MODUL AKTIVITI SENI DAN KREATIVITI KAQ 3073 HUBUNGAN KELUARGA, KOMUNITI DAN BUDAYA DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
NUR NAIMAH BINTI JUMAHARI D20211099590 PUTERI IZZAH IZZATI BINTI MEGAT MOHD D20211099510 NUR SYAMIMI NAJWA BINTI SAMSURI D20211099550 SITI NOR SYAHIRA BINTI MOHD SAIDI D20211099563 NUR SHAFIQAH BINTI ABD RANI D20211099593 disediakan oleh:
PENGENALAN Pendidikan seni dan kreativiti adalah sangat penting dalam pembentukan diri kanak-kanak supaya dapat melahirkan sikap kreatif dalam diri mereka sejak kecil lagi. Modul aktiviti ini direka khas untuk ibu bapa meluangkan masa dan menjalankan aktiviti bersama anak-anak di rumah dengan memfokuskan pendidikan seni dan kreativiti. Kemahiran motor halus kanak-kanak dapat dipupuk dengan menggunakan latihan seni visual seperti melukis, membuat origami, kraf tangan, puppet tangan dan sebagainya. Ini adalah praktis yang terbaik untuk menguatkan perkembangan motor halus mereka. Melalui aktiviti seni dan kreativiti seperti ini juga mampu mendorong kanak-kanak itu meluahkan perasaan mereka melalui aktiviti seni yang dihasilkan sekaligus mengeratkan lagi hubungan antara ibu bapa dengan anak-anak.
Meningkatkan kemahiran motor halus kanak-kanak. Kanak-kanak dapat meningkatkan koordinasi mata-tangan, kawalan motor-halus, deria sentuhan dan pergerakan tangan dengan baik. Memupuk daya imaginasi kanak-kanak Kanak-kanak dapat melakukan aktiviti mengikut kreativiti dan imaginasi mereka. Selain itu, dapat memupuk perkembangan kognitif kanak-kanak. Mendorong minat kanak-kanak untuk belajar Kanak-kanak akan tertarik untuk belajar melalui aktiviti seni dan kreativiti dengan melakukan anyaman, puppet, capan, topeng dan puzzle. Membantu ibu bapa untuk menjalankan aktiviti di rumahModul ini mempunyai 5 aktiviti seni dan kreativiti yang boleh dilakukan bersama anak-anak mereka dengan menggunakan bahan-bahan yang mudah didapati di rumah. Fokus Modul
Anyaman Kertas (Ikan) Puppet Haiwan (Zirafah) Capan Haiwan (Singa) Match Puzzle (Kucing) Topeng Haiwan (Harimau) kandungan aktiviti
AKTIVITI 1 : ANYAMAN KERTAS (BENTUK IKAN) QR Kod Video Kelebihan : Bahan-bahan yang diperlukan : Langkah-langkah : 1.Sediakan bahan-bahan seperti yang disenaraikan. 2.Lukis gambar ikan yang mudah di atas kertas A4 berwarna putih. 3.Gunting gambar ikan tersebut dengan berhati-hati. Lukis garisan di bahagian tengah badan ikan dan gunting setiap garisan tersebut dengan berhati-hati 4. Masukkan strip kertas berwarna-warni ke dalam garisan yang telah digunting secara selang seli sehingga kelihatan seperti sirip ikan. Ulang sehingga hujung lakaran badan ikan itu. 5. 6.Gamkan strip kertas berwarna-warni itu supaya tidak bergerak. 7.Gunting bahagian yang berlebihan supaya kelihatan lebih kemas. Lukis mata ikan untuk menyempurnakan lagi penghasilan anyaman ikan itu. 8. Dapat mencipta idea kreatif dalam penghasilan anyaman kertas mengikut kreativiti. Meningkatkan kemahiran motor halus pada bahagian tangan kanak-kanak. Dapat mendidik kanak-kanak supaya bersifat tekun dan teliti dalam pelaksanaan kraf anyaman kertas. Proses pembuatan anyaman kertas Kertas A4 putih Gam Gunting Pensel Strip kertas warna-warni
QR Kod Video AKTIVITI 2 : PUPPET HAIWAN (ZIRAFAH) Kertas warna Warna air Kelebihan : Bahan-bahan yang diperlukan : Langkah-langkah : 1.Sediakan bahan-bahan seperti yang disenaraikan. Warnakan 2 cawan kertas dengan warna air mengikut warna zirafah iaitu kuning dan oren. 2. Lukis dan gunting bentuk telinga dan hidung menggunakan kertas warna. 3. 4.Tampal mata pada bahagian kepala zirafah. Lipatkan kertas warna untuk membentuk seperti spring dan dijadikan bahagian leher dan kaki zirafah. 5. Kemudian cantumkan semua bahagian supaya dapat menghasilkan bentuk zirafah yang cantik. 6. 7.Gunakan tali untuk menggerakkan puppet zirafah yang telah dihasilkan. Dapat meransang imaginasi dan kreativiti kanak-kanak melalui aktiviti kraf puppet. Dapat meningkatkan kemahiran motor halus pada bahagian tangan kanak-kanak. Dapat melatih keyakinan diri dan meningkatkan kemahiran bersosial dengan baik. Berus Gunting Cawan Gam Mata Proses pembuatan puppet haiwan zirafah
AKTIVITI 3 : CAPAN HAIWAN (SINGA) Kelebihan Bahan-bahan yang diperlukan Langkah-langkah 1.Sediakan bahan-bahan yang diperlukan Sediakan kertas warna, warna air dan garfu. Celupkan garfu ke dalam warna air dan capkan di atas kertas warna. 2. Capkan warna kuning dan jingga sehingga membentuk bulatan dan keringkan capan tersebut. 3. 4.Cetak template muka haiwan atau lukiskan gambar muka haiwan. Guntingkan mengikut bentuk muka haiwan dan tampal telinga haiwan. 5. 6.Lukiskan muka haiwan seperti mata, hidung dan misai. Tampalkan muka haiwan pada kertas capan tadi untuk menghasilkan capan singa. 7. Meningkatkan daya kreativiti, mengenal warna dan daya fokus kanak-kanak. Meransang deria sentuhan melalui aktiviti capan. Melatih kemahiran motor halus kanak-kanak. QR Kod Video Kertas warna Garfu Marker Pen Gam Warna Air Gunting Proses pembuatan capan singa
Bahan-bahan yang diperlukan Langkah-langkah 1.Sediakan bahan-bahan seperti yang disenaraikan. 2.Cetak gambar seekor kucing seperti di atas. Ambil beberapa batang aiskrim mengikut saiz gambar yang dicetak. 3. 4.Susun semua batang aiskrim menjadi rapat dan selotepkan. Letakkan gambar kucing di atas batang aiskrim dan lakarkan garisan mengikut saiz batang aiskrim tersebut. 5. Gunting gambar kucing mengikut saiz batang aiskrim yang telah dilakarkan. 6. Gamkan gambar kucing tersebut di atas batang aiskrim dengan teliti. 7. 8.Tunggu sehingga gam kering dengan sempurna. Dapat menanamkan sifat tekun dan teliti ketika meletakkan puzzle dalam susunan yang betul. Dapat meningkatkan daya kreativiti kanak-kanak ketika meletakkan puzzle dalam susunan yang betul. QR Kod Video Batang aiskrim Selotep Gambar kucing Gam Pensel Gunting AKTIVITI 4: MATCH PUZZLE (KUCING) Kelebihan Dapat meningkatkan kemahiran motor halus dengan menggerakan pergerakan tangan dan mata secara serentak. Proses pembuatan puzzle match (kucing)
Bahan-bahan yang diperlukan Langkah-langkah 1.Lipatkan kertas berwarna oren menjadi dua bahagian. 2.Tekapkan tangan di atas kertas dan lukis mengikut bentuk tangan tersebut. 3.Lukis bentuk bulat pada untuk membentuk telinga haiwan pada kertas tersebut. 4.Lukiskan bentuk bujur untuk membentuk mata haiwan pada tengahtengah kertas kemudian gunting. 5.Buka lipatan kertas warna tersebut kemudian lukis dan warna bentuk muka haiwan. 6.Kepilkan lebihan atas topeng haiwan tersebut kemudian gamkan ia pada bahagian belakang. 7.Lekatkan batang aiskrim pada bahagian belakang untuk membentuk topeng haiwan yang sempurna. QR Kod Video Kertas warna Pensel Marker Pen Pita Pelekat Batang Aiskrim Gunting Proses pembuatan topeng haiwan (Harimau) AKTIVITI 5: TOPENG HAIWAN (HARIMAU) Kelebihan Dapat meningkatkan kemahiran motor halus kanak-kanak semasa proses penghasilan topeng Merangsang daya kreativiti semasa menghias bentuk topeng mereka. Meningkatkan kemahiran komunikasi kanak-kanak ketika bercerita tentang topeng yang dihasilkan.
Aktiviti 1 Aktiviti 5 Aktiviti 4 Aktiviti 2 Aktiviti 3 PENGUKUHAN Pengukuhan ini adalah untuk menguatkan lagi daya kreativiti kanak-kanak.
Oleh itu, aktiviti seni dan kreativiti ini perlulah diperluaskan lagi supaya dapat meningkatkan kemahiran kreatif dan inovatif dalam kalangan kanak-kanak. Secara tidak langsung, kemahiran motor halus terhadap kanak-kanak juga dapat ditingkatkan melalui aktiviti-aktiviti seni ini. Diharapkan agar modul ini dapat membantu ibu bapa manfaatkan masa yang ada dengan melakukan aktivitiaktiviti ini bersama anak-anak di rumah. penutup