The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Final PQI6072_Wan Azizul Azim bin Wan Saidin_17163250

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Wan Azizul Azim bin Wan Saidin, 2023-02-02 23:30:14

Final PQI6072_Wan Azizul Azim bin Wan Saidin_17163250

Final PQI6072_Wan Azizul Azim bin Wan Saidin_17163250

Pensyarah: Dr. Abd. Razak Zakaria Disediakan oleh: Wan Azizul Azim Bin Wan Saidin (17163250/2)


01. Pengenalan Zaman Prasejarah hlm. 1-3 02. Zaman Paleolitik hlm. 4-8 03. Zaman Neolitik hlm. 9-13 Isi Kandungan i


04. Zaman Logam hlm. 14-18 06. Kesimpulan hlm. 22 ii 05. Perbandingan Zaman Prasejarah hlm. 19-21


07. Sumber Rujukan iii


Pengenalan Zaman Prasejarah secara umumnya dikenali sebagai era sebelum wujudnya sistem tulisan. Menurut Zuliskandar Ramli (2015) sungguhpun zaman prasejarah ini belum wujudnya sistem tulisan, namun kegiatan masyarakat ketika itu diceritakan melalui lukisan di gua. Di Malaysia sememangnya telah ditemui pelbagai jenis lukisan gua dengan motif-motif yang berbagai-bagai seperti manusia dan bintang, (Zuliskandar Ramli et al., 2020). Menurut Zuliskandar Ramli & Sanim Ahmad (2015) lukisan gua ini telah dibahagikan kepada dua kategori iaitu monokromatik (bahan arang) dan hematit (oksida besi). Lukisan dengan menggunakan bahan hematit adalah lebih tua berbanding monokromatik. Berdasarkan kajian lukisan Zaman Prasejarah di Malaysia, jelas menunjukkan bahawa era ini berkembang di sini dengan pesat. Perkembangan ini tidaklah bersifat setempat, sebaliknya banyak lukisan khususnya di gua telah ditemui yang menceritakan peristiwa ketika itu. Misalnya, Gambar 2 lukisan daripada bahan hematit menceritakan tentang upacara pengebumian dengan menggunakan perahu. 01. Pengenalan Zaman Prasejarah Gambar 1. Lukisan motif di Gua Tambun, Perak Sumber: Freddie Aziz Jasbindar, 2019 Gambar 2. Lukisan di Gua Kain Hitam, Sarawak Sumber: Portal Rasmi Jabatan Warisan Negara, n.d. 1


01. Pengenalan Zaman Prasejarah 2 Berikut disertakan peta dan jadual kawasan-kawasan penemuan lukisan gua di negeri-negeri sebagai bukti perkembangan Zaman Prasejarah di Malaysia. Peta 1. Lokasi lukisan gua di Malaysia Sumber: Zuliskandar Ramli & Sanim Ahmad, 2015 Negeri Kawasan Lukisan Gua Perak Gua Tambun Gua Badak Gua Kelilawa Gua Kajang Kelantan Gua Kambing Gua Batu Cincin Gua Tampaq Gua Tagut Sabah Gua Tisob Tanah (Gua Madai) Gua Baturong (Hagop Bilo) Sarawak Gua Kain Hitam (Gua Niah) Gua Sarang (Batu Puteh & Lobang Ringen) Gua Sireh Pahang Gua Luas Gua Kechil Kedah Gua Batu Putih Jadual 1. Lokasi lukisan gua di Malaysia Sumber: Zuliskandar Ramli & Sanim Ahmad, 2015


01. Pengenalan Zaman Prasejarah 3 Di Malaysia, perkembangan Zaman Prasejarah ini telah dikenal pasti bukan sahaja dengan adanya lukisan-lukisan gua, tetapi juga berdasarkan penemuan tinggalan manusia pada era tersebut seperti artifak dan ideofak. Zaman Prasejarah telah dibahagikan kepada dua tahap iaitu zaman batu yang zaman logam. Zaman Batu meliputi Paleolitik, Neolitik dan Hoabinhian. Malaysia tidak mengalami zaman Mesolitik, namun telah digantikan dengan era Hoabinhian juga dikenali sebagai Epi-Paleolitik. Zaman Logam juga dibahagikan kepada dua iaitu Zaman Gangsa dan Zaman Besi. Setiap zaman prasejarah berkembang pada era yang berbeza. Bermula daripada Zaman Paleolitik, Neolitik dan Logam. Oleh itu, perbincangan hanyalah dalam membanding beza di antara ketiga-tiga zaman ini. Berikut dilampirkan rajah latar masa perkembangan zaman Prasejarah di Malaysia. Rajah 1. Latar masa zaman prasejarah hingga kemunculan tamadun awal dunia di Malaysia Sumber: Adnan Jusoh, 2018 Zaman Paleolitik 200,000 SM – 16,000 SM Zaman Neolitik 6000 SM – 5000 SM Zaman Logam 3000 SM-2000 SM


02. Zaman Paleolitik Lokasi Zaman Paleolitik di Malaysia 4 Kg. Malau 1. Gua Teluk Intan 2. Gua Gunung Runtuh 3. Bukit Jawa 4. Temelong 5. Lawin 6. Bukit Sepi 7. Kg. Laut 8. Bukit Bunuh 9. Kota Tampan 10. Batu Berdinding 1. Gua Chawan 2. Gua Peraling 1. Gua Sagu 2. Gua Tenggek Tamanggong Mahkua Agop Sarapad Melanta Tutup 1. Mansuli 2. Gua Samang Buat 3. Gua Tapadong 1. Hagop Bilo 2. Tingkayu 3. Menteri Gua Niah Negeri Kawasan Zaman Paleolitik Perak Gua Teluk Intan, Gua Gunung Runtuh, Bukit Jawa, Temelong, Lawin, Bukit Sepi, Kg. Laut, Bukit Bunuh, Kota Tampan & Batu Berdinding Kedah Kg. Malau Kelantan Gua Chawan & Gua Peraling Sarawak Gua Niah Sabah Mansuli, Gua Samang Buat, Gua Tapadong, Hagop Bilo, Tingkayu, Menteri, Tamanggong, Mahkua, Agop Sarapad & Melanta Tutup Peta 2. Kawasan Zaman Paleolitik Sumber: Mokhtar Saidin, 2010 Jadual 2. Negeri dan kawasan Zaman Paleolitik Sumber: Mokhtar Saidin, 2010


02. Zaman Paleolitik Pengenalan Era prasejarah pertama yang telah dikenal pasti di Malaysia ialah Zaman Paleolitik. Zaman Paleolitik juga dikenali sebagai ‘Zaman Batu Awal’ telah mula berkembang di Semenanjung Malaysia sekitar 300,000 SM (Muzium Negara, 2011). Namun, ada juga pendapat yang menyatakan bahawa Zaman Paleolitik di Malaysia adalah bermula sekitar 200,000 SM (Adnan Jusoh, 2018). Pandangan ini adalah berdasarkan penemuan di tapak Bukit Jawa, Lenggong, Perak dan Mansuli, Lahad Datu, Sabah. Selain itu, jumpaan yang menandakan Malaysia mengalami era ini adalah penemuan rangka Perak Man. Zaman Paleolitik telah menggunakan batu sebagai peralatan utama dalam menjalankan aktiviti harian kehidupan ketika itu. Perkara ini berlaku disebabkan kehidupan masyarakat pada Zaman Paleolitik ini adalah bersifat simple. Oleh itu, berikut diterangkan ciri-ciri Zaman Paleolitik ini berdasarkan beberapa aspek yang telah dikenal pasti. Gambar 4. Rangka Perak Man Lenggong, Perak Sumber: Freddie Aziz Jasbindar, 2019 5


02. Zaman Paleolitik CIRI-CIRI MASYARAKAT ZAMAN PALEOLITIK 6 1 5 4 3 2 Persekitaran Kehidupan • 200,000-100,000 SM: tinggal di persekitaran sungai tasik ditumbuhi hutan tropika – tiga tasik kuno di Perak menjadi lokasi masyarakat Paleoltik • 45,000-40,000 SM: tinggal di gua dan kawasan terbuka. Cara Hidup • Hidup secara nomad: berpindah-randah apabila kehabisan bekalan makanan. • Bekalan makanan: berburu dan memungut hasil hutan Kegiatan Harian Kepercayaan Teknologi & Peralatan • Peralatan batu: batu pelandas, alat pebel & alat repihan. • Bahan organik: kayu, buluh & rotan. • Animisme: percaya kepada semangat roh. • Percaya kehidupan selepas mati. • Pengebumian: penuh dengan adat istiadat – dikebumikan secara berlipat. • Aktiviti: Memburu, menangkap ikan & memungut hasil hutan • Membuat peralatan batu: di kawasan sungai berbatu. Rajah 2. Ciri-ciri masyarakat Zaman Paleolitik Sumber: Mokhtar Saidin, 2010 & Mokhtar Saidin & Jeffrey Abdullah, 2007


02. Zaman Paleolitik Penemuan Zaman Paleolitik di Malaysia 7 Ciri-Ciri Masyarakat Zaman Paleolitik Penerangan Bukti Penemuan Persekitaran Kehidupan • Bukit Jawa, Temelong dan Lawin, Perak. • Mansuli, Sabah. • Gua Samang Buat, Sabah. • Gua Niah, Sarawak. Gua Samang Buat, Sabah Cara Hidup • Bukit Bunuh, Perak. ✓ Berkeluasan tiga kilometer persegi dengan sumber batu yang banyak di sekitar sungai dan tasik. Bukit Bunuh, Perak Kegiatan Harian • Bengkel alat batu, Kota Tampan, Perak. • Gunung Pulai, Kedah • Penemuan kulit siput sungai di tapak ekskavasi. • Amalan pemakanan secara diet dalam masyarakat (Sinar Harian, 2020). Artifak penemuan kulit siput sungai di Gunung Pulai, Kedah.


02. Zaman Paleolitik Penemuan Zaman Paleolitik di Malaysia 8 Ciri-Ciri Masyarakat Zaman Paleolitik Penerangan Bukti Penemuan Teknologi & Peralatan • Antara alat batu yang ditemui: ✓ Alat pebel unifas ✓ Alat penetak ✓ Kapak Genggam ✓ Alat repihan ✓ Batu pelandas (lapik kerja) ✓ Puingan (sisa kerja) Alat batu kapak genggam di Bukit Bunuh, Lenggong, Perak Kepercayaan • Gua Cha, Kelantan. ✓ Penanaman mayat secara berlipat. Pengebumian melipat di Gua Cha, Kelantan


03. Zaman Neolitik Lokasi Zaman Neolitik di Malaysia 9 Negeri Kawasan Zaman Paleolitik Perlis Bukit Tengku Lembu, Gua Bintong, Gua Gergasi, Bukit Wang Pisang, Bukit Cangkul, Bukit Batu Hampar, Gua Bukit Kecil, Gua Merang, Gua Bukit Kerangga, Gua Tahi Kelawar, Gua Wang Tangga, Gua Ketri, Gua Tembus, Gua Berangin, Gua Tempah , Bukit Chuping. Kedah Gua Berhala, Gua Pasir, Gua Taufan, Gua Debu, Gua Kalawar, Gua Pulai. Pulau Pinang Guar Kepah Perak Gua Teluk Kelawar, Gua Kajang, Gua Batu Tukang, Gua Harimau, Gua Badak, Gua Dayak, Gua Gelok, Gua Jepai, Gua Teluk Batu, Gua Gong Badak, Gua Putib, Gua Singa, Gua Baik, Gua Kerbau, Gua Kelilawar, Gua Rapat, Gua Tambun. Selangor Jenderam Hilir Pahang Gua Bama, , Gua Kecil, Bukit Cintamani, Gunung Senayan, Kota Tongkat, Kota Gelanggi, Gunung Senyum, Gua Segu, Gua Panching, Tembeling, Kuala Nyong, Jeram Koi, Bukit Komei, Kampung Bantal Kelantan Gua Tampak, Gua Peraling, Gua Jaya, Gua Chawan, Gua Cha, Gua Chawas, Gua Musang, Batu Alor, Gua Madu, Kampung Kuala Sat Terengganu Kampung Limbong, Gua Bewah, Gua Taat Sarawak Gua Niah, Bukit Sarang, Lubang Angin Sabah Hagop Bilo, Melanta Tutup, Bukit Tengkorak, Pusu Lumt, Pusu Semang Tas, Agop Atas, Agop Sarapad Peta 3. Kawasan Zaman Neolitik Sumber: Mokhtar Saidin, 2010 Jadual 3. Negeri dan kawasan Zaman Neolitik Sumber: Mokhtar Saidin, 2010


03. Zaman Neolitik Pengenalan Perkembangan era prasejarah yang sudah dapat dikenal pasti berlaku di Malaysia ialah Zaman Neolitik. Zaman Neolitik juga dikenali sebagai ‘Zaman Batu Baru’. Zaman Neolitik dianggarkan berlangsung pada 6000 hingga 5000 tahun dulu (Adnan Jusoh, 2018). Zaman Neolitik ini telah mengalami kemajuan dalam pelbagai aspek berbanding era Paleolitik. Perkara ini bukan sahaja dilihat berdasarkan penghasilan alatan batu yang semakin kemas, tetapi juga berdasarkan perkembangan dalam masyarakat, khususnya dalam aspek ekonomi dan sosial. Kehidupan masyarakat Neolitik juga dilihat lebih stabil disebabkan kurang berlakunya pindah randah dan mula tinggal secara menetap. Neolitik juga dilihat sebagai zaman yang bertindan dengan tamadun awal dunia disebabkan telah wujudnya aktiviti perdagangan pada era ini. Oleh itu, perbincangan bahagian ini akan diteruskan dengan melihat ciri-ciri, penemuan artifak dan lokasi Zaman Neolitik di Malaysia. 10 Gambar 5. Peralatan perhiasan Zaman Neolitik, Kuala Selising, Perak Sumber: Muzium Negara, 2011


03. Zaman Neolitik CIRI-CIRI MASYARAKAT ZAMAN NEOLITIK 11 1 5 4 3 2 Persekitaran Kehidupan • Tinggal di gua dan pelindung batuan. • Ditemui juga di kawasan terbuka. Cara Hidup • Peningkatan populasi mendorong kepada pertanian, penternakan dan perdagangan. • Tinggal menetap. • Mempunyai sistem sosial. • Sudah ada sistem perkuburan. Kegiatan Harian Kepercayaan Teknologi & Peralatan • Peralatan batu: Menghasilkan alat batu beliung (mata cangkul) – pemukul kulit kayu (cap batik) – barang kemas (siput, anting-anting & gelang) – semakin canggih – ukiran garisan bersilang pada pemukul kulit kayu • Penghasilan tembikar Pelbagai bentuk telah dihasilkan – diguakan untuk memasak, mengisi makanan & menyimpan air. • Animisme: • Pengebumian: Secara belunjur atau lurus di tapak dikhaskan di kawasan khas perkuburan Bersama barangan seperti tembikar, alat batu beliung, sisa makanan & barang kemas – mempercayaan kehidupan selepas mati. • Pertanian: Mula bercucuk tanam jenis berakar ubi, keladi & pisang. • Penternakan: Menternak khinzir dan kerbau. • Pembuatan tembikar: Sebagai tempat penyimpanan bijirin dan air. • Perdagangan: Dilakukan dengan menggunakan sistem barter. Rajah 3. Ciri-ciri masyarakat zaman Neolitik Sumber: Mokhtar Saidin, 2010 & Muzium Negara, 2011


02. Zaman Neolitik Penemuan Zaman Neolitik di Malaysia 12 Ciri-Ciri Masyarakat Zaman Neolitik Penerangan Bukti Penemuan Persekitaran Kehidupan • Gua Cha, Kelantan. • Gua Sirih, Sarawak. • Hulu Tembeling, Pahang. • Bukit Tengkorak, Sabah. Bukit Tengkorak, Sabah. Cara Hidup • Pulau Kelumpang, Perak ✓ Lokasi perdagangan antarabangsa bekalan air bersih dan sumber makanan. Temuan tembikar Pulau Kelumpang, Perak. Kegiatan Harian • Gua Cha, Kelantan. ✓ Penemuan pelbagai bentuk tembikar tanah. • Pulau Kelumpang, Perak ✓ Pusat pengeluaran tembikar di Semenanjung Tanah Melayu. Tembikar tanah di Gua Cha, Kelantan.


02. Zaman Paleolitik Penemuan Zaman Paleolitik di Malaysia 13 Ciri-Ciri Masyarakat Zaman neolitik Penerangan Bukti Penemuan Teknologi & Peralatan • Gua Tegun Lembu, Perlis ✓ Penemuan peralatan batu berupa kapak dan beliung yang digunakan. Alat batu berbentuk kapak di Gua Tegun Lembu, Perlis. Kepercayaan • Gua Cha, Kelantan. ✓ Penanaman mayat secara melujur. Pengebumian melunjur di Gua Cha, Kelantan.


04. Zaman Logam Lokasi Zaman Logam di Malaysia 14 Negeri Kawasan Zaman Paleolitik Perlis Bukit Chuping Perak Gua Harimau, Gua Batu Kurau, Gua Kelawar, Tanjung Rambutan, Sengat, Sungkai, Klah, Slim River, Tanjung Malim, Cangkak Mentri Selangor Kerling, Rasa, Batang Berjuntai, Kg. Sg. Lang, Sg. Sedul, Bukit Jati, Bukit Kuda, Bukit Badak Negeri Sembilan Jelebu, Lombong Kenaboi Sabah Mansuli, Gua Samang Buat, Gua Tapadong, Hagop Bilo, Tingkayu, Menteri, Tamanggong, Mahkua, Agop Sarapad & Melanta Tutup Pahang Kampung Pagi, Nyong, Telok Lubuk Puai, Bukit Pasir Garam, Bukit Jong, Tersang Terengganu Batu Buruk Kelantan Sg. Jenera Sarawak Gua Niah, Lubang Angin Sabah Timbang Dayang, Pusu Lumut, Gua Madai, Melanta Tutup Peta 4. Kawasan Zaman Logam Sumber: Mokhtar Saidin, 2010 Jadual 4. Negeri dan kawasan Zaman Logam Sumber: Mokhtar Saidin, 2010


04. Zaman Logam Pengenalan Perkembangan zaman prasejarah yang telah dikenal pasti berdasarkan ekskavasi para arkeologi ialah era logam. Di Malaysia, perkembangan Zaman Logam ini berlaku dua tahap iaitu era besi (4,000 SM) dan gangsa (3,000-2,000 SM). Perkembangan ini dapat dikenal pasti berdasarkan penemuan artifak di kawasankawasan ekskavasi. Perkembangan zaman Logam ini menjadi perantara antara Zaman Batu dengan kemunculan beberapa kerajaan awal (Adnan Jusoh, 2018). Perkara ini menunjukkan bahawa, perkembangan yang berlaku pada Zaman Logam ini adalah seiring dengan kemunculan tamadun awal dunia. Masyarakat Zaman Logam ini telah mencapai tahap kemajuan dalam aspek teknologi. Hal ini disebabkan, peralihan daripada menggunakan peralatan batu kepada logam yang lebih kompleks untuk dihasilkan. Namun, beberapa aspek lain juga dilihat semakin berkembang dengan pesat pada Zaman Logam. 15 Gambar 6. Peralatan kapak gangsa Zaman Logam, Gua Harimau, Lenggong, Perak Sumber: Mokhtar, 2010


04. Zaman Logam CIRI-CIRI MASYARAKAT ZAMAN LOGAM 16 1 5 4 3 2 Persekitaran Kehidupan • Tinggal di gua, pelindung & kawasan terbuka. Cara Hidup • Menetap dan mempunyai sistem organisasi. • Menggunakan peralatan logam dalam kehidupan seharian. • Mempunyai kemahiran saintifik dalam menghasilkan peralatan logam. Kegiatan Harian Kepercayaan Teknologi & Peralatan • Peralatan gangsa: Berkembang sekitar 3,000 SM – kapak gangsa, loceng gangsa dan gendang gangsa – campuran bijih timah dan kuprum – dengan dileburkan pada 1000 °C. • Peralatan besi: Berkembang sekitar 2,000 SM – pisau, parang, kapak, lembing dan sabit. Pembuatan manik. Penemuan manik Era ini juga telah menghasilkan manik kaca – memerlukan kemahiran dan suhu yang tinggi untuk meleburkan pasir silika. • Animisme. • Pengebumian: Mayat dikebumikan bersama alatan seperti kapak gangsa & manik kaca – kaedah lain: keranda dan kubur batu • Berburu, memungut hasil hutan, bertani, menternak dan berdagangan. • Mula mengenali bahan-bahan logam seperti bijih timah, kuprum dan besi Rajah 4. Ciri-ciri masyarakat zaman Neolitik Sumber: Mokhtar Saidin, 2010.


04. Zaman Logam 17 Penemuan Zaman Logam di Malaysia Ciri-Ciri Masyarakat Zaman Logam Penerangan Bukti Penemuan Persekitaran Kehidupan • Gua Harimau, Perak. • Changkat Mentri, Perak ✓ Kawasan terbuka. Gua Harimau, Perak Cara Hidup • Timbang Dayang, Pulau Banggi, Kudat, Sabah. ✓ Penghasilan peralatan gangsa antara terawal pada Zaman Logam. Gendang gangsa Dongsan era gangsa, Timbang Dayang, Pulau Banggi, Kudat, Sabah. Kegiatan Harian • Pamol, Kunak, Sabah. ✓ Selain pembuatan logam, manik juga antara produk yang telah dihasilkan. Manik yang ditemui Pamol, Kunak, Sabah.


04. Zaman Logam 18 Penemuan Zaman Logam di Malaysia Ciri-Ciri Masyarakat Zaman Logam Penerangan Bukti Penemuan Teknologi & Peralatan • Antara peralatan besi yang ditemui pada era besi: ✓ Kapak ✓ Beliung ✓ Mata lembing ✓ Tulang mawas: Bentuk Tulang Mawas bagi kerja-kerja perlombongan & pembuatan kapal (Muzium Negara, n.d.) Kepercayaan • Agop Batu Tulag, Kinabatangan, Sabah ✓ Keranda kayu balak Keranda Kayu Balak yang ditemui di Agop Batu Tulag, Kinabatangan, Sabah.


05. Perbandingan Zaman Prasejarah 19 Ketiga-tiga zaman prasejarah ini dapat dilihat mempunyai ciri-ciri khas yang menunjukkan perkembangan di dalam masyarakat era prasejarah. Hal ini menunjukkan berlakunya kemajuan dari Zaman Paleolitik hingga Zaman Logam. Perkara ini telah memberi satu gambaran yang jelas bahawa wujudnya perbandingan yang boleh dilihat di dalam ketiga-tiga zaman ini. Oleh itu, beberapa aspek yang sama dan berbeza daripada ketiga-tiga zaman ini telah dapat dikenal pasti. Aspek persamaan dapat dilihat dalam persekitaran kehidupan iaitu masih menjadikan kawasan gua yang berhampiran dengan sungai dan tasik sebagai tempat tinggal. Selain itu, aktiviti berburu dan memungut hasil hutan juga dapat dikesan berlaku di dalam ketiga-tiga zaman untuk dijadikan sumber makanan. Dalam aspek kepercayaan juga dapat dilihat bahawa masyarakat bagi ketiga-tiga zaman ini berpegang kepada animisme iaitu percaya kepada semangat roh dan kehidupan selepas mati disebabkan dapat dilihat pada jumpaan rangka manusia prasejarah ini. Perkembangan ini menunjukkan bahawa, sungguhpun setiap zaman mempunyai ciri-ciri khas, namun masih ada beberapa aspek yang dilihat berkekalan sehingga ke Zaman Logam. Oleh itu, jelas menunjukkan bahawa masih wujud persamaan di dalam ketiga-tiga zaman prasejarah ini iaitu dalam ciri persekitaran kehidupan, aktiviti berburu dan memungut hasil hutan dan kepercayaan mereka terhadap semangat roh serta kehidupan selepas mati.


05. Perbandingan Zaman Prasejarah 20 Dalam aspek perbezaan pula, antara yang paling jelas adalah perkembangan teknologi dan peralatan. Perubahan daripada menggunakan peralatan batu yang simple pada era Paleolitik sehingga penciptaan barangan berasaskan gangsa dan besi di Zaman Logam telah menunjukkan satu kemajuan teknologi dalam masyarakat prasejarah ini. Selain Perbezaan juga dapat dilihat dalam aspek cara kehidupan di satu-satu kawasan. Masyarakat pada Zaman Paleolitik hidup secara nomad, manakala manusia pada Zaman Neolitik dan Logam pula sudah mula tinggal secara menetap. Hal ini dapat dilihat dalam perbincangan sebelum bahawa manusia Zaman Paleolitik berpindah-randah disebabkan untuk mencari kawasan yang mampu menampung sumber makanan mereka. Perkara ini berbeza dengan manusia pada Zaman Neolitik dan Zaman Logam yang sudah mula menetap di satu-satu kawasan secara tetap kerana masyarakat pada era ini tidak lagi bergantung sepenuhnya sumber makanan melalui berburu dan memungut hasil hutan. Sebaliknya, mereka sudah mula menjalankan aktiviti ekonomi seperti pertanian, penternakan dan perdagangan bagi mendapatkan sumber makanan seperti kawasan Pulau Kelumpang, Perak yang menjadi kawasan penting perdagangan disebabkan menjadi pembekal utama makanan dan air bersih pada Zaman Neolitik. Aspek pengebumian juga dilihat berbeza dalam ketiga-tiga zaman ini. Zaman Paleolitik dilihat telah mengebumikan mayat dengan cara melipatnya, manakala mayat pada Zaman Neolitik telah dikebumikan dengan cara melunjurkannya. Zaman Logam juga masih meneruskan kaedah pengebumian Zaman Neolitik, tetapi beberapa kaedah lain dikesan seperti dengan menggunakan keranda dan batu kubur. Perkara ini menunjukkan bahawa, sememangnya berlaku perubahan dalam beberapa aspek bagi ketiga-tiga zaman ini. Secara tidak langsung, perbezaan ini telah menjadi ciri-ciri penting bagi setiap zaman prasejarah ini. Jelas menunjukkan bahawa, wujudnya perbezaan di antara ketiga-tiga zaman ini seperti teknologi dan peralatan, cara kehidupan, kegiatan ekonomi dan kaedah pengebumian. Oleh itu, dapat dilihat wujud persamaan dan perbezaan bagi ketiga-tiga Zaman Prasejarah di Malaysia ini.


05. Perbandingan Zaman Prasejarah 21 Persamaan • Persekitaran kehidupan • Aktiviti berburu dan memungut hasil hutan • Kepercayaan animisme • Mempercayai kehidupan selepas mati Perbezaan Ciri-ciri Zaman Paleolitik Zaman Neolitik Zaman Logam Teknologi & Peralatan • Peralatan batu • Peralatan batu yang lebih canggih • Peralatan logam berasaskan gangsa dan besi Cara Kehidupan • Nomad • Tinggal secara menetap • Tinggal secara menetap Kegiatan Ekonomi • Berburu & memungut hasil hutan • Sara diri • Pertanian • Penternakan • Perdagangan • Pembuatan tembikar • Pertanian • Penternakan • Perdagangan • Pembuatan tembikar (gangsa) • Perlombongan Kaedah Pengebumian • Melipat mayat • Melunjur mayat • Melunjur mayat • Keranda dan batu kubur


06. Kesimpulan 22 Kesimpulannya, jelas menunjukkan bahawa sememangnya wujud persamaan dan perbezaan bagi setiap zaman prasejarah yang berlaku di Malaysia. Perkembangan ini dapat dikenal pasti berdasarkan ekskavasi yang dijalankan oleh para arkeologi dengan penemuan tinggalan manusia pada zaman prasejarah. Tinggalan manusia yang berbeza-beza ini disesuaikan mengikut zaman berdasarkan kaedah saintifik dalam mendapatkan pentarikhan artifak dan ideofak yang ditemui. Selain itu, dapat juga dilihat perkembangan zaman Neolitik dan Logam di Malaysia ini seiring dengan pembangunan tamadun awal dunia seperti Mesopotamia, Mesir Purba, Hwang Ho dan Lembah Indus. Perkembangan ini dapat dilihat melalui penemuan tinggalan-tinggalan hasil dagangan seawal abad pertama Masihi seperti gendang dan loceng gangsa, tembikar, seramik China, artifak kaca dari Timur Tengah dan manik-manik dari India. Perkara ini menunjukkan bahawa, aktiviti perdagangan ini di antara Zaman Prasejarah di Malaysia dengan tamadun awal dunia telah memberikan satu gambaran bahawa perkembangan ini berlaku seiring. Antara lokasi yang menjadi tumpuan aktiviti ini adalah seperti Lembah Bujang di Kedah, Pulau Tioman di Pahang dan Kuala Berang di Terengganu. Oleh itu, jelaslah bahawa perkembangan Zaman Prasejarah di Malaysia dalam tiga zaman ini dapat dilihat persamaan dan perbezaan ciricirinya serta era ini juga berkembang seiring dengan ketamadunan dunia, khususnya pada Zaman Neolitik dan Zaman Logam.


SUMBER RUJUKAN Buku Mokhtar Saidin. (2010). Bukti Prasejarah di Malaysia. Dewan Bahasa dan Pustaka. Muzium Negara. (2011). Tamadun Prasejarah Malaysia. Jabatan Muzium Negara. Bab Buku Adam Jusoh. (2018). “Zaman Logam di Malaysia”. Dalam Nik Hassan Suhaimi Nik Abdul Rahman & Zuliskandar Ramli. Prasejarah dan Protosejarah Tanah Melayu. hlm. 48-90. Dewan Bahasa dan Pustaka. Adam Jusoh, Mokhtar Saidin & Zuliskandar Ramli. (2018). “Zaman Paleolitik, Hoabinhian dan Neolitik di Malaysia”. Dalam Nik Hassan Suhaimi Nik Abdul Rahman & Zuliskandar Ramli. Prasejarah dan Protosejarah Tanah Melayu. hlm. 48-90. Dewan Bahasa dan Pustaka. Zuliskandar Ramli & Sanim Ahmad. (2015). “Penemuan lukisan gua di Malaysia. Dalam Abdullah Zakaria Ghazali & Mohd. Supian Sabtu. Bhakti Pendeta. hlm. 17-36. Persatuan Muzium Malaysia. Artikel Jurnal Mokhtar Saidin & Jeffrey Abdullah. (2007). “Sungai Perak Kuno: Sumbangaannya kepada Zaman Paleolitik Malaysia. Jurnal Arkeologi Malaysia, No. 20, hlm. 14-21. Zuliskandar Ramsli. (2015). “Zaman prasejarah di Malaysia dalam konteks tinggalan masyarakat pesisir pantai”. Jurnal Arkeologi Malaysia, No. 28, hlm. 30-53. Laman Sesawang Freddie Aziz Jasbindar. (2019, Ogos 15). “Perak Man dan Perak Woman”. Diakses dari https://w.ww.orangperak.com/perak-man-dan-perak-woman.html Freddie Aziz Jasbindar. (2019, Februari 14). “Lukisan Prasejarah di dalam Gua Tambun”. Diakses dari https://www.orangperak.com/perak-man-dan-perak-woman.html Portal Rasmi Jabatan Warisan Negara (2021). “Tapak Warisan Dunia UNESCO: Lembah Lenggong, Gua Harimau”. Diakses dari https://www.heritage.gov.my/berita-jwn-full/474- gua-harimau-lenggong-perak-tapak-warisan-dunia-unesco.html Portal Rasmi Muzium Negara (n.d.). “Tulang Mawas”, Diakses dari http://www.muziumnegara.gov.my/ms/tulang-mawas


Click to View FlipBook Version