MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN
PIBG KALI KE-25 TAHUN 2020
MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-25
SAM MUHAMMADIAH PEKAN SABAK
____________________________________________________________________________
TARIKH : 15 FEBRUARI 2020 (SABTU)
MASA : 9.00 PAGI – 1.00 TENGAH HARI
TEMPAT : DEWAN BESAR SAM MUHAMMADIAH PEKAN SABAK
1. UCAPAN YDP PIBG
• YDP mengucapkan terima kasih kepada ibubapa/penjaga yang dapat memberi komitmen yang
baik dengan menghadirkan diri ke mesyuarat PIBG pada tahun ini.
• YDP memohon ibubapa/penjaga yang hadir dapat menggunakan ruang yang diberi dalam
mesyuarat PIBG kali ini untuk menyuarakan cadangan dan pendapat agar boleh dicatat oleh
pencatat minit mesyuarat.
2. UCAPAN PENASIHAT PIBG
• Beliau mengalu-alukan kehadiran ibubapa/penjaga pada mesyuarat PIBG kali ke-25 ini.
• Beliau memohon maaf kerana terdapat perubahan dan pindaan pada tentatif program di atas
sebab-sebab yang tertentu.
• Beliau meminta ibubapa/penjaga agar dapat melunaskan kutipan bayaran PIBG sebelum ini.
• Beliau menjelaskan tentang perubahan Kurikulum yang berlaku di SAM Muhammadiah Pekan
Sabak pada tahun 2020 kepada ibubapa/penjaga iaitu :
a) Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT) yang dilaksanakan bermula pada tahun 2020 oleh pelajar
Tingkatan 1.
b) Kurikulum Bersepadu Dini (KBD) masih dilaksanakan oleh pelajar Tingkatan 2 hingga
Tingkatan 5.
c) Sesi persekolahan pada hari Isnin hingga Khamis akan tamat pada jam 3.30 petang dan hari
Jumaat pada jam 12.00 tengah hari.
51
MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN
PIBG KALI KE-25 TAHUN 2020
• Beliau membentangkan secara ringkas keputusan peperiksaan tahun 2019 bagi peperiksaan PT3,
SMA dan STAM.
• Beliau mengucapkan terima kasih kepada ibubapa yang telah membiayai program-program
kecemerlangan akademik anak-anak.
• Beliau juga mnegucapkan terima kasih kepada penyumbang yang telah menyumbangkan dana
pembangunan Surau Ar-Rahman untuk memberi keselesaan kepada anak-anak tahfiz khasnya da
nana-anak SAM Muhammadiah amnya.
• Beliau mengharapkan agar surau dapat diimarahkan dengan program-program kerohanian dan
fizikal surau dapat ditingkatkankan.
• Beliau juga berharap agar pemilihan kepimpinan PIBG dan PIBK yang baru dapat dilaksanakan
pada mesyuarat PIBG ini dan beliau mengharapkan agar kedua-dua kepimpinan dapat bergabung
tenaga bagi membantu pihak sekolah dalam mempertingkatkan kecemerlangan pelajar SAM
Muhammadiah dari segi akademik, kokurikulum dan sahsiah.
3. PELANTIKAN PENGERUSI SEMENTARA MESYUARAT
• YDP memohon ibu bapa yang hadir mencadangkan perlantikan pengerusi sementara mesyuarat.
• Encik Mohd Zakaria mencadangkan Tuan YDP Tn, Hj Noor Man sebagai pengerusi mesyuarat.
• Puan Umi Kalsom Binti Yusof menyokong dan menutup cadangan.
4. PEMBENTANGAN AGENDA MESYUARAT PIBG KE-25
• Pengerusi meneruskan agenda dengan menjemput S/U PIBG, Encik Saiful Mazuira untuk
membentangkan agenda mensyuarat PIBG kali ke-25.
• Encik Saiful Mazuira membentangkan agenda mensyuarat PIBG kali ke-25.
• Cadangan untuk diterima : Puan Salina binti Hashim
• Sokongan untuk diterima : Puan Salasiah Binti Hashim
52
MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN
PIBG KALI KE-25 TAHUN 2020
5. PEMBENTANGAN MINIT MESYUARAT PIBG KALI KE-24
• S/U membentangkan minit mesyuarat PIBG kali ke-24 dari m/s 8 hingga m/s 14.
• Cadangan untuk diterima: Encik Hamdan Bin Rahmat
• Sokongan untuk diterima : Puan Juliana Binti Masnin
6. PEMBENTANGAN AKTIVITI TAHUNAN PIBG SAMMPS
• S/U membentangkan laporan aktiviti tahunan PIBG SAMMPS 2019 yang tercatat di m/s
• S/U memohon maaf kerana tidak sempat untuk menulis tarikh pelaksanaan pada setiap program
yang dilaksanakan kerana terlalu banyak program yang dijalankan.
• Cadangan untuk diterima : Encik Rusnizam Bin Abdul Jalil
• Sokongan untuk diterima : Encik Mohd Nasir
7. PERBAHASAN DAN PENERIMAAN USUL CADANGAN
• S/U membentangkan usul cadangan yang telah diterima sebanyak 12 usul dan telah disenaraikan
di m/s 17 hingga m/s 18 dan beliau memohon agar usul cadangan dibahaskan.
• Beliau juga meminta ibubapa yang mencadangkan usul-usul tersebut dapat hadir dalam mesyuarat
Agung PIBG agar dapat bersama-sama membahaskan usul yang dicadangkan.
53
MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN
PIBG KALI KE-25 TAHUN 2020
USUL 1 : PUNGUTAN BAYARAN BAS SECARA PENUH SEPANJANG TAHUN
• Encik Salehudin Bin Zakariyya memohon agar pihak sekolah dapat memungut bayaran secara
penuh sepanjang tahun 2020 dan tidak perlu membuat bayaran setiap kali pelajar menaiki bas
untuk pulang bercuti.
• Encik Azlan tidak bersetuju dengan usul tersebut disebabkan kekangan-kekangan yang akan
berlaku seperti tidak pulang bercuti kerana menghadiri program-program kecemerlangan pada cuti
hujung minggu dan beliau meminta agar cadangan lama perlu dikekalkan.
• Puan Nur Maya juga memohon pihak sekolah kekal dengan cadangan yang sedia ada.
• Puan Faizah merangkap AJK PIBG memohon pihak sekolah agar menyediakan kupon bas.
• PK Kokurikulum memaklumkan bahawa pungutan bayaran bas diuruskan oleh pihak koperasi
sekolah pada tahun 2020 ini. Beliau juga menjelaskan bahawa pihak koperasi akan berbincang
berkenaan usul tersebut.
• Encik Abdul Mutalib memohon ibubapa memberi masa kepada pihak koperasi sekolah untuk
mencari jalan penyelesaian yang terbaik.
• YDP memohon ibubapa mencapai kata sepakat bagi usul pungutan bas ini supaya dapat
memudahkan urusan pelajar dan pihak koperasi sekolah. Beliau memaklumkan hasil keputusan
kata sepakat ibubapa yang hadir iaitu pungutan bayaran bas adalah pada setiap kali pelajar
menaiki bas untuk pulang bercuti.
54
MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN
PIBG KALI KE-25 TAHUN 2020
USUL 2 : WAKTU KOKURIKULUM DITUKAR PADA WAKTU PAGI
• Encik Salehudin Bin Zakariyya memohon agar waktu kokurikulum ditukar kepada waktu pagi iaitu
pada jam 9.30 pagi kerana suhu/cuaca yang tidak panas dan sesuai untuk menjalankan aktiviti
kokurikulum tersebut.
• PK Kokurikulum memaklumkan kepada ibubapa terdapat 3 syarat dan prosedur yang perlu
dilakukan sebelum menukar waktu kokurikulum pada waktu pagi iaitu :
a) Cadangan tersebut perlu diusulkan dalam mesyuarat PIBG tetapi sebarang keputusan perlu
dibincangkan kerana pelaksanaan cadangan tersebut adalah pada tahun hadapan.
b) Waktu kokurikulum boleh masuk dalam jadual waktu pagi persekolahan.
c) Perlu memohon kelulusan dari pihak PPD.
• Beliau juga memaklumkan waktu kokurikulum adalah 3 jam pada setiap hari Rabu sama ada pada
jam 9.30 pagi hingga 12.30 tengah hari atau jam 3.15 petang hingga 6.15 petang.dan aktiviti
kokurikulum dilaksanakan bersama guru-guru sehingga waktu asar.
USUL 3 : MEMBERI KEBENARAN KEPADA IBUBAPA UNTUK NAIK DORM ANAK-ANAK
• Encik Salehudin Bin Zakariyya memohon agar ibubapa diberi kebenaran untuk naik ke dorm anak
untuk menambah baik keadaan semasa dorm anak-anak.
• Encik Mohd Faiz Bin Ahamad juga memohon agar ibubapa dapat naik ke dorm untuk membantu
anak mengangkat barang-barang sekiranya perlu.
• PK HEM memaklumkan bahawa ibubapa tidak dibenarkan untuk naik ke dorm kerana privasi
pelajar yang berada di dalam dorm tersebut perlu dijaga kecuali pada waktu cuti persekolahan.
• Beliau juga menjelaskan bahawa pelajar perlu memaklumkan kepada pihak warden asrama
terlebih dahulu jika perlu kepada penambahbaikan dorm.
• Beliau turut memaklumkan bahawa pihak sekolah telah memohon dari pihak JAIS untuk
menghantar almari baru bagi pelajar aspuri.
• Pihak asrama turut menyediakan exco asrama untuk membantu pelajar mengangkat barang-
barang sekiranya perlu.
55
MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN
PIBG KALI KE-25 TAHUN 2020
USUL 4 : PENYEDIAAN MESIN BASUH DI ASRAMA
• Encik Mohd Faiz Bin Ahamad mencadangkan agar pihak sekolah mengganti atau membaiki mesin
basuh yang rosak di asrama.
• PK HEM memaklumkan bahawa inisiatif warden untuk mencari perkhidmatan membaiki mesin
basuh dan pihak sekolah sedang mencari pusat dobi yang sesuai untuk pelajar asrama.
• Encik Salehuddin menjelaskan bahawa isu ini telah diutarakan pada mesyuarat PIBG sebelum ini
dan pihak PIBG telah sediakan bajet untuk pembelian mesin basuh.
• Encik Saiful memaklumkan bahawa ada peruntukan asrama untuk mesin basuh dan pihak sekolah
telah menyediakan mesin basuh yang berbayar.
• PK HEM juga menjelaskan bahawa mesin basuh yang disediakan tidak mampu digunakan dengan
lama disebabkan penggunaan yang kerap berikutan jumlah pelajar yang ramai dan pelajar diminta
untuk membasuh pakaian secara manual.
• Puan Rabiah memaklumkan bahawa beliau boleh mendapatkan 2 buah mesin basuh yang baru
untuk pelajar asrama iaitu sebuah untuk pelajar aspura dan sebuah untuk pelajar aspuri.
USUL 5: MEMBAIK PULIH SISTEM BEKALAN AIR DI SETIAPA ARAS BANGUNAN ASRAMA
• Encik Mohd Laaizi mencadangkan pihak sekolah membaik pulih sistem bekalan air di setiap aras
bangunan asrama.
• Pengetua memaklumkan penggunaan air secara serentak pada waktu kemuncak menyebabkan air
perlahan di asrama dan mencadangkan agar diwujudkan kolah di aspuri. Beliau memaklumkan
bahawa telah meminta JAIS untuk memasang pam tetapi tindakan masih belum diambil sehingga
kini
• Encik Mohd Laaizi mencadangkan supaya disediakan pam di asrama supaya air sentiasa laju.
• Encik Normala mencadangkan agar pihak sekolah menyediakan satu jumlah anggaran untuk
membaik pulih bekalan sistem air supaya boleh meminta sumbangan.
• Encik Abdul Mutalib mencadangkan agar diwujudkan tangki di bawah.
• Encik Tarmizi mencadangkan terus mengusulkan kepada Parlimen tentang isu beklan air ini.
56
MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN
PIBG KALI KE-25 TAHUN 2020
USUL 6: MENCADANGKAN YURAN PIBG DIBAYAR PADA HARI PENDAFTARAN AWAL TAHUN
• Pengetua menyatakan persetujuannya untuk yuran PIBG dibayar pada hari pendaftaran awal
tahun.
• S/U PIBG menyatakan tidak mahu kutipan PIBG dijalankan 2 kali.
• Encik Zamarizam menyatakan bahawa perlu mendapat kelulusan dari pihak tertentu.
• YDP memutuskan kutipan sumbangan PIBG dijalankan selepas mesyuarat agung PIBG.
USUL 7: MENGURANGKAN WAKTU PERSEKOLAHAN YANG TERLALU PANJANG
• Puan Rawiah Binti Hj Md Rusd memaklumkan anak beliau yang mengadu jadual persekolaan dan
jadual kelas tambahan yang terlampau padat yang mungkin akan menyebabkan stress kepada
pelajar dan menggangu emosi pelajar untuk belajar.
• PK Pentadbiran iaitu Puan Fauziah menerangkan tentang jadual persekolahan yang panjang
kerana penyelaran di antara kurikulum KBT dan KBD.
• PK Pentadbiran memaklumkan jadual kelas tambahan adalah tidak wajib tetapi atas dasar
keperluan bagi guru yang tidak dapat melaksanakan PDPC pada waktu pagi oleh sebab-sebab
yang tertentu.
• Waktu jadual persekolahan yang panjang adalah faktor disebabkan waktu 40 minit setiap masa
mata pelajaran dan waktu rehat yang panjang.
• Jadual waktu persekolahan yang baru akan menyusul yang akan dipendekkan kepada 30 minit
setiap masa mata pelajaran.
• PK Pentadbiran mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa kerana pemurah dan bekerjasama
dalam menyumbang kepada sekolah.
• Encik Mohd Faizal menerima cadangan usul yang telah dibahaskan dan membawa uslul tambahan
iaitu guru mengambil nama pelajar yang berpuasa sunat dan memberikan kepada pihak asrama.
57
MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN
PIBG KALI KE-25 TAHUN 2020
• Puan Nor Alifah Binti Rahmat mencadangkan penggunaan synitizer dan guru tingkatan 5 tekun
dengan kecemerlangan tingkatan 5 bagi menduduki peperiksaan SPM.
• Encik Mohd Laaizi Bin Kasbin membuat permohonan sekolah untuk dapatkan bas atau van bagi
kemudahan menghantar pelajar semasa aktiviti pelajar di luar sekolah dan meminta bantuan PIBG
untuk menyumbang kepada guru yang terlibat dengan kemalangan semasa menghantar pelajar.
• S/U PIBG mencadangkan untuk membeli satu van untuk pihak sekolah dengan menggunakan
tambahan duit dari sumbangan PIBG.
7. PEMILIHAN JURU AUDIT DALAMAN
• Jawatankuasa yang sedia ada dikekalkan.
8. MEMBENTANG, MENERIMA DAN MELULUSKAN PENYATA KEWANGAN PIBG 2019
• Bendahari membentangkan penyata kewangan PIBG 2019
• Encik Abdul Rahman menanyakan maksud bajet tahunan dan bendahari menerangkan merujuk
kepada jangkaan kita akan terima pada tahun tersebut.
• Encik Faizal Ibrahim meminta setiap bayaran termasuk resit/duit minyak ditunjukkan kepada ibu
bapa supaya penyata kewangan lebih telus.
• Encik Abdul Rahman memberi teguran kepada juruaudit untuk menyemak penyata kewangan
dengan teliti sebelum menandatanganinya.
• Encik Abdul Rahman menerima dan menyokong penyata kewangan PIBG 2019 dengan pindaan
pada jumlah Program Motivasi dan Aktiviti Pelajar.
58
MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN
PIBG KALI KE-25 TAHUN 2020
9. MEMBENTANG DAN MENERIMA CADANGAN SUMBANGAN PENGURUSAN AKTIVITI PIBG
2020
• S/U membentangkan cadangan sumbangan pengurusan aktiviti PIBG 2020 dan memaklumkan
terdapat pindaan pada bahagian motivasi kecemerlangan bagi memberi laluan kepada bahagian
Program Kecemerlangan berbanding tahun lepas.
• Encik Abdul Mutalib menerima dan menyokong cadangan sumbangan pengurusan aktiviti PIBG
2020.
10. MEMBENTANG, MENERIMA DAN MELULUSKAN ANGGARAN BELANJAWAN PIBG 2020
• Bendahari membentangkan anggaran belanjawan PIBG 2020.
• Encik Abdul Rahman menerima dan menyokong anggaran belanjawan PIBG 2020.
• Encik Afifi Luqman menyokong anggaran belanjawan PIBG dan mencadangkan agar
menyenaraikan program yang telah dilaksanakan atau tidak dilaksanakan.
11. PELANTIKAN AJK PIBG 2020/2021
• NYDP Encik Abdul Mutalib Bin Mat Shah mencadangkan YDP dikekalkan jawatannya.
• Puan Ummi Khalsum mencadangkan NYDP dikekalkan jawatannya.
• Mesyuarat bersetuju.
59
MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN
PIBG KALI KE-25 TAHUN 2020
12. PELANTIKAN AJK PIBKS 2020/2022
• S/U PIBG memaklumkan agar perlantikan dibuat secara dalam dan akan menghubungi AJK yang
akan dilantik.
13. UCAPAN PENANGGUHAN
• Mesyuarat ditangguhkan dengan Majlis Penutup.
• Mesyuarat ditangguhkan pada 1.15 tengah hari.
Disediakan oleh:
(MOHD ILHAM BIN RAFII)
Setiausaha PIBG
SAM Muhammadiah Pekan Sabak
Sesi 2020/2021
Disemak oleh:
(NOOR MAN BIN JAIDIN @ ABIDAN)
YDP PIBG
SAM Muhammadiah Pekan Sabak
Sesi 2020/2021
60
LAPORAN AKTIVITI &
SUMBANGAN TAHUNAN
PIBG TAHUN 2020
LAPORAN AKTIVITI & SUMBANGAN TAHUNAN
PIBG TAHUN 2020
1. PENDAHULUAN
Laporan ini meliputi aktiviti dan sumbangan PIBG SAM Muhammadiah Pekan Sabak yang
bermula pada awal Mac 2020. Sepanjang AJK PIBG ini dilantik mereka telah bekerjasama
dengan pihak sekolah dan memberi komitmen yang tinggi bagi menjayakan segala aktiviti yang
dirancang termasuklah dari segi ,akademik, sahsiah, kokurikulum dan meningkatkan prasarana
sekolah.
2. MESYUARAT AGUNG PIBG SESI 2019/2020
Mesyuarat Agung PIBG kali ke-25 telah diadakan pada 15 Feb 2020 pada hari Sabtu di Dewan
Kompleks Sekolah Agama Muhammadiyyah. Mesyuarat ini dihadiri oleh ibu bapa dan guru.
Mesyuarat ini telah bersetuju untuk mengekalkan AJK PIBG.
Penasihat : Haji Khirul Anuar bin Lakimin
Yang Dipertua : Haji Noor Man bin Abidan@Jaidin
Naib Yang Dipertua : Sr. Dr. Abdul Mutalib bin Aman Shah
Setiausaha : Encik Mohd Ilham bin Rafii (Lantikan Sekolah)
Bendahari : Encik Mohd Syamsulbahar bin Mohd Arshad (Lantikan Sekolah)
AJK Ibu Bapa : Puan Noor Faizah binti Adnan
AJK Guru Puan Maizatul Sahrina binti Mohd Busri
Encik Muhamad Hanafi bin Yusop
Juru Audit 1 Puan Norazila binti Roslan
Juru Audit 2 Encik Zakaria bin Md Deris
: Encik Saiful Mazuira bin Othman (Lantikan Sekolah)
Puan Norvidayu binti Mohd Noh Rawi (Lantikan Sekolah)
Puan Mas Azuraini binti Mohd Ratmin (Lantikan Sekolah)
Encik Mohamad Labib bin Mohamad Anuar (Lantikan Sekolah)
Encik Wan Mohd Fakhrudin bin Wan Yussof (Lantikan Sekolah)
: Puan Fauziah bte Mohmmed Saad
: Puan Nor Azlina binti Abdul Aziz
62
LAPORAN AKTIVITI & SUMBANGAN TAHUNAN
PIBG TAHUN 2020
3. MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA DAN KEHADIRAN AJK PIBG
Sepanjang sesi 2020/2021, AJK PIBG telah bermesyuarat sebanyak 6 kali. Mesyuarat tersebut
telah diadakan bagi merangka dan melaksanakan pelbagai aktiviti dan sumbangan PIBG. Hal
ini termasuklah menimbang dan memutuskan perkara dalam memberi bantuan kepada pihak-
pihak tertentu dalam usaha membiayai pelbagai program yang dianjurkan.
Tarikh dan mesyuarat AJK PIBG yang telah dijalankan adalah seperti berikut:
1. Mesyuarat AJK PIBG Bil. 1/2020 Tarikh : 15 Jun 2020
2. Mesyuarat AJK PIBG Bil. 2/2020 Tarikh : 9 Disember 2020
3. Mesyuarat AJK PIBG Bil. 3/2021* Tarikh : 5 Februari 2021
4. Mesyuarat AJK PIBG Bil. 4/2021* Tarikh : 9 April 2021
5. Mesyuarat AJK PIBG Bil. 5/2021# Tarikh : 8 September 2021
6. Mesyuarat AJK PIBG Bil. 6/2021# Tarikh : 5 Oktober 2021
Petunjuk :
*Mesyuarat secara hibrid (bersemuka dan dalam talian) #Mesyuarat secara dalam talian sepenuhnya
JADUAL KEHADIRAN AJK PIBG KE MESYUARAT AJK SESI 2020/2021
BIL. NAMA JAWATAN 15/6 9/12 5/2 9/4 8/9 5/10
1 Haji Khirul Anuar bin Lakimin Penasihat / / / / / /
2 Haji Noor Man bin Abidan Yang / / / / / /
@Jaidin Dipertua
3 Sr. Dr. Abdul Mutalib bin Aman Naib Yang / / / /0 /
Shah Dipertua
4 Encik Mohd Ilham bin Rafii Setiausaha / / / / / /
5 Encik Mohd Syamsulbahar bin Bendahari 0 / / / / /
Mohd Arshad
63
LAPORAN AKTIVITI & SUMBANGAN TAHUNAN
PIBG TAHUN 2020
JADUAL KEHADIRAN AJK PIBG KE MESYUARAT AJK SESI 2020/2021
BIL. NAMA JAWATAN 15/6 9/12 5/2 9/4 8/9 5/10
6 Puan Noor Faizah binti Adnan AJK / / / / 00
Ibu Bapa
7 Puan Maizatul Sahrina binti AJK / / / / / /
Mohd Busri Ibu Bapa
8 Encik Muhamad Hanafi bin AJK 0 0 / / 0 /
Yusop Ibu Bapa
9 Puan Norazila binti Roslan AJK 0 0 / / 00
Ibu Bapa
10 Encik Zakaria bin Md Deris AJK / 0 / / 00
Ibu Bapa
11 Encik Saiful Mazuira bin Othman AJK Guru / / / / 0 /
12 Puan Norvidayu binti Mohd Noh AJK Guru / / / / / /
Rawi
13 Puan Mas Azuraini binti Mohd AJK Guru / / / / / /
Ratmin
14 Encik Mohamad Labib bin AJK Guru 0 / / / 0 0
Mohamad Anuar
15 Encik Wan Mohd Fakhrudin bin AJK Guru 0 / / / / /
Wan Yussof
EX- OFFICIO TURUT HADIR
BIL. NAMA JAWATAN 15/6 9/12 5/2 9/4 8/9 5/10
1 Hajah Fauziah bte Mohmmed PK1 / / / / / /
Saad
2 Puan Suraya binti Abdul Ghaffar PK HEM / / /---
hingga Mac
3 Encik Sahrul bin Tahiri PK HEM - - - / / /
mulai April
4 Haji Mohd Sharuddin bin Jamal PK 0 / / / / /
Kokurikulum
5 Hajah Haslinda binti Masian PK 0 / / / 0 0
Tingkatan 6
0 : Tidak hadir bersebab
- : Tidak perlu hadir mesyuarat
64
LAPORAN AKTIVITI & SUMBANGAN TAHUNAN
PIBG TAHUN 2020
4. AKTIVITI DAN SUMBANGAN INFAQ PIBG SESI 2020/2021
Laporan ini meliputi aktiviti dan sumbangan PIBG SAM Muhammadiah Pekan Sabak yang
bermula pada awal Mac 2020. Sepanjang AJK PIBG ini dilantik mereka telah bekerjasama
dengan pihak sekolah dan memberi komitmen yang tinggi bagi menjayakan segala aktiviti yang
dirancang termasuklah dari segi ,akademik, sahsiah, kokurikulum dan meningkatkan prasarana
sekolah.
4.1 Menyumbang peruntukan sebanyak RM1350.00 untuk Projek Naik Taraf Lantai Konkrit
Garaj Dataran Perhimpunan Sekolah.
4.2 Membiayai perbelanjaan sebanyak RM300.00 untuk pengurusan dewan besar iaitu
pembelian mikrofon.
4.3 Menyumbang peruntukan sebanyak RM380.00 untuk pengurusan dewan besar iaitu
sistem siaraya.
4.4 Membiayai perbelanjaan sebanyak RM200.00 untuk baik pulih segera sistem perpaipan
tandas sekolah.
4.5 Menyumbang peruntukan sebanyak RM2078.00 untuk Projek Naik Taraf Bilik Ibnu
Batutah yang lengkap untuk kegunaan murid-murid dan guru-guru.
4.6 Menaiktaraf prasarana untuk keperluan dan kebajikan murid-murid serta membiayai
pembelian kerangka besi untuk tujuan keselamatan peralatan PIBG sebanyak
RM1280.00 (Projek Penyediaan Sistem Penapisan Air Coway).
4.7 Menyumbang peruntukan sebanyak RM1100.00 untuk Projek Naik Taraf Bilik Kesihatan
Sekolah bagi menjamin keselesaan murid ketika mendapatkan rawatan selaras dengan
SOP yang telah ditetapkan.
4.8 Menampung sebahagian belanjawan bagi pertandingan Bilik Terapeutik kategori Bilik
Rehat lokasi di Unit Peperiksaan sebanyak RM2000.00. Berjaya mendapat
Penganugerahan Bilik Rehat 5 Bintang peringkat negeri Selangor.
4.9 Menampung sebahagian belanjawan bagi pertandingan Bilik Terapeutik kategori Ruang
Rehat lokasi di Bilik Guru Kanan Mata Pelajaran sebanyak RM2000.00. Berjaya
dinobatkan sebagai Ruang Rehat Efektif 5 Bintang peringkat negeri Selangor.
4.10 Menaiktaraf prasarana sistem pendawaian elektrik untuk tujuan keselamatan dan
keperluan murid-murid di Bilik ICT sebanyak RM230.00.
4.11 Pembelian kepala surat rasmi Persatuan Ibu Bapa dan Guru sebanyak RM250.00.
4.12
Membiayai perbelanjaan Program Peningkatan Kecemerlangan – Modul Gemilang
semasa PKPB sebanyak RM267.00.
65
LAPORAN AKTIVITI & SUMBANGAN TAHUNAN
PIBG TAHUN 2020
4. AKTIVITI DAN SUMBANGAN PIBG SESI 2020/2021 (SAMBUNGAN)
4.13 Membiayai perbelanjaan sebanyak RM174.00 untuk baik pulih segera sistem perpaipan
4.14 tandas dewan.
Membiayai pembayaran elaun warden asrama lantikan sementara – Puan Farhana binti
Khalillullah sebanyak RM600.00.
4.15 Menampung sebahagian perbelanjaan membeli hadiah untuk Majlis Anugerah Kualiti
Sekolah sebagai penghargaan kepada guru-guru sebanyak RM1500.00.
4.16 Pembiayaan perbelanjaan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke-25 Tahun 2020
sebanyak RM2611.00.
4.17 Pembelian Fail Pengurusan, Buku Resit dan Peti Simpanan PIBG sebanyak RM115.00.
4.18 Pemulangan bayaran terlebih bayar Sumbangan PIBG sebanyak RM100.00 (Aiman 3,
Ibnu Khaldun 2020).
4.19 Pembayaran jamuan Mesyuarat AJK PIBG sebanyak RM330.00.
4.20 Pembiayaan pengurusan Mesyuarat AJK PIBG sebanyak RM200.00.
4.21 Jumlah perbelanjaan keseluruhan Infaq PIBG sehingga 31 Disember 2020 sebanyak
RM17,065.00.
5. PENUTUP
PIBG 2020/2021 mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat
dalam menjayakan semua program anjuran PIBG dan sekolah sepanjang tahun 2020/2021.
Tanpa pemuafakatan tenaga daripada pelbagai pihak sudah pasti setiap program yang
dijalankan tidak mencapai objektifnya. Diharapkan PIBG akan terus bergerak seiring dengan
pihak sekolah merancang dan melaksanakan pelbagai program untuk kebaikan pelajar sekaligus
meningkatkan prestasi dan kecemerlangan murid dan sekolah.
Disediakan oleh:
(MOHD ILHAM BIN RAFII)
Setiausaha PIBG
SAM Muhammadiah Pekan Sabak
Sesi 2020/2021
65
LAPORAN
KEWANGAN
PIBG BERAKHIR
31 DISEMBER 2020
LAPORAN KEWANGAN PIBG BERAKHIR
31 DISEMBER 2020
LAPORAN KEWANGAN
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SAM MUHAMMADIAH PEKAN SABAK
BERAKHIR 31 DISEMBER 2020
BUTIRAN RM RM RM
BAKI AWAL
10,752.58
PENERIMAAN
Infaq Ibu Bapa dan Guru 17,155.00 17,241.45
Penerimaan Pinjaman 0.00 27,994.03
Hibah
86.45
JUMLAH
PEMBAYARAN 600.00 5,706.00
250.00
1. AKTIVITI & PENGURUSAN PIBG 2,611.00 11,092.00
1,500.00 267.00
1.1.Sagu Hati Elaun Warden Angkat Asrama 115.00 0.00
1.2 Pengurusan PIBG 330.00 0.00
1.3 Mesyuarat Agung Tahunan 2020 200.00
1.4 Majlis Anugerah Kualiti 2020 100.00
1.5 Fail Pengurusan, Buku Resit
1.6 Jamuan Mesyuarat AJK PIBG 1,350.00
1.7 Pengurusan Mesyuarat AJK PIBG 300.00
1.8 Pemulangan Semula Sumbangan PIBG 380.00
2. PEMBANGUNAN INFRASTRUKTUR 200.00
2.1.Projek Naik Taraf Lantai Konkrit Garaj 2,078.00
2.2 Pembelian Mikrofon Dewan 1,280.00
2.3 Pembelian Sistem Siaraya Dewan 1,100.00
2.4 Projek Baik Pulih Sistem Paip Tandas Sekolah 2,000.00
2.5 Projek Naik Taraf Bilik Ibnu Batutah 2,000.00
2.6 Projek Grill Penapis Air Coway
2.7 Projek Naik Taraf Bilik Kesihatan Sekolah 230.00
2.8 Pertandingan Bilik Rehat 174.00
2.9 Pertandingan Ruang Rehat
2.10 Projek Baik Pulih Pendawaian Elektrik Bilik ICT 17,065.00
2.11 Projek Baik Pulih Sistem Paip Tandas Dewan 10,929.00
3. PROGRAM MOTIVASI & AKTIVITI PELAJAR 27,994.03
Pinjaman
Caj Bank
BAKI AKHIR
JUMLAH
68
LAPORAN KEWANGAN PIBG BERAKHIR
31 DISEMBER 2020
RUMUSAN BAKI AKAUN-AKAUN SEHINGGA 31 DISEMBER 2020
BIL. BUTIR AKAUN BAKI WANG WANG BAKI
AWAL MASUK KELUAR AKHIR
(RM) (RM)
(RM) (RM)
1 Infaq PIBG 10,752.58 17,241.45 17,065.00 10,929.03
2 Program Kecemerlangan 4,628.39 30,590.00 20,543.20 14,675.19
3 Motivasi Kecemerlangan 3,876.10 3,346.00 8,095.00 -872.90
4 Kebajikan Pelajar 10,605.31 6896.34 11,303.00 6,198.65
5 Hari Kecemerlangan Pelajar 9.05 3,080.00 6,000.90 -2,911.85
6 Kecemerlangan Kokurikulum 5,822.39 15,915.00 17,535.24 4,202.15
7 Pembangunan Keceriaan 59.47 2,676.00 1,160.00 1,575.47
8 Pengurusan Peperiksaan 7,579.10 10,165.00 10,533.60 7,210.50
3,816.63 3,945.00 942.82 6,818.81
9 Nota/Latihan
(Sarana Ibu Bapa)
10 Kebajikan Asrama 13,221.51 16,735.00 15,600.00 14,356.51
(Pelajar Asrama)
11 Aktiviti Tingkatan 6 59.00 3,000.00 405.00 2,654.00
JUMLAH 60,429.53 113,589.79 109,183.76 64,835.56
Disediakan oleh:
(MOHD SYAMSULBAHAR BIN MOHD ARSHAD)
Bendahari PIBG
Disemak oleh: (NOR AZLINA BT ABDUL AZIZ)
Juru Audit 2
(FAUZIAH BTE MOHMMED SAAD)
Juru Audit 1
69
USUL-USUL
MESYUARAT AGUNG
TAHUNAN PIBG
TAHUN 2021
USUL-USUL MESYUARAT AGUNG TAHUNAN
PIBG TAHUN 2021
BIL. USUL IBU BAPA PENCADANG JAWAPAN
1. TAJUK : KELAS PEMULIHAN Nama : KAMARUDDIN Unit Kurikulum telah
Mencadangkan kelas pemulihan BIN ABAS merancang program
dilaksanakan bagi ulangkaji Nama Anak : peningkatan akademik
STAM dimulai dengan secepat AMIR IRSYAD BIN dan kelas-kelas
mungkin selepas pelajar kembali KAMARUDDIN tambahan / pemulihan
ke sekolah. Kelas Anak : dan akan dijalankan
6 SYAFIE bermula sesi bersemuka
18 Oktober 2021.
2. TAJUK : KELAS TAMBAHAN Nama : Pihak sekolah amat
DALAM TALIAN KERJASAMA FAIZAL BIN YAHAYA mengalu-alukan
GLC KERAJAAN NEGERI Nama Anak : FARHANI sebarang jalinan
Mencadangkan agar pihak NAJIHAH BINTI kerjasama bersama GLC
sekolah bekerjasama FAIZAL kerajaan seperti
mengadakan kerjasama tuisyen Kelas Anak : Universiti Selangor dan
online untuk kelas-kelas 1 IBNU RUSHD Yayasan Selangor.
Tingkatan 5 atau Tingkatan 3
dengan GLC kerajaan negeri
Selangor seperti Universiti
Selangor dan Yayasan Selangor.
3. TAJUK : PDPR Nama : 1. Pihak sekolah
1. Mencadangkan pihak MAIZATUL SAHRINA mewajibkan murid
sekolah untuk mewajibkan BT MOHD BUSRI membuka kamera
anak-anak untuk buka Nama Anak : semasa PdPR. Ibu
kamera sepanjang kelas NORMAIZAN IZYAN bapa diharap dapat
supaya lebih fokus dan lebih BT MOHD ZAINIZAN mengingatkan anak-
bersedia semasa PdPR. Kelas Anak : anak untuk tujuan
2. Mencadangkan diselitkan 4 IBNU SINA tersebut.
sesi motivasi mingguan 2. UBK akan terus
yang menyentuh menjalankan motivasi
jiwa/emosi/tingkah dan intervensi yang
laku/tahap fokus belajar dan telah dirancang
lain-lain. kepada semua murid.
4. TAJUK : KOPERASI ASRAMA Nama : Koperasi Sekolah akan
Memohon buka semula kedai MOHD HATA BIN bekerjasama dengan
koperasi asrama untuk RAMLI Unit Asrama untuk
memudahkan anak asrama Nama Anak : menyediakan semua
mendapatkan barang keperluan MUHAMMAD HAZIQ kemudahan dan
harian sekiranya perlu. BIN MOHD HATA keperluan murid-murid
Kelas Anak : asrama.
3 IBNU SINA
71
USUL-USUL MESYUARAT AGUNG TAHUNAN
PIBG TAHUN 2021
BIL. USUL IBU BAPA PENCADANG ULASAN
5. TAJUK : MEJA PING PONG Nama : Pihak sekolah bersetuju
Menambah meja ping pong untuk MOHD AZNAM BIN untuk menambah meja
riadah. SANMEHAD ping pong untuk
Nama Anak : AMIRUL kegunaan aktiviti riadah.
HAKIM BIN MOHD
AZNAM
Kelas Anak :
4 IBNU KHALDUN
6. TAJUK : SUMBANGAN PIBG Nama : Infaq PIBG pada tahun
Yuran PIBG dibahagikan kepada KAMARUZZAMAN BIN 2021 adalah
2 kategori seperti yuran makan MOHAMAD dicadangkan sebanyak
asrama mengikut pendapatan isi Nama Anak : ASMA' RM100.00 untuk setiap
rumah/tanggungan. ALMAS NAWWARAH keluarga
BINTI
KAMARUZZAMAN
Kelas Anak :
2 IBNU SINA
BIL USUL PIBG CATATAN
1. USUL PIBG Lampiran 1
YDP PIBG mengusulkan :
1.1 Infaq PIBG Tahun 2021 bagi satu keluarga adalah
sebanyak RM100.00
1.2 Kutipan Infaq PIBG bagi sesi 2022/2023 boleh dikutip
bermula pada hari pendaftaran murid berdasarkan nilai
sumbangan tahun sebelumnya.
Sekiranya ada perubahan jumlah bayaran 2022 maka
kutipan tambahan akan dilaksanakan selepas MAT PIBG.
72
USUL-USUL MESYUARAT AGUNG TAHUNAN
PIBG TAHUN 2021
BIL USUL PIHAK SEKOLAH CATATAN
2. USUL KURIKULUM
Hajah Fauziah bte Mohmmed Saad@ Shahrom
Penolong Kanan,
SAM Muhammadiah
Memohon supaya pihak PIBG dapat meluluskan perbelanjaan
aktiviti-aktiviti peningkatan prestasi yang telah dirancang.
Perbelanjaan adalah tertakluk kepada keperluan semasa
sewaktu aktiviti tersebut dilaksanakan. Aktiviti-aktiviti yang
dirancang adalah seperti berikut:
1. Majlis Aku Janji dan Penetapan Target
2. Kelas Pemantapan Akademik
3. Perkampungan Ilmu (aktiviti dalam cuti sekolah)
4. Seminar-seminar Akademik
5. Bengkel Teknik Menjawab
6. Program Kecemerlangan Tahfiz
7. Program Temani Kami
8. Dialog Prestasi
9. Hari Kecemerlangan Pelajar & Graduasi
10. Program Sederap SAMMPS Terbilang
11. Program Kecemerlangan SMA & STAM
12. Program Gempur 3,4,5 dan 6
13. Jelajah Headcount SPM
14. Ke Puncak Jaya (Bimbingan Intensif Teknik Menjawab
soalan terpilih, sebelum peperiksaan SPM)
15. Modul Gemilang SMA, SPM, STAM
16. Lain-lain program dan aktiviti
peningkatan prestasi akademik yang difikirkan perlu
dilaksanakan dari semasa ke semasa.
73
USUL-USUL MESYUARAT AGUNG TAHUNAN
PIBG TAHUN 2021
BIL USUL PIHAK SEKOLAH CATATAN
3. USUL HAL EHWAL MURID
Encik Sahrul bin Tahiri,
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
SAM Muhammadiah
Memohon supaya pihak PIBG dapat meluluskan perbelanjaan
aktiviti-aktiviti pembentukan sahsiah dan disiplin murid yang
telah dirancang.
Perbelanjaan adalah tertakluk kepada keperluan semasa
sewaktu aktiviti tersebut dilaksanakan. Aktiviti-aktiviti yang
dirancang adalah seperti berikut:
1. Watikah Pelantikan Pemimpin Murid
2. Perkhemahan Pemimpin Murid Norma Baharu
3. Program Pembimbing Rakan Sebaya
4. Perkhemahan Asrama Norma Baharu
5. Kursus Ketua dan Penolong Kelas Norma Baharu
6. Program Kerjaya
7. Pameran Kerjaya
8. Anugerah Kecemerlangan HEM
9. Program Motivasi Unit Bimbingan dan Kaunseling
10. Program Ziarah Cakna
11. Program Sekolah Penyayang
12. Program Minda Sihat
13. Program PPDa
14. Program Restu Ilmu dan Pecutan Akhir
15. Program Pembangunan Kecemerlangan Asrama
16. Lain-lain program dan aktiviti HEM yang difikirkan perlu
dilaksanakan dari semasa ke semasa.
74
USUL-USUL MESYUARAT AGUNG TAHUNAN
PIBG TAHUN 2021
BIL USUL PIHAK SEKOLAH CATATAN
4. USUL KOKURIKULUM
Haji Mohd Sharuddin bin Jamal
Penolong Kanan Kokurikulum,
SAM Muhammadiah
Memohon supaya pihak PIBG dapat meluluskan perbelanjaan
aktiviti-aktiviti berkaitan program kokurikulum yang telah
dirancang.
Perbelanjaan adalah tertakluk kepada keperluan semasa
sewaktu aktiviti tersebut dilaksanakan. Aktiviti aktiviti yang
dirancang adalah seperti berikut:
1. Kejohanan Merentas Desa Dalam Talian
2. Kursus Pengurusan dan Organisasi Kokurikulum
3. Pertandingan Kawad Kaki Badan Beruniform
4. Perkhemahan Tahunan Dalam Talian
5. Kejohanan Balapan dan Padang Dalam Talian
6. Karnival Kokurikulum Dalam Talian
7. Majlis Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum 2021
8. Watikah Pelantikan MPKP
9. Pembiayaan penyertaan murid ke semua peringkat
kejohanan anjuran PPD, JPN, KPM, JAIS, JAKIM dan lain-lain
agensi yang berkaitan.
10. Lain-lain program dan aktiviti kokurikulum yang difikirkan
perlu dilaksanakan dari semasa ke semasa.
75
USUL-USUL MESYUARAT AGUNG TAHUNAN
PIBG TAHUN 2021
BIL USUL PIHAK SEKOLAH CATATAN
5. USUL PENGURUSAN TINGKATAN ENAM
Hajah Haslinda binti Masian,
Penolong Kanan Tingkatan Enam,
SAM Muhammadiah
Memohon supaya pihak PIBG dapat meluluskan perbelanjaan
aktiviti-aktiviti berkaitan program kecemerlangan akademik dan
kokurikulum yang telah dirancang.
Perbelanjaan adalah tertakluk kepada keperluan semasa
sewaktu aktiviti tersebut dilaksanakan. Aktiviti-aktiviti yang
dirancang adalah seperti berikut :
1. Majlis Penetapan Target
2. Kelas Pemantapan Akademik
3. Bengkel Teknik Menjawab
4. Program Kecemerlangan STAM
5. Seminar-seminar Pendidikan anjuran agensi luar (Peringkat
PPD, JPN, KPM, Universiti, negeri dan kebangsaan)
6. Lain-lain program peningkatan prestasi yang dianjurkan
mengikut keperluan dari semasa ke semasa.
76
AHLI JAWATANKUASA
PIBG SESI 2021/2022
AHLI JAWATANKUASA PIBG
SESI 2021/2022
1 YANG DIPERTUA (Ibu Bapa)
2 NAIB YANG DIPERTUA (Guru)
3 SETIAUSAHA
4 BENDAHARI 78
AHLI JAWATANKUASA (IBUBAPA)
5
6
7
8
9
AHLI JAWATANKUASA (GURU)
10
11
12
13
14
JURU AUDIT
15
16
LAMPIRAN 1
USUL SUMBANGAN AKTIVITI
PIBG SAM MUHAMMADIAH PEKAN SABAK
TAHUN 2021
Tingkatan
Bil. Perkara 123456
RM RM RM RM RM RM
1. Infaq PIBG* 100 100 100 100 100 100
2. Program Kecemerlangan 000000
3. Motivasi Kecemerlangan 000000
4. Kebajikan Pelajar 000000
5. Hari Kecemerlangan Pelajar 000000
6. Kecemerlangan Kokurikulum 000000
7. Pembangunan Keceriaan 000000
8. Pengurusan Peperiksaan 000000
9. Nota/Latihan (Sarana Ibu Bapa) 000000
10. Kebajikan Asrama (Pelajar Asrama) 0 0 0 0 0 0
11. Aktiviti Tingkatan 6 - - - - -0
JUMLAH SUMBANGAN MENGIKUT
TINGKATAN TAHUN 2021
Bil. Perkara Tingkatan
123456
1. Pelajar Asrama RM RM RM RM RM RM
2. Pelajar Luar 100 100 100 100 100 100
100 100 100 100
*Kolum Infaq PIBG, sekiranya ahli memiliki lebih daripada seorang anak yang belajar
di SAM Muhammadiah, bayaran hanya sekali sahaja mewakili semua, iaitu melalui
anak yang paling dewasa.
79
LAMPIRAN 2
KAEDAH PEMBAYARAN SUMBANGAN
PIBG SAM MUHAMMADIAH
TAHUN 2021
1205 6010 0217 66
BANK ISLAM
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SAM MUHAMMADIAH PEKAN SABAK
1. KAEDAH 1 : PEMBAYARAN SECARA TUNAI
Bayaran tunai melalui anak tuan / puan terus kepada Bendahari PIBG
(Cikgu Mohd Syamsulbahar bin Mohd Arshad) 019-2523725.
2. KAEDAH 2 : KAUNTER BANK ISLAM
Deposit ke Akaun PIBG menggunakan slip pembayaran Bank Islam
melalui kaunter. Pembayar perlu mengisi slip pembayaran yang
disediakan di Bank Islam dan membayar terus melalui kaunter di Bank
Islam.
3. KAEDAH 3 : PEMBAYARAN DALAM TALIAN
Pembayar mestilah menyatakan nama anak dan kelas di bahagian
rujukan / maklumat tambahan.
80
SEKALUNG
BUDI
PENGHARGAAN DAN JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA:
Yang Berhormat Datuk Rizam bin Ismail
Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor
Kawasan Sungai Air Tawar
Pegawai Pendidikan Daerah
Pejabat Pendidikan Daerah Sabak Bernam
Pengetua
SAM Muhammadiah Pekan Sabak
Yang Dipertua PIBG
SAM Muhammadiah Pekan Sabak
Ahli Jawatankuasa PIBG
SAM Muhammadiah Pekan Sabak
Sesi 2020/2021
Guru-guru Penolong Kanan SAM Muhammadiah Pekan Sabak
Guru-guru Kanan Matapelajaran SAM Muhammadiah Pekan Sabak
Guru-guru serta Kakitangan SAM Muhammadiah Pekan Sabak
Ibu bapa dan penjaga murid-murid SAM Muhammadiah Pekan Sabak
Murid-murid SAM Muhammadiah Pekan Sabak
Semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan
majlis ini.
81