The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Siti Fatimah, 2020-03-04 10:56:02

buku panduan umrah

buku panduan umrah

BAB 1
PENGERTIAN UMRAH

Bahasa Ziarah

Syara’ Mengunjungi baitullah
(kaabah al-musyarrafah)
untuk mengerjakan ibadah
umrah dengan niat dan
syarat tertentu

Hukum Ziarah dan Kelebihannya :
Ulama telah bersepakat mengatakan bahawa menziarahi Baginda SAW
adalah sebesar-besar usaha mendekatkan diri kepada Allah dan sebaik-baik
ketaatan. Orang yang menziarahi juga hendaklah berniat menziarahi masjid
baginda kerana baginda telah bersabda bahawa sembahyang di dalamnya
lebih baik dari seribu sembahyang di tempat yang lain melainkan
Masjidilharam.

Diriwayatkan daripada Rasulullah s.a.w. :
Janganlah kamu bersusah payah untuk musafir melainkan ke tiga buah
masjid: Masjidilharam, masjidku ini dan Masjidilaqsa.

Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r. a katanya:
Rasulullah s.a.w bersabda:
Sesiapa yang menziarahi maqamku, pasti dia mendapat syafaatku

Panduan Perjalanan Ketika Melakukan Umrah Dan Haji



Umrah ialah Haji kecil, ia diambil dari perkataan al-I'timar iaitu (ziarah). Orang
yang mengerjakan Umrah akan berniat Ihram Umrah dari miqat, mengerjakan
Tawaf Qudum, bersaie dan seterusnya bertahallul dari Ihramnya dengan
bercukur atau bergunting.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r. a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:
"Umrah ke Umrah yang berikutnya menjadi penebus dosa yang dilakukan di
antara keduanya manakala Haji yang mabrur pula tidak ada balasan selain
syurga."

Diriwayatkan daripada Jabir r. a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:
"Jemaah Haji dan Umrah adalah rombongan Allah, jika mereka berdoa kepada
Nya, Dia akan memustajabkan doa mereka dan sekiranya mereka memohon
ampun daripadaNya, Dia akan mengampunkan mereka."

SUNAT SEMASA IHRAM

 Memakai pakaian ihram yang berwarna putih,manakala lelaki dikehendaki
memakai selipar iaitu yang kelihatan tumit kaki dan jari-jari kaki

 Kemudian mengerjakan solat sunat ihram dengan niat
“sahaja aku solat sunat ihram dua rakaat kerana allah taala”
Dibaca pada rakaat pertama selepas surah al-fatihah surah al-kafirun dan
pada rakaat kedua selepas surah al-fatihah surah al-ikhlas.

Rukun Umrah

Ihram

Pakai pakaian ihram. Lelaki harus terdiri daripada 2 lembar kain yang tidak
berjahit manakala pakaian ihram wanita lebih bebas namun disunatkan berwarna
putih, menutup aurat wanita dan tidak berjahit. Pakaian ini dipakai untuk menuju
ke masjidil Haram untuk tawaf, sai, tahallul dan tertib.

Tawaf

Mengelilingi kaabah 7 pusingan. Niat tawaf adalah :
“Aku berniat Tawaf Umrah di Ka’abah ini tujuh pusingan kerana Allah
Taala”.

Syarat sah tawaf:

 Suci dari hadas kecil (berwuduk) dan hadas besar.
 Badan suci dari najis.
 Menutup aurat.
 Dimulai dari belakang hajarul Aswad dan diakhiri dengan melangkah garisan

yang sama.
 Dilakukan diluar Kaabah tetapi di dalam Masjidil Haram.
 Tidak boleh menyentuh mana-mana bahagian Kaabah semasa tawaf.
 Tidak boleh menggunakan laluan di bawah pancur emas antara Hijr Ismail

dengan Ka’abah (kerana Hijr Ismail juga dikira sebahagian daripada Ka’abah).
 Laluan tawaf hendaklah bersih dari najis.
 Tujuh pusingan dengan sempurna dan yakin.
 Mengirikan Kaabah atau mengelilingi melawan jam.

Setelah selesai tawaf, di sunatkan sembahyang tawaf di ruang sembahyang
yang disediakan untuk melakukan rukun umrah ke tiga iaitu sai.

Saie

Berjalan berulang alik dari bukit Safa ke bukit Marwah sebanyak 7 kali.

Syarat sah saie harus dilakukan selepas tawaf dan bertujuan hanya untuk saie.
Perjalan dimulai dengan bukit Safa dan tamat di Bukit Marwah mencukupi
sebanyak 7 kali. Kemudian setelah selesai saie , kemudian bolehlah bertahallul
dengan menggunting sebahagian rambut(digunting oleh orang yang sudah
bertahallul) atau ke kedai gunting.

Tahalul

Apabila sudah selesai memotong rambut sekurang-kurangnya 3 helai , afdhal
bagi lelaki untuk bercukur kepala. Dan bagi yang tiada rambut dikepala pula ,
sudah memadai melalukan pisau di kulit kepala.

Tahallul bagi wanita atau perempuan yang berambut panjang boleh memotong
mana-mana bahagian rambutnya asalkan tidak kurang dari 3 helai. Suami boleh
menggunting rambut isterinya sebelum menggunting rambutnya sendiri selepas
kedua-duanya selesai Sai’e umrah. Tetapi sebaik-baiknya suami menggunting
rambutnya dulu.

Tertib

Melakukan rukun umrah ikut turutan. Kita perlu ikut tertib umrah dari niat
sampailah bercukur. Jika sudah selesai umrah barulah boleh menanggalkan baju
ihram dan tamatlah pantang larang dalam ihram. Kemudian , boleh melakukan
tawaf sunat atau umrah yang berikutnya.

Niat Ihram Di Miqat

.

LARANGAN SEMASA IBADAH UMRAH

1

Memakai pakaian berjahit,bersarung seperti
baju,seluar,kasut dan lain-lain

2

Menutup semua atau sebahagian kepala

Larangan Semasa
Ihram

RUKUN –RUKUN
UMRAH

RUKUN UMRAH

Masa mengerjakan umrah

Ibadah Ini Boleh Dilakukan Sepanjang Tahun Kecuali
Semasa Mengerjakan Ibadah Haji

NOTA

Senarai Barang Yang Harus Dibawa Semasa Ibadah Umrah

 Jubah
Carilah jubah untuk dipakai di Mekah nanti, dengan poket yang agak
dalam dan berzip (kalau boleh). Ini amat berguna apabila keluar dari
hotel untuk masjid/ziarah dll, purse, cermin mata, tuala kecil, kunci boleh
di letakkan dalam poket. Sediakan jubah dibawah paras lutut untuk pakai
sembahyang terutamanya wanita untuk kelihatan lebih sopan

 Stokin
Pakai yang berwarna hitam atau sekiranya berwarna putih, dapatkan
sarung stokin, apabila sampai di masjid, buka sarung ini dan pakai yang
putih sahaja.

 Selipar Jepun
Bawa selipar untuk dipakai di bilik air dan beli yang murah sahaja.
Sekiranya uncang kasut tidak disediakan oleh ejen, buat sendiri dan
tanda nama – initials. Apabila masuk ke masjid, keluarkan uncang dari
poket jubah atau beg sandang dan masukkan selipar ke dalam uncang
tadi. Semasa sembahyang letakan uncang ini di hadapan sejadah
sebelah kiri ataupun kanan. Ingat, tandakan nama anda pada selipar
yang dibawa untuk mengelakkan kehilangan!

 Surah Yassin
Bawa yang kecil untuk dibaca semasa wuquf. Qiyamullail berjemaah
juga di adakan semasa wuquf .

 Sejadah Kecil
Boleh digunakan apabila tiada ruang di masjid ataupun ketika melawat
masjid lain kerana sesetengah karpet di sana kotor dan berdebu. Sekira
tiada, pakai sahaja tuala kecil.

 Tag Nama Bagasi
Tulis/taip dengan terang di sekeping kertas A4 : alamat hotel, No
penerbangan, No Bas dan No. Bilik (sekiranya tahu) di Mekah dan
Madinah. Buat juga untuk alamat rumah di Malaysia utk digunakan
digunakan semasa pulang nanti. Laminate kesemua. Yang beralamat
rumah, boleh ditampal di kotak yang hendak di pos dari Mekah/Madinah
ke Malaysia.

 Toiletries
Bawa sabun mandi yang mengandungi pelembab seperti Seba-Med, dll.,
kerana kulit akan menjadi kering. Air di Mekah/ Madinah ialah ‘treated
sea water’ untuk kegunaan harian selain dari untuk minum. Bawa ubat
gigi dan shampoo secukupnya dari Malaysia. Harganya lebih murah
berbanding yang di jual di Mekah/Madinah.

 Beg Sandang

Bawa beg ini setiap kali ke masjid. Barang-barang yang perlu dibawa
ialah:

Buku sembahyang sunat
Tasbih
Botol ‘Spray’ Air (saiz kecil) – untuk ambil air wuduk
Tuala Kecil – untuk melapik jubah semasa air wuduk
Kad Kesihatan – untuk kecemasan
Kad Pengenalan yang disediakan oleh Agensi Pelancongan– untuk
pengesahan diri sekiranya tersesat
Kad Alamat Hotel – sekiranya sesat tunjukkan alamat hotel
Beg Plastik
Bawa beg plastik – Giant/Jusco dll untuk merendam kain maka tidak
perlu beli baldi. Sebelum tidur malam rendam pakaian dalam beg plastik,
letak bawah sink. Lepas breakfast boleh basuh.

 Penyangkut Baju
Bawa 5- 6, untuk menyangkut pakaian, telekung, tuala dan juga untuk
mengeringkan pakaian di dalam bilik air dan apabila pakaian kering air
(lembap) gantung di bawah ‘air-cond’ supaya cepat kering.

 Ubat-Ubatan

Bawa Strepsils, Fisherman’s Friend, Hacks, Lozenges, Woods
Peppermint, Panadol, Bactidol (untuk sakit tekak) Vicks,minyak cap
kapak,dll dari Malaysia. Di Mekah/Madinah, harganya agak mahal. Elok
juga bawa ubat untuk cirit-birit, ubat batuk (batuk kering dan batuk
berkahak) dari doktor di Malaysia. Bawa juga asam jawa untuk di minum
sekiranya tekak gatal.

 Botol Spray
Sesetengah masjid di sana, orang terlalu ramai ataupun tiada air
langsung dalam bilik air. Bawa botol spray apabila ke masjid untuk
mengambil wuduk. Ianya lebih senang/selesa daripada air dalam botol

mineral. Bagi wanita, longgarkan telekung dan tutup kepala dengannya,
lapik di atas riba tuala kecil dan ambil wuduk.

 Botol Air Travel-Friendly
Air masak dan bahan untuk membuat air disediakan oleh pihak hotel
Mekah/Madinah. Eloklah bawa mug/tupperware dengan tutup untuk
menggelakkan air tertumpah di dalam lif. Banyak insiden ini berlaku
dalam lift yg selalu penuh sesak selepas waktu makan, dan jemaah bawa
air milo/kopi utk minum dari dewan makan ke bilik tertumpah dan kena
pada jemaah yang lain.

 Moisturiser & Lip Balm
Udara di sana kering dan panas terik, jadi bawa dan pakai lebih-lebih
apabila hendak tidur malam dan siang hari.Elakkan beli yg mempunyai
wangian (takut terpakai semasa dalam ihram!)

 Cracked Heel Balm
Anda akan berjalan dengan banyak sepanjang ibadah umrah. Bawa
cracked heel balm untuk di sapu di kaki supaya lembab dan tapak kaki
tidak pecah. Boleh dibeli di farmasi berdekatan seperti Watsons dan
Guardian.

 Cermin Mata Hitam
Sekiranya kawasan dalam masjid penuh ketika waktu solat Zohor atau
Asar, and mungkin harus menunaikan embahyang di kawasan luar
masjid. Dengan adanya cermin mata hitam, dapat mengurangkan silau
semasa beribadat.

 Tuala Kecil
Untuk lapik/lap semasa ambil wuduk menggunakan spray.
Barang/pakaian yang perlu dibawa adalah terhad, jadi bawa tuala ini 2-3
helai untuk memudahkan proses umrah anda.

 Buku Sembahyang Sunat
Bawa buku sembahyang sunat semasa ke masjid lebih-lebih semasa
menunggu untuk waktu subuh – sembahyang sunat tasbih,tahajjud,
taubat, hajat, witir.

Nasihat-Nasihat Umrah dan Haji

Ibadah umrah dan haji adalah ibadah yang mencabar. Terutamanya kesabaran
dan kekuatan fizikal. Justeru kami kumpulkan nasihat-nasihat daripada mereka
yang pernah mengikuti umrah dan haji untuk panduan bersama.

1. Mengelakkan diri dari berhutang untuk mengerjakan ibadat Haji kerana
tindakan sedemikian adalah salah memandangkan Haji tidak diwajibkan
melainkan kepada orang-orang yang berkemampuan untuk mengerjakannya
sahaja.

2. Cuba berusaha mempelajari ibadat ini supaya tidak mendedahkan diri anda ke
dalam perkara yang boleh merosakkan pekerjaan anda atau mengurangkan
pahala anda dalam keadaan anda tidak sedar.

3. Cuba berusaha untuk mengikuti sunnah Rasulullah s.a.w mengikut
kemampuan anda dan keadaan anda.

4. Ketahuilah wahai saudaraku jemaah Haji bahawa mengikut mazhab adalah
merupakan suatu kemestian di dalam Haji dan jangan cuba untuk
membebankan diri anda lebih dari kemampuan anda kerana (Allah tidak
memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya).

5. Cuba berusaha untuk mengelakkan diri anda dari memerhati manusia dan
tumpukan kepada pekerjaan anda dan cara melakukan ibadat anda.

6. Elakkan diri anda dari melakukan maksiat dan jauhkan diri anda dari
bertengkar dan berbalah.

Nasihat Semasa Tawaf

1. Menutup aurat dan suci dari hadas besar dan kecil.
2. Jangan berdiri terlalu lama di HajarulAswad kerana mengucup Hajarulaswad

hukumnya sunat dan jangan sampai tercedera.
3. Kusyuk dan tenang dalam tawaf.
4. Makruh tawaf ketika menahan kentut, buang air kecil mahupun air besar.
5. Muwalat (berturut-turut) di antara pusingan-pusingan di dalam tawaf adalah

sunat muakkad.
6. Elakkan bercakap dengan suara yang tinggi.

7. Elakkan dari berlari-lari anak di dalam setiap pusingan tawaf kerana berlari-lari
anak adalah sunat pada tiga pusingan pertama tawaf sahaja yang selepasnya
disusuli dengan saie selepasnya.

8. Elakkan dari ittiba' ketika selawat.
9. Elakkan dari menyentuh maqam Ibrahim dan menciumnya kerana perbuatan

ini adalah bidaah bercanggah dengan sunnah begitu juga dengan berpegang
pada dinding kaabah.

NASIHAT di Madinah

1. Menyampaikan salam kepada Rasulullah SAW.
2. Berusaha untuk mendirikan sembahyang di Raudhah kerana Raudhah adalah

merupakan sebahagian dari taman-taman syurga.
3. Tidak memegang dan mencium dinding maqam.
4. Berjalan dengan tenang dan sopan.
5. Dilarang merokok kerana ia perbuatan fasiq terutama di Madinah Rasulullah

s.a.w. malah ia juga dianggap sebagai tidak beradab bersama Rasulullah
s.a.w.
6. Melawat tempat-tempat bersejarah dengan mengetahui sejarahnya.
7. Memperbanyakkan zikir dan bacaan Al-Quran.
8. Datang awal ke Masjid Nabawi.

Panduan Umrah dan Haji ini adalah sebagai panduan untuk membantu para jemaah
sekalian. Ianya mungkin tidak sempurna. Namun insyaAllah boleh membantu. Apa
yang penting adalah niatkan betul-betul tujuan menunaikan umrah dan haji kerana
Allah s.w.t.

Politeknik Sultan Idris Shah

Sungai Lang,45100 Sungai Air Tawar
Selangor

No Tel:03-3280 6200
No Faks:03-3280 6400
Email: [email protected]
laman Web: www.psis.edu.my


Click to View FlipBook Version
Previous Book
CF new
Next Book
KAD UNDANGAN MAJLIS LAMBAIAN KASIH, BUDI DIKENANG, JASA DIJULANG | 6 MAC 2020 | JUMAAT |