The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

LEMBARAN KERJA MESRA DIGITAL SENI VISUAL TINGKATAN 1

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by natasyaalia637, 2022-07-27 09:46:32

LEMBARAN KERJA MESRA DIGITAL SENI VISUAL TINGKATAN 1

LEMBARAN KERJA MESRA DIGITAL SENI VISUAL TINGKATAN 1

LEMBARAN KERJA PENDIDIKAN SENI VISUAL
TINGKATAN 1

BAHASA SENI VISUAL
TAJUK: GARISAN

Disediakan oleh:
Nur Alia Natasya Binti Mohd Ariffin

D20191087560

NOTA-NOTA BERKAITAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
BAHASA SENI VISUAL
GARISAN

Sila tekan link di bawah untuk mendapatkan nota. Pelajar perlu membaca nota yang
disediakan untuk menjawab soalan.

Link FlipBook: https://heyzine.com/flip-book/7929c01f72.html.
Atau pelajar juga boleh scan qr code yang disediakan untuk mendapatkan nota.

BAHAGIAN A
SOALAN OBJEKTIF
Sila baca arahan soalan dengan teliti dan jawab soalan yang diberikan.

1. Gambar di atas menunjukkan …
a) Garisan semulajadi
b) Garisan buatan manusia

2. Gambar di atas menunjukkan …
a) Garisan semulajadi
b) Garisan buatan manusia

3. Antara berikut, benda buatan manusia yang manakah mempunyai unsur garisan?

a) Bulu ayam, corak langsir, rumput
b) Batang pisang, batang pokok, akar kayu
c) Corak daun, motif batik, anyaman tikar
d) Bunga raya, daun mengkuang, corak mozek

4. Antara berikut, garisan yang manakah digunakan untuk menggambarkan rambut panjang
seorang wanita ditiup angina?

a) Garisan nipis
b) Garisan beralun
c) Garisan berbulu
d) Garisan berserabut

5. Kesan perasaan tegas boleh ditumbulkan menggunakan …

a) Garisan tegak
b) Garisan mendatar
c) Garisan lurus
d) Garisan putus-putus

6. Apakah kesan garisan yang dihasilkan oleh media arang?

a) Garisan halus
b) Garisan nipis
c) Garisan hitam
d) Garisan putih

7. Antara pernyataan berikut, yang manakah tidak benar tentang fungsi garisan?

a) Garisan menghasilkan rupa
b) Garisan mewujudkan ruang
c) Garisan menghasilkan jalinan
d) Garisan mewujudkan bayangan

8. Nyatakan jenis teknik penghasilan garisan yang digunakan bagi gambar rajah di atas?

a) Teknik titikan
b) Teknik lorekan
c) Teknik contengan
d) Teknik silang pangkah

9. Berdasarkan contoh berikut, yang manakah garisan pada alam semulajadi?

a) Tulang ikan
b) Kipas tangan
c) Corak baju batik
d) Lingkaran ubat nyamuk

10. Pen marker dapat menghasilkan kesan garisan …

a) Halus
b) Berbulu
c) Kasar
d) Tebal

BAHAGIAN B
SOALAN SUBJEKTIF
Sila baca arahan soalan dengan teliti dan jawab soalan yang diberikan.

1. Nyatakan jenis-jenis garisan pada gambar di bawah:

BAHAGIAN C
AMALI

Arahan soalan:

Soalan 1
Secara berkumpulan, hasilkan garisan mengikut kreativiti masing-masing dengan
menggunakan bahan yang disediakan.

1. Setiap kumpulan terdiri daripada 3-4 orang pelajar.
2. Setiap kumpulan diberikan masa hanya selama 5-10 minit untuk menyiapkan tugasan

yang diberikan.
3. Hasil kerja daripada setiap kumpulan perlu dibentangkan dan diterangkan di dalam

kelas.
Bahan-bahan yang disediakan ialah:

 Pen marker
 Crayon
 Arang
 Magic colour/watercolour

Soalan 2
Secara individu, dengan menggunakan pelbagai jeis garisan yang telah anda pelajari, hasilkan
sebuah lukisan pemandangan pantai.

LEMBARAN KERJA PENDIDIKAN SENI VISUAL
TINGKATAN 1

BAHASA SENI VISUAL
TAJUK: RUPA

Disediakan oleh:
Nur Alia Natasya Binti Mohd Ariffin

D20191087560

NOTA-NOTA BERKAITAN DENGAN PENDIDIKAN SENI VISUAL TINGKATAN 1
BAHASA SENI VISUAL
RUPA

Para pelajar dikehendaki membaca nota melalui link yang disediakan untuk menjawab soalan
yang diberikan.
Link FlipBook: https://heyzine.com/flip-book/3fd4919b8d.html.
Atau para pelajar boleh mendapatkan nota melalui qr code yang disediakan:

BAHAGIAN A
SOALAN OBJEKTIF
Sila baca arahan soalan dengan teliti dan jawab soalan yang diberikan.

1. Yang manakah definisi rupa yang paling tepat?
a) Rupa adalah kawasan sekata yang tidak mempunyai garisan luar.
b) Rupa adalah garisan daripada bentuk dan mempunyai berat.
c) Rupa adalah kawasan rata yang dilingkari oleh satu garisan luar serta tidak mempunyai
jisim atau berat.
d) Rupa adalah kawasan rata yang dilingkari oleh satu garisan luar dan mempunyai jisim
dan berat.

2. Pokok, mangga, orang dan lebah adalah rupa yang terdapat pada?
a) Alam semulajadi
b) Objek buatan manusia
c) Karya seni visual

3. Yang manakah contoh rupa organik?
a) Awan, daun dan ikan
b) Donut dan ayam
c) Matahari, petak dan bujur
d) Gajah, bulat dan segitiga

4. Rupa organik merupakan rupa tanpa ...
a) Sudut
b) Bentuk
c) Arah
d) Geometri

5. Jenis rupa terbahagi kepada berapa?
a) 1
b) 2
c) 3
d) 4

BAHAGIAN B
SOALAN SUBJEKTIF
Sila baca arahan soalan dengan teliti dan jawab soalan yang disediakan:
1. Nyatakan jenis rupa bagi gambar di bawah.

2. Jelaskan definisi rupa dengan betul dan tepat.

BAHAGIAN C
SOALAN AMALI
Soalan 1
Secara berkumpulan, hasilkan satu lukisan bakul sampah yang menggabungkan antara rupa
organik dan rupa geometri. Lukisan yang disediakan perlu menepati elemen rupa yang
dikehendaki. Para pelajar diperuntukkkan masa selama 15 minit untuk menghasilkan bentuk
bakul sampah yang menggunakan bahasa seni visual iaitu rupa. Setiap kumpulan akan dinilai
melalui kreativiti masing-masing.


Click to View FlipBook Version