The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ISMAIL BIN MOHAMAD HANAFIAH KPM-Guru, 2023-11-19 03:03:13

Kes Keluar Negara Tanpa Kebenaran

Kes Keluar Negara Tanpa Kebenaran

CONTOH PERTUDUHAN I Bahawa puan, xxxxx (No. KP: xxxxxx-xx-xxxx), Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred xx yang bertugas di Sekolah Jenis Kebangsaan xxxxx, xxxxx, Negeri xxxx didapati telah membuat lawatan persendirian keluar negara iaitu ke Korea pada 07.02.20xx tanpa sebarang permohonan atau mendapat kebenaran Ketua Jabatan dan kelulusan daripada Pegawai Pelulus iaitu Pegawai Pendidikan Daerah, Pejabat Pendidikan Daerah xxxx, Negeri xx. Perbuatan puan adalah melanggar peruntukan di dalam Surat Pekeliling Am Bilangan 3 Tahun 2012 mengenai Peraturan Perjalanan Pegawai Awam Ke Luar Negara Atas Urusan Persendirian yang menetapkan pegawai awam yang hendak ke luar negara atas urusan persendirian hendaklah mendapat kelulusan Pegawai Pelulus. Surat Pekeliling Am Bilangan 3 Tahun 2012 itu hendaklah dibaca bersama dengan Pindaan Surat Penurunan Kuasa Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia bagi meluluskan Perjalanan Pegawai Awam Ke Luar Negara Bagi Urusan Persendirian. No.rujukan: KPM.100-2/5/7 Jld. 293(88) bertarikh 30 November 2018 yang menyatakan Pegawai Pelulus bagi guru-guru sekolah adalah Pegawai Pendidikan Daerah. Perbuatan puan itu dan boleh disifatkan sebagai melanggar tatakelakuan di bawah Peraturan 4(2)(i),Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 yang menyatakan seperti berikutberikut: “4(2) Seseorang pegawai tidak boleh – (i) ingkar perintah atau berkelakuan dengan apa-apa cara yang boleh ditafsirkan dengan munasabah sebagai ingkar perintah.” Kes Tatatertib: Keluar Negara Tanpa Kebenaran Kempen 1Minggu 1Kesedaran Surat Pekeliling Am Bilangan 3 Tahun 2012 Surat Penurunan Kuasa Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia bagi meluluskan Perjalanan Pegawai Awam Ke Luar Negara Bagi Urusan Persendirian. No. rujukan: KPM.100-2/5/7 Jld. 293(88) Peraturan 4(2)(i), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Apa-apa peraturan atau pekeliling perkhidmatan/ surat pekeliling perkhidmatan/ surat pekeliling ikhtisas yang berkuatkuasa sedia ada Peraturan Berkaitan Kes Keluar Negara Tanpa Kebenaran


Click to View FlipBook Version