The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ZAWAKHAIR BINTI JASMI Moe, 2022-03-21 00:08:28

BUKU PENGURUSAN SK ST JOHN 2022 / 2023

BUKU PENGURUSAN SK ST JOHN 2022 / 2023

DASAR

MAKLUMAT DIRI

PERIBADI

Nama: No. Mykad:
Alamat:

Tarikh Lahir:

No. Telefon (R):

Emel: No. Telefon (HP):

Jantina: Kump. Darah:

PERIBADI

Jawatan: No. Fail:

Sekolah: No. Cukai:
Alamat: No. Telefon (P):

No. Faks:

Tarilh Kod Sekolah:
Lantik:
Tarikh Sah: Zon:

Universiti: Tarikh Bersara:
Kelulusan
Opsyen: Akademik:
Kelulusan Ikhtisas:

WARIS UNTUK DIHUBUNGI JIKA KECEMASAN:

Nama: No. Telefon:

Nama: No. Telefon:

Senarai Guru & Kakitangan 2022/2023

Bil NAMA GURU Gred No. Tel Tarikh Sekolah
1 BASCARAN A/L ARUMUGAM Semasa
2 MOHD AMIRUDDIN B AZIZHAN
3 HAMDAN BIN SHAMSUDIN
4 SYAIFUL AMRI B ABDULLAH
5 LYANA BINTI ISMAIL
6 ANINAWATI BINTI BAKARUDIN

7 SYARIZAT ZAIHANI BINTI JAMALUDIN
8 AHMAD HAMIZAN BIN ABDUL RAHMAN
9 NIK ROSMAWATI BINTI YUSOFF
10 ZAKIAH BINTI SAILAN
11 AHMAD FAISOL B. HAZMA PUTARA
12 SAFWAN FIKRI BIN BUYAMIN
13 ROSLINA BINTI MOHMMED
14 MUHAMMAD SYAMIM BIN MD MOHSIN
15 MOHD JUNAIDI BIN JINDANG
16 HAMZAH BIN MASLEH
17 AGNES NESA MALAR A/P KANDAN XAVIER
18 MADIHAH BINTI BADERUN
19 PUTEH MUNIRAH BINTI IBRAHIM
20 KHIRUDDIN BIN CHE ISA @ ABDUL RAHMAN
21 MUHAMAD KHAIRUDDIN BIN ABDOLLAH
22 NOOR AZAH BINTI ABDUL AZIZ
23 NORIZMAHANI BINTI ISHAK
24 IDA AZIRA BINTI MOHD YUSOFF
25 AZRINAWATI BINTI MOHAMED
26 SITI HASWANI BT KASBI
27 KI HOOI SANG

28 FAUZIAH BINTI YAACOB Gred No. Tel Tarikh Sekolah
29 ZAWAKHAIR BINTI JASMI Semasa
30 KUMARESSAN A/L SARGUNAN
31 SUHAIMI BIN MD RAHIM
32 MOHAMMAD SYAHMEER BIN RUSLAN
33 AHMAD NABIL AKHTAR BIN ARIFIN
34 NURUL FARAHIN BINTI JAMALUDDIN
35 MASRATNA HALINI BINTI MUDA
36 NUR AIN SYAFIQAH BINTI MOHD DARUS
37 MOHD ZUBIR BIN RAZIP
38 ZANIDA BINTI ABD. AZIZ
39 NURUL AINA BINTI ABU BAKAR
40 NOOR AZLINA BINTI ABDUL AZIZ
41 MUHAMMAD HADI BIN MAHAMOOD

42 NOR HURAIZAH BINTI CHE HARUN
43 NURAFIDAH BINTI KAMARUDDIN
44 AMIRATUL HIDAYAH BT BASRI
45 NOOR AZIAN BINTI JALI
46 FAZNIZA BINTI MAT TAIB
47 CIK NUR SHAHIRAH BT MAT ISA
48 W.SITI NURULHUDA BINTI W.MAHMMOD
BIL. NAMA AKP
1 NOR FAJRINA ANOM BINTI AMIR HAMZAH
2 SALASIYAH BINTI PANDAK AZIZ
3 MUHD FIRDAUS BIN MD RAMLI
4 SUHAIMI BIN SANDI

SEKOLAH KEBANGSAAN ST. JOHN (1)

Jalan Bukit Nanas

50250 KUALA LUMPUR TEL : 03-20781643

FAX : 03-20316418

Semua Guru dan Kakitangan, Ruj. kami :SKSJ1 600-2/1( )
Sekolah Kebangsaan St John 1 , Tarikh : 14 Mac 2022
Jalan Bukit Nanas,
50250 Kuala Lumpur.

Tuan / Puan,

PELANTIKAN MENDUDUKI JAWATANKUASA BIDANG PENGURUSAN, PENTADBIRAN, KURIKULUM,
HAL EHWAL MURID DAN KOKURIKULUM BAGI SESI PERSEKOLAHAN 2022/2023

Dengan hormatnya perkara berkenaan di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan pihak pengurusan sekolah telah merangka satu jawatankuasa kerja sekolah bagi
sesi persekolahan tahun 2022/2023.

3. Sehubungan itu, tuan / puan telah dilantik menduduki jawatankuasa-jawatankuasa berkenaan
sebagaimana dinyatakan dalam Buku Pengurusan 2022/2023 sekolah ini.

4. Semoga tuan / puan dapat melaksanakan tanggungjawab masing-masing dengan cemerlang dan
sistematik untuk kemajuan sekolah ini.

Sekian, terima kasih.

“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

( BASCARAN A/L ARUMUGAM)
Guru Besar,
SK ST JOHN 1,
Kuala Lumpur.

BUKU PENGURUSAN SKSJ 1 2022_2023

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan
ke arah memperkembangkan lagi potensi individu
secara menyeluruh dan bersepadu untuk menjadikan
insan seimbang dan harmonis dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan
dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi
melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketrampilan berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan serta memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan
negara.

1

BUKU PENGURUSAN SKSJ 1 2022_2023

VISI SEKOLAH

Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera

MISI SEKOLAH

Melestarikan Sistem Pendidikan
Yang Berkualiti Untuk Membangunkan

Potensi Individu Bagi Memenuhi
Aspirasi Negara

2

BUKU PENGURUSAN SKSJ 1 2022_2023

MATLAMAT

- Melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersepadu
- Melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berilmu,
berketrampilan dan sejahtera

- Menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan kemajuan
negara

- Memberi peluang-peluang pendidikan kepada semua
warganegara Malaysia

ETOS SEKOLAH

SELASIH
(Senyum, Salam, Terima Kasih)

3

BUKU PENGURUSAN SKSJ 1 2022_2023

PIAGAM PELANGGAN

Kami komited memberikan perkhidmatan yang berkualiti
kepada semua pelanggan dengan adil, cepat dan saksama
seperti berikut:-
 Mewujudkan perkhidmatan yang mesra, cekap dan dinamik.
 Melaksanakan program bagi perkembangan mental, emosi, fizikal, rohani
dan bakat pelajar secara menyeluruh.
 Mewujudkan budaya ilmu yang kreatif lagi inovatif.
 Menjadikan dedikasi, tanggungjawab, kreatif dan inovatif sebagai budaya
kerja kami.
 Melahirkan insan yang berilmu, berketrampilan, bertanggungjawab dan
cinta negara.
 Mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif.
 Membentuk murid-murid mengikut acuan Malaysia, seimbang dari
aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani.
 Mewujudkan suasana masyarakat sekolah yang menjurus ke arah
integrasi kaum dan hidup bantu-membantu.
 Mewujudkan suasana sekolah yang kondusif untuk mendorong murid-
murid menimba ilmu secara berkesan.
 Melahirkan murid-murid yang berilmu, berdisiplin, bermoral serta
berketrampilan, dan sentiasa berusaha ke arah kecemerlangan.
 Memberi penekanan kepada ‘budaya membaca di kalangan murid-
murid.

4

BUKU PENGURUSAN SKSJ 1 2022_2023

TATASUSILA PROFESION KEGURUAN MALAYSIA

A. TANGGUNGJAWAB TERHADAP MURID
1. Lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatam murid yang lain
2. Bersikap adil terhadap semua murid tanpa mengira faktor-faktor jasmani, mental,
emosi, politik, ekonomi, sosial, keturunan atau agama.
3. Merahsiakan maklumat sulit atau ikhtisas mengenai murid kecuali yang berhak
mengetahuinya.
4. Membimbing atau mengajar seseorang murid dalam darjah sendiri atau mata
pelajaran-mata pelajaran yang diajar di bilik darjah tanpa sebarang bayaran.
5. Memelihara dan memperbaiki kecekapan ikhtisas, persidangan, mesyuarat atau
seminar supaya pengajaran mencapai mutu yang setinggi-tingginya.

B. TANGGUNGJAWAB TERHADAP IBU BAPA
1. Menghormati tanggungjawab utama ibu bapa terhadap anak-anak mereka.
2. Berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat di antara institusi
pendidikan dan rumahtangga.
3. Menganggap semua maklumat yang diberikan oleh ibu bapa mengenai rumahtangga
atau mengenai anak mereka sebagai sulit dan tidak dibocorkan kepada sesiapa kecuali
kepada yang berhak mengetahuinya.
4. Memberikan maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka dan
menggumakan maklumat yang diterima daripada ibu bapa secara teliti dan bijaksana
5. Mengelakkan diri dari menggunakan atau dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan
ekonomi ibu bapa pelajar.
6. Mengelakkan diri daripada mengeluarkan kata-kata atau melakukan sesuatu yang boleh
menjejaskan kepercayaan terhadap ibu bapa atau penjaga.

C. TANGGUNGJAWAB TERHADAP PROFESION KEGURUAN
1. Mengelakkan diri daripada membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh
mencemarkan nama baik seseorang guru di hadapan pelajar atau ibu bapa atau
berbuat sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah seseorang guru.
2. Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan sebagai
seorang guru.

5

BUKU PENGURUSAN SKSJ 1 2022_2023

3. Berusaha dengan sepenuhnya menunaikan tanggungjawab guru dengan rajin dan
bersunguh-sungguh dan mengekalkannya sejajar dengan kemajuan ikhtisas dan sosial.

4. Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat kami terutama mereka yang baru dalam
profesion perguruan.

5. Sentiasa mengawasi diri supaya tidak mencemarkan nama baik profesion perguruan.
6. Akan menjadi ahli sesebuah pertubuhan guru.

6

BUKU PENGURUSAN SKSJ 1 2022_2023

PELAN
PEMBANGUNAN

PENDIDIKAN
MALAYSIA
2013 - 2025

7

11 ANJAKAN UNTUK TRANSFO
PELAN PEMBANGUNAN PENDI

ANJAKAN 1 ANJAKAN 2 ANJAKAN 3
MELAHIRKAN RAKYAT
MENYEDIAKAN MEMASTIKAN SETIAP MALAYSIA DENGAN
PENGHAYATAN NILAI
KESAMARATAAN MURID PROFISIEN

AKSES KEPADA DALAM BAHASA

PENDIDIKAN MALAYSIA DAN

BERKUALITI BAHASA INGGERIS

BERTARAF

ANTARABANGSA

Menanda aras Memperkenalkan Memperkukuh

keupayaan dalam kurikulum Bahasa Pendidikan Sivik

kemahiran Malaysia yang sama dengan menjadikan

membaca, pada peringkat perkhidmatan

Matematik dan rendah dengan komuniti sebagai

Sains dengan sokongan pemulihan prasyarat untuk

standard intensif untuk muriud tamat persekolahan

antarabangsa yang memerlukan menjelang 2018

Merombak bagi menggantikan Memperkukuh

peperiksaan dan kelas pemulihan Pendidikan Islam

pentaksiran Memperluas program dan Moral dengan

kebangsaan untuk LINUS supaya memeberi lebih

meningkatkan meliputi literasi fokus ke atas teras

tumpuan terhadap Bahasa Inggeris nilai dan falsafah

kemahiran berfikir Meningkatkan agama utama

aras tinggi pada kemahiran Bahasa menjelang 2018

2016. Inggeris guru dan Memperkembang

Meningkatkan kualiti memperluas peluang murid secara

prasekolah dan bagi pendedahan holistik dengan

meningkatkan terhadap Bahasa mengukuhkan

enrolmen kepada Inggeris keperluan murid

100% menjelang Menggalakkan setiap dalam 1 Sukan, 1

2020. murid mempelajari Kelab dan 1 Badan

bahasa tambahan Beruniform

menjelang 2025.

BUKU PENGURUSAN SKSJ 1 2022_2023

ORMASI SISTEM PENDIDIKAN
IDIKAN MALAYSIA (2013 – 2025)

ANJAKAN 4 ANJAKAN 5 ANJAKAN 6

TRANSFORMASI MEMASTIKAN MENGUPAYA JPN,

KEGURUAN SEBAGAI KEPIMPINAN PPD DAN SEKOLAH

PROFESIOAN PILIHAN BERPRESTASI TINGGI UNTUK

DITEMPATKAN DI MENYEDIAKAN

SETIAP SEKOLAH PENYELESAIAN

KHUSUS

BERASASKAN

KEPERLUAN

Mengetatkan syarat Memperkenalkan Mempercepat

lantikan guru mulai kriteria pemilihan penambahbaikan

2013 supaya dalam berasaskan prestasi sekolah

kalangan graduan kompetensi dan melalui program

30% teratas memperkukuh proses yang sistematik

Memastikan guru perancangan dan dipimpin PPD

memberikan fokus penggantian bagi di semua negeri

ke atas fungsi teras Guru Besar/ guru menjelang 2014

pengajaran mulai besar mulai 2013 Meningkatkan

2013 dengan Melaksanakan pakej autonomi

mengurangkan kerjaya baru bagi pengurusan

beban pentadbiran Guru Besar / guru berasaskan

Melaksanakan laluan besar mulai 2013 sekolah,

kerjaya guru dengan lebih Memastikan 100%

berasaskan sokongan, lebih sekolah

kompetensi dan fleksibiliti memenuhi

prestasi mulai 2016 pengoperasian bagi keperluan

Meningkatkan laluan menambah baik infrastruktur asas

guru untuk peranan sekolah, kurikulum, menjelang 2015,

kepimpinan, pakar dam kokurikulum bermula dengan

pengajaran dan serta lebih Sabah dan

pakar bidang khusus akauntabiliti Sarawak

menjelang 2016 terhadap

meningkatkan

keberhasilan murid

8

ANJAKAN 7 ANJAKAN 8 ANJAKAN 9
MENTRANSFORMASI
MEMANFAATKAN ICT KEBOLEHUPAYAAN DAN BEKERJASAMA
KAPASITI
BAGI PENYAMPAIAN DENGAN IBU BAPA,
KEMENTERIAN
MENINGKATKAN KOMUNITI DAN

KUALITI SEKTOR SWASTA

PEMBELAJARAN DI SECARA

MALAYSIA MENYELURUH

 Meningkatkan  Mengupaya JPN dan  Melengkapi ibu

akses internet dan PPD dengan memberi bapa bagi

persekitaran lebih hak membuat membantu

pembelajaran maya keputusan terhadap pembelajaran anak

melalui 1 BestariNet bajet dan personel mereka melalui

bagi semua 10 000 serta meningkatkan sarana penglibatan

sekolah menjelang akauntabiliti bagi KPI ibu bapa dan akses

2013 mulai 2013 atas talian kepada

 Menambahkan  Sekurang-kurangnya kemajuan anak

kandungan atas 2500 lagi personel (SAPS)

talian untuk ditempatkan daripada  1000 biasiswa

perkongsian KPM dan JPN kepada daripada sektor

amalan terbaik PPD untuk swasta untuk murid

bermula dengan menyokong sekolah berbakat daripada

perputakaan video menjelang 2014 komuniti miskin

guru terbaik  Memperkukuh untuk belajar di

menyampaikan kebolehupayaan sekolah swasta dan

pengajaran dalam kepimpinan bagi 150- antarabangsa

mata pelajaran 200 jawatan  Memperluas model

kritikal pada 2013 kepimpinan utama Sekolah Amanah

 Memanfaatkan mulai 2013 kepada 500 buah

penggunaan ICT  Memperkukuh fungsi menjelang 2025

bagi pembelajaran utama dan dengan melibatkan

jarak jauh dan merasionalisasi kumpulan alumni

berasaskan kendiri struktur kementerian dan NGOs yang

untuk mulai 2016 berpotensi sebagai

meningkatkan penganjur.

kapasiti dan

pembelajaran lebih

khusus

BUKU PENGURUSAN SKSJ 1 2022_2023

ANJAKAN 10 ANJAKAN 11
MEMAKSIMUMKAN MENINGKATKAN
KEBERHASILAN MURID KETELUSAN UNTUK
BAGI SETIAP RINGGIT AKAUNTABILITI AWAM
SECARA LANGSUNG

 Mengaitkan setiap  Menerbitkan laporan

program kepada tahunan awam bagi

keberhasilan murid kemajuan sasaran

yang jelas dan dan inisiatif Pelan

merasionalisasi Pembangunan “Kegagalan
yang kamu
program berimpak Pendidikan mulai alami adalah

rendah pada setiap 2013 petanda
bahawa kamu
tahun, selaras  Melaksanakan
memiliki
dengan anjakan semakan kemampuan
lebih untuk
keseluruhan kerajaan komprehensif pada berbuat lebih

ke Buget Berasaskan tahun 2015, 2020 dan baik lagi”

Keberhasilan (OBB) 2025 bagi

 Memanfaatkan memastikan Pelan

peluang Pembangunan

meningkatkan Pendidikan kekal

efisiensi dengan relevan dengan

mengagihkan memasukkan maklum

peruntukan kepada balas daripada pihak

bidang paling kritikal berkepentingan dan

seperti peningkatan mengambil kira

kemahiran dan perkembangan

latihan guru persekitarannya.

9

BUKU PENGURUSAN SKSJ 1 2022_2023
10

BUKU PENGURUSAN SKSJ 1 2022_2023
11

BUKU PENGURUSAN SKSJ 1 2022_2023
12

BUKU PENGURUSAN SKSJ 1 2022_2023
13

BUKU PENGURUSAN SKSJ 1 2022_2023
14

BUKU PENGURUSAN SKSJ 1 2022_2023
15

BUKU PENGURUSAN SKSJ 1 2022_2023

STEM Sebagai Agenda Penting Pendidikan
Negara 2016-2020

STEM DALAM KONTEKS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN STEM ialah akronim kepada Sains,
Teknologi, Engineering (Kejuruteraan) dan Matematik. STEM dalam Kurikulum Standard Sekolah
Rendah (KSSR) dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) merangkumi pengetahuan,
kemahiran dan nilai yang sedia ada dalam semua mata pelajaran STEM. STEM dalam konteks
p&p merangkumi tiga aspek, iaitu:
1. Bidang pembelajaran
2. Pakej mata pelajaran
3. Pendekatan p&p.

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025 (PPPM 2013 – 2025) PPPM 2013 – 2025
telah meletakkan pendidikan STEM sebagai satu agenda yang penting dalam transformasi
pendidikan bagi menyediakan generasi muda untuk menghadapi cabaran abad ke-21. Pendidikan
STEM dalam PPPM dilaksanakan dalam 3 fasa;
• Gelombang 1 (2013 – 2015): pengukuhan kualiti pendidikan STEM dimulakan melalui
peneguhan kurikulum, pengujian dan latihan guru, dan penggunaan model pembelajaran
pelbagai mod
• Gelombang 2 (2016 – 2020): kempen dan kerjasama dengan badan-badan berkaitan
dilaksanakan untuk menarik minat dan kesedaran masyarakat dalam STEM
• Gelombang 3 (2022 – 2025): STEM akan dianjak ke arah kecemerlangan melalui peningkatan
keluasan operasi.
Pengajaran dan pembelajaran (p&p) STEM yang berfokuskan murid dapat menghasilkan
pengalaman pembelajaran yang bermakna dan menyeronokkan. P&p yang menarik dapat
meningkatkan minat dan kecenderungan murid dalam STEM. Pelaksanaan p&p STEM yang
mengintegrasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam mata pelajaran secara mendalam
melalui pendekatan inkuiri, pembelajaran berasaskan projek dan pembelajaran berasaskan
masalah dalam konteks dunia sebenar. Murid yang mengikuti p&p STEM mempunyai kemahiran
berfikir aras tinggi, inovatif, berhemah tinggi, berdikari, celik teknologi, mampu mereka cipta,
boleh menyelesaikan masalah dan membuat keputusan.

16

BUKU PENGURUSAN SKSJ 1 2022_2023

IMPAK TRANSFORMASI PENDIDIKAN.

MURID GURU PEMIMPIN SEKOLAH PEGAWAI KEMENTERIAN IBU BAPA

Murid akan mendapat Guru akan meningkatkan Pemimpin sekolah akan Pegawai Kementerian akan Ibu bapa akan

manfaat yang signifikan dalam keupayaan bertaraf dunia menjadi pemimpin bertindak sebagai pemimpin menyaksikan

perkembangan pendidikan yang diperlukan bagi instruksional yang perubahan, dengan penambahbaikan yang

mereka tanpa mengira latar membantu mencapai cemerlang, dan bertindak kemahiran dan atribut yang ketara dan lestari dalam

belakang. Murid akan belajar keberhasilan murid yang sebagai ejen perubahan. diperlukan untuk menyokong pengalaman pendidikan

dalam persekitaran dihasratkan. Guru juga akan Mereka akan menikmati sekolah. Mereka akan anak-anak mereka.

pembelajaran yang kondusif, memperoleh lebih sokongan yang lebih besar menjadi pengurus, Prestasi dan keutamaan

dan akan berasa terangkum keseronokan dan kepuasan dan perkhidmatan yang pembimbing dan penyokong sekolah akan lebih telus,

dan terdidik dengan dalam menjalankan tugas lebih baik daripada pegawai kecemerlangan sekolah yang dan ibu bapa akan sentiasa

pengalaman pembelajaran di mereka. Dengan pakej pendidikan persekutuan, lebih baik. Mereka akan dimaklumkan tentang

sekolah. Apabila menamatkan kerjaya guru yang baharu, negeri dan daerah. Mereka mendapat manfaat daripada keadaan anak mereka di

persekolahan, murid akan mereka akan menikmati akan mendapat akses yang meritokrasi yang lebih besar, sekolah dari segi

mempunyai pengetahuan dan perkembangan profesional lebih besar terhadap latihan kuasa dengan pencapaian dan juga

kemahiran bertaraf dunia, nilai yang lebih memuaskan, kepimpinan bertaraf kebertanggungjawaban yang perkembangan. Ibu bapa

moral yang tinggi, dan laluan kerjaya yang lebih antarabangsa, serta amalan lebih tinggi, dan tidak akan akan berasa seperti rakan

berupaya bersaing dengan baik, dan proses penilaian terbaik daripada rakan terbatas dengan hierarki dan kongsi sebenar dengan

rakan sebaya dari negara lain. yang telus dan adil serta sejawatan mereka di kawalan. sekolah dalam membantu

 Murid akan belajar dalam berkait terus dengan Malaysia.  Pegawai kementerian pembelajaran anak

persekitaran yang keupayaan dan prestasi  Pemimpin sekolah akan akan menerima mereka.

mempunyai kepercayaan yang relevan. mendapat sokongan sokongan, latihan dan  Ibu bapa akan lebih

asas bahawa semua murid  Guru akan mendapat dan sumber yang sumber yang diperlukan memahami tentang

boleh belajar, dan semua sokongan untuk berjaya mereka perlukan bagi untuk memenuhi kemajuan anak

murid boleh berjaya.  Guru akan menikmati memacu sekolah peranan dan mereka dan

 Murid akan mempunyai persekitaran kerja yang dengan berkesan. tanggungjawab baru bagaimana mereka

pembelajaran yang kaya lebih sesuai, ganjaran  Pemimpin sekolah akan mereka. boleh membantu

dari segi akademik dan berasaskan prestasi dan menikmati persekitaran  Pegawai kementerian meningkatkannya.

bukan akademik supaya laluan kerjaya yang lebih bekerja yang lebih baik akan bekerja dalam  Ibu bapa akan

mereka boleh berjaya baik. dan ganjaran persekitaran yang telus mempunyai lebih

dalam kehidupan  Guru akan didedahkan berasaskan prestasi. dan saling bekerjasama banyak peluang untuk

 Murid akan mempunyai dengan budaya kerjasama  Pemimpin sekolah akan  Pegawai kementerian memberikan input

lebih hak bersuara dalam dan kecemerlangan diberi kuasa melalui akan mempunyai kepada strategi

membentuk pengalaman profesional. pengurusan berasaskan keanjalan pengendalian penambahbaikan

belajar mereka sekolah yang lebih dan sekolah anak mereka.

tinggi. kebertanggungjawaban

yang lebih besar

17

BUKU PENGURUSAN SKSJ 1 2022_2023

SKPMg2 Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2

SKPMg2 ataupun Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2 adalah merupakan
penggubalan semula SKPM 2010 dengan beberapa penambahbaikan hasil daripada
beberapa siri kajian dan mesyuarat. Penambahbaikan kepada SKPMg2 adalah bertujuan
untuk meningkatkan kualiti dan juga menyesuaikan SKPM dengan perkembangan
pendidikan semasa.
Draf SKPMg2 yang dikeluarkan pada 13 September 2016 oleh Jemaah Nazir dan Jaminan
Kualiti ini merupakan piawai yang digunakan bagi menentukan tahap pencapaian kualiti
pendidikan mencakupi beberapa bidang seperti kepimpinan, pengurusan organisasi,
pengurusan kurikulum, kokurikulum dan hal ehwal murid, pembelajaran dan
pemudahcaraan dan kemenjadian murid.
STANDARD 1 : KEPIMPINAN

Guru Besar / Guru Besar (PGB) berperanan sebagai pemimpin berimpak tinggi
yang berupaya menggembleng dan menggerakkan warga sekolah secara
bersepadu untuk memajukan sekolah dan meningkatkan kualiti pdp.
PGB sebagai Peneraju
PGB sebagai Pembimbing
PGB sebagai Pendorong

18

BUKU PENGURUSAN SKSJ 1 2022_2023

STANDARD 2 : PENGURUSAN ORGANISASI
Organisasi sekolah diurus secara cekap dengan mengambil kira potensi dan keperluan
warga sekolah, kemudahan sumber dalaman dan luaran untuk meningkatkan
keberkesanan pengoperasian sekolah.

Pengurusan Sumber Manusia
Pengurusan Aset
Pengurusan Kewangan
Pengurusan Sumber Pendidikan
Iklim
Pengurusan Perpaduan
Permuafakatan Strategik

STANDARD 3 : PENGURUSAN KURIKULUM, KOKURIKULUM DAN HAL EHWAL MURID
Bidang kurikulum, kokurikulum dan hal ehwal murid diurus secara cekap dan berkesan
untuk melahirkan murid yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan
sosial selaras dengan halatuju sekolah.

KURIKULUM
o Ketetapan Pelaksanaan Kurikulum
o Pengurusan Mata Pelajaran
o Pengurusan Masa Instruksional
o Pengurusan Penilaian Murid

KOKURIKULUM
o Ketetapan Pelaksanaan Kokurikulum
o Pengurusan Kelab / Persatuan
o Pengurusan Badan Beruniform
o Pengurusan Sukan / Permainan
o Pengurusan Program Kecemerlangan Kokurikulum
o Pengurusan Sukan Untuk Semua
o Pengurusan Pentaksiran Kokurikulum

19

BUKU PENGURUSAN SKSJ 1 2022_2023

HAL EHWAL MURID
o Ketetapan Pelaksanaan Hal Ehwal Murid
o Pengurusan Disiplin Murid
o Pengurusan Keselamatan Murid
o Pengurusan Kesihatan Murid
o Pengurusan Bantuan Pelajaran Murid
o Pengurusan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling

STANDARD 4 : PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN
Guru berperanan sebagai pemudah cara dalam pembelajaran dan pengajaran yang
berkesan untuk memperkembangkan potensi murid secara menyeluruh dan pencapaian
murid pada tahap optimum secara berterusan.

Guru Sebagai Perancang
Guru Sebagai Pengawal
Guru Sebagai Pembimbing
Guru Sebagai Pendorong
Guru sebagai Penilai
Murid sebagai Pembelajar Aktif

EXTRA INFO : Standard 4 SKPMg2 : Pembelajaran dan Pemudahcaraan

STANDARD 5 : KEMENJADIAN MURID
Murid yang dididik secara holistik dalam pengurusan sekolah yang cekap berupaya
mencapai potensi diri yang sepenuhnya dalam penguasaan pengetahuan, dan kemahiran,
berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri.

Kemenjadian Murid Dalam Akademik
Kemenjadian Murid Dalam Kokurikulum
Kemenjadian Sahsiah Murid

20

BUKU PENGURUSAN SKSJ 1 2022_2023

PENGENALAN PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH 2025 (TS25)

Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) merupakan sebahagian daripada usaha
Kementerian Pendidikan Malaysia ke arah meningkatkan kemenjadian murid dan sekolah
berkualiti.

Mengaplikasikan amalan terbaik dalam pelaksanaan pengurusan dan kepimpinan serta
pedagogi dalam pembelajaran dan pengajaran (PdP) selari dengan hasrat yang terkandung
dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025

TS25 adalah satu usaha ke arah melahirkan modal insan unggul melalui

OBJEKTIF TS25

Mesyuarat Majlis Ekonomi Bil. 2/2015 yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri pada

19 Januari 2015, telah meluluskan cadangan pelaksanaan TS25 KPM. Objektif Program

Transformasi Sekolah antara lain ialah;

 Mengaplikasi konsep dan AMALAN PdPC TERBAIK

 MEMBANGUNKAN KEPAKARAN DALAMAN melalui latihan yang

komprehensif dan berstruktur kepada pembimbing pedagogi serta pembimbing

kepimpinan

 Membangunkan PERSEKITARAN PEMBELAJARAN YANG

BERKESAN dengan mengutamakan kemenjadian murid

21

BUKU PENGURUSAN SKSJ 1 2022_2023

MATLAMAT

TERAS TS25
Matlamat Konsep Program Transformasi Sekolah 2025 adalah satu usaha ke arah melahirkan
modal insan unggul melalui, yang akan dicapai menerusi transformasi dalam lima teras yang
berikut;

 Persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan
 Penglibatan pembelajaran murid yang aktif lagi bermakna
 Disokong kepimpinan yang berkualiti serta berwawasan
 Guru yang kompeten, beraspirasi tinggi
 Komitmen komuniti yang padu.

KONSEP TS25

22

BUKU PENGURUSAN SKSJ 1 2022_2023

JAWATANKUASA INDUK TS25

PERANAN RAKAN ELIT TS25

23

BUKU PENGURUSAN SKSJ 1 2022_2023
24

BUKU PENGURUSAN SKSJ 1 2022_2023

STRATEGI PELAKSANAAN TS25

25

PENGURUSAN
PENTADBIRAN

PENGURUSAN PENTADBIRAN 2022/2023

MAKLUMAT ASAS SEKOLAH

NAMA SEKOLAH : SEKOLAH KEBANGSAAN ST. JOHN (1) (M)
ALAMAT : JALAN BUKIT NANAS,
50250 KUALA LUMPUR
NO. TELEFON : 03-20781643
NO. FAX : 03-20316418
EMEL : [email protected]
BLOG SEKOLAH : skstjohn1.blogspot.my
JENIS SEKOLAH : SEKOLAH BANTUAN KERAJAAN
LOKASI SEKOLAH : BANDAR
GRED SEKOLAH : A
KELUASAN TANAH : 3.875 EKAR
TAHUN DITUBUHKAN : 1960
BILANGAN GURU : 48 ORANG
BILANGAN STAF : 3 ORANG
BILANGAN MURID : 820 ORANG ( LELAKI SAHAJA )
SESI PERSEKOLAHAN : 1 SESI ( PAGI )

1

PELAN SEKOLAH SK S

PENGURUSAN PENTADBIRAN 2022/2023

ST JOHN 1 2022/2023

2

PENGURUSAN PENTADBIRAN 2022/2023

DASAR SEKOLAH

PENDAHULUAN
Dasar Sekolah merupakan satu garis panduan untuk mengurus dan mentadbir sekolah dengan
lebih efisen. Dasar ini perlu dilaksana dan dipatuhi oleh semua warga sekolah khususnya di
kalangan guru dan kaki tangan pejabat di sekolah ini.

Dasar-dasar sekolah yang telah digubal ini telah mengambilkira semua aspek yang berkaitan
dengan Etika Perkhidmatan, Surat-Surat Pekeliling, Perintah-Perintah Am dan Arahan-Arahan Am
yang berkuatkuasa dari masa ke semasa. Dasar-dasar ini adalah releven dengan situasi semasa
dan boleh berubah mengikut kesesuaian khususnya yang berkaitan dengan urusan-urusan
dalaman sekolah. Dasar-dasar ini juga tertakluk dengan perubahan dasar diperingkat Jabatan
Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur atau Kementerian Pendidikan Malaysia.

Maka adalah diharapkan agar semua warga sekolah meletakkan dasar-dasar ini sebagai
keutamaan penting semasa melaksanakan tugas-tugas sebagai penjawat awam di sekolah ini
agar sekolah ini sebagai sebuah organisasi pendidikan dapat mencapai matlamat sesuai dengan
Visi dan Misi yang telah ditetapkan iaitu Menjadi Sebuah Sekolah Bestari Yang Gemilang Pada
Tahun 2022/2023.

KATA ALU-ALUAN GURU BESAR
Kejayaan sesebuah organisasi atau institusi amat bergantung kepada dasar atau polisi yang
digubal. Tanpa dasar atau polisi yang mantap, jelas, pragmatik, sistematik dan holistik sesebuah
organisasi atau institusi tersebut akan menghadapi pelbagai masalah, kekangan dan halangan
yang menyebabkan ianya tidak dapat berkembang maju seperti mana yang diharapkan. Sesuatu
dasar yang digubal seolah-olah menjadi ‘Perlembagaan yang bertulis’ yang mesti dipatuhi oleh
setiap ahli organisasi yang bernaung dibawahnya.

Menyedari hakikat tersebut, Kementerian Pendidikan mengarahkan semua institusi pendidikan
atau pihak sekolah menggubal satu dasar atau polisi sekolah yang menjadi garis panduan dalam
proses pengurusan dan pentadbiran sesebuah sekolah. Justeru dasar sekolah harus menjadi teras

3

PENGURUSAN PENTADBIRAN 2022/2023

dan mekanisme yang perlu dipatuhi oleh seluruh warga pendidik khususnya guru-guru dalam
merancang, mengurus dan menjalankan aktiviti sama ada dalam bidang kurikulum dan
kokurikulum serta aktiviti luar sekolah supaya tidak menimbulkan sebarang masalah atau perkara
yang tidak diingini daripada berlaku. Prosedur dan peraturan yang digubal dalam dasar sekolah
telah mengambil kira semua aspek yang berkaitan dengan Etika Perkhidmatan, Surat-surat
Perkeliling, Perintah-perintah Am dan Arahan-arahan Am yang berkuatkuasa dari semasa ke
semasa tertakluk dengan arahan daripada Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur atau Kementerian Pendidikan Malaysia. Oleh yang demikian, pihak sekolah berharap
melalui penggubalan dan perwartaan dasar sekolah ini secara rasmi, akan menjadi pemangkin
kepada satu sistem pengurusan dan pentadbiran yang mantap, dinamik dan telus selaras dengan
hasrat dan cita-cita.
Akhir sekali, saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima
kasih kepada semua ahli Jawatankuasa Pengurusan dan Pentadbiran Sekolah yang meluangkan
banyak masa, tenaga dan buah fikiran dalam proses penggubalan dasar sekolah.

Sesungguhnya, saya amat menghargai sokongan dan kerjasama seluruh warga sekolah dalam
menjayakan wawasan dan gagasan kerajaan untuk meningkatkan kecemerlangan dan mutu
pendidikan negara.

Sekian, terima kasih.
“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menjalankan amanah.

…………………………………………
( EN BASCARAN A/L ARUMUGAM)
Guru Besar
SK ST.JOHN (1), Kuala Lumpur.

4

PENGURUSAN PENTADBIRAN 2022/2023

JAWATAN KUASA PENGGUBAL DASAR

Pengerusi : En. Bascaran A/L Arumugam (Guru Besar)

Timbalan Pengerusi : En. Mohd Amiruddin b. Azizhan (PKP)

Naib Pengerusii : En. Hamdan b Shamsuddin (PK HEM)

Naib Pengerusiii : En. Syaiful Amri b. Abdullah (PK Kokurikulum)

Setiausaha : Pn. Syarizat Zaihani bt Jamaludin (Setiausaha kurikulum)

Ahli Jawatan Kuasa :

1. Ketua Panitia Bahasa Malaysia : En. Muhamad Khairuddin b Abdollah

2. Ketua Panitia Bahasa Inggeris : Pn. Nurul Nurul Farahin bt Jamaluddin

3. Ketua Panitia Matematik : En. Safwan Fikri b Buyamin

3. Ketua Panitia Sains : Pn Puteh Munirah bt Ibrahim

4. Penyelaras Pemulihan : Pn. Fazniza bt Mat Taib

5. Penyelaras Perancangan Strategik : Pn. Syarizat Zaihani bt Jamaludin

6. Penyelaras Disiplin : En Ahmad Hamizan b Abdul Rahman

7. Setiausaha HEM : Pn. Ida Azira bt Mohd Yusoff

8. Setiausaha Kokurikulum : En. Mohd Zubir b Razip

9. Setiausaha Sukan : En Ahmad Faisol b Hazma Putara

5

PENGURUSAN PENTADBIRAN 2022/2023

DASAR PENGURUSAN PENTADBIRAN

(I) DASAR KEHADIRAN
1. Semua guru wajib berada di sekolah 20 minit sebelum sesi persekolahan bermula

pada setiap hari persekolahan.

2. Semua guru hendaklah mencatat kehadiran masing-masing dengan menggunakan Mesin
Perakam Waktu . Guru / staf yang gagal merakam waktu datang akan dianggap sebagai
lewat / tidak hadir ke sekolah. Guru / staf yang tidak merakam waktu pulang akan
dianggap pulang awal. Tindakan tatatertib boleh diambil terhadap guru yang membantu
mencatat kehadiran guru lain ataupun meminta bantuan guru lain untuk memalsukan
rekod kehadiran harian.

3. Surat amaran akan dikemukakan kepada guru yang mencatat kelewatan hadir ke sekolah
tanpa sebab yang munasabah sebanyak 3 kali dan lebih dalam sebulan. Guru berkenaan
hendaklah mengemukakan surat tunjuk sebab selepas menerima surat amaran. Tindakan
Tatatertib boleh dikenakan selepas Surat Amaran Yang Ke-3.

4. Guru yang tidak hadir atas sebab-sebab tertentu (sakit/ kecemasan) hendaklah
memaklumkan kepada Guru Besar atau Penolong Kanan Pentadbiran sebelum jam 7.00
pagi untuk melicinkan urusan guru ganti kelas. Guru yang tidak hadir ke sekolah atas
alasan anak / ahli keluarga sakit hendaklah memohon Cuti Rehat Khas (CRK). Sijil cuti sakit
(MC) hendaklah dikemukakan kepada Guru Besar sebaik sahaja kembali bertugas selepas
cuti sakit.

5. Ketidakhadiran tanpa sebab dan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan tatatertib di
bawah Peraturan-Peraturan Awam ( Kelakuan dan Tatatertib 1993).

6. Semua guru hendaklah meninggalkan kawasan sekolah sekurang-kurangnya pukul 2.00
petang bagi sesi persekolahan tamat untuk memberi laluan kepada murid-murid sebagai
langkah keselamatan.

7. Semua guru dan staf wajib hadir dengan menepati masa ke mesyuarat / taklimat / LDP/
gerak kerja kokurikulum / aktiviti rasmi seperti yang tertera dalam surat panggilan / atas
arahan pentadbiran.

(II) DASAR PENGAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN ( PdPc )
1. Guru bertanggungjawab sepenuhnya terhadap keselamatan semua murid pada waktu

mata pelajarannya ataupun pada waktu kelas ganti. (Mengikut Dasar Perundangan “IN
LOCO PARENTIS”)

6

PENGURUSAN PENTADBIRAN 2022/2023

2. Guru tidak dibenarkan membiarkan murid berada di bilik darjah / di premis lain tanpa
tugasan dan pemantauan.

3. Guru hendaklah menggunakan waktu Pengajaran dan Pemudahcaraan dengan
sepenuhnya. Guru tidak dibenarkan keluar lebih awal ataupun melepaskan murid keluar
dari bilik darjah sebelum loceng berbunyi menandakan peralihan waktu.

4. Guru hendaklah memastikan bahawa hanya 1 orang murid lelaki dibenarkan ke tandas
pada satu-satu masa dengan menggunakan pas yang telah ditetapkan.

5. Guru hendaklah mengambil tindakan disiplin yang sewajarnya dan tidak bercanggah
dengan Akta Pendidikan 1996 ( Akta 550 ) semasa Pengajaran dan Pemudahcaraan
dijalankan. Contohnya: Guru dilarang menghukum murid berdiri di atas kerusi atau meja.

6. Guru hendaklah mengambil tindakan sewajarnya terhadap murid-murid yang tidak
mematuhi arahan guru sebelum dirujuk ke Unit Pengurusan Disiplin. Setiap Guru Adalah
Guru Disiplin.

7. Guru mestilah mengamalkan profesionalisme sebagai seorang guru semasa Pengajaran
dan Pemudahcaraan. Kawalan kelas adalah suatu indikator utama menguji
profesionalisme guru.

8. Guru tidak dibenarkan duduk di atas meja guru atau murid semasa pengajaran. Guru juga
tidak digalakkan duduk sambil mengajar sepanjang sesi Pengajaran dan Pemudahcaraan.

9. Guru wajib mengajar mengikut Dokumen Standard Kurikulum Pembelajaran (Rujuk
Perkara II, Peraturan – 2 Pendidikan Kurikulum Kebangsaan 1997 )

10. Guru tidak dibenarkan mengadakan mesyuarat yang melibatkan guru-guru / murid-murid
pada waktu Pengajaran dan Pemudahcaraankecuali mendapat kebenaran daripada Guru
Besar.

11. Guru-guru mesti menyediakan buku rekod mengajar yang lengkap mengikut Pekeliling
Kementerian Pendidikan Malaysia Bil. 3/ 1999. Buku rekod wajib dihantar pada setiap
hari Jumaat yang mengandungi sekurang-kurangnya rancangan pengajaran harian
sehingga hari Isnin minggu berikutnya.

12. Setiap guru perlu menggunakan kemudahan Teknologi Maklumat/ICT/ Multimedia
sekurang-kurangnya satu kali untuk setiap mata pelajaran dalam satu minggu.

13. Guru-guru wajib menggunakan aplikasi portal Delima sebagai salah satu kaedah
Pengajaran dan Pemudahcaraan.

7

PENGURUSAN PENTADBIRAN 2022/2023

(III)DASAR PERHIMPUNAN MINGGUAN
1. Semua guru WAJIB hadir ke perhimpunan mingguan. Guru tidak dibenarkan berada di

Bilik Guru / Kelas pada waktu perhimpunan kecuali mendapat kelulusan Guru Besar.
2. Guru hendaklah menunjukkkan teladan yang baik pada waktu perhimpunan dengan

menumpukan sepenuh perhatian pada perhimpunan dan ditegah daripada berbual
sesama sendiri atau menjawab panggilan telefon bimbit.
3. Semua guru hendaklah menyanyikan Lagu Negaraku, Maju & Sejahtera, Lagu Sekolah dan
Lagu Patriotik dan berikrar bersama-sama murid.

CUTI BUKAN HAK TETAPI SATU KEISTIMEWAAN

(IV) CUTI
1.0 Cuti Rehat Khas

1.1 Menurut Pekeliling Perkhidmatan Bil. 4/1977 dan Surat Pekeliling Perkhidmatan
Bil. 3/1995, cuti rehat khas boleh diberi atas sebab-sebab:-
a) Menziarahi ahli keluarga yang rapat yang sakit tenat atau meninggal dunia.
b) Menyertai upacara agama yang dianuti oleh guru
c) Dalam keadaan kecemasan atau kemalangan seperti kebakaran, banjir dan
lain-lain.
d) Menunaikan fardhu Haji – sekiranya tempoh 40 hari seperti mana yang
ditetapkan mengikut pekeliling perkhidmatan bil. 4/1984 tidak mencukupi.
e) Kursus suaikenal bagi kursus luar kampus.
f) Majlis konvokesyen bagi pegawai atau ahli keluarga rapat.
g) Menghadiri temuduga pelantikan JPA/SPP/JPN.
h) Perkahwinan pegawai tersebut atau anak-anak mereka.
i) Menghantar ahli keluarga rapat menunaikan fardhu Haji
j) Mendaftar anak ke institut pengajian Tinggi / Sekolah Berasrama Penuh

1.2 Cuti Rehat Khas yang boleh diberikan kepada guru terlatih / guru sandaran
terlatih / guru kontrak adalah sebanyak 10 hari dalam setahun.

1.3 Guru Besar adalah diberi kuasa untuk meluluskan cuti rehat khas. Pemberian cuti
ini hendaklah dikawal dan tidak diberi dengan sewenang-wenangnya.

1.4 2 salinan Borang Permohonan Cuti Rehat Khas hendaklah dikemukakan kepada
Guru Besar 7 hari sebelum tarikh cuti untuk melicinkan urusan pentadbiran.

8

PENGURUSAN PENTADBIRAN 2022/2023

1.5 Guru hendaklah mengisi dalam sistem Hrmis terlebih dahulu sekiranya ingin
memohon Cuti Rehat Khas.

1.6 Guru yang memohon cuti rehat hendaklah menyediakan tugasan bertulis
sepanjang cuti yang dipohonnya.

1.7 Guru tidak dibenarkan mengambil cuti rehat khas sebelum dan selepas cuti
penggal sekolah.

1.8 Cuti Tanpa Rekod untuk Pengajian Jarak Jauh (PJJ) hendaklah mendapatkan
kelulusan Pengarah Pendidikan Negeri Wilayah Persekutuan. Surat
permohonan cuti tanpa rekod PJJ hendaklah melalui Guru Besar Sekolah.

2.0 Cuti Sakit
2.1 Guru mestilah memaklumkan Guru Besar / Penolong Kanan sebelum pukul 6.30 pagi
jika sakit.
2.2 Sijil Sakit ( MC ) hendaklah dikemukakan kepada Guru Besar sebaik sahaja kembali
bertugas.
2.3 Maksimum cuti sakit dari klinik swasta adalah 2 hari sahaja untuk satu-satu masa.
2.4 Sila rujuk Perintah AM Bab C berkaitan Cuti dari semasa ke semasa.

3.0 Cuti Tanpa Gaji
3.1 Permohonan Cuti Tanpa Gaji hendaklah dikemukakan melalui Guru Besar ke Jabatan
Pendidikan Negeri Wilayah Persekutuan.
3.2 Cuti Tanpa Gaji akan mempengaruhi perkiraan Pencen kerana pencen dibayar ikut
tempoh (bulan) perkhidmatan.

4.0 Cuti Penggal Sekolah

Perintah Am Bab C ( 50 ) ( a ) dan ( b )

a) Guru layak mendapat cuti penggal sekolah dengan syarat bahawa Ketua Jabatan
boleh memanggil guru-guru untuk menjalankan tugas-tugas selain daripada mengajar
biasa semasa percutian penggal sekolah bagi masa yang tidak melebihi 1/3 daripada
jumlah cuti penggal sekolah dalam satu-satu tahun.

b) Semua tempoh percutian penggal sekolah yang bergaji penuh akan diambil kira
sebagai perkhidmatan yang melayakkan di bawah tafsiran Perintah Am 1 (1A).

9

PENGURUSAN PENTADBIRAN 2022/2023

5.0 Hari Rehat Sabtu
5.1 Mengikut Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 8/ 2005: Pelaksanaan Bekerja Lima Hari
Seminggu:
5.1.1 Sekolah-sekolah yang menghadapi kesulitan untuk melaksanakan program
pendidikan (akademik dan kokurikulum) dalam masa lima (5) hari bekerja
disebabkan faktor seperti kekangan masa, ruang, kepakaran dan lain-lain sebab,
boleh menggunakan hari Sabtu dengan syarat TIDAK melebihi dua kali Sabtu
dalam sebulan (sabtu ke-2 dan ke-4).
5.1.2 Pihak sekolah boleh menggunakan dua hari Sabtu (sabtu ke-2 dan ke-4) yang lain
untuk tujuan mesyuarat / bengkel / Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) / majlis
rasmi sekolah apabila diperlukan.

(V) DASAR PROSEDUR KELUAR KAWASAN SEKOLAH
1. Semua guru dan kaki tangan pejabat yang keluar kawasan sekolah mesti mendapatkan

kelulusan daripada Guru Besar / Penolong-penolong Kanan (sekiranya Guru Besar tiada di
sekolah) dengan mengisi borang permohonan kelulusan keluar kawasan sekolah dan
mencatatkannya ke dalam Buku Rekod Keluar Masuk Staf dengan lengkap. Borang itu
akan difailkan di pejabat am sekolah.
2. Guru dan kaki tangan pejabat yang bertugas di luar sekolah mesti mempunyai surat
panggilan rasmi / Arahan Perjalanan dan kembali ke sekolah sebaik sahaja urusan selesai.
Guru hendaklah merakamkan waktu kembali ke sekolah.
3. Guru dan kaki tangan pejabat yang keluar dari kawasan sekolah tanpa kebenaran
daripada pihak pentadbir, bertanggungjawab terhadap semua risiko yang mungkin
berlaku pada dirinya. Ini mungkin termasuk hilang pampasan insurans / pencen / lain-lain
jika berlaku kemalangan.
Peringatan :

Waktu sekolah adalah waktu bekerja bagi guru, maka guru mesti berada dalam
kawasan sekolah walaupun tidak menjalankan tugas pengajaran dan pembelajaran

10

PENGURUSAN PENTADBIRAN 2022/2023

(VI)DASAR PAKAIAN RASMI GURU
Guru Lelaki – Hendaklah kemas dan profesional

1. Kemeja lengan panjang atau pendek yang kemas dan tidak bercorak bunga.
2. Pakaian ‘Hawaii Style ‘ adalah tidak dibenarkan.
3. Tali leher mesti dipakai sepanjang hari persekolahan kecuali sewaktu berada dalam

makmal dan bengkel.
4. Tidak dibenarkan memakai jubah atau ‘Baju Melayu Separa ‘.
5. Mesti memakai stoking dan kasut. ‘Kasut Separa ‘ dan selipar adalah tidak dibenarkan.
6. Pakaian batik wajib dipakai pada setiap hari Khamis (menurut Surat Pekeliling Ikhtisas

Bil.1 / 2008).
7. Hendaklah butang baju hingga ke paras atas dada (jika tidak memakai tali leher).

Guru Wanita - Hendaklah sopan dan profesional
1. Pakaian mesti kemas, sopan dan profesional.
2. Pakaian yang tidak dibenarkan :-

a) ‘Skirt’ pendek (Mini skirt) di atas paras lutut. ( Skirt mesti sampai ke paras lutut atau
lebih panjang ).

b) Baju yang jarang-jarang (transparent) atau nipis.
c) Baju ‘low cut’ atau terlalu ketat.
d) Baju yang mempunyai mini lengan atau langsung tidak ada lengan (sleeveless).
e) Skirt berbelah tinggi sehingga bahagian paha didedahkan.
f) Jubah yang jenis ketat tidak dibenarkan.

3. Mesti memakai kasut bertumit. Selipar adalah tidak dibenarkan.
4. Jubah hanya boleh dipakai pada hari Jumaat.
5. Pakaian batik wajib dipakai pada setiap hari Khamis ( menurut Surat Pekeliling Ikhtisas

Bil. 1 / 2008). Pakaian kebaya juga dibenarkan.

(VII) DASAR PENGURUSAN GURU GANTI KELAS
Guru ganti kelas ialah guru yang menggantikan guru mata pelajaran yang tidak dapat
menghadiri kelas (PdPc) atas sebab-sebab berikut:

11

PENGURUSAN PENTADBIRAN 2022/2023

1. Terlibat dengan aktiviti / tugas rasmi di luar sekolah yang dianjurkan oleh Jabatan
Pendidikan / Pejabat Pendidikan Wilayah atau mana-mana agensi kerajaan / pertubuhan
luar yang disahkan sebagai aktiviti rasmi oleh Guru Besar.

2. Terlibat dengan aktiviti / tugas rasmi di dalam sekolah yang mana sekolah menjadi
penganjur seperti MSSKL dan sebagainya.

3. Bercuti sakit [ MC ].
4. Mengambil Cuti Rehat Khas atau pulang awal kerana tidak sihat perlu melaksanakan

jadual waktu/ memberi tugasan kepada murid-muridnya.
5. Tugas mengajar guru yang cuti bersalin akan diagihkan kepada guru-guru yang sama

opsyen atau mempunyai pengalaman mengajar mata pelajaran yang berkaitan sekiranya
Pejabat Pendidikan Wilayah tidak menyediakan guru ganti Kumpulan Guru Simpanan
Kebangsaan (KGSK) .

MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL (MMI)

KERANGKA KONSEP MMI

KEMBALI KEPADA YANG ASAL

PEMIMPIN GURU MENGAJAR MURID BELAJAR
INSTRUKSIONAL

Memaksimumkan Masa Instruksional

12

PENGURUSAN PENTADBIRAN 2022/2023

PERANAN SEKOLAH
1. Merancang dan melaksanakan program / aktiviti yang tidak menjejaskan PdP
murid.
2. Mengenal pasti keperluan guru keluar (urusan rasmi dan bukan rasmi).
3. Memastikan guru ganti memaksimumkan PdP dalam bilik darjah.
4. Memastikan PdP dilaksanakan secara optimum dengan menyediakan Laporan
Keberadaan Guru Dalam Bilik Darjah.
5. Memastikan program dan aktiviti sekolah tidak menjejaskan PdPc.
6. Menyedia dan merumuskan laporan bulanan berkaitan dengan program yang
melibatkan guru dan murid LAMPIRAN A serta menghantar kepada urus setia
MMI PPWK pada setiap 2hb.
7. Menghantar laporan berkala (dua bulan sekali bermula Februari) pelaksanaan
pelan tindakan MMI seperti LAMPIRAN D setiap 2hb kepada urus setia MMI
PPWK.
8. Melaksanakan penjajaran dan penambahbaikan semula hasil daripada laporan
setiap bulan termasuk isu dan cadangan penyelesaian.

13

PENGURUSAN PENTADBIRAN 2022/2023

PANDUAN UMUM SEKOLAH
1. Pemimpin Sekolah (Rujuk LAMPIRAN 1)
 Mengenal pasti kaedah pembinaan jadual waktu yang sesuai dan memastikan
semua kelas sentiasa ada guru dan PdP dilaksanakan dengan berkesan.
 Memastikan pelaksanaan kokurikulum di sekolah mematuhi ketetapan
Kementerian Pendidikan Malaysia dan meminimum kekerapan guru keluar
meninggalkan bilik darjah (PdPc).
 Memastikan murid dapat ditaksir berdasarkan Dokumen Standard Prestasi.
 Memastikan pelaksanaan Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) secara school
based bagi melindungi masa instruksional di sekolah.
2. Kepimpinan Instruksional
 Meningkatkan potensi kepimpinan dan amalan kepimpinan instruksional di
sekolah.
 Memastikan kualiti PdP di dalam bilik darjah berkesan.

3. Guru: Keberkesanan Guru Mengajar
 Mengoptimumkan masa instruksional di dalam bilik darjah.
 Memastikan PdP berkesan berasaskan teknologi dan inovasi.
 Meningkatkan kompetensi guru.

4. Murid Belajar
 Memastikan guru berada di sekolah dan melaksanakan PdP dengan berkesan
di dalam bilik darjah.
 Memastikan guru berupaya membangun kemajuan murid mengikut potensi.
 Meningkatkan keberhasilan murid.

***Panduan terpeinci sila rujuk Panduan Pelaksaan Melindungi Masa Instruksional (MMI)
terbitan Sektor Operasi Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia

14

PENGURUSAN PENTADBIRAN 2022/2023
15


Click to View FlipBook Version