TUGASAN MODUL 1 BERKETERAMPILAN TUGASAN 1.1 NAMA SIVAGAMI A/P VYAPURI@VIAYAPURI KELAS SRBE 12 SOALAN Berdasarkan petikan tersebut, pilih SATU nilai daripada Tonggak 12 dan jelaskan bagaimana nilai tersebut memberi impak kepada anda sebagai seorang pemimpin. Tonggak 12 merupakan dasar dan garis panduan kepada penjawat awam yang ditetapkan oleh kerajaan kita bagi semu penjawat awam yang unggul. Tonggak 12 adalah garis panduan yang digunapakai untuk memastikan perkhidmatan yang disampaikan oleh Penjawat Awam berkesan. Tonggak 12 menggariskan nilai-nilai seperti menghargai masa, nikmat mencipta, keseronokan bekerja, pengaruh teladan, keutamaan kesabaran dan peningkatan bakat. Pemimpin, pendidik dan semua kakitangan Kementerian Pendidikan Malaysia adalah dibawah payung Penjawat Awam. Penjawat awam boleh ditakrifkan sebagai orang yang dipilih atau dilantik oleh untuk berkhidmat kepada orang awam. Fahaman saya, Penjawat awam adalah kakitangan kerajaan yang perlu berkhidmat kepada rakyat sebagai wakil atau penyampai bagi pihak kerajaan. Demi merealisasikan perkhidmatan yang berkesan, kita sebagai penjawat awam perlulah berpegang kuat pada undang-undang bertulis kerajaan seperti mana yang ternyata dalam Rukun Negara, iaitu Kedaulatan UndangUndang. Sebagai seorang penjawat awam kita telah diilhamkan satu garis panduan yang perlu ditaati dan dipraktikkan. Tonggak 12 menjelaskan konsep nilai, norma dan etika serta amalan baik yang perlu diamalkan oleh setiap individu terutama penjawat awam. Tumpuan utama setiap tonggak adalah untuk mendidik setiap individu menjadi insan yang mempunyai tanggunjawab Tonggak 12 boleh dijadikan panduan untuk mengubah tingkah laku seseorang individu. Sebagai seorang pemimpin warga Pendidikan penghayatan dan pengamalan Tonggak 12 seharusnya dapat memberi impak yang postif. Satu nilai yang sangat penting dan menarik perhatian saya adalah, Menghargai Masa. Rakyat Malaysia tidak terlari daripada mendengar atau membaca falsafah “ masa itu emas” yang membawa maksud masa yang dihabiskan tanpa sebarang sumbangan atau aktiviti yang berfaedah bererti suatu kerugian, kerana masa yang telah berlalu tidak akan kembali. Jadi sebagai seorang pemimpin saya perlu memahami sepenuhnya maksud dan cara mengendalikan masa secara efektif dalam organisasi saya.
Menghargai masa bermaksud menepati masa, mempunyai perancangan masa yang efektif dan berfaedah, menyegerakan tugas yang diamanahkan, menumpukan masa kepada kerja produktif, menetapkan sasaran dan menyelesaikan tugas dalam masa yang ditetapkan. Menghargai masa juga membawa maksud tidak melakukan amalan negatif. Perbuatan tidak menghargai masa banyak berlaku dalam kalangan anggota perkhidmatan awam. Media Massa pada masa kini sentiasa menyatakan bahawa perbuatan-perbuatan yang suka membazirkan masa dan menyalahhgunaan masa rasmi seperti berbual-bual kosong, penggunaan telefon bimbit, melayani tetamu yang tiada kaitan dengan urusan rasmi, menggunakan waktu berrtugas untuk mempromosikan dan melakukan perniagaan peribadi atau perniagaan online dan adakalanya penjawat awam meninggalkan pejabat untuk menyelesaikan urusan peribadi. Contoh-contoh ini jelas menggambarkan sikap penjawat awam yang tidak menghargai masa. Sebagai seorang pemimpin, amatlah penting untuk menjadi teladan kepada guru-guru untuk menghargai masa. Dengan memahami Tonggak 12 ini saya dapat menghapuskan perbuatan-perbuatan negatif dan mengubah tingkah laku setiap subordinat dalam organisasi saya. Sebagai seorang pemimpin saya akan pastikan setiap insan dalam organisasi saya mempunyai sikap menghargai masa, dengan tidak melakukan atau berpegang pada amalan negatif yang membawa impak negatif pada organisasi saya. Guru adalah profesion yang sangat penting untuk meningkatkan mutu dan pembangunan sesuatu negara. Pemimpin dan pendidik merupakan penjawat awam yang terpenting dalam bidang pendidikan. Perkhidmatan seorang pemimpin dan pendidik, amatlah penting bagi merealisasikan aspirasi negara. Pemimpin dan pendidik harus memiliki nilai-nilai istimewa sama ada terbina secara semulajadi atau dilatih. Cabaran abad ke-21 memerlukan para pemimpin dan pendidik yang memperlengkapkan diri untuk berdepan dengan cabaran baru untuk menghadapi murid amat agresif, rencam dan kompleks. Para pemimpin perlu memiliki ketrampilan diri sebagai pemimpin sempurna yang mempunyai pengetahuan mengenai bidang Pendidikan. Pemimpin dan pendidik harus memiliki pelbagai ilmu tradisional dan moden, kefahaman dasar dan aspirasi negara dengan jelas dan mantap. Sebagai seorang pemimpin yang akan menjadi peneraju, pembimbing dan pendorong kepada oraganisasi pengamalan menghargai masa adalah satu alat yang boleh diamalkan dalam pengurusan sekolah. Pengamalan tonggak 12 ini sudah pasti membawa impak yang sangat berkesan dalam membudayakan kecemerlangan kepimpinan sekolah. Saya memilih tonggak Menghargai masa sebagai ulusan dalam tugasan saya. Sikap menghargai masa sudah pasti membawa kecemerlangan dalam organisasi. Sekiranya setiap detik digunakan secara terancang untuk melakukan aktiviti tentulah sasaran organisasi dapat dicapai megikut perancangan yang wajar.
Guru besar selaku pemimpin tertinggi sekolah perlu mengelak dan mencegah diri daripada membuat pembaziran masa. Pemimpin tidak boleh mengamalkan sikap bertentangan dengan amalan Tonggak 12 iaitu Menghargai Masa. Dalam memahami dasar tonggak menghargai masa pemimpin perlu mengelakkan daripada melakukan pembaziran masa dengan mengamalkan perbuatan-perbuatan seperti berbual kosong, menggunakan telefon bimbit dengan sewenang-wenangnya, keluar waktu pejabat untuk urusan peribadi, menghabiskan masa dikantin dan melakukan aktiviit perniagaan di pejabat. Untuk menghapuskan perbuatan-perbuatan negatif dan menggantikan dengan sikap positif contohnya mengelak diri daripada berbual kosong, elakkan diri daripada berniaga dipejabat dan menggunakan telefon bimbit tanpa Batasan. Penjawat awam perlu melatih diri melakukan kerja dengan sistematik dan terancang contohnya menetapkan sasaran masa untuk menyiapkan tugas, tidak melengahkan kerja dan menepati masa secara berterusan. Sebagai seorang pemimpin sekolah, adalah penting untuk merancang dan menerajui perubahan kea rah mengamalkan tonggak 12 sebagai panduan pentadbiran organisasi sekolah yang dipimpin. Sikap menghargai masa akan memberikan impak yang positif kepada yang mengamalkannya dan akan mempengaruhi sertia memberi impak yang positif kepasa mereka yang berurusan dengan sesiapa yang mengamalkannya. Pengamalan sikap menghargai masa oleh semua warga sekolah bermula dari barisan pentadbir hingga petugas awam akan menjadi pemangkin kecemerlangan sekolah. Bukan itu sahaja, malah sikap menghargai masa akan menghasilkan kerja yang berkualiti dan meningkatkan mutu produktiviti iaitu anak murid kita.