The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MPU21032 - PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by aleeyasabrina2702, 2021-05-18 02:20:39

RUKUN NEGARA

MPU21032 - PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN

ETIKA & PERADABAN

RUKUN NEGARA

PENSYARAH: Mohd Syahnan Md Zain

Nama No. Matriks
Nur Aleeya Sabrina Bt Khairul Salleh 15DPR20F2008
Mohamad Faizul Hakim 15DPR20F2018
Khairul Hanis Bin Saad 15DPR20F2028
Muhammad Azim Bin Azmi 15DPR20F2030

RUKUN NEGARA :

A. Idealogi kebangsaan MALAYSIA
B. Dibentuk pada 31 OGOS 1970 oleh MAJLIS GERAKAN NEGARA (selepas

berlakunya tragedi 13 Mei 1969 yang menghancurkan perpaduan dan ketenteraman
negara)

MATLAMAT RUKUN NEGARA :

A. Mencapai PERPADUAN yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya
B. Memelihara cara hidup DEMOKRATIK
C. Mencipta satu masyarakat yang adil di mana KEMAKMURAN NEGARA akan dapat

dinikmati secara ADIL dan SAKSAMA
D. Menjamin satu cara LIBERAL terhadap TRADISI TRADISI KEBUDAYAANNYA

yang kaya dan berbagai bagai corak
E. Membina satu masyarakat PROGRESIF yang akan menggunakan SAINS dan

TEKNOLOGI moden

SEBAGAI RAKYAT MALAYSIA KAMI BERIKRAR AKAN MENUMPUKAN
SELURUH TENAGA DAN USAHA KAMI UNTUK MENCAPAI CITA CITA
TERSEBUT BERDASARKAN ATAS PRINSIP PRINSIP YANG BERIKUT :

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN

1.0 DEFINISI
Keyakinan wujudnya Tuhan sebagai pencipta alam dan mematuhi segala suruhan-Nya
berlandaskan pegangan agama masing masing selaras dengan prinsip Rukun Negara.

2.0 TERAS
- Pembangunan insan, masyarakat, dan negara merangkumi peningkatan kualiti jasmani,
emosi, rohani dan intelek.
- Bangsa dan negara ini telah diwujudkan atas kepercayaan yang kukuh kepada Tuhan.
- Dengan percaya kepada Tuhan, masyarakat akan diingatkan dengan ajaran ajaran
agama dan memupuk diri berlaku baik dan membina kerjasama ke arah perpaduan.

ISLAM MERUPAKAN AGAMA RASMI BAGI MALAYSIA SEBAGAIMANA
YANG TERMAKTUB DI DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
TETAPI AGAMA DAN KEPERCAYAAN LAIN BOLEH DIAMALKAN
DENGAN AMAN DAN TENTERAM

BAHAGIAN 1 DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN :
- Agama Islam ialah agama bagi persekutuan tetapi agama agama lain boleh diamalkan
dengan aman dan damai di mana mana bahagian Persekutuan.
- Tindakan membeza bezakan terhadap seseorang warganegara atas alasan agama adalah
DILARANG sama sekali.
- Menyedari betapa pentingnya keteguhan pegangan anggota masyarakat terhadap ajaran
agama masing masing, prinsip ini telah dipilih sebagai prinsip pertama dalam Rukun
Negara.

KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
A. Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berpalimen dan Raja Berpelembagaan dengan

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara.
B. Selaras dengan kedudukan Yang di-Pertuan Agong sebagai Raja mengikut perlembagaan,

sistem beraja juga diamalkan di setiap negeri, dan Yang di-Pertuan Agong sebagai Raja
mengikut perlembagaan. Sistem beraja juga diamalkan di setiap negeri, dan Yang di-
Pertuan bagi negeri yang tidak beraja.
C. Sei Paduka Baginda, Raja-Raja dan Yang Di-Pertuan Agong Negeri adalah merupakan
lambing perpaduan rakyat.

D. Kesetiaan kepada Raja dan Negara bermaksud, bahawa setiap warganegara hendaklah
menumpukan sepenuh taat setia, jujur dan ikhlas kepada Seri Paduka Baginda Yang di-
Pertuan Agong.

E. Di peringkat negeri pula, rakyat dikehendaki menumpukan taat setia kepada raja yang
memerintah negeri mereka bermastautin tanpa mengurangkan taat setia kepada YDPA.

KELUHURAN PERLEMBAGAAN :

1. Keluhuran perlembagaan bermaksud ketinggian dan keagungan undang-undang atau
perlembagaan itu sendiri

2. Keluhuran perlembagan Malaysia terletak kepada kedudukannya sebagai undang-
undang tertinggi yang menjadi sumber dan punca kepada semua undang-undang

3. Semua undang-undang lain hendaklah tidak bertentangan dengan perlembagaan
perkara 4(1)

MATLAMAT

a) Lambang negara berdaulat & merdeka
b) Menjadi sumber rujukan bagi semua hal ehwal negara
c) System pemerintahan menjadi lebih teratur, licin dan adil
d) Memastikan pengasingan kuasa di kalangan badan-badan pemerintahan terjamin
e) Keamanan rakyat & negara akan terjamin

PERUNTUKAN UTAMA DALAM PERLEMBAGAAN MALAYSIA ADA 5 PERKARA

Isu-Isu tersebut ialah:

a) Bahasa
b) Agama
c) Kewarganegaraan
d) Hak Asasi
e) Kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera sabah dan Sarawak

PERKARA-PERKARA INI MENJADI FAKTOR PENTING UNTUK MEWUJUDKAN
PERSEFAHAMAN KE ARAH PERPADUAN

AGAMA

Ku-kurikulum:
o Mata pelajaran agama islam di ajar secara rasmi di setiap peringkat persekolahan
o Bagi agama-agama lain kemudahan sewajarnya juga disediakan
o Misalnya pihak sekolah boleh mengadakan guru untuk pelajar agama lain jika

memenuhi syarat tertentu
o Bagaimanapun asuhan nilai-nilai murni berunsurkan akhlak dan keagamaan disalurkan

kepada murid-murid bukan islam melalui mata pelajaran moral

Kemudahan beribadah:

▪ Rumah-rumah ibadah setiap agama didirikan di serata negara
▪ Bantuan kewangan dan sokongan lain seperti tapak bangunan boleh diperolehi daripada

kerajaan

HAK ASASI

o Peruntukan hak asasi di Malaysia terkumoul secara bertulis (dalam perlembagaan
bertulis) ia menjamin keseimbangan atau kewajaran kadar kuasa kerajaan berbanding
kadar kebebasan asasi rakyat. Jaminan kuasa dan pelaksanaan oleh pihak tertentu.
Ungkapan berikut menyimpal hakikat tersebut:

o “Tiap-tiap orang bebas bercakap, membuat perjumpaan dan menubuhkan persatuan,
tetapi kebebasan ini boleh disekat oleh parlimen jika difikirkan mustahak untuk
keselamatan negeri atau keamanan dan keelokkan akhlak awam” M Salleh Abas
(1988;52)

BAHASA

▪ Setelah hampir setengah abad Bahasa melayu berfungsi sebagai Bahasa kebangsaan,
peranannya seperti yang dihasratkan melalui perkara 152 perlembagaan, kini sudah
tercapai

▪ Pengunaan Bahasa kebangsaan sebagai Bahasa rasmi di segenap peringkat sudah
terlaksana pada peringkat yang menyakinkan. Ini termasuk penggunaan di parlimen dan
mahkamah

▪ Di university, Bahasa melayu sudah menjadi Bahasa pengantar hingga pada tahap 70
hingga 80 peratus pengajaran semenjak beberapa tahun yang lalu. Bagaimanapun
perkembangan tahun-tahun 90-an menampakkan sikap terbuka kerajaan dan rakyat
terhadap penggunaan Bahasa

▪ Penggunaan Bahasa melayu dalam urusan-urusan rasmi dan sebagai Bahasa pengantar
ilmu di universiti-universiti kini lebih fleksibel

▪ Keanjalan sikap ini lebih merupakan keprihatinan tentang keberkesanan komunikasi
daripada apa-apa sebab lain

▪ Dalam kes perbicaraan bekas timbalan perdana Menteri pada akhir tahun 1998,
penggunaan Bahasa melayu diteruskan

KEWARGANEGARAAN

o Tiap-tiap yang memohon hendaklah mengangkat sumpah taat setia kepada persekutuan
o Dari keterangan di atas jelaslah bahawa status kewarganegaraan itu bukan sesuatu yang

diperolehi secara automatic, tidakpun semestinya satu warisan daripada bapa yang
warganegaraan
o Bagaimanapun perlembagaan memberi peruntukan yang membolehkan seseorang
pemastautin memohon untuk pertimbangan menjadi warganegaraan Malaysia dengan
memenuhi syarat-syarat tertentu
o Termasuk di dalam syarat-syarat itu ialah kebolehan bertutur dalam Bahasa melayu dan
bersumpah akan taat setia kepada negara ini
o Syarat ini adalah bagi menjamin orang itu menjadi rakyat dan warganegaraan yang
bertanggungjawab dan menyumbang seperti yang dituntut oleh Rukun negara

KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU DAN BUMIPUTERA SABAH DAN
SARAWAK

▪ Hak istimewa ini meliputi jawatan dalam perkhidmatan awam, biasiswa,Pendidikan,
perniagaan dan kemudahan khas lain yang diberikan

▪ Walau Bagaimanapun, perkara ini juga melindungi kaum-kaum lain, iaitu menjadi
tanggungjawab Yang di-pertuan Agong untuk melindungi hak-hak mereka yang sah
menurut peruntukan lain

KEDAULATAN UNDANG UNDANG :

KEADILAN DIASASKAN

SETIAP RAKYAT SAMA TARAF

KEBEBASAN ASASI TERJAMIN

1. Masyarakat AMAN, STABIL, MAKMUR
2. Anggota masyarakat bergerak dengan licin dan teratur
3. Tanpa kekacauan = berasa selamat
4. Undang undang negara berasaskan kepada PERLEMBAGAAN
5. KEDAULATAN perlu DITERIMA dan DIPERTAHANKAN
6. UNDANG UNDANG NEGARA dijamin oleh Institusi kehakiman yang bebas dan

berwibawa.

KESOPANAN DAN KESUSILAAN :

Prinsip kelima ini menekankan perkembangan personality dan tingkah laku seseorang rakyat
untuk membentuk warganegara yang bersopan santun. Tatasusila ini juga mengutuk tingkah
laku yang angkuh atau menyinggung perasaan seseorang.

MATLAMAT

i. Melahirkan generasi muda yang BERHEMAH TINGGI
ii. Unsur perpaduan dijana dalam sanubari remaja
iii. Mempertahankan PRINSIP KEBUDAYAAN negara kita
iv. Membina jati diri dan daya tahan warga

CARA CARA

i. Pihak kerajaan menjalankan kempen Budi Bahasa
ii. Media massa mempromosikan kempen
iii. Kelas Pendidikan Moral dan Sivik serta Kewarganegaraan ditawarkan oleh Sekolah

Rendah dan Sekolah Menengah
iv. Pembacaan ikrar dalam perhimpunan sekolah
v. Pertandingan kebangsaan seperti forum, melukis poster, kuiz dan menulis esei

PENCAPAIAN

- Kempen Budi Bahasa 2005 yang dilancarkan oleh YAB Dato Seri Abdullah Bin Haji
Ahmad Badawi di Istana Budaya

- Menubuhkan Majlis Perpaduan Negara / Majlis Penasihat Perpaduan Negara pada
tahun 1971

- Memasukkan unsur-unsur rukun negara ke dalam PROGRAM AGENSI AGENSI
KERAJAAN dan PERTUBUHAN BUKAN KERAJAAN (NGO)

- Memasukkan unsur unsur Rukun Negara ke dalam kurikulum sekolah dan institusi
pengajian tinggi

- Menyebatikan prinsip prinsip rukun negara ke dalam peraturan pertubuhan dan ikrar
rasmi

- Melantik Panel Penasihat Lembaga Perpaduan Negara pada tahun 1974

KESAN KESAN POSITIF

i. Negara aman dan harmoni
ii. Ekonomi negara lebih maju
iii. Kes jenayah semakin berkurang
iv. Semangat perpaduan semakin tinggi

REFLEKSI

Tugasan telah diberikan kepada kami merupakan e-folio iaitu perlu menghasilkan e-majalah. Kami
telah menghasilkan e-majalah yang perlu disiapkan selama empat minggu.

Sepanjang menyiapkan e-majalah ini apa yang kami dapat ialah:
1. Mengetahui bagaimana membuat majalah bertajuk Rukun Negara. Ia menggunakan perisian
iaitu flipsnack. Majalah kami mempunyai 10 muka surat, susun atur gambar, dan perisian yang
sangat padan dan jelas.
2. Kami juga tahu kepentingan untuk menyatakan atau menitikberatkan sumber rujukan untuk
mengelakkan plagiat. Antara sumber rujukan kami ialah media sosial, kawan kawan dan guru.
Kami juga sentiasa memastikan kesahihan sumber dengan logik dan jelas.
3. Seterusnya kami mengetahui penting untuk bekerja berkumpulan dalam melaksanakan tugasan
ini iaitu sebagai contoh kami telah membahagikan tugas secara rata supaya kerja dapat
diselesaikan dalam tempoh yang cepat. Cara pembahagian tugas kami adalah , memberikan dua
tajuk besar untuk mencari isi yang padat. Setelah selesai tugasan, kami Bersama sama
menyemak semula hasil rakan rakan.

Antara komen-komen konstruktif (membina) serta cadangan bagi meningkatkan kualiti pembelajaran
di masa akan datang untuk tugasan ini ialah:

1. Kami mencadangkan supaya berbincang secara professional dan memberi kerjasama.
2. Kami mencadangkan supaya kerja yang diberi adalah secara adil.
3. Kami juga mencadangkan agar pensyarah bijak menggunakan pelbagai platform yang digital

seperti membuat slide yg menarik untk meningkatkan mutu pelajaran.

Semoga majalah yang dihasilkan ini mampu memberikan faedah dan kesan kepada rakyat Malaysia
agar lebih menghayati rukun negara di Malaysia.


Click to View FlipBook Version