The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MODUL TATABAHASA PEDAGOGI (BML KUMPULAN 10)-converted (1)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by natasyaalia637, 2021-05-29 22:10:45

MODUL TATABAHASA PEDAGOGI (BML KUMPULAN 10)-converted (1)

MODUL TATABAHASA PEDAGOGI (BML KUMPULAN 10)-converted (1)

BML 3053
MORFOLOGI BAHASA MELAYU

MODUL TATABAHASA PEDAGOGI: KATA TUGAS (KATA PRAFRASA)

BIL. NAMA NO MATRIK
1. NUR ALIA NATASYA BINTI MOHD D20191087560
2. D20192092008
3. ARIFFIN D20201093384
HIRA BINTI MOHD ASHRAF

SITI NUR ADAWIYAH BINTI ALIAS

PENSYARAH: ENCIK ABDULLAH BIN YUSOF
FAKULTI BAHASA DAN KOMUNIKASI
KUMPULAN B

TARIK SERAH: 30/5/2021

ISI KANDUNGAN

BIL. PERKARA. MUKA SURAT
1.0 PENGENALAN 1
2.0 OBJEKTIF 2

DAPATAN KAJIAN 2-22
3.1 Kata Bantu
3.2 Kata Penguat 22
3.3 Kata Nafi 23
3.0 24-31
3.4 Kata Pemeri
3.5 Kata Sendi Nama
3.6 Kata Arah
3.7 Kata Bilangan

4.0 AKTIVITI INOVASI

5.0 KESIMPULAN

RUJUKAN
• Bibliografi

6.0
• Skema jawapan
• Lampiran

1.0 PENDAHULUAN
Kata tugas merupakan perkataan yang hadir dalam ayat, klausa, sama ada sebagai
penghubung, penerangan, penentu, penguat, pendepan, pembantu, penegas, penafi,
pembenar, pemeri atau tugas-tugas lain. Kehadiran kata tugas dalam ayat tidak berfungsi
sebagai unsur inti dalam predikat, sama ada predikat frasa nama, predikat frasa kerja
ataupun predikat frasa adjektif. Kata tugas ialah satu kelompok perkataan yang
kehadirannya dalam ayat penting kerana tugas-tugas sintaksis yang dipikulnya. Kata tugas
hadir dalam ayat, sama ada di hadapan ayat, di bahagian hadapan frasa atau di belakang
perkataan-perkataan tertentu untuk memberikan makna khusus atau memainkan peranan
sintaksis tertentu dalam ayat berkenaan. Ciri-ciri kata tugas adalah ia tidak berfungsi
sebagai unsur inti dalam frasa predikat. Kata tugas juga tidak mengalami perubahan bentuk
untuk sebahagian besar kata tugas dan tidak mudah terpengaruh oleh unsur asing. Maksud
kata tugas ditentukan oleh kehadiran kata lain serta ia tidak mempunyai makna tetapi
mempunyai tugas. Oleh itu, tiap-tiap jenis kata tugas mempunyai peranan tertentu, yang
jika tidak hadir di dalam ayat maka ia akan merosakkan ayat itu atau mengurangkan
maksud-maksud tertentu. Hal ini kerana tidak seperti golongan kata lain dalam Bahasa
Melayu, kata nama, kata kerja dan kata adjektif, kata tugas tidak berfungi sebagai inti
sesuatu frasa (Ra’in Shaari, Alias Yatim dan Abdullah Yusof, 2009).
Kata prafrasa ialah sejumlah perkataan yang hadir sebelum frasa sama ada frasa nama,
frasa kerja, frasa adjektif atau frasa sendi nama. Perkataan-perkataan ini mendukung tugas
menonjolkan maksud yang terkandung dalam ayat seperti tugas membantu, menguatkan,
mememrikan, menunjukkan arah dan lain-lain lagi. Kata Prafrasa terdiri daripada kata
bantu, kata penguat, kata penegas, kata nafi, kata pemeri, kata sendi nama, kata arah dan
kata bilangan.

1

2.0 OBJEKTIF KAJIAN
2.1 Mengenalpasti definisi dan subjenis golongan kata prafrasa.
2.2 Membezakan setiap subjenis golongan kata prafrasa.
2.3 Mengetahui penggunaan kata prafrasa dalam ayat yang bersesuaian.

3.0 BENTUK KATA PRAFRASA
Berdasarkan tugas ini, maka kata prafrasa iaitu perkataa yang hadir sebelum frasa
mengandungi tujuh jenis iaitu:

BIL. JENIS KATA PRAFRASA
1. Kata bantu
2. Kata penguat
3. Kata nafi
4. Kata pemeri
5. Kata sendi nama
6. Kata arah
7. Kata bilangan
Jadual 1: Subjenis Kata Prafrasa

3.1 KATA BANTU
Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (2008), kata bantu ilah perkataan yang hadir sebelum
frasa iaitu jenis perkataan yang bertugas membantu frasa kerja, frasa adjektif dan frasa
sendi nama. Ianya menimbulkan makna tambahan dari segi aspek waktu atau ragam. Oleh
yang demikian, kata bantu ini dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kata bantu aspek dan
kata bantu ragam.

2

1. Kata bantu aspek

Kata bantu aspek menimbulkan susasana perbezaan masa, iaitu sama ada pada

masa lampau, masa kini atau masa hadapan. Bentuk-bentuk kata bantu ini ialah

telah, sudah, baru, pernah, sedang, masih, akan, mula dan belum.

Bil. Kata bantu aspek Maksud

1. Telah, sudah, pernah Menunjukkan perbuatan yang telah berlaku.

2. Sedang, masih, tengah Menunjukkan perbuatan yang sedang berlaku.

3. Akan, belum Menunjukkan perbuatan yang akan berlaku.

Jadual 2: Bentuk-bentuk kata bantu

Contoh kata bantu aspek yang dapat kita lihat dalam ayat adalah seperti:

Tidak akan terjadi sebegitu teruk jika baru berlaku sehari dua ini tetapi telah lama
berlaku, namun tidak ada yang menyedarinya atau mungkin buat-buat buta sahaja.

(Sumber: Sinar Harian, 6 Februari 2021)

Adakah apabila sudah habis gunung ditarah, manusia yang bebal itu masih belum
puas?

(Sumber: Sinar Harian, 6 Februari 2021)

“Saya telah membuat kuih bakul selama lebih 30 tahun tetapi kami hanya mula
menjualnya sekitar lima hingga enam tahun yang lalu,” katanya kepada pemberita
di sini baru-baru ini.

(Sumber: Sinar Harian, 6 Februari 2021)

3

2. Kata bantu ragam
Kata bantu ragam ialah bentuk kata yang menyatakan atau menerangkan ragam
perasaan yang berkait dengan perbuatan yang dilakukan seperti hendak, mahu,
harus, mesti, boleh, dapat, enggan, patut dan mungkin.
Contoh kata bantu ragam yang kita dapat lihat dalam ayat adalah seperti:

Mereka boleh mengikuti pendidikan melalui sekolah pendidikan khas, program
pendidikan khas integrasi, atau program pendidikan inklusif.

(Sumber: Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 5, halaman 57)

Dengan bermain muzik, mereka dapat melupakan kesusahan hidup yang dialami
buat seketika.

(Sumber: Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 5, halaman 59)

Walau bagaimanapun, tiada guru yang mahu anak didiknya terbiar seperti barang
terbuang. Mereka ringan tulang untuk mendidik anak bangsanya.

(Sumber: Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 5, halaman 67)

(
AKTIVITI
1. Guru menyediakan satu kotak beracun yang mengandungi beberapa soalan berkenaan kata

bantu aspek. Para pelajar perlu duduk di atas kerusi masing-masing dan apabila muzik
dimainkan, kotak beracun akan bergerak seiring dengan lagu. Apabila lagu berhenti, maka
kotak beracun juga berhenti dan pelajar yang terpilih akan mengambil satu soalan dalam
kotak beracun itu dan menjawab soalan itu dengan betul.
2. Aktiviti secara berkumpulan melibatkan 5 orang setiap kumpulan. Pelajar akan diberikan
satu akhbar terkini dan perlu mencari sebanyak yang mungkin kata bantu di dalam akhbar
tersebut. Kumpulan yang menjumpai paling banyak kata bantu ini akan diberikan ganjaran.

4

LATIHAN PENGUKUHAN MINDA
1. Apakah yang dimaksudkan dengan kata bantu aspek?

A. Kata bantu aspek menimbulkan susasana perbezaan masa, iaitu sama ada
pada masa lampau, masa kini atau masa hadapan.

B. Menerangkan perasaan dan pendapat orang yang melakukan perbuatan ini.
C. Perkataan yang bertugas membantu frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama,

iaitu menimbulkan makna-makna tambahan dari segi aspek waktu atau ragam.
D. Bentuk kata yang menyatakan atau menerangkan ragam perasaan yang berkait

dengan perbuatan yang dilakukan seperti hendak, mahu, harus, mesti, boleh dan
dapat.
2. Manakah antara berikut merupakan bentuk kata bantu aspek?
A. Harus
B. Mesti
C. Telah
D. Boleh
3. Yang berikut merupakan contoh bentuk kata bantu aspek, kecuali?
A. Telah
B. Boleh
C. Sudah
D. Pernah
4. Antara ayat berikut, pilih contoh ayat yang menggunakan kata bantu aspek dengan betul.
I. Kami pernah ke utara Malaysia.
II. Kanak-kanak itu hendak masuk ke bilik.
III. Aminah sedang menyiapkan tugasannya yang perlu dihantara pada hari esok.
IV. Amirul dapat pulang ke kampung halamannya pada masa cuti persekolahan.

A. I dan II
B. II dan IV
C. I, II dan III.
D. Semua di atas.
5. Kata bantu aspek akan dan belum merujuk kepada sesuatu perbuatan yang …
A. Telah berlaku
B. Sedang berlaku
C. Akan berlaku
D. Tidak akan berlaku

5

6. Antara ayat yang berikut, yang manakah merupakan penggunaan kata bantu ragam yang
betul?
A. Kanak-kanak itu hendak masuk ke bilik.
B. Pekerja itu telah pulang.
C. Ahmad akan ke sana esok.
D. Kereta api itu mula bergerak.

7. Yang manakah merupakan kata bantu ragam?
A. Belum
B. Akan
C. Masih
D. Dapat

8. Kata bantu ragam merupakan bentuk kata yang menerangkan _________
A. Perasaan
B. Masa
C. Kehidupan
D. Alam

3.2 KATA PENGUAT

Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (2008), kata penguat ialah perkataan yang

mendahului atau mengikuti frasa atau kata adjektif dan berfungsi menguatkan maksud

yang terkandung dalam kata atau frasa adjektif. Terdapat tiga jenis kata penguat iaitu

kata penguat hadapan, kata penguat belakang, kata penguat bebas.

1. Kata penguat hadapan

Kata penguat hadapan ialah perkataan yang letaknya di hadapan frasa

atau kata adjektif. Contohnya ialah terlalu, paling, agak, cukup, makin dan

kurang.

Contoh kata penguat hadapan yang kita dapat lihat dalam ayat adalah seperti

berikut:

Menurutnya, sehingga kini, rakyat masih keliru mengenai tempoh masa mereka
akan menerima vaksin, lokasi bekalan vaksin bakal diperoleh serta paling
penting, golongan mana yang benar-benar dikecualikan daripada menerimanya.

(Sumber: Sinar Harian, 6 Februari 2021)

6

Pertama, dron seaglider ini terkenal cukup penting dalam arena persisikan
tentera laut.

(Sumber: Sinar Harian, 14 Januari 2021)

Ketika krisis kesihatan berada di luar kawalan di AS, angka ini adalah kali
pertama paling tinggi pernah direkodkan melebihi tempoh 24 jam.

(Sumber: Sinar Harian, 14 Januari 2021)

2. Kata Penguat Belakang
Kata penguat belakang ialah perkataan yang letaknya di belakang kata

adjektif. Contohnya ialah sekali, benar, nian, betul.
Contoh kata penguat belakang yang terdapat dalam ayat ialah seperti di
bawah:

Akhirnya, hasrat Salleh tercapai untuk membuktikan dakwaan pokok anggur
hanya boleh hidup di kawasan beriklim sederhana adalah tidak benar.

(Sumber: Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 5, halaman 93)

Perjalanan dari Bandar Baru Bangi ke Pulau Pinang yang dikenali sebagai
Pulau Mutiara kali ini sungguh lancar sekali.

(Sumber: Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 5, halaman 100)

7

3. Kata penguat bebas
Kata penguat bebas ialah perkataan yang letaknya atau kedudukannya

bebas, iaitu sama ada di hadapan atau di belakang kata adjektif. Contohnya ialah
amat, sangat dan sungguh.
Contoh kata penguat bebas yang terdapat dalam ayat ialah seperti di bawah:

Sebagai seorang rakyat Malaysia (beragama islam, berketurunan melayu,
berumur 72 tahun) yang tidak pernah berafilisasi dengan mana-mana parti politik
sampai sekarang, saya merasa amat kecewa, sedih dan malu dengan gejala
kefasadan …..

(Sumber: Sinar Harian, 6 Februari 2021)

Perjalanan dari Bandar Baru Bangi ke Pulau Pinang yang dikenali sebagai Pulau
Mutiara kali ini sungguh lancar sekali.

(Sumber: Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 5, halaman 100)

AKTIVITI
1. Secara berkumpulan, senaraikan contoh ayat yang mengandungi kata penguat bebas di atas

satu kertas mahjong yang disediakan. Kemudian, jawapan perlu dibentangkan di dalam
kelas.
2. Secara berpasangan iaitu 2 orang, berikan contoh ayat yang mengadungi kata penguat
hadapan secara spontan di hadapan semua murid di dalam kelas.

LATIHAN PENGUKUHAN MINDA
1. Pilih jawapan yang betuk tentang penggunaan kata penguat bebas dalam ayat yang

diberikan.
Rumah itu ____________ besar,

A. Sungguh
B. Nian
C. Sekali
D. Kurang

8

2. Pilih ayat yang betul.
A. Cuaca pada hari ini agak panas sekali.
B. Samad paling minat sekali untuk belajar subjek Matematik.
C. Pemandangan di Pulau Kapas teramat indah sekali.
D. Sally kelihatan sungguh manis apabila berbaju kurung.

3. Tulisan Annissa _________ cantik dan kemas.
A. Sungguh
B. Sekali
C. Benar
D. Nian

4. Semua jawapan di bawah adalah betul kecuali
Cerita yang dikarang oleh Murally itu menarik _________.
A. amat
B. betul
C. agak
D. sekali

5. Pilih ayat-ayat yang betul.
I Ruang bilik ini sangat sempit.
II Cantik nian puteri-puteri di dalam istana itu.
III Tukang masak itu handal paling memasak makanan barat.
IV Kawan-kawan Ramli sering mengganggunya kerana sikapnya yang lembut terlalu.
A. I dan II
B. III dan IV
C. I, II dan III
D. I, III dan IV

3.3 KATA NAFI

Kata nafi mempunyai dua bentuk kata nafi, iaitu bukan dan tidak. Kata nafi yang hadir

sebelum frasa, ialah perkataan menjadi unsur nafi frasa-frasa predikat. Sulaiman Masri dan

Ahmad Khair Mohd Nor (2002), mengatakan bahawa kata nafi ialah perkataan yang

digunakan untuk menafikan atau menindakkan sesuatu.

9

Sementara itu, Nik Safiah Karim (2004) menjelaskan bahawa kata nafi merupakaan
perkataan yang menjadi unsur nafi frasa-frasa predikat, iaitu frasa nama, frasa kerja, frasa
adjektif dan frasa sendi nama. Kata nafi terdiri daripada bukan, tidak dan jangan. Kata nafi
bukan boleh menjadi unsur nafi biasa frasa nama dan frasa sendi nama. Kata nafi tidak pula
ialah unsur nafi bagi frasa kerja dan frasa adjektif.

Contoh ayat yang menggunakan kata nafi:

“Bukan saya tak nak, tapi atas sebab apa yang membolehkan saya untuk
merentas negeri? Along yang sepatutnya balik ke Kuala Terengganu pun
hanya selepas menyiapkan segala dokumen perubatan”

(Sumber: Mstar, 26 April 2021)

“Jika tidak mampu makan nasi lemak, ganti dengan bubur. Ini kerana kita
semua kena berhati-hati” katanya.

(Sumber: Berita Harian, 29 Mei 2021)

“Kekal mematuhi SOP yang dikeluarkan, jangan leka memakai pelitup
muka dan pastikan penjarakan fizikal diamalkan” katanya.

(Sumber: Berita Harian, 9 April 2021)

AKTIVITI
• Aktiviti yang sesuai untuk mempelajari kata nafi adalah dengan melakukan pengajaran

sambil belajar iaitu permainan kotak beracun. Guru akan menyediakan sebuah kotak yang
mengandungi pelbagai soalan misteri berkenaan dengan penggunaan kata nafi. Soalan
boleh diberikan dalam bentuk aneka jawapan, membuat ayat contoh dan mengisi tempat
kosong. Guru akan memasangkan lagu di dalam kelas. Sementara itu, kotak tersebut akan

10

diberikan kepada murid dan murid-murid harus memberikannya kepada rakan sebelah
secara berterusan hingga lagu yang dimainkan berhenti. Murid yang memegang kotak
tersebut ketika lagu diberhentikan, harus mengambil satu soalan yang terdapat di dalamnya
dan menjawabnya. Ganjaran menanti apabila mereka berjaya menjawab soalan dengan
betul dan hukuman ringan jika murid gagal menjawab.

LATIHAN PENGUKUHAN MINDA
1. Auni _____ sahaja cantik tetapi juga pandai memasak.

a. tidak
b. bukan
c. jangan
2. Aminah dimarahi kakaknya kerana _____ membawa buku yang dipesan olehnya.
a. selalu
b. tidak
c. bukan
3. Bapanya _____ turun ke sawah hari ini.
a. jarang
b. bukan
c. tidak
4. Pak Ali _____ kaya sangat, tetapi pemurah orangnya.
a. tidak
b. memang
c. bukan
5. Ucapannya _____ menghina kita, tetapi sekadar mengingatkan kita sahaja.
a. jangan
b. tidak
c. bukan

3.4 KATA PEMERI

Kata pemeri ialah unsur yang menjadi pemeri hal atau perangkai antara subjek dengan

frasa-frasa utama dalam dalam predikat. Pemerihalan itu dapat dilakukan melalui dua cara,

iaitu:

11

i. Secara persamaan atau ekuatif dengan penggunaan kata pemeri ialah.
ii. Secara huraian atau kualitatif dengan penggunaan kata adalah.

Penggunaan kata pemeri amat terbatas, dan sebenarnya kurang digalakkan dalam
pembentukan ayat dalam bahasa Melayu. Kata pemeri juga tidak boleh hadir di hadapan
frasa kerja atau kata kerja.

1. Penggunaan kata pemeri ialah secara persamaan atau ekuatif hadir di hadapan
frasa nama seperti dalam ayat yang berikut:
• Antara perkara yang dibicarakan dalam buku itu ialah pentingnya
penterjemahan dari segi pindah budaya dan percampahan budaya.

Contoh kata pemeri ialah yang kita dapat lihat dalam ayat adalah seperti berikut:
Masyarakat menurut definisi Kamus Dewan ialah kumpulan manusia yang
hidup Bersama di sesuatu tempat dengan aturan dan cara tertentu.

(Sumber: Teks Pra-U: Sejarah Islam, Halaman 2)

Masyarakat ialah kumpulan manusia yang menetap bersama-sama di sesuatu
tempat dengan mengikut peraturan dan cara tertentu dan masyarakat ini
mungkin terdiri daripada beberapa kaum atau bangsa.

(Sumber: Teks Pra-U: Sejarah Islam, Halaman 2)

Konsep ummah ialah konsep yang unik kerana ummah yang dibina tidak
berasaskan kepada bangsa, warna kulit atau sempadan geografi.

(Sumber: Teks Pra-U: Sejarah Islam, Halaman 12)

2. Penggunaan kata pemeri adalah secara huraian atau kualitatif hadir di hadapan
frasa adjektif dan frasa sendi nama, seperti dalam ayat yang berikut:

12

• Sumbangan besar beliau adalah dari segi pembicaraan terperinci
tentang penterjemahan semantik lawan penterjemahaan komunikatif.

Contoh kata pemeri ialah yang kita dapat lihat dalam ayat adalah seperti berikut:

Mengikut Van Scooter, manusia adalah satu kumpulan manusia yang besar,
Bersatu padu dan mempunyai budaya hidup yang sama.

(Sumber: Teks Pra-U: Sejarah Islam, Halaman 2)

Masyarakat Arab jahiliah adalah sebuah masyarakat yang jauh ketinggalan dari
segi struktur politik jika dibandingkan dengan negara-negara jiran seperti Rom
dan Parsi pada masa itu.

(Sumber: Teks Pra-U: Sejarah Islam, Halaman 6)

AKTIVITI
• Aktiviti secara berkumpulan melibatkan 5/6 orang setiap kumpulan. Pelajar akan
diberikan satu buku dan perlu mencari sekurang-kurangnya 10 kata pemeri bagi setiap
‘ialah dan adalah’ di dalam buku tersebut. Kumpulan yang menjumpai paling banyak
kata pemeri ini akan diberikan ganjaran.

LATIHAN PENGUKUHAN MINDA
1. Apakah maksud yang paling tepat bagi Kata Pemeri?
a) Kata pemeri ialah unsur yang menjadi pemeri hal atau perangkai antara
subjek dengan frasa-frasa utama dalam dalam predikat
b) Kata Pemeri digunakan untuk menafikan frasa nama dan frasa sendi nama
c) Kata Pemeri hadir sebelum frasa kerja dan frasa adjektif
d) Kata Pemeri digunakan untuk menyambungkan frasa nama dengan kata atau frasa-
frasa dalam ayat.
2. Pemerihalan dapat dilakukan melalui 2 cara, iaitu:
i. Secara persamaan atau ekuatif dengan penggunaan kata pemeri ialah
ii. Secara huraian atau kualitatif dengan penggunaan kata adalah
iii. Perkataan yang menjadi unsur nafi dan frasa-frasa predikat

13

iv. Perkataan yang memberikan penekanan pada bahagian-bahagian tertentu dalam
ayat.

a) I dan II
b) I dan III
c) II dan IV
d) III dan IV
3. Pilih jawapan yang betul
• Hari ini ialah hari jadi Samsuddin
a) Betul
b) Salah
4. Pilih kata pemeri yang betul dan gariskan.
• Sekolah Kebangsaan St Paul (ialah, adalah) sekolah saya.
5. Isi tempat kosong dengan kata pemeri yang sesuai.
• Ayahnya _(ialah)_ seorang bekas tentera.

3.5 KATA SENDI NAMA
Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua, maksud daripada ialah:
1. Kata sendi nama untuk menerangkan asal (sumber, bahan dan lain-lain) sesuatu
benda
2. Kata sendi nama untuk menyatakan perbandingan (perbezaan) antara dua benda
atau lebih
3. Kata sendi nama yang menyatakan maksud mencegah
4. Kata sendi nama yang menunjukkan orang yg memberi
5. Kata sendi nama yang menunjukkan perubahan
6. Kata sendi nama yang menghubungkan sebahagian dengan keseluruhan
Kata sendi nama juga digunakan untuk menyambungkan frasa nama dengan kata atau frasa-
frasa dalam ayat. Kata sendi memerlukan frasa nama yang membentuk predikat ayat.

14

Kata Sendi Nama Penggunaan

di Menunjukkan tempat

ke Menunjukkan tempat atau arah yang dituju/masa dan

waktu

dari Menunjukkan tempat atau arah yang dituju/masa dan

waktu

daripada Menunjukkan asal kejadian atau punca/membuat

perbandingan

kepada Digunakan untuk orang/benda abstrak/menyatakan

bahagian

pada Menerangkan waktu/digunakan oleh manusia dan

binatang/menunjukkan tempat

untuk/bagi Menunjukkan kegunaan sesuatu/maksud

diperuntukkan

demi Menunjukkan tempat/urutan

tentang Menunjukkan rujukan

seperti/bagai/umpama/laksana/bak Menunjukkan persamaan atau perbandingan

dengan Menunjukkan bersama-sama/cara/pakai atau

menggunakan/perbandingan atau persamaan

sejak Menunjukkan masa dan waktu

terhadap Digunakan untuk merujuk kepada manusia, haiwan

atau benda

akan Digunakan untuk emosi atau sikap

oleh Menunjukkan sebab/ ayat pasif

15

hingga Menunjukkan masa, waktu atau tempat

dalam Menunjukkan lingkungan yang tidak mempunyai ruang

atau jarak

antara Menunjukkan dua pihak atau dua perkara

Jadual 3: Kata sendi memerlukan frasa nama yang membentuk predikat ayat.

Contoh kata sendi nama yang kita dapat lihat dalam ayat adalah seperti berikut:

Ciri-ciri utama masyarakat Badwi, diketuai oleh Sheikh yang menjadi rujukan dalam
segala perkara.

(Sumber: Teks Pra-U: Sejarah Islam, Halaman 4)

Pada sepanjang Zaman Jahiliah, masyarakat Arab berada dalam kekufuran,
kemaksiatan, keangkuhan dan kebodohan.

(Sumber: Teks Pra-U: Sejarah Islam, Halaman 4)

Agama Majusi berasal dari negara Parsi. Penempatan penganut agama Majusi
kebanyakannya adalah di Yaman, Oman dan Bahrain kerana negeri-negeri ini dikuasi
oleh Parsi.

(Sumber: Teks Pra-U: Sejarah Islam, Halaman 9)

AKTIVITI
• Guru akan menyatakan tajuk, iaitu: menggunakan kata sendi nama seperti di, ke, dari dan

sebagainya seorang murid dipanggil untuk memulakan ayat menggunakan kata sendi nama
dan murid seterusnya akan menyambung ayat tersebut. Contoh:

Murid A: Adik bermain congkak di depan rumah.
Murid B: Kakak pula mencuci pinggan mangkuk di dapur.
Murid C: sambung…
Panggil murid sehingga habis.

16

LATIHAN PENGUKUHAN MINDA

1. Pilih jawapan yang betul tentang penggunaan kata sendi nama dalam ayat yang
diberikan.
Kita hendaklah saling menghormati _________ satu sama lain.
a) bagi
b) antara
c) di
d) untuk

2. Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
Anak-anak muda mestilah berusaha ____ masa depan mereka.
a) tentang
b) untuk
c) demi
d) kepada

3. Pilih penggunaan kata sendi nama yang betul.
i) Amin sering menangis daripada kematian ibunya.
ii) Kapal terbang GH667 akan berlepas ke Taiwan sebentar lagi.
iii) Murid-murid dibahagikan tentang beberapa kumpulan.
iv) Pasangan pengantin itu seperti pinang dibelah dua.
a) ii dan ii
b) ii dan iv
c) iii dan iv
d) i dan iv

4. Isi tempat kosong dengan jawapan yang sesuai
Hani mengulang kaji pelajarannya ____ waktu malam.
a) pada
b) daripada
c) dengan
d) di

5. Pilih penggunaan kata sendi nama yang betul.
i) Kami akan ke balai polis pagi esok.
ii) Mereka berbual daripada tugasan yang akan diberikan.
iii) Kami sangat sayang akan kucing itu.

17

iv) Dia membuat kerja sekolah ke pukul 10 malam
a) i dan iii
b) i dan ii

3.6 KATA ARAH
Kata arah ialah sebarang kata yang hadir sebelum frasa nama dan biasanya sesudah kata
sendi nama untuk menunjukkan hala atau arah. Antara contoh kata arah yang seringkali
digunakan ialah atas, antara, di bawah, di atas, sisi, penjuru, selatan, utara, timur, barat,
luar, dalam, belakang, hadapan dan sebagainya.
Contoh ayat yang menggunakan kata arah:
Katanya, dalam sedutan video berdurasi 2:21 minit itu memaparkan
beberapa lelaki memuatkan barangan dipercayai arak ke dalam bonet
sebuah kereta di parkir bangunan.
(Sumber: Metro, 16 Mei 2021)

Bersambung babak kedua permainan, keadaan licin akibat hujan lebat masih
berterusan, selain diburukkan lagi dengan keadaan air bertakung di hampir
segenap penjuru padang, sekali lagi mengganggu corak permainan kedua-
dua pasukan.

(Sumber: Berita Harian, 9 Mei 2021)

Ah Lin, Rina dan Prema mengikut keluarga masing-masing ke taman
rekreasi. Banyak orang berada di situ. Mereka melakukan berbagai-bagai
aktiviti.

(Sumber: Buku Teks Bahasa Melayu Tahun 1)

18

AKTIVITI

• Aktiviti yang sesuai untuk mempelajari kata arah adalah dengan mengadakan pertanyaan
spontan kepada murid semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Misalnya, guru
bertanya kepada murid kedudukan almari di dalam kelas, kedudukan meja guru di dalam
kelas, lokasi bilik guru di sekolah, kedudukan murid di dalam kelas dan sebagainya.

LATIHAN PENGUKUHAN MINDA

1. Kucing Siam itu tidur di _____ pokok yang rendang.
a. bawah
b. utara
c. penjuru

2. Petani itu berjalan ke _____ sawah.
a. atas
b. tepi
c. bawah

3. Beruntung Firdaus kerana isterinya sentiasa berada di _____nya.
a. sudut
b. utara
c. sisi

4. Shah menaiki kereta untuk ke _____ Semenanjung Malaysia.
a. utara
b. hadapan
c. tepi

5. Dari _____ pandangan mereka, perkara itu wajar.
a. bawah
b. penjuru
c. sudut

3.7 KATA BILANGAN

Kata bilangan ialah kata yang menyatakan bilangan atau urutan. Terdapat enam jenis kata

bilangan iaitu:

19

• Kata Bilangan Tentu
• Kata Bilangan Pisahan
• Kata Bilangan Tak tentu
• Kata Bilangan Pecahan
• Kata Bilangan Himpunan
• Kata Bilangan Tingkat

1. Kata Bilangan Tentu
Kata bilangan tentu ialah kata yang menyatakan bilangan yang tentu seperti satu,
seratus, seribu dan dua juta.

2. Kata Bilangan Tak tentu

Kata bilangan tak tentu ialah kata yang digunakan untuk menyatakan bilangan yang
tidak tentu seperti beberapa, sebahagian, semua, seluruh, segala, segelintir, segenap,
sebilangan, sekalian, para dan berbagai-bagai.

3. Kata Bilangan Himpunan
Kata bilangan himpunan digunakan untuk menyatakan sesuatu secara himpunan.
Kata bilangan tersebut adalah seperti berpuluh-puluh, beratus-ratus, dan ketiga-tiga.

4. Kata Bilangan Pisahan
Kata bilangan pisahan ialah kata yang digunakan untuk menyatakan sesuatu secara
satu per satu atau berasingan. Hanya ada dua kata bilangan pisahan, iaitu masing-
masing dan setiap/ tiap-tiap.

5. Kata Bilangan Pecahan
Kata bilangan pecahan ialah kata yang digunakan untuk menyatakan sesuatu yang
berupa pecahan seperti dua per tiga, satu per empat dan setengah.

20

6. Kata Bilangan Tingkat
Kata bilangan tingkat ialah kata yang menyatakan urutan atau giliran seperti
pertama, kedua kesepuluh dan keseratus.
Contoh ayat yang menggunakan kata bilangan:

“Semua cahaya dapat menembusinya”
(Sumber: Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 5, halaman 164)

“Kau tahu, kota metropolis ini diiktiraf antara tujuh bandar paling
selamat di dunia selain Sydney”
(Sumber: Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 5, halaman 150)

AKTIVITI
• Guru membahagikan pelajar kepada beberapa kumpulan. Kata bilangan akan
dibahagikan kepada setiap kumpulan sama ada kata bilangan tak tentu, kata bilangan
tentu dan lain-lain. Setiap kumpulan perlu menyenaraikan sebanyak 10 contoh ayat
yang menggunakan kata bilangan. Jawapan akan dibentangkan di hadapan kumpulan
yang lain.

LATIHAN PENGUKUHAN MINDA
1. Pilih frasa yang betul.

A. Sesetengah remaja-remaja
B. Tiap-tiap warga sekolah
C. Beberapa buah kelas
D. Sekelompok murid-murid
2. ______________ buah rumah di kampung itu telah rosak dilanda banjir besar semalam.
A. Segala
B. Semua
C. Beberapa
D. Sebahagian

21

3. Kak Limah akhirnya meninggal dunia setelah ____________ menderita penyakit kanser
otak.
A. berhari-hari
B. bertahun-tahun
C. berkurun-kurun
D. berabad-abad

4. ___________ warganegara Malaysia kini bimbang akan virus Covid-19 yang melanda
dunia kini.
A. Seluruh
B. Segelintir
C. Tiap-tiap
D. Serratus

5. Pilih ayat yang betul.
A. Tiap-tiap pagi hari minggu, ibu akan mengajak kami berjoging di taman yang
berhampiran.
B. Mereka menempuh berbagai cabaran sejak ketua keluarga itu tidak bekerja kerana
terlibat dalam kecederaan.
C. Terdapat seribu ekor rusa telah dipelihara di kawasan ternakan Pulau
Kerdas.
D. Setengah penonton yang tidak berpuas hati telah membaling objek seperti botol
apabila para pemain gagal memasukkan gol.

4.0 AKTIVITI INOVASI
• Melalukan kuiz melalui aplikasi Kahoot bersama pelajar di dalam bilik darjah.
Link Kahoot:
https://create.kahoot.it/share/kuiz-kata-prafrasa/4206792f-5dd4-4933-8e39-
1a2feaeebaef.

22

5.0 KESIMPULAN
Secara kesimpulannya, melalui tugasan ini, kita dapat mengetahui bidang tatabahasa
Bahasa Melayu secara mendalam. Tatabahasa yang dikaji oleh pengkaji ialah kata prafrasa.
Antara subjenis kata prafrasa ialah kata bantu, kata penguat, kata nafi, kata pemeri, kata
sendi nama, kata arah dan kata bilangan. Seperti yang kita tahu, kajian ke atas kata prafrasa
ini kurang meluas berbanding kajian k etas golongan kata yang lain. Bukan itu sahaja,
dalam Kamus Dewan juga, kata prafrasa ini hanya diberikan contoh serta definisinya
sahaja. Ianya tidak diterangkan secara lebih mandalam. Dengan adanya kajian yang
dilakukan oleh kumpulan kami, diharap agar semua masyarakat lebih mahir dalam
penggunaan kata prafrasa ini. Bukan itu shaja, para guru di sekolah juga perlu
menitikberatkan aspek kajian tatabahasa tentang kata prafrasa ini di sekolah. Para guru
tidak sewajarnya mengetepikan kata prafrasa ini. Kata prafrasa ini perlu diajar di sekolah
kerana penggunaan kata prafrasa dalam kalangan pelajar kini kurang memuaskan. Mereka
tidak tahu penggunaan kata prafrasa ini amat penting dalam perbualan mereka seharian.
Jadi, jelaslah bahawa, kata prafrasa ini juga penting tidak kira dalam pembelajaran
mahupun perbualan seharian.

23

6.0 RUJUKAN
Karim, N. S., & Pustaka., D. B. (2010). Tatabahasa dewan.

Mohd Ra’in Shaari, Alias Mohd Yatim & Abdullah Yusof. (2009). Pembelajaran
Tatabahasa Bahasa Melayu: Morfologi dan Sintaksis. Kuala Lumpur: Pustaka Salam
Sdn. Bhd.

Abdul Rahman Che Ngah, Amir Hazlin Lin, Siti Sarah Abdul Malek & Nurfarah Lo
Abdullah. (2020). Buku Teks Bahasa Melayu Tahun 1. Kuala Lumpur Dewan Bahasa
dan Pustaka

Iwan Shu-aswad Shuaib. (2021, April 26). “Tak nak datang tak apa, tunggu je jasad Along
depan rumah’-Bapa akhirnya rentas negeri, kumpul kekuatan memandu sambal
menangis demi tatap jenazah anak kali terakhir. Mstar Online. Diperoleh daripada
https://www.mstar.com.my/lokal/viral/2021/04/26/tak-nak-datang-tak-apa-tunggu-je-
jasad-along-depan-rumah---bapa-akhirnya-rentas-negeri-kumpul-kekuatan-memandu
sambil-menangis-demi-tatap-jenazah-anak-kali-terakhir.

Izwan Abdullah. (2021, Mei 9). Kedah buat Sabah gigit jari. BH online. Diperoleh daripada
https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2021/05/815100/kedah-buat-sabah-gigit-jari.

Nik Safiah Karim, Farid M.Onn, Hashim Musa & Abdul Hamid Mahmood. (2015).
Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Nurul Amanina Suhaimi. (2021, Mei 16). Polis siasat video penyeludupan arak di Johor
[MetroTV]. MyMetro. Diperoleh daripada
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/05/706582/polissiasat-
videopenyeludupan-arak-di-johor-metrotv.

Mohd Ra’in Shaari, Alias Mohd Yatim & Abdullah Yusof. (2009). Pembelajaran
Tatabahasa Bahasa Melayu Morfologi dan Sintaksis. Kuala Lumpur: Pustaka Salam
Sdn Bhd.

24

Zaidi Mohamad. (2021, Mei 29). PFM akur pelaksanaan ‘total lockdown’. BH Online.
Diperoleh daripada
https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2021/05/822055/pfm-akur-
pelaksanaan-total-lockdown.

SKEMA JAWAPAN

Kata Bantu
1. A
2. C
3. B
4. A
5. C
6. A
7. D
8. A

Kata Penguat
1. A
2. D
3. A
4. C
5. A

Kata Nafi
1. B
2. B
3. C
4. A
5. A

Kata pemeri
1. A
2. A
3. A
4. ialah
5. ialah

Kata sendi nama
1. B
2. C
3. B
4. A
5. A

Kata Arah
1. A
2. B
3. C
4. A
5. C

25

Kata Bilangan
1. C
2. C
3. B
4. A
5. C

26

LAMPIRAN

Buku tatabahasa dewan
Sebahagian contoh petikan ayat daripada akhbar, buku teks sekolah, dan juga akbar online:

Contoh 1
27

Contoh 2
Contoh 3

28

Contoh 4

Contoh 5
Contoh 6

Contoh 7
29

Contoh 8

Contoh 9
30

31


Click to View FlipBook Version