The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Sejarah sukan petanque

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by dayang syafiqah, 2020-11-29 09:27:03

Petanque

Sejarah sukan petanque

Pengenalan

Sukan juga merupakan salah satu bahagian yang penting dalam usaha
mengeratkan perpaduan dalam kalangan masyarakat. Sukan di Malaysia
sangat popular dari aspek penyertaan dan pemandangannya. Masyarakat di
Malaysia menyertai pelbagai sukan untuk rekreasi dan persaingan. Sebagai
contoh, sukan Petanque yang dimainkan oleh semua lapisan masyarakat tidak
kira tua atau muda. Permainan ini boleh dimainkan oleh semua orang kerana
Ia tidak tergolong dalam sukan yang lasak.

Petanque adalah sejenis sukan yang menggunakan “boule” atau bola
yang diperbuat daripada logam dan dimainkan mengikut peraturan-peraturan
tertentu. Bola akan dibaling mengikut cara-caranya untuk menghampiri
sasaran yang berupa sebiji bola kayu yang berukuran seperti sebiji guli bagi
membolehkan pemain mendapat mata. Namun, kebanyakkan masyarakat kini
tidak mengenali dan kurang pengetahuan berkaitan sukan Petanque. Oleh itu,
tajuk folio ini bertujuan untuk mengkaji lebih lanjut berkaitan sukan Petanque
agar boleh dipersembahakan kepada masyarakat luar.

OBJEKTIF

Folio ini disediakan bagi memenuhi objektif-objektif berikut:

1. Mengkaji asal usul sukan Petanque.
(Persoalan : Dari mana asal usul sukan Petanque?)

2. Mengenalpasti sejarah kemasukan sukan Petanque di Malaysia.
(Persoalan : Bagaimanakah sejarah kemasukan sukan petanque
di Malaysia?

3. Mengenalpasti peralatan yang digunakan dalam sukan Petanque.
(Persoalan : Apakah peralatan yang digunakan dalam sukan
Petanque?)

ASAL USUL

Sejarah yang tepat mengenai sukan ini

tidak tercatat tetapi terdapat bukti-

bukti yang diperoleh daripada cerita

turun-temurun dahulu yang

mengatakan bahawa sukan ini pertama

kali dimainkan di Greek kira-kira 2000

tahun yang lalu. Ianya bermula dengan

mengutip ketul-ketul batu bulat dari

gunung-ganang dan dasar laut untuk

bermain. Dikatakan bahawa siapa yang

Sejarah permainan Petanque dikesan melontar dengan tepat dan paling jauh

kewujudannya semenjak tahun 9000 sebelum adalah pemenang dalam permainan
masihi apabila satu set bola batu dan jek
ditemui di Turki. Satu set bola juga ditemui di tersebut.
makam orang-orang mesir dan dipercayai ia
ianya berusia sekitar tahun 7000 sebelum Gambar 1: Bola Petanque diperbuat dari kayu
masihi. Pada zaman purba, sukan ini dimainkan Sumber: Laman Web
oleh orang-orang Rom dan Greek. Dikatakan https://sukan.my/petanque-sukan-dari-
bahawa orang Rom dan Greek merupakan orang perancis-yang-santai-tetapi-penuh-strategi/
pertama yang membawa permainan petanque
ini ke Marseiles, Perancis kira-kira 2600 tahun
dahulu.

Setelah itu, sukan Petanque telah

berkembang ke Benua Eropah. Semasa
bangsa Greek dijajah oleh orang Rom, Rom
telah mengambil alih dan mempelajari
sukan ini daripada bangsa Greek pada
ketika itu. Mereka telah menguasai dan
memperkenalkan permainan ini di bahagian
selatan Perancis dan permainan ini telah
mendapat sambutan yang meriah oleh
orang Perancis. Permainan ini telah
diubahsuai dengan menggunakan kayu
keras yang diukir menjadi bulat dan
disekelilingnya dipakukan dengan paku besi
supaya bola menjadi lebih berat dan
bersesuain dengan tangan pemain.

Kurun ke 17

Para bangsawan Perancis telah menjadikan sukan ini
kepunyaan mereka sahaja. Raja Louis XIV telah meletakkan
peraturan permainan tersebut kepada 14 mata. Baginda
telah mengisytiharkan dan memperkenalkan sukan ini
dalam kalangan orang bangsawan dan hanya di benarkan
dimainkan dalam istana sahaja.

Gambar 2: Raja Louis XIV
Sumber: Laman Web https://www.onthisday.com/people/louis-xiv

Zaman

Napoleon

Sewaktu perang, tentera Bermula dari situ, sukan ini
Napoleon Bonaparte semakin digemari ramai dan
menggunakan peluru meriam dipermodenkan seperti bermain
sebagai bola permainan. dengan menggunakan peluru
Dikhabarkan juga bahawa Sir meriam sebagai bola permainan.
Francis Drake telah menamatkan Sukan ini juga diberi nama
permainan bola tersebut baharu seperti “Bulbree-Rotong”,
sebelum beliau bersiap-siaga “Bulli-Jonese”, “Bulcher-Delong”
untuk menewaskan bala tentera dan “Bul-Prowangsaan”.
Sepanyol.

Sejarah moden permainan Petanque International Petanque Federation
bermula di Ciotat, Perancis pada telah ditubuhkan pada tahun 1958
tahun 1910 apabila seorang lelaki di Mersailles. Persatuan ini
cacat yang bernama Jules Lenoir mempunyai keahlian seramai 600
yang baru sahaja sembuh dari 000 ahli dari 52 buah negara.
kemalangan sewaktu menyaksikan Kejohanan Petanque Dunia yang
sukan ini telah mengambil salah satu pertama telah dianjurkan pada
bola tersebut dan membalingkannya tahun 1959.
dengan tepat sekali pada kedudukan
berdiri.

Sukan ini kemudiannya berkembang Gambar 3: Jules Lenoir
ke semua tanah jajahan Perancis di Sumber: Laman Web
Afrika, Pasifik Selatan dan Eropah https://petanque.wordpress.com/author/
Barat. Pada akhir dekad ini, ia juga juleslenoir3000/page/7/
dimainkan di negara Eropah Timur
dan Asia seperti Thailand, Malaysia,
Vietnam, Kemboja, Laos, Jepun dan
Singapura.

SEJARAH KEMASUKAN SUKAN PETANQUE DI MALAYSIA

Permainan Petanque dipercayai Upacara perasmian telah dilakukan
dibawa masuk dan diperkenalkan di oleh Menteri Belia dan Sukan pada
Malaysia oleh Professor Diraja masa itu iaitu Yang Berhormat Datuk
Ungku Aziz. Baginda merupakan Seri Najib Tun Abdul Razak.
Yang Dipertua ANGKASA pada Perasmian telah dilakukan pada 22
pertengahan tahun 1989. Setelah Mac 1990 di Padang Jalan Timur,
beberapa bulan sukan Petanque Petaling Jaya. Pada tahun 1993,
tersebut dimainkan, akhirnya sukan permainan Petanque telah diiktiraf
Petanque telah dirasmikan sebagai oleh Kementerian Belia dan Sukan
salah satu acara sukan negara. sebagai salah satu acara sukan baru.

Gambar 4: YM Professor Diraja Ungku Abdul Aziz bersama YB Datuk Seri Najib Tun Razak
Sumber: https://georgeaiman.blogspot.com/2018/02/acundali-dan-petanque.html?m=1

KURSUS PETANQUE ANGKASA

Seminar untuk sukan ini telah Selain itu, kursus khas permainan dan
peraturan Petanque juga telah
diadakan di Universiti Malaya pada dilakukan yang mana kurusus tersebut
24 April 1994 yang dianjurkan oleh telah dibiaya sepenuhnya oleh
Kementerian Belia dan Sukan. Sejak ANGKASA seperti kos jurulatih, kos
sukan ini dibawa masuk ke negara ini, alat tulis dan peruntukan makan
Angkasa telah memainkan peranan sebanyak RM 10.00 setiap peserta
memperkenalkannya kepada semua yang meyertainya. Disamping itu,
lapisan masyarakat. Pihak angkasa untuk memperkenalkan sukan
telah mengadakan demontrasi Petanque, kejohanan petanque antara
permainan Petanque ini di seluruh koperasi peringkat negeri dan
negara dari semasa ke semasa atas peringkat Kebangsaan sempena Hari
permohonan persatuan-persatuan Kopersi Antarabangsa telah diadakan.
sukan, kelab atau rekreasi.

Gambar 5: Kursus Yang Diadakan Oleh Pihak Angkasa
Sumber: https://georgeaiman.blogspot.com/2018/02/acundali-dan-petanque.html?m=1

PERALATAN YANG DIGUNAKAN
DALAM SUKAN PETANQUE

Boules Jack

Boules atau dikenali sebagai (bola) Gambar 7: Bola jack (peralatan)
berbentuk bulat yang diperbuat Sumber: Laman Web
daripada logam dan berongga https://petanque.wordpress.com/buying
dibahagian dalamnya, mempunyai -other-equipment/make-jacks/
garis pusat antara 70.5mm hingga
80mm dan beratnya antara 650gram Jack yang biasa digunakan dalam
hingga 800 gram. Selain itu, biasanya permainan Petanque adalah
boule ini mempunyai jenama berbentuk bulat tetapi ianya
tertentu, angka penunjuk berat dan diperbuat daripada kayu keras. Bola
nombor siri tertera padanya. Boule Jack mempunyai garis pusat antara
yang digunakam dalam pertandingan 25 mm hingga 35 mm dan boleh
mestilah yang telah diluluskan oleh diwarnakan. Namun warna bola jack
badan antarabangsa (FIPJP) atau tersebut mestilah menggunakan
persekutuan Petanque Kebangsaan warna yang boleh dilihat dengan jelas
(PPM). di atas permukaan gelanggang.

Gambar 6: Bola Petanque (peralatan)
Sumber: Laman Web https://www.ventesprivees-fr.com/brand/obut

Pita Pengukur

Kebiasaannya alat pengukur yang
digunakan adalah “tape measure”,
telescopic measure, calliper dan tappet
gauge. Walaubagaimanapun, alat yang
senang digunakan atau paling asas ialah
tali tape.

Gambar 8: Pita pengukur (peralatan)
Sumber: Laman Web https://petanque.wordpress.com/2012/11/19/measuring-boule-to-jack/amp/

Tuala Kecil

Digunakan semasa pertandingan. Hal ini
demikian kerana kain tuala kecil sangat
penting untuk mengelap kekotoran
supaya bola tidak licin ketika hendak
membuat lontaran bola.
Gambar 9: Tuala kecil (peralatan)
Sumber: Laman Web https://petanque.wordpress.com/2017/04/01/the-boule-towel/amp/

Gelung/Sirkel

Digunakan sebagai batas kaki semasa
bermain Petanque. Alat ini biasanya
digunakan ketika Latihan dan
pertandingan. Manakala, saiznya pula
kira-kira 14 hingga 20 inci.
Gambar 10: Gelung (peralatan)
Sumber: Laman Web https://www.boulesmatz.de/images/12trainingskreise40cm.jpg

KESIMPULAN

Sukan Petanque merupakan sukan yang kurang dikenali dalam
kalangan masyarakat. Oleh itu, folio ini membincangkan 3 objektif yang
telah dipilih terlebih dahulu iaitu berkaitan tentang sejarah awal sukan
Petanque ditemukan di peringkat antarabangsa dan juga maklumat
berkaitan sejarah kemasukan sukan petanque ke Malaysia. Selain itu, folio
ini juga turut membincangkan tentang peralatan-peralatan yang digunakan
dalam sukan petanque. Semua maklumat yang diperoleh adalah hasil
rujukan melalui internet. Secara keseluruhannya, diharapkan folio ini dapat
dijadikan sebagai bahan bacaan serba sedikit kepada masyarakat
terutamanya pelajar. Disamping itu, diharapkan juga agar sukan Petanque
lebih dikenali oleh masyarakat tidak kira usia remaja ataupun belia dan
berkembang keseluruh negara pada masa akan datang.

RUJUKAN

La Boule Cadienne De Lafa Yette,
http://www.petanquelafayette.org/history/ , diakses pada 17 Februari 2020.

Petanque,
https://penjasolgy.web.id/petanque/ , diakses pada 3 Januari 2020.

Petanque, Sukan Dari Perancis Yang Santai Tetapi Penuh Strategi,
https://sukan.my/petanque-sukan-dari-perancis-yang-santai-tetapi-penuh-
strategi/ , diakses pada 6 November 2017.

Sejarah Petanque,
https://pdfslide.net/documents/sejarah-petanque-567bc2a17d693.html, diakses
pada 04 Mei 2018.

Sejarah Petanque,
https://www.academia.edu/11285118/Sejarah_Petanque , diakses pada 24
Februari 2016.

The Game of Petanque,
https://www.w3.org/2001/08/Petanque , diakses pada 30 Oktober 2001.


Click to View FlipBook Version