tidak baik, hanya menuruti kehendak tuan badannya
iaitu manusia, tanpa mempertimbangkan baik dan buruknya,
Oleh kerana perkara tersebut, seseorang melakukan sesuatu perkara yang diinginkannya,
semua itu bergantung kepada otaknya. Ubun-ubun /otak merupakan bahagian yang
bertangunggjawab atas segala tindakan yang dilakukan oleh individu, sedangkan anggota tubuh
yang lain hanya mengikuti apa yang dikehendaki dan diputuskan oleh ubun-ubun atau otak.
Kerana sebahagian besar manusia hanya mementingkan kehendak hawa nafsunya sahaja tanpa
mempertimbangakan baik dan buruknya, maka ubun-ubun yang merupakan pusat semua aktiviti
(lebih-lebih lagi aktiviti yang bercanggah dengan agama) yang dilakukan oleh manusia disifatkan
oleh Allah sebagai “kadzibatin khati’ah” iaitu pendusta dan derhaka.
Bahasa dalam Al Quran membuktikan penggunaan akal dan otak (daya pemikiran) yang
mendalam disusuli dengan keistimewaan dan keindahan susun kata yang dapat dihayati dan
diolah oleh pembaca yang ditujunya.
Harun Nasution menghuraikan perkataan akal dalam pengertian Islam bukanlah otak, tetapi akal
adalah daya berfikir yang terdapat dalam jiwa manusia. Manakala otak terdiri daripada organ
atau struktur dalamannya daripada penemuan kajian saintifik.

8

`
9

Hubungan antara Kecenderungan Otak Kiri atau

Otak Kanan dengan Pencapaian Fizik

Analisis regreasi berganda dalam menentukan

hubungan antara kecenderungan otak kiri atau

otak kanan dengan pencapaian Fizik yang telah

dijalankan menunjukkan bahawa

kecenderungan otak kiri dan otak kanan

menyumbang sebanyak 3.1% varians

pencapaian pelajar

(R2 = 0.032, Perubahan F =1.732, p = 0.185).

Hal ini bererti dalam hubungan terhadap sampel

kajian ini, otak kanan dan otak kiri bukan

peramal skor pencapaian akademik pelajar yang

signifikan secara statistik, F(2,106) = 1.732, p >

0.05. Pencapaian Fizik pelajar boleh dikatakan

bukan dipengaruhi oleh kecekapan otak kanan

atau otak kiri pelajar dalam kajian ini. Hubungan

antara Kecenderungan Otak Kiri atau

Otak Kanan dengan Motivasi Belajar dalam

Fizik Analisis regreasi berganda dalam menen-

tukan hubungan antara kecenderungan otak kiri

atau otak kanan dengan motivasi belajar dalam

Fizik menunjukkan bahawa kecenderungan otak

kiri dan otak kanan menyumbang sebanyak

2.1% varians motivasi pelajar (R2 = 0.022,

Perubahan F = 1.161, p = 0.321). Hal ini bererti

dalam hubungan sampel kajian ini, otak kanan

dan otak kiri bukan peramal motivasi belajar

dalam Fizik yang signifikan secara statistik, F

(2,106) = 1.161, p > 0.05. Motivasi belajar Fizik

pelajar boleh dikatakan bukan dipengaruhi oleh

kecekapan otak kanan atau otak kiri pelajar

dalam kajian ini.

https://youtu.be/JHqdFmflRRo
Video yang berkaitan dengan otak

10

GAMBAR
DAN VIDEO.

11

TEO

Pandangan
Barat.

Otak adalah kata kunci utama yang harus difahami terlebih dahulu apabila kita ingin
mendalami ilmu berkaitan dengan otak. Oleh itu, kita perlu melihat secara terperinci
tentang beberapa pandangan Barat mengenai hal tersebut.

Teori kecerdasan Minda oleh Howard Gardner yang merupakan seorang sarjana

dalam pengahasilan teori kecerdasan minda. Beliau menerbitkan konsep Multiple

Intelligence yang melihat kebijaksanaan manusia dari perspektif budaya, bahasa

dan permikiran dan pemikiran tamadun manusia. Beliau menghasilkan teori Nine

Intelligence bagi menjelaskan teori IQ. Antara Sembilan keijaksanaan adalah,

logic-matematik, kemahiran lingualistik, keupayaan musikal, kemahiran ruang,

kebijaksanaan gerakan badan, kebolehan interpersonal, kebolehan dalam diri atau

intrapersonal, kebolehan peka kepada alam sekitar, dan kemahiran existentialist yang

membicarakan unsur-unsur kejiwaan. Howard Gardner menyarankan supaya kesemua

kemahiran ini disenaraikan dalam dirietiap manusia daripada peringkat awal sebagai

bekalan faedah apabila diri dewasa kelak.

12

ORI

Pandangan
Islam.

Menurut Lukman Hakim Fuadi (2013: 81), “Alat pemikiran yang terkandung dalam
manusia ialah intelek, kerana seseorang memiliki akal yang tidak diberikan oleh makhluk
lain yang membuatkan pemikiran manusia unik. Perbezaan inilah yang membuat
manusia lebih unggul dan lebih pintar dalam mengatur hidup mereka. Oleh kerana itu
seseorang dengan kecerdasan yang jelas akan menemukan Tuhan sebagai hasil akhir
dari kehidupan nyata. Beliau juga mengatakan bahawa otak merupakan salah satu
unsur yang sangat penting fungsi akal bagi manusia. Alat untuk berfkir ialah akal dan
akal merupakan yang utama dari diri manusia secara abstrak. Akal yang dimiliki
membuatkan manusia lebih sempurna jika dibandingkan dengan makhluk lainnya,
dengan adanya akal tersebut. Akal yang berada di dalam otak yang sentiasa sedia
menerima segala rangsangan dari akal, dengan rangsangan itulah kemudian
muncullah pelbagai rasa dan niat serta kedua-dua gabungan tersebut mempunyai unsur
kebenaran jika dilihat dari segi peranannya, tetapi pada hakikatnya mempunyai
perbezaan yang jauh. Otak memiliki batasan ataupun kelemahan, walaupun otak
mempunyai kebolehan untuk membalas juga memahami situasi, sementara akal
bekerja lebih kuat, sesuai dengan potensi dan daya yang ada padanya. Akal
memperolehi pengetahuan-pengetahuan yang tidak terbatas melalui pengalaman, dan
boleh menerima maklumat yang lebih mendalam melalui penggunaanya. Maka,
terbuktilah bahawa akal yang dimiliki oleh manusia amatlah cerdas, namun istilah otak
dijumpai dalam al-Qur’an. Dari segi jasmani, otak adalah akal. Al-Qur’an mengaitkan
otak dengan kata akal dan terdapat beberapa istilah, iaitu tadabbur, al-hujjah, al-nuha,
al-lubb, al-hijr, dan tafakkur. ”.

13

PENGAJARAN

Akal merupakan suatu anugerah rohaniah manusia yang dapat mengingat, menganalisis,

menyimpulkan, dan

membezakan sesuatu antara yang haq atau batil sehingga manusia memiliki akhlaq yang

baik serta dapat memperkuatkan iman dan taqwa kepada yang maha kuasa iaitu

Allah SWT. Apabila manusia menggunakan akalnya untuk berfikir bersesuaian dengan

penjelasan yang terdapat di dalam Al-Qur’an mahupun hadis, maka manusia boleh

merasa dekat dengan Allah dan membolehkan manusia berada di puncak kejayaan dan

kesenangan di dunia mahupun di akhirat, tetapi apabila manusia menggunakan akalnya

dalam hal-hal yang menuju kearah kemasksiatan dan kezaliman maka manusia tersebut

akan merasai azab dan kesengsaraan. Apabila manusia menggunakan otak dan akalnya

untuk berfikir perkara yang baik dan benar, maka manusia tersebut akan memberikan

dan menciptakan idea– idea baharu dalam menyelesaikan pelbagai persoalan

khususnya pada zaman sekarang ini. Setelah manusia mengetahui lebih mendalam

tentang otak dan akal, maka manusia akan lebih mengkukuhkan keimanan dan

ketaqwaannya kepada Allah SWT keatas ciptaan-Nya yang sungguh luar biasa.

14

15

16

SEKIAN
TERIMA KASIH.

MUHAMMAD IBRAHIM BIN MOHD RAFIDI
(14DGU20F1012)

MUHAMMAD HAIKAL BIN AHMAD TRAMIZI
(14DGU20F1020)

NUR IBTISHAM SOFEA BINTI ROSLI
(14DGU20F1034)

YAMIN SHAMINI BINTI ZAHARUDIN
(14DGU20F1032)

17


Click to View FlipBook Version