The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Farah Sham, 2024-03-20 02:51:41

GARIS PANDUAN EKSA DIY KBS

GARIS PANDUAN EKSA DIY KBS

51 xiii. Mempamerkan pelan lantai dan etika bilik fail. xiv. Mempamerkan pelan lampu sekiranya melebihi dua (2) suis. Sistem kawalan dan pergerakan fail yang kemas untuk semua kategori fail


52 *Label yang jelas dan mudah dilihat pada setiap fail/dokumen yang mengandungi tajuk fail dan nombor susunan fail B13) BILIK/SUDUT CETAK/DOKUMENTASI i. Memastikan bilik/sudut cetak/dokumentasi sentiasa bersih, tidak berdebu, tersusun, kemas dan selamat. ii. Memastikan peralatan, kabinet dan rak berada dalam keadaan teratur, baik dan kemas. iii. Menyediakan sistem rekod inventori yang jelas dan teratur bagi memudahkan capaian barang dengan cepat dan pantas. iv. Menyediakan dan memaparkan tatacara penggunaan peralatan. v. Memaparkan Senarai Aset Alih Kerajaan (KEW.PA-7) yang dikemas kini. vi. Mempamerkan pelan lampu sekiranya melebihi dua (2) suis. vii. Mempamerkan pelan lantai dan etika bilik/sudut cetak/dokumentasi. B14) BILIK PEMANDU i. Memastikan meja kerja kemas, bersih dan peralatan disusun dengan baik. ii. Menyediakan perhiasan yang minimum dan selaras dengan imej korporat. iii. Memastikan ruang rehat berada dalam keadaan bersih, kemas, teratur dan tidak berbau. iv. Memastikan almari pakaian dilabelkan “PERIBADI”. v. Memaparkan Senarai Aset Alih Kerajaan (KEW.PA-7) yang dikemas kini. vi. Mempamerkan “PEGAWAI BERTANGGUNGJAWAB” yang dilantik vii. Mempamerkan pelan lampu sekiranya melebihi dua (2) suis. viii. Mempamerkan pelan lantai dan etika bilik pemandu.


53 B15) BILIK SERVER/TERPERINGKAT i. Memastikan bilik server / terperingkat sentiasa bersih, tidak berdebu, tersusun, kemas dan selamat. ii. Atas faktor keselamatan, bilik server/terperingkat tidak perlu dimasukkan dalam pelan lantai dan tidak perlu dilabelkan. iii. Labelkn bilik server mengikut nama zon. KOMPONEN C: TEMPAT UMUM Tempat/Ruang Umum merupakan ruang perlu diberikan penekanan dalam penjagaan kerana ruang ini sentiasa digunakan oleh semua kakitangan termasuk pelanggan/pelawat. Perkara-perkara yang perlu diberi penekanan adalah: C1) LOBI UTAMA/RUANG HADAPAN i. Memastikan persekitaran lobi utama/ruang hadapan sentiasa bersih, kemas, ceria, tiada halangan dan selaras dengan imej korporat. ii. Mempamerkan maklumat korporat berkaitan agensi yang terkini seperti visi, misi, maklumat pengurusan atasan dan piagam pelanggan. iii. Menyediakan perkara-perkara seperi berikut: a) Buku kedatangan pelanggan/pelawat. b) Direktori pegawai. c) Sudut informasi untuk pelanggan/pelawat. d) Perhiasan yang minimum dan bersesuaian dengan imej korporat. e) Mempamerkan “PEGAWAI BERTANGGUNGJAWAB” yang dilantik. f) Memaparkan Senarai Aset Alih Kerajaan (KEW.PA-7) yang dikemas kini. Persekitaran lobi utama/ruang hadapan sentiasa bersih Lokasi: Lobi Utama Kementerian Belia dan Sukan


54 C2) KAUNTER UTAMA i. Memastikan kaunter utama berimej korporat dan memenuhi kriteria berikut: a) Sistem maklum balas pelanggan/pelawat. b) Direktori warga Jabatan. c) Borang-borang/brosur berkaitan. d) Bahan bacaan/informasi. e) Info mengenai Jabatan/piagam pelanggan. ii. Memastikan kaunter sentiasa bersih, kemas dan ceria dengan perhiasan yang minimum. iii. Memastikan usaha-usaha deligting the customer seperti persekitaran yang kondusif dan kemudahan sokongan dilaksanakan. iv. Menyediakan perkhidmatan yang mesra pelanggan. v. Menyedia dan memaparkan carta aliran perkhidmatan yang dikemas kini. vi. Mempamerkan nama pegawai yang bertugas (jika perlu). vii. Menyediakan pas keselamatan/pas pelawat. viii. Memaparkan Senarai Aset Alih Kerajaan (KEW.PA-7) yang dikemas kini. ix. Mempamerkan “PEGAWAI BERTANGGUNGJAWAB” yang dilantik. Kaunter utama bersih, kemas dan berimej korporat Lokasi: Lobi Utama Majlis Sukan Negara (MSN) C3) RUANG MENUNGGU i. Menyedia dan memastikan sofa/tempat duduk dan bahan bacaan dalam keadaan baik, bersih, teratur dan ceria selaras dengan imej korporat. ii. Memastikan semua peralatan dalam keadaan bersih, kemas dan teratur serta berkeadaan baik. iii. Memastikan ruang menunggu sentiasa bersih, kemas dan ceria dengan perhiasan yang minimum.


55 iv. Menyediakan tong sampah yang bersesuaian dan mencukupi. v. Memaparkan Senarai Aset Alih Kerajaan (KEW.PA-7) yang dikemas kini. vi. Mempamerkan “PEGAWAI BERTANGGUNGJAWAB” yang dilantik. Lokasi: Ruang Menunggu Bahagian Khidmat Pengurusan KBS Ruang menunggu sentiasa bersih, kemas dan ceria dengan perhiasan minimum Lokasi: Ruang Menunggu di Gymnasium KBS C4) LALUAN UTAMA/KORIDOR i. Memastikan susunan peralatan atau hiasan sepanjang laluan kemas, bersih dan teratur. ii. Memastikan perhiasan yang minimum. iii. Memastikan tiada halangan di semua laluan dan pintu kecemasan. iv. Menyediakan tanda arah laluan kecemasan yang jelas dan dipamerkan pada tempat yang mudah dilihat serta mencukupi.


56 v. Menyediakan tanda arah Bahagian/Cawangan/Unit yang jelas dan mudah dilihat. vi. Menyediakan tanda arah surau/tandas/kafeteria yang jelas dan mudah dilihat.


57 Tanda arah yang jelas dan mudah dilihat C5) BILIK MESYUARAT/BILIK/RUANG PERBINCANGAN i. Memastikan semua peralatan kerusi, meja, mikrofon, skrin komputer, projektor berfungsi dan berada dalam keadaan baik. ii. Memastikan persekitaran bilik mesyuarat/perbincangan bersih, kemas dan selamat. iii. Memaparkan Senarai Aset Alih Kerajaan (KEW.PA-7) yang dikemas kini. iv. Mempamerkan “PEGAWAI BERTANGGUNGJAWAB” yang dilantik. v. Mempamerkan pelan lantai bilik mesyuarat/perbincangan. vi. Mempamerkan pelan lampu sekiranya melebihi dua (2) suis. vii. Mempamerkan etika bilik mesyuarat/perbincangan. viii. Bilik mesyuarat perlu disediakan tanda nama “Pengerusi” dan “Setiausaha”, buku kehadiran mesyuarat dan kalendar tahun semasa. ix. Maklumat berkaitan mesyuarat/perbincangan hendaklah dipamerkan di pintu masuk bilik mesyuarat/perbincangan. Contoh seperti penggunaan papan tanda (slot in board). x. Jam dinding perlu disediakan sebagai panduan. xi. Menyediakan rekod tempahan bilik mesyuarat/perbincangan.


58 Persekitaran bilik perbincangan bersih, kemas, teratur dan selamat


59 C6) PERPUSTAKAAN/PUSAT SUMBER i. Memastikan perpustakaan/pusat sumber bersih, kemas dan teratur. ii. Menyediakan sistem susunan/capaian/label bahan bacaan yang memudahkan pelanggan. iii. Perpustakaan perlu menyediakan sistem rekod kawalan peminjaman dan pemulangan untuk memudahkan pemantauan bahan bacaan. iv. Mempamerkan pelan lantai perpustakaan/pusat sumber. v. Memaparkan Senarai Aset Alih Kerajaan (KEW.PA-7) yang dikemas kini. vi. Mempamerkan pelan lampu sekiranya melebihi dua (2) suis. vii. Mempamerkan etika penggunaan perpustakaan/pusat sumber. viii. Mempamerkan “PEGAWAI BERTANGGUNGJAWAB” yang dilantik. Keadaan Perpustakaan/Pusat Sumber yang bersih dan kemas Lokasi: Perpustakaan/Pusat Sumber KBS.


60 C7) SURAU/BILIK SOLAT/RUANG SOLAT i. Memastikan barang-barang/peralatan yang berikut dalam keadaan baik, boleh digunakan dan dalam keadaan bersih: a) Telekung/Kain pelikat b) Sejadah c) Penyidai ii. Menyediakan kemudahan berikut: a) Tanda arah kiblat yang mendapat kelulusan daripada Jabatan Agama Islam Negeri. b) Rak menyimpan Al-Quran dan bahan bacaan. c) Tempat letak/rak kasut. d) Selipar. iii. Memastikan al-Quran/bahan bacaan sentiasa kemas, teratur dan dalam keadaan baik. iv. Memastikan surau/bilik solat/ruang solat sentiasa bersih, tidak berdebu, teratur, kemas dan selesa. v. Memastikan surau/bilik solat/ruang solat tidak berbau. vi. Memastikan sejadah/kain pelikat/telekung selepas diguna dilipat dan disimpan di tempat yang telah disediakan. vii. Memastikan tempat wuduk bersih dan air tidak bertakung, viii. Memaparkan Senarai Aset Alih Kerajaan (KEW.PA-7) yang dikemas kini. ix. Mempamerkan “PEGAWAI BERTANGGUNGJAWAB” yang dilantik. x. Mempamerkan pelan lantai surau/bilik solat/ruang solat. xi. Mempamerkan etika penggunaan surau/bilik solat/ruang solat. xii. Mempamerkan pelan lampu sekiranya melebihi dua (2) suis. xiii. Mempamerkan jadual waktu solat semasa. xiv. Penggunaan pewangi (air freshner) digalakkan untuk mendapatkan persekitaran yang sentiasa segar. xv. Menyediakan jam dinding sebagai panduan dan berfungsi dengan baik.


61 Antara beberapa kriteria yang perlu ada di surau Lokasi : Surau di IKBN Peretak Catatan : Telekung disimpan dalam beg kertas/woven yang seragam dan ditanda nama pemiliknya. Kain pelikat perlu dilipat dan disidai atau disimpan di rak yang disediakan. Telekung atau kain pelikat (wakaf) hendaklah dicuci satu (1) bulan sekali.


62 C8) LIF i. Memastikan lif berada dalam keadaan baik, bersih dan berfungsi. ii. Menyediakan maklumat pegawai yang terkini untuk dihubungi sekiranya berlaku kecemasan. iii. Memaparkan nama bahagian/seksyen bagi setiap aras dengan jelas ( 5 kaki daripada paras lantai). iv. Memaparkan sijil Perakuan Keselamatan Mesin Angkat yang mengesahkan penyelenggaraan lif secara berkala. Maklumat yang perlu ada di dalam lif


63 C9) PANTRI/TEMPAT MINUM i. Memastikan peralatan berada dalam keadaan baik, tersusun dan boleh digunakan. ii. Memastikan pantri/tempat minuman bersih, tidak berdebu dan dalam keadaan terurus. iii. Pelabelan hendaklah mengikut barang/peralatan yang disimpan. iv. Mempamerkan jadual bertugas pembersihan pantri/tempat minuman. v. Memaparkan Senarai Aset Alih Kerajaan (KEW.PA-7) yang dikemas kini. vi. Mempamerkan “PEGAWAI BERTANGGUNGJAWAB” yang dilantik. vii. Mempamerkan pelan lantai pantri/tempat minuman. viii. Mempamerkan pelan lampu sekiranya melebihi dua (2) suis. ix. Mempamerkan etika penggunaan pantri/tempat minum. x. Susun atur barangan di dalam peti sejuk hendaklah kemas dan teratur. xi. Makanan dalam tin yang telah dibuka hendaklah dipindahkan dalam bekas plastik bertutup. xii. Pastikan peti sejuk tidak berbau.


64 Susun atur peralatan berada di dalam keadaan kemas dan bersih Catatan: Dilarang memasak menggunakan dapur gas.


65 C10) TANDAS i. Memastikan persekitaran lobi tandas bersih dan kering. ii. Memastikan bau tandas menyenangkan. iii. Memastikan peralatan tandas berfungsi dengan baik. iv. Memastikan pengudaraan tandas baik. v. Memaparkan pemakluman seperti jadual tugas dan Person Incharge. vi. Mempamerkan jadual pembersihan tandas. vii. Menyediakan peralatan tambahan seperti berikut: a) Cecair pencuci tangan. b) Tisu tangan. c) Bakul sampah/Tong sanitari. d) Cermin muka. e) Bahan pewangi. viii. Tandas OKU hendaklah berfungsi dengan baik. Kriteria tandas OKU adalah mengikut kriteria tandas biasa. ix. Memaparkan Senarai Aset Alih Kerajaan (KEW.PA-7) yang kemaskini. x. Mempamerkan “PEGAWAI BERTANGGUNGJAWAB” yang dilantik. xi. Mempamerkan pelan lantai tandas. xii. Mempamerkan pelan lampu sekiranya melebihi dua (2) suis. xiii. Mempamerkan etika penggunaan tandas. xiv. Melabelkan jenis-jenis tandas di pintu tandas. xv. Perhiasan yang minimum dan berimej korporat. Senarai semak kerja-kerja penyelenggaraan pembersihan dipaparkan pada belakang pintu bilik air. Tandatangan pegawai bertanggungjawab (PEGAWAI BERTANGGUNGJAWAB) bagi pengesahan kerja pembersihan yang telah dilaksanakan perlu dibuat setiap hari.


66


67 Sebahagian keperluan yang perlu ada di dalam tandas


68 KOMPONEN D: KESELAMATAN PERSEKITARAN D1) PELAN TINDAKAN KECEMASAN (i) Menyediakan Pelan Tindakan Kecemasan yang mengandungi: a) Arahan keselamatan. b) Latihan pengungsian bangunan, latihan kebakaran (fire-drill) c) Tanda-tanda amaran: Tanda Larangan (Prohibition Sign) Tanda Amaran (Warning Sign) Mandatory Sign Tanda Keadaan Selamat (Safe Condition Sign) d) Pelan laluan kecemasan e) Tempat berkumpul (Menyediakan petak berkumpul/papan tanda contohnya “TEMPAT BERKUMPUL”). f) Tanda arah laluan kecemasan. Ketinggian tanda arah laluan kecemasan hendaklah lima (5) kaki dari paras lantai. g) Menyediakan lampu kecemasan yang mudah dilihat, berfungsi dengan baik dan tiada halangan. (ii) Tanda Bahaya (Danger Identification) a) Warna pita amaran kuning-hitam hendaklah diletakkan di tempat yang berisiko jatuh/perlanggaran/lantai berlubang/lantai tidak rata.


69 Latihan kebakaran (fire drill)


70 D2) PENDAWAIAN/KABEL (i) Memastikan pendawaian elektrik/telefon/kabel komputer/mesin/peralatan diikat dengan kemas dan dimasukkan di dalam dawai konduit (gegelung) (ii) Memastikan plag dilabelkan mengikut kesesuaian peralatan elektrik yang digunakan Kabel diikat dengan kemas dan dimasukkan di dalam dawai conduit (gegelung) serta plag dilabelkan mengikut peralatan elektrik yang digunakan.


71 D3) PERALATAN PENCEGAHAN KEBAKARAN (i) Memastikan Alat Pemadam Api (APA) menepati kriteria yang berikut: a) Penyelenggaraan secara berkala. b) Mempunyai tatacara penggunaan dan tarikh luput dipaparkan. c) Berkeadaan bersih dan berfungsi. d) Perlu diletakkan di tempat yang sesuai di dalam braket (bracket) atau tapak (stand) yang mudah dilihat. e) Perlu digantung di tempat yang sesuai, pada paras ketinggian 1 meter dari aras lantai (jika berat melebihi 4kg), tiada halangan dan mudah dicapai. f) Alat pemadam api yang beratya kurang 4kg perlu digantung pada ketinggian sekurang-kurangnya 1.5 meter dari paras lantai. g) Memastikan gelung hos pemadam api yang diperbuat daripada getah, tidak melekat apabila ditarik. h) Memastikan pili bomba tidak dihalang dan dalam keadaan baik. Alat Pemadam Api (APA) memenuhi kriteria yang diperlukan Catatan: Tanggungjawab Jawatankuasa Keselamatan Dilarang meletak Alat Pemadam Api (APA) di atas lantai atau dijadikan penyendal pintu


72 D4) LALUAN/TANGGA KECEMASAN (i) Memastikan pintu rintangan api sentiasa ditutup. (ii) Memaparkan tanda arah KELUAR berfungsi dengan jelas. (iii) Memastikan lampu tanda arah KELUAR berfungsi. (iv) Memastikan tiada halangan di laluan/tangga/pintu kecemasan. (v) Pelan lantai kecemasan perlu menunjukkan arah ke laluan/tangga kecemasan untuk pegawai menyelamatkan diri sekiranya berlaku kecemasan. Memaparkan tanda arah “KELUAR” dengan jelas Catatan: Laluan/tangga kecemasan bukan tempat merokok. Larangan meletak peralatan/barangan yang usang/rosak/tidak diperlukan di laluan kecemasan.


73 D5) KUNCI (i) Setiap kunci perlu disimpan di dalam kotak yang berkunci dan disimpan di dalam bilik penyimpanan yang selamat dan berkunci. (ii) Memastikan anak kunci dilabelkan/ditanda dengan nombor atau abjad sahaja. (iii) Label pada anak kunci dan penyangkut kunci perlu sama. (iv) Peti kunci tidak boleh dilabelkan dengan perkataan “KUNCI”. Bagi peti kunci yang mempunyai cermin lutsinar hendaklah digelapkan (tinted). (v) Memastikan senarai dan penerangan anak kunci disimpan dengan selamat oleh pegawai yang bertanggungjawab dan penyelia. (vi) Menyediakan buku log pinjaman kunci dan kemaskini. Senarai dan penerangan anak kunci disimpan dengan selamat. Catatan: Kunci hendaklah disimpan di dalam peti kunci yang berkunci dan disimpan didalam bilik pegawai yang diberi kuasa untuk menyimpan kunci. (Pegawai Bertanggungjawab/Penyelia) Dilarang meletak peti kunci di laluan umum/bilik fail/bilik stor.


74 D6) PETI PERTOLONGAN CEMAS (i) Peti pertolongan cemas (first aid kit) disediakan dan berada dalam keadaan baik serta lengkap. (ii) Peti perlu diletakkan di tempat yang mudah dicapai dan tidak berkunci. (iii) Setiap ubat dan peralatan perlu disediakan. (iv) Senarai semak ubat dan peralatan perlu disediakan. (v) Tarikh luput ubat-ubatan perlu dicatat pada senarai semak. (vi) Ubat-ubatan yang telah tamat tempoh perlu dilupuskan. Peti pertolongan cemas (first aid kit) disediakan dan berada alam keadaan baik serta sempurna


75 KOMPONEN E: KAWASAN PERSEKITARAN JABATAN KOMPONEN E1: AGENSI MEMPUNYAI BANGUNAN DAN KAWASAN SENDIRI (i) Menyediakan tempat kenderaan yang sesuai untuk pekerja, pelanggan, pelawat dan OKU. (ii) Menyediakan tanda/garisan yang jelas di antara lot-lot tempat letak kenderaan yang disediakan. (iii) Menyediakan papan tanda parkir secara mengundur (reverse parking). (iv) Mengamalkan parkir secara berundur (reverse parking) (v) Menyediakan tunjuk arah laluan pekerja, pelanggan, pelawat dan OKU yang jelas. (vi) Memastikan kawasan persekitaran dalam keadaan baik, teratur, bersih dan selamat. (vii) Memastikan lampu jalan berfungsi dan dalam keadaan baik. (viii) Memastikan jalan tidak berlubang dan dalam keadaan baik. (ix) Memastikan taman permainan dan peralatan di taman permainan dalam keadaan baik dan boleh digunakan (jika ada). (x) Menyediakan sistem kawalan laluan yang berkesan. (xi) Memastikan tanaman/pokok dijaga rapi dan tiada pokok rosak/mati di sekitar kawasan. (xii) Memastikan kawasan berumput bersih dan rumput tidak dibiarkan panjang. (xiii) Menyediakan tong/bakul sampah yang bersesuaian dan mencukupi. (xiv) Memastikan kawasan/tong pengumpulan sampah bersih, tidak berbau dan diuruskan dengan baik. (xv) Memastikan pondok pengawal dalam keadaan baik dan bersih. Barang-barang peribadi pengawal seperti tilam, tuala mandi, joran dan lain-lain tidak disimpan di pondok pengawal. Memastikan kawasan persekitaran dalam keadaan baik dan bersih Lokasi: Stadium Nasional Bukit Jalil


76 Lokasi: Stadium Axiata Bukit Jalil Keperluan persekitaran pejabat bagi agensi yang mempunyai bangunan dan kawasan sendiri


77 KOMPONEN E2: AGENSI MEMPUNYAI BANGUNAN DAN BERKONGSI KAWASAN (i) Menyediakan tempat meletak kenderaan yang sesuai untuk pekerja, pelanggan, pelawat dan orang kurang upaya (OKU). (ii) Menyediakan tanda/garisan yang jelas di antara lot-lot tempat letak kenderaan yang disediakan. (iii) Menyediakan papan tanda parkir secara mengundur (reverse parking). (iv) Mengamalkan parkir secara mengundur (reverse parking). (v) Menyediakan tunjuk arah laluan pekerja, pelanggan, pelawat dan orang kurang upaya (OKU) dengan jelas. (vi) Memastikan kawasan persekitaran dalam keadaan baik dan bersih. (vii) Memastikan kawasan/tong pengumpulan sampah bersih, tidak berbau dan diuruskan dengan baik. (viii) Memastikan laluan ke pintu masuk tidak terhalang. (ix) Menyediakan perhiasan minimum selaras dengan imej korporat jabatan.


78 KOMPONEN F: TEMPAT KHUSUS F1) BILIK LATIHAN/KULIAH/BENGKEL (i) Memastikan persekitaran bilik bersih, kemas, teratur dan selamat. (ii) Memastikan semua peralatan dilabelkan dengan betul, berfungsi dan berada dalam keadaan baik. (iii) Memastikan maklumat yang dipaparkan dalam keadaan baik dan terkini. (iv) Memaparkan Senarai Aset Alih Kerajaan (KEW.PA-7) yang dikemas kini. (v) Mempamerkan “PEGAWAI BERTANGGUNGJAWAB” yang dilantik. (vi) Mempamerkan pelan lantai bilik latihan/kuliah. (vii) Mempamerkan pelan lampu sekiranya melebihi dua (2) suis. (viii) Mempamerkan etika penggunaan bilik latihan/kuliah. (ix) Memastikan semua peralatan seperti kerusi, meja, mikrofon, skrin komputer, projector berfungsi dan berada dalam keadaaan baik (jika ada). (x) Memastikan pendawaian elektrik/telefon/kabel komputer/peralatan diikat dengan kemas dan dimasukkan di dalam dawai konduit (gegelung). (xi) Memastikan plag dilabelkan mengikut kesesuaian peralatan elektrik yang digunakan. (xii) Menyediakan rekod tempahan bilik latihan/kuliah.


79 Bilik Latihan/Kuliah/Bengkel berada di dalam keadaan baik Lokasi: IKBN Peretak


80 F2) BILIK REHAT/RUMAH TAMU (i) Memastikan persekitaran bilik rehat/rumah tamu bersih, kemas teratur dan selamat. (ii) Memastikan semua peralatan/perabot dilabelkan dengan betul, berfungsi dan berada dalam keadaan baik. (iii) Memaparkan Senarai Aset Alih Kerajaan (KEW.PA-7) yang dikemas kini. (iv) Mempamerkan “PEGAWAI BERTANGGUNGJAWAB” yang dilantik. (v) Mempamerkan pelan lantai bilik rehat/rumah tamu. (vi) Mempamerkan pelan lampu sekiranya melebihi dua (2) suis. (vii) Mempamerkan etika penggunaan bilik rehat/rumah tamu. (viii) Memastikan pendawaian elektrik/telefon/kabel komputer/peralatan diikat dengan kemas dan dimasukkan di dalam dawai conduit (gegelung) (ix) Memastikan plag dilabelkan mengikut kesesuaian peralatan elektrik yang digunakan. (x) Menyediakan rekod tempahan dan jadual pembersihan bilik rehat/rumah tamu.


81 Keadaan persekitaran bilik rehat/rumah tamu bersih, kemas teratur dan selamat Lokasi: Rumah Tetamu di IKBN Peretak


82 E3) GELANGGANG (TERBUKA/TERTUTUP) (i) Memastikan kawasan gelanggang dalam keadaan bersih, baik, teratur dan selamat digunakan. (ii) Memaparkan Senarai Aset Alih Kerajaan (KEW.PA-7) yang dikemas kini. (iii) Mempamerkan “PEGAWAI BERTANGGUNGJAWAB” yang dilantik. (iv) Mempamerkan pelan lantai gelanggang. (v) Mempamerkan pelan lampu sekiranya melebihi dua (2) suis. (vi) Mempamerkan etika penggunaan gelanggang. (vii) Memastikan pendawaian elektrik/telefon/kabel komputer/peralatan diikat dengan kemas dan dimasukkan di dalam dawai konduit (gegelung) terutama di gelanggang tertutup. (viii) Memastikan plag dilabelkan mengikut kesesuaian peralatan elektrik yang digunakan. (ix) Menyediakan rekod tempahan dan jadual pembersihan gelanggang. Kawasan gelanggang berada dalam keadaan bersih, baik, teratur dan selamat digunakan


83 F4) GIMNASIUM (i) Memastikan kawasan gimnasium bersih, kemas, teratur dan dalam keadaan baik. (ii) Memastikan semua peralatan gimnasium berfungsi, berada dalam keadaan baik bersih, tersusun serta mengambil kira ciri-ciri keselamatan. (iii) Peralatan senaman diselenggara mengikut jadual. (iv) Peti pertolongan cemas (first aid kit) disediakan dan berada dalam keadaan baik serta lengkap. Peti perlu diletakkan di tempat yang mudah dicapai dan tidak berkunci. (v) Jadual penggunaan gimnasium dipamerkan untuk kemudahan pengguna dan dipamerkan di kawasan yang mudah dilihat. (vi) Menyediakan rekod penggunaan dan jadual pembersihan gimnasium. (vii) Mempamerkan Senarai Aset Alih Kerajaan (KEW.PA-7) yang dikemas kini. (viii) Mempamerkan “PEGAWAI BERTANGGUNGJAWAB” yang dilantik. (ix) Mempamerkan pelan lantai gimnasium. (x) Mempamerkan pelan lampu sekiranya melebihi dua (2) suis. (xi) Menyediakan etika dan tatacara penggunaan peralatan gimnasium. (xii) Memastikan pendawaian elektrik/telefon/kabel komputer/peralatan diikat dengan kemas dan dimasukkan di dalam dawai konduit (gegelung) (xiii) Memastikan plag dilabelkan mengikut kesesuian peralatan elektrik yang digunakan. Lokasi: Gimnasium Kementerian Belia dan Sukan, Putrajaya


84


85 F5) GALERI / BILIK PAMERAN / BILIK SAMPEL / RUANG CENDERAHATI (i) Memastikan persekitaran galeri/bilik pameran/bilik sampel/ruang cenderahati bersih, kemas, teratur dan selamat. (ii) Mempamerkan “PEGAWAI BERTANGGUNGJAWAB” yang dilantik. (iii) Mempamerkan pelan lantai galeri/bilik pameran/bilik sampel/ruang cenderahati. (iv) Mempamerkan pelan lampu sekiranya melebihi dua (2) suis. (v) Mempamerkan etika di galeri/bilik pameran/bilik sampel/ruang cenderahati. Galeri/bilik pameran/bilik sampel/ruang cenderahati bersih, kemas, teratur dan selamat


86 F6) BILIK PERSALINAN (i) Memastikan persekitaran bilik persalinan bersih, kemas, teratur dan selamat. (ii) Memastikan semua lokar/perabot dilabelkan dengan betul, berfungsi dan berada dalam keadaan baik. (iii) Memaparkan Senarai Aset Alih Kerajaan (KEW.PA-7) yang dikemas kini. (iv) Mempamerkan “PEGAWAI BERTANGGUNGJAWAB” yang dilantik. (v) Mempamerkan pelan lantai bilik persalinan. (vi) Mempamerkan pelan lampu sekiranya melebihi dua (2) suis. (vii) Mempamerkan etika di bilik persalinan.


87 F7) DEWAN MAKAN (i) Memastikan persekitaran dewan makan bersih, kemas, teratur dan selamat. (ii) Memastikan semua peralatan dilabelkan dengan betul, disusun dengan kemas dan berada dalam keadaan baik. (iii) Memastikan susunan perabot kemas. (iv) Memaparkan Senarai Aset Alih Kerajaan (KEW.PA-7) yang dikemas kini. (v) Mempamerkan “PEGAWAI BERTANGGUNGJAWAB” yang dilantik. (vi) Mempamerkan pelan lantai dewan makan. (vii) Mempamerkan pelan lampu sekiranya melebihi dua (2) suis. (viii) Mempamerkan etika di dewan makan. Persekitaran dewan makan bersih, kemas, teratur dan selamat serta semua peralatan dilabelkan dengan betul, disusun dengan kemas dan berada dalam keadaan baik


88 F8) ASRAMA (i) Memastikan persekitaran asrama bersih, kemas, teratur dan selamat. (ii) Memastikan semua peralatan dilabelkan dengan betul, disusun dengan kemas dan berada dalam keadaan baik. (iii) Memastikan susunan perabot kemas. (iv) Memaparkan Senarai Aset Alih Kerajaan (KEW.PA-7) yang dikemas kini. (v) Mempamerkan “PEGAWAI BERTANGGUNGJAWAB” yang dilantik bagi setiap ruang guna sama. (vi) Mempamerkan pelan lantai asrama. (vii) Mempamerkan pelan lampu sekiranya melebihi dua (2) suis. (viii) Mempamerkan etika di asrama. (ix) Memastikan meja kerja dan meja belajar kemas, bersih dan peralatan disusun dengan baik. (x) Menyediakan perhiasan yang minimum dan selaras dengan imej korporat. (xi) Memastikan ruang rehat berada dalam keadaan bersih, kemas dan teratur. (xii) Memastikan katil dikemas selepas digunakan. (xiii) Memastikan cadar dan sarung bantal bersih dan tidak berbau dengan mewujudkan jadual penukaran/pembersihan. (xiv) Memastikan tempat dan peralatan dobi berfungsi serta bersih, kemas teratur dan selamat. Keadaan persekitaran asrama kemas teratur dan selamat


89


90 F9) PADANG DAN TRAK (TERBUKA/TERTUTUP) (i) Memastikan kawasan padang bersih, dalam keadaan baik dan selamat digunakan. (ii) Memastikan rumput di kawasan padang pendek. (iii) Mewujudkan jadual atau rekod pembersihan. (iv) Mempamerkan “PEGAWAI BERTANGGUNGJAWAB” yang dilantik. (v) Mempamerkan pelan lantai padang. (vi) Mempamerkan etika semasa di padang/trak. (vii) Mewujudkan buku rekod tempahan penggunaan padang. Persekitaran kawasan padang bersih, dalam keadaan baik selamat digunakan


91 F10) KOLAM RENANG (i) Memastikan kawasan kolam renang bersih, dalam keadaan baik dan selamat digunakan. (ii) Menyediakan dan memaparkan peraturan/etika penggunaan kolam renang. (iii) Menyediakan bilik persalinan yang bersih dan teratur. (iv) Mewujudkan jadual atau rekod pembersihan. (v) Mempamerkan “PEGAWAI BERTANGGUNGJAWAB” yang dilantik. (vi) Memaparkan Senarai Asel Alih Kerajaan (KEW.PA-7) yang dikemas kini. (vii) Mempamerkan pelan lantai. (viii) Mempamerkan pelan lampu sekiranya melebihi dua (2) suis. Kawasan kolam bersih, dalam keadaan baik dan selamat digunakan Lokasi: Pusat Akuatik Negara, Bukit Jalil


92 PENUTUP Melalui buku panduan pelaksanaan EKSA DIY Kementerian Belia dan Sukan (KBS) diharapkan dapat membantu pelaksanaan EKSA secara sistematik, berkesan dan cemerlang di KBS. KBS berharap dapat membentuk pengurusan persekitaran yang berkualiti dan mengamalkan budaya kerja secara berterusan sehingga menjadi satu budaya kerja yang terbaik. Sebarang pertanyaan berhubung pelaksanaan EKSA di KBS boleh diajukan kepada Unit Inovasi dan Kualiti Bahagian Khidmat Pengurusan KBS melalui: No. Telefon : 03-88713773/03-88713506 No. Faks : 03-88888770


93 SIJIL PENGIKTIRAFAN


94 PENGHARGAAN Penaung Ketua Setiausaha YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu Pengerusi Timbalan Ketua Setiausaha YBrs. Abdullah bin Hasan Fasilitator Puan Kamaliah binti Kassim Penyelaras Encik Richard Barahim Setiausaha Encik Ahmad Tirmidzi bin Jawatankuasa Encik Rahman bin Omar - Audit dan Keseragaman Encik Izzad bin Abdul Kadir – Jawatankuasa Promosi Encik Sulaiman bin Said – Jawatankuasa Latihan Pengerusi Zon 1. Encik Shahrul Affendi Bin Baharudin 8. Puan Misjijah Binti Marul 2. Puan Hazalia Bin Hassan 9. Puan Noraida Binti Mohd Nadzir 3. Puan Nazhatun Binti Md Rejab 10. Encik Norazli Bin Indzam 4. Encik Ahmad Jefry Bin Aziz@Adan 11. Encik Richard Barahim 5. YBrs Dr. Norhasmat Bin Abdul Aziz 12. Puan Azura Binti Abidin 6. Encik Ganesh Roa A/L C Bodiah 13. Puan Wan Nor Iza Binti Mohd Nor 7. YBrs. Dr. Zainah Binti Shariff 14. Puan Azura Binti Sarbin Turut menjayakan Puan Siti Fairus binti Ismail Puan Faerdah binti Hj. Waini Puan Tuan Rosma Sulia binti Tuan Rasid


95 FORMAT DAN CONTOH LABEL Label pegawai bertanggungjawab


96 Label Padestal Label Fail Putih/Abba


97 Etika-etika bilik gunasama


98 APPENDIX *Garis Panduan ini disediakan semasa penularan pandemik COVID19. Terdapat beberapa perkara yang perlu disesuaikan mengikut keadaan semasa dan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).


99 LAMPIRAN BIL PERKARA KRITERIA 1 Keseragaman EKSA KBS Carta Organisasi EKSA Warna label mengikut kepada warna korporat Jabatan – Oren dan Hitam Penggunaan perkataan ALAT TULIS, DOKUMEN RASMI & PERIBADI pada pedestal. Penggunaan perkataaan DOKUMEN RASMI, PERALATAN PEJABAT dan PERIBADI pada kabinet besi. Penggunaan perkataan “PEGAWAI BERTANGGUNGJAWAB” untuk bilik-bilik atau ruang gunasama. Pelabelan yang sesuai pada peralatan perabot pejabat. Etika bilik gunasama Tatacara penggunaan peralatan gunasama. Format kandungan KEW.PA-7. Pegerakan pegawai Pelan lantai dan pelan lampu. Menentukan tahap keseragaman di seluruh jabatan.


Click to View FlipBook Version