The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-90024610, 2022-04-26 19:11:34

MINIT MESYUARAT PBD BIL 1

MINIT MESYUARAT PBD BIL 1

Keywords: MINIT MESYUARAT PBD

Tarikh MINIT MESYUARAT
Masa PENTAKSIRAN BILIK DARJAH
Tempat
Pengerusi SK KULAI 1 BIL. 1 / 2022
Kehadiran:
: 26 APRIL 2022/SELASA

: 7:40 PAGI

: BILIK MESYUARAT SKK1

: CIKGU NOOR LYDIA BTE RUSSALI

1. CIKGU HABSAH BINTI BIDIN
2. CIKGU MOHD RAFI BIN AHMAD HAMIL
3. CIKGU ROHAIDA BTE MOHD PAYENG
4. CIKGU NORZIHAN BTE ZIUNIDON
5. CIKGU ZAINURI BIN MARJUKI
6. CIKGU MOHD SOFHAN BIN SEKANDAR
7. CIKGU SUZIRMAN BIN SAHRIN@ZAWAWI
8. CIKGU RASHIDAH BTE MOHD NOR

Tidak hadir: TIADA

PERKARA YANG DIBINCANGKAN:
1. UCAPAN ALUAN PENGERUSI

1.1 Mesyuarat dimulakan dengan bacaan doa pimpinan

1.2 Pengerusi mengucapkan tahniah kepada semua ketua panitia diatas kehadiran pada
mesyuarat kali ini dan berharap mesyuarat kali ini akan membawa kepada
penjaminan kualiti pentaksiran bilik darjah yang berkualiti.

TUMS: 2.5.2- suasana yang selesa dan harmoni

Makluman

2. UCAPAN PENTADBIR YANG TURUT SERTA

2.1 Cikgu Habsah mengucapkan terima kasih kepada semua ketua panitia kerana
dapat hadir dalam perjumpaan kali pertama ini.

1

2.2 Cikgu Habsah mengucapkan semoga kita sama-sama dapat berganding bahu
dalam membantu meningkatkan pencapaian pentaksiran bilik darjah sekolah.

2.3 Cikgu Habsah juga menekankan agar pentaksiran kali ini dapat diserapkan elemen
KBAT serta pembelajaran terbeza yang berfokus pada semua tahap yang ingin
ditaksir terhadap murid.

TUMS: 1.2.1 PGB memberi bimbingan kepada guru dan AKP secara
profesional dan terancang.
TUMS : 3.1.1.1 Pelaksanaan kurikulum diurus secara terancang dan
teratur.

Makluman

3. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT LALU

3.1 Dicadangkan oleh: Cikgu Mohd Sofhan bin Sekandar
Disokong oleh : Cikgu Rohaida bte Mohd payeng

4. PERKARA BERBANGKIT

4.1 Tiada perkara berbangkit dibincangkan-

5. AGENDA MESYUARAT
5.1 PENGURUSAN PANITIA

5.1.1 Penetapan Pembelajaran Terbeza Dalam Pentaksiran

- Cikgu Noor Lydia menyatakan bahawa sekolah inginkan perubahan
pada cara murid ditaksir. Kaedah pembelajaran terbeza perlulah
dititikberatkan dalam pembinaan arahan atau soalan pentaksiran
penggal 1 ini.

- Pn. Habsah menyatakan tiada jadual setara, PBD akan dijalankan
dalam waktu guru mengajar agar mudah dikawal oleh guru. Ibu Bapa
akan diberitahu tarikh pentaksiran penggal 1 akan dijalankan melalui
surat pemberitahuan.

- Pn Habsah meminta setiap panitia teras khususnya dapat
menerangkan secara ringkas perancangan jenis pentaksiran yang akan
dilakukan oleh setiap panitia.

- Pn. Habsah memberikan 1 contoh cara yang boleh ditaksir oleh
panitia BM iaitu dengan membahagikan arahan atau aktiviti
pentaksiran kepada 2 iaitu lisan dan penulisan.

- Pn. Habsah menyatakan contoh pentaksiran yang boleh dilaksanakan
di bahagian lisan, murid diberikan 1 topik dan diminta murid

2

menceritakan mengenai topik itu berpandukan pada kata kunci yang
telah diberikan.
- Pada bahagian penulisan pula boleh dibahagikan kertas soalan kepada
tahap penguasaan yang ingin dicapai oleh murid. Jika boleh, setiap
guru mata pelajaran berbincang dalam panitia, jenis-jenis soalan yang
akan ditaksir. Selaraskan setiap set arahan soalan dalam setiap aras
tahun.
- Cikgu Rohaida menyatakan secara ringkas cara-cara murid akan
ditaksir dalam mata pelajaran Matematik. Seperti contoh, murid akan
ditanya soalan operasi tambah yang akan digabungkan bersama tajuk
masa dan wang. Murid akan diberikan set soalan dan arahan soalan
yang berbeza mengikut tahap penguasaan yang ingin dicapai.
- Cikgu Mohd Rafi menyatakan agar guru boleh menjalankan
pentaksiran melalui pembelajaran terbeza dengan memberikan aras
soalan yang berbeza. Guru boleh menjalankan aktiviti yang sama
pada setiap tahap penguasaan namun membezakan setiap arahan guru
dan kesukaran aktiviti yang berbeza pada murid yang berbeza tahap
penguasaan yang ingin dicapai itu.
- Cikgu Noor Lydia pula menyatakan pendapat dari segi panitia Sains
pula, murid akan menjalankan 1 eksperimen atau aktiviti penyiasatan
mudah. Setelah itu murid akan menceritakan dapatan dan mentafsir
data yang mereka perolehi.
- Cikgu Mohd Sofhan pula menyatakan murid akan diberikan set
soalan yang berkaitan dengan eksperimen atau aktiviti penyiasatan
yang telah murid jalankan. Set soalan ini akan diselaraskan aras tahap
penguasaan yang ingin dicapai oleh murid.
- Cikgu Suzirman pula menyatakan bahawa panitia Bahasa Inggeris
akan menjalankan pentaksiran mengikut kemahiran lisan &
penulisan. Bahasa Inggeris akan menjalankan pentaksiran mengikut
Scheme of Work (SOW) yang dibekalkan dalam CEFR kurikulum
ini.
- Pn. Habsah menyatakan bahawa guru-guru boleh melaksanakan
pentaksiran melalui kehendak dan keperluan murid. Ini kerana guru-
guru lebih mengenali anak murid dan tahu apakah yang diperlukan
oleh murid-murid yang guru ajar.
- Pn. Noor Lydia menyatakan bahawa ketetapan, pentaksiran kali ini
adalah menjalankan pentaksiran yang selaras bagi setiap tahap
penguasan dalam setiap aliran tahun murid.
- Data tahap penguasaan Target of value (TOV) PBD sek akan disetkan
pada data PBD Penggal 1 2022/2023.

TUMS: 3.1.1.1 Pelaksanaan Kurikulum diurus secara sistematik dan
terancang.

Makluman : Semua Ketua Panitia

3

5.1.2 Kerangka Tugas
- Cikgu Mohd Rafi mencadangkan agar setiap ketua panitia merangka

dahulu format soalan pentaksiran yang boleh dijalankan oleh setiap
guru mata pelajaran di bawah panitia masing.
- Cikgu Mohd Rafi juga meminta penyelaras membuat 1 jadual tugas
sebagai panduan kepada ketua panitia dalam menyiapkan soalan
pentaksiran.
- Pn. Habsah menyatakan, jadual tugas itu boleh didahului oleh tarikh
ketua panitia menyiapkan rangka format pentaksiran, pengagihan
tugas pembinaan soalan, pembentangan format pentaksiran kepada
Guru Besar dan tarikh penghantaran set soalan untuk direzo.

Tindakan : Cikgu Noor Lydia

5.1.3 E-RPH dan Borang Jajaran.
- Perekodan PBD hendaklah direkodkan dan dilengkapkan dalam

borang jajaran.
- Setelah merekod dalam borang jajaran, guru mata pelajaran perlu

memastikan ada justifikasi pada setiap murid yang telah ditaksir.
- Guru perlu menyimpan borang jajaran sebaik mungkin.

TUMS: 3.1.1.1 Pelaksanaan Kurikulum diurus secara sistematik dan
terancang.

Makluman : Ketua Panitia

6. HAL-HAL LAIN

6.1 Jadual
- Jadual bulan Mei akan diubah, contoh mata pelajaran Sains akan dipecahkan
kepada 2:1. Kemungkinan murid yang tidak hadir akan dapat menjalankan
pentaksiran pada hari berikutnya.
- Melalui perubahan jadual ini, guru boleh merancang pengajaran dan
mendedahkan murid terhadap pentaksiran yang akan ditaksir murid akan
datang.
- Cikgu Suzirman menyatakan penambahbaikan perlu dilakukan pada jadual
guru BI Tahap 1. Perlu dijadikan 2:2:2, agar CEFR dapat dijalankan dengan
baik.

TUMS: 3.1.2.3 Program peningkatan pencapaian murid diurus secara
profesional dan terancang.

Makluman: Cikgu Habsah bte Bidin

7. PENUTUP
- Ucapan penangguhan oleh Cikgu Habsah . Beliau mendoakan agar semua guru

sentiasa dipelihara dan dipermudahkan urusan dan dapat menjalankan tugas
dengan penuh tanggungjawab .

4

TUMS: 1.3.3 PGB menggerakkan warga sekolah dalam melaksanakan tanggungjawab
secara terancang.

Makluman
- Mesyuarat ditangguhkan pada jam 8:30 pagi
Disediakan oleh
URUS SETIA MESYUARAT PBD
SK KULAI 1

5


Click to View FlipBook Version