DASAR DAN KETETAPAN PENGURUSAN UNIT HAL EHWAL MURID SK SUNGAI UDANG TAHUN 2023/2024 DISEDIAKAN OLEH : PN MAZHANIZA BT MAT ZAIN PK HEM
DASAR PENGURUSAN HAL EHWAL MURID (HEM) 1.0 PENGENALAN Pengurusan Hal Ehwal Murid adalah antara aspek utama untuk membantu pengurusan sekolah. Ini bermakna pencapaian prestasi berkualiti pengurusan Hal Ehwal Murid boleh membantu untuk menghasilkan sekolah berkesan serta boleh mencapai visi dan misi sekolah ke arah kegemilangan. Dengan adanya permintaan dan harapan yang tinggi dalam kalangan murid dan masyarakat seluruhnya terhadap kemampuan sekolah, pentadbir sekolah seharusnya memainkan peranan yang lebih daripada hanya menjalankan fungsi pentadbiran dan penyelenggaraan. Pentadbir sekolah mesti berupaya menjadi penggerak dan penggalak perubahan untuk mempengaruhi ahli-ahli dalam sekolah menuju ke arah kecemerlangan. Untuk membantu individu supaya seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, dan intelek sebagaimana yang tercerna dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan bukanlah satu perkara yang mudah. Di peringkat sekolah ia berkehendakkan satu perancangan yang lebih berstruktur dan strategik untuk memastikan sesebuah sekolah itu memenuhi ciri-ciri institusi yang berjaya dalam bidang akademik dan bukan akademik. 2.0 DASAR PENGURUSAN KELAS 2.1 Sistem kehadiran e Kehadiran (APDM) a) Semua butiran murid hendaklah dilengkapkan dalam bulan pertama persekolahan (Mac) di dalam system APDM . b) Menandakan APDM pada setiap hari persekolahan sebelum pukul 12 tengahari untuk sesi pagi dan 5.00 petang untuk sesi petang.Sila ambil perhatian terhadap murid yang datang lewat dan murid ponteng sekolah. Murid yang datang lewat dikira sebagai hadir. Bagaimanapun, sekolah perlu menyediakan rekod nama, kelas, masa tiba dan sebab kelewatan untuk tujuan nasihat dan tindakan penambahbaikan. c) Bagi murid yang tidak hadir hendaklah ditanda pada ruang sebab-sebab ketidak hadiran ke sekolah d) Setiap guru kelas hendaklah memastikan APDM murid sentiasa dikemaskini dan dan disahkan pada setiap bulan . e) Cetak jadual kehadiran pada setiap bulan sebagai bahan dokumen rasmi dan simpan didalam fail dengan selamat . f) Salinan butiran murid hendaklah disimpan bersama-sama dengan jadual kehadiran bulanan murid . 3.0 MURID “BUKAN WARGA NEGARA” (MBWN) 3.1 Bagi murid “Bukan Warga Negara” (MBWN), Fee Warga Asing sebanyak RM120.00 bagi sekolah rendah setiap tahun wajib dibayar di Unit Akaun Pejabat Pendidikan Daerah Klang terlebih dahulu sebelum didaftar sebagai murid sekolah. Resit bayaran mesti ditunjukkan kepada Guru Besar.
4.0 PENDAFTARAN MURID BARU 4.1 Guru Kelas menerima murid baru daripada PK HEM. (Status kewarganegaraan telah dikenal pasti oleh PK HEM terlebih dahulu). 4.2 PK HEM hendaklah memastikan Borang Maklumat Murid (Borang SMM) dan Borang Aplikasi Pangkalan Data Murid dilengkapkan oleh ibu bapa / penjaga pada masa itu juga. Jika murid membawa bersama Borang SMM dan Borang APDM dari sekolah asal, sila pastikan maklumat adalah lengkap dan terkini. 4.3 Guru Kelas akan memasukkan data murid-murid baru dalam Sistem APDM. Manakala Guru Data akan memasukkan data murid-murid baru dalam APDM. Bagi murid asal, guru-guru hanya mengemaskini data APDM yang telah dibuat. Guru Data pula hanya mengemaskini data APDM 4.4 Guru kelas hendaklah menyemak jika murid berkenaan menerima sebarang bentuk bantuan dan melaporkan kepada PK HEM. 4.5 Guru Kelas perlu selalu mengambil inisiatif mengenal pasti murid berkeperluan khas dan yang memerlukan bantuan khas (anak yatim, murid miskin, oku dll), serta melaporkan kepada PK HEM untuk tindakan lanjut. 5.0 MURID KELUAR / BERTUKAR / BERPINDAH 5.1 Guru Kelas perlu mengemaskini maklumat / butiran perpindahan dalam APDM . 5.2 Bagi pertukaran murid pindah / keluar, PK HEM perlu memastikan semua buku teks telah turut dibawa bersama oleh murid berkenaan ke sekolah baharu. Guru SPBT perlu merekod dan tindakan lanjut . 5.3 Semua dokumen yang berkaitan dengan murid perlu diserahkan kepada murid untuk rujukan pihak sekolah yang baharu . 5.4 Sijil berhenti sekolah akan dikeluarkan kepada murid yang berpindah keluar. 6.0 PENGURUSAN & ORGANISASI KELAS 6.1 Guru Kelas boleh melantik Jawatankuasa Kelas yang terdiri daripada: I.Ketua Kelas II. Penolong Ketua Kelas III.AJK Kebersihan IV.AJK Keceriaan 6.2 Guru Kelas hendaklah menyelaras penyediaan perkara berikut: I.Jadual Waktu - ditampal pada papan kenyataan Kelas II.Jadual Tugas Kebersihan - ditampal pada papan kenyataan kelas. III. Pelan kedudukan kelas - ditampal di atas meja Guru IV.Inventori Kelas - ditampal pada pintu
V.Moto kelas - ditampal pada papan kenyataan kelas. VI.Misi & Visi Sekolah, Moto Sekolah, Etika Kelas, Sudut Mata Pelajaran, artikel berinformasi & isu semasa hendaklah ditampal pada papan kenyataan kelas. vII.Pelan laluan kecemasan semasa kebakaran hendaklah dipamerkan. vIII.Sudut Bahan Bacaan / Sudut Nilam / Sudut PPDa hendaklah disediakan di tempat yang bersesuaian . 6.3 Guru Kelas dengan dibantu oleh Ketua Kelas hendaklah memastikan semua kerusi dan meja mencukupi. Perabot yang telah rosak hendaklah diganti dan dibawa turun untuk disimpan di dalam stor peralatan sekolah. 6.4 Kebersihan kelas: a) AJK Kebersihan hendaklah memastikan kelas dibersihkan setiap hari persekolahan. b) Setiap guru yang masuk ke kelas mesti memastikan keadaan dalam kelas sentiasa bersih dan teratur sebelum mula mengajar. c) AJK Kebersihan Kelas hendaklah memastikan sampah di dalam laci meja murid dan tong sampah dibuang pada waktu akhir setiap hari. d) Sebelum meninggalkan kelas semua murid hendaklah memastikan kerusi dan meja dalam keadaan kemas dan teratur. e) Ketua Kelas hendaklah memastikan suis lampu dan kipas dimatikan sebelum meninggalkan kelas. f) Ketua Kelas hendaklah memastikan pintu dan tingkap kelas ditutup. 6.5 Peralatan kebersihan akan dibekalkan pada awal tahun. Adalah menjadi tanggungjawab ketua kelas untuk melaporkan kepada guru kelas jika hilang atau rosak. 6.6 Guru Kelas hendaklah mengambil perhatian terhadap perkara berikut: a) Menentukan wayar elektrik, kipas dan lampu serta suisnya dalam keadaan baik dan selamat digunakan. b) Melaporkan perabot dan peralatan elektrik (ICT) yang rosak kepada Guru Besar. c) Membimbing dan menyelia Jawatankuasa Kelas yang dilantik menjalankan tugas. 7.0 DASAR PENGURUSAN DISIPLIN 7.1 Ponteng Sekolah 1) Murid adalah dianggap ponteng sekolah sekiranya tidak hadir sekolah dan tidak membawa surat daripada ibu bapa/penjaga atau surat sakit pada keesokan harinya. 2) Guru Kelas hendaklah menandakan maklumat tidak hadir di dalam sistem kehadiran APDM. 3) Guru Kelas hendaklah merekodkan semua proses tindakan dan hantaran surat kepada ibubapa/penjaga dalam Fail Ponteng Sekolah
4) Jadual penghantaran surat kes Ponteng sekolah adalah seperti berikut: TINDAKAN PONTENG BERERUSAN PONTENG BERKALA / TINDAKAN SETERUSNYA AMARAN I 3 Hari Berturut-Turut 10 Hari AMARAN II 7 Hari Selepas Surat Amaran 1 Dikeluarkan 10 Hari Slepasa Surat Amaran 1 Dikeluarkan AMARAN III 7 Nhari Selepas Surat Amaran 2 Dikeluarkan 20 Hari Selepas Surat Amaran 2 Dikeluarkan 5) Surat Amaran 1, 2, dan 3 mesti diisi dalam 3 salinan dan ditandatangani oleh Guru Besar: Salinan 1 adalah untuk ibu bapa/penjaga, salinan 2 untuk dimasukkan ke dalam fail Ponteng Sekolah dan salinan 3 untuk dimasukkan ke dalam fail Guru Bimbingan & Kaunseling. Catatan dibuat dalam Buku Kedatangan Murid untuk surat-surat seperti berikut: AP: Amaran Pertama AK: Amaran Kedua AT: Amaran Terakhir 6) Sekiranya murid hadir ke sekolah selepas sesuatu tindakan telah dibuat, peraturan berikut hendaklah dipatuhi: Selepas surat Amaran 1, murid hendaklah membawa surat jawapan daripada ibu bapa/penjaga masing-masing. Selepas surat Amaran 2, murid hendaklah membawa surat jawapan daripada ibu bapa/penjaga masing-masing dan berjumpa dengan PK HEM terlebih dahulu. Selepas Amaran 3, murid mestilah datang kesekolah bersama-sama ibu bapa/penjaga dan berjumpa dengan Guru Besar. 7.2 Pas Keluar Semua guru hendaklah mendapatkan dua keping pas kebenaran keluar daripada GPK HEM pada awal tahun. Mana-mana murid yang ingin keluar kelas untuk ke tandas, berjumpa guru dan sebagainya mesti mendapat kebenaran daripada guru mata pelajaran serta memakai pas berkenaan. Guru-guru diingatkan bahawa hanya membenarkan seorang pelajar lelaki atau dua orang pelajar perempuan untuk keluar dalam satu masa. Guru-guru berhak menahan dan meminta murid balik ke kelas untuk mendapatkan pas daripada guru berkenaan atau guru yang berada dikelas sebelahnya jika tiada guru. *** Jika pelajar ingin balik rumah atau keluar dari kawasan sekolah, dia dikehendaki mendapat kebenaran daripada Guru Besar, Penolong Kanan atau Guru Kelas dengan mengisi dalam Buku Rekod
Meminta Kebenaran Balik Awal di pejabat am dan menelefon kepada ibu bapa/ keluarganya untuk mengambil mereka. *** Jika guru mendapati ada pelajar yang keluar tanpa kebenaran, sila memberi amaran atau laporkan kepada Guru Besar atau Penolong Kanan dengan segera. 7.3 Disiplin Murid 1. SEMUA GURU ADALAH GURU DISIPLIN. Oleh itu, guru-guru mestilah memastikan murid mematuhi semua peraturan sekolah setiap masa. 2. Guru-guru mestilah memberi nasihat dan teguran jika mereka dapati seseorang murid itu melakukan kesalahan disiplin. 3. Guru-guru mestilah memaklumkan kesalahan-kesalahan disiplin murid yang berat kepada Ketua Guru Disiplin / PK HEM / Guru Besar. 4. Hukuman yang dikenakan mestilah mematuhi prosedur yang telah ditetapkan oleh KPM serta setimpal dengan kesalahan murid. Ini bertujuan supaya murid tidak terasa teraniaya dan akan menerima hukuman dengan rela hati. 5. Tiada sentuhan badan kepada murid atau tingkah laku negatif guru yang boleh menimbulkan prasangka kepada murid. 6. Semua guru perlu menjadi role model – contoh teladan yang baik kepada murid-murid. 7.4 Kawalan /Tanggungjawab Guru 1. Guru mestilah mengenali setiap nama murid mereka. Ini dianggap sebagai satu usaha bahawa guru mempunyai sikap keprihatinan dan mengenali mereka sebagai seorang individu. (Amalan Budaya Penyayang) 2. Guru hendaklah memahami dan mengenali mana-mana murid yang sering menimbulkan masalah disiplin dan memberikan tumpuan yang lebih terhadap mereka bagi mendapatkan kerjasama. 3. Jangan memulakan proses Pembelajaran dan Pengajaran jika murid tidak memberi tumpuan atau sedang bising dan bercakap sesama sendiri. 4. Jangan membiarkan murid-murid berkumpul di hadapan meja guru sedangkan muridmurid lain dibiarkan bising di tempat mereka atau di belakang kelas. 5. Guru haruslah memeriksa kebersihan kelas termasuk bahagian kaki lima kelas / varendah. 6. Guru-guru haruslah mengambil perhatian terhadap murid-murid yang selalu tidak membuat kerja rumah atau tugasan dalam kelas. Cuba kena pasti sebab-sebabnya dan ambil tindakan yang sewajarnya. 7.5 Dasar Umum Disiplin 1. Setiap murid digalakkan memiliki buku peraturan sekolah dan perlu difahami dan dipatuhi. 2. Pada awal tahun permulaan semasa persekolahan, murid akan diberi penjelasan dan penerangan tentang peraturan sekolah dan tindakan-tindakan disiplin yang dikuatkuasakan. 3. Penerangan dan penjelasan mengenai peraturan disiplin sekolah juga disampaikan kepada murid-murid dari semasa ke semasa.
7.6 Pemeriksaan Mengejut 1. Pemeriksaan mengejut boleh dijalankan dari semasa ke semasa ke atas murid semasa berada di kelas atau tapak perhimpunan atas arahan pihak pentadbir. 2. Barang larangan akan dirampas dan maklumat murid tersebut akan direkod oleh guru berkenaan dalam Buku Rekod Salah Laku Barang Rampasan yang disimpan di bilik Guru Besar. 3. Barang larangan akan disimpan di dalam bilik Guru Besar. 4. Barang rampasan yang mahal (seperti telefon bimbit) hanya oleh dituntut balik oleh ibu bapa/ penjaga murid selepas berjumpa dengan Guru Besar. 5. Kehilangan barang-barang berharga adalah di bawah tanggungjawab murid-murid. 7.7 Kaedah Mengatasi Disiplin 1. Edarkan senarai kesalahan ringan, sederhana dan berat kepada: 1. semua guru 2. kelas-kelas(untuk dipamerkan dipapan kenyataan) 3. bilik-bilik khas Kes-kes disiplin kesalahan ringan semua guru perlu menanganinya secara berhemat dengan kadar segera sebelum ianya menjadi kes kesalahan disiplin yang lebih berat. 2. Guru mata pelajaran / guru kelas hendaklah: 1. Merekod kesalahan murid di Buku Rekod Salah laku Murid Dalam Kelas 2. Guru Disiplin akan mengumpulkan rekod kesalahan dan seterusnya membawa ke mesyuarat disiplin mengikut keperluan. 8.0 DASAR KEBAJIKAN MURID 8.1 Semua bentuk bantuan dan kebajikan murid mesti merujuk kepada data Aplikasi Data Maklumat Murid (APDM) yang sentiasa dikemaskini. 8.2 Pengurusan Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) a) Memastikan semua murid mendapatkan 1 set buku teks yang mencukupi selewat-lewatnya hari pertama sesi baru persekolahan. b) Melaksanakan arahan perpindahan Murid Bersama Buku Teks Dalam Zon yang Sama (Ruj: K/P.BT.8945/Jld.28(24) – 17Mac 2008). c) Guru Kelas mesti memastikan semua buku teks yang diterima oleh murid dibalut kemas dan melengkapisi maklumat dalam cap SPBT. d) Guru Kelas juga mesti memastikan mana-mana muridnya yang ingin bertukar sekolah ke negeri lain memulangkan semula buku SPBT tersebut dengan mengikut tatacara yang telah
ditetapkan. e) Guru SPBT mestilah mengumpulkan semula buku teks pada akhir tahun mengikut tarikh yang ditetapkan serta membuat senarai murid yang tidak memulangkannya. f) Murid ”Bukan Warga Negara” (BWN) tidak layak menerima buku SPBT. 8.3 Khidmat Bimbingan dan Kaunseling a) Guru Bimbingan dan Kaunseling (GBK) mestilah memberikan tumpuan kepada empat fokus utama iaitu: • Pembangunan sahsiah diri murid • Peningkatan disiplin diri murid • Pendidikan kerjaya murid • Psikososial dan kesejahteraan mental murid b) Unit Bimbingan dan Kaunseling harus diuruskan mengikut etikanya, demi memelihara hak murid. Segala maklumat murid adalah dianggap sulit dan hanya boleh didedahkan kepada pihak yang berkenaan sahaja. c) GBK boleh membantu murid-murid dengan memberi bimbingan dan saranan sama ada secara individu atau kelompok. d) GBK mestilah mengatur masa untuk memberi khidmat kaunseling kepada murid yang telah diberi surat amaran ponteng pertama, kedua dan ketiga. Laporan sesi kaunseling perlu disediakan. e) Guru Disiplin mahupun Guru Kelas boleh merujuk kepada GBK tentang murid yang memerlukan bantuan kaunseling ataupun murid yang menghadapi masalah disiplin. f) GBK bertanggungjawab dalam Pengurusan dan Pelaksanaan Pentaksiran Psikometrik (PPsi) serta pelaksanaan Ujian Aptitud Am. 8.4 Dasar Kebajikan Murid a) Guru Kelas hendaklah mengenalpasti maklumat berdasarkan APDM: ▪ Bilangan anak yatim di dalam kelas ▪ Bilangan murid yang terdiri daripada keluarga berpendapatan rendah ▪ Bilangan murid OKU b) Guru kelas hendaklah menguruskan hal-hal berkaitan bantuan yang boleh dipohon oleh murid-murid berkenaan dan Guru Data merekodkan murid yang berjaya menerima bantuan ke dalam SMM seperti: I. Kumpulan Wang Amanah Murid Miskin (KWAMP) Kadar baharu kelayakan pendapatan untuk memohon KWAPM DSA bagi tahun 2019 ialah jumlah pendapatan isi rumah tidak melebihi RM1169 atau per kapita tidak melebihi
RM310. II. Rancangan Makanan Tambahan (RMT) Untuk tempoh maksimum 190 hari dengan kadar RM3.50 seorang sehari. Waktu makan untuk program ini ialah pada waktu rehat hari persekolahan. Kadar baharu kelayakan pendapatan bagi sekolah rendah ialah jumlah pendapatan isi rumah tidak melebihi RM1169 atau per kapita tidak melebihi RM310. 8.5 Skim Takaful Pelajar Malaysia Skim takaful Pelajar Malaysia untuk para pelajar sekolah adalah bertujuan menyediakan perlindungan dalam bentuk manfaat kewangan kepada pelajar dan keluarga mereka bagi meringankan beban kewangan yang akan ditanggung oleh mereka sekiranya berlaku apaapa bencana, malapetaka dan tragedi kemalangan ke atas diri. Guru Kelas hendaklah memaklumkan kepada PK HEM sekiranya ada di kalangan muridnya yang mendapat kemalangan / kematian atau bencana alam keluarganya. Derma kilat akan dibuat oleh unit kebajikan dan menyerahkan derma kepada murid berkenaan sekiranya berlaku kematian / bencana seperti kematian saudara terdekat (ibubapa) atau diri sendiri. 9.0 DASAR KEBERSIHAN DAN KESIHATAN 9.1 eRekod Kesihatan Murid (eRKM) 1. Guru Kelas perlu melengkapkan ruang yang tertentu dalam e Rekod Kesihatan Murid dalam APDM berdasarkan maklumat murid yang diberi dalam borang APDM. 9.2 Kad Pergigian Murid 1. Setiap murid sekolah mempunyai kad pergigian yang dibekalkan setiap tahun. 2. Guru Kelas mestilah memastikan kad ini diedarkan kepada ibu bapa / penjaga murid untuk mendapatkan kebenaran bagi menjalankan pemeriksaan gigi terhadap anak / anak jagaannya. 3. Kad ini hendaklah diserahkan kepada Jururawat Pergigian Sekolah yang berkenaan dan pemeriksaan akan dijalankan pada satu tempoh yang ditetapkan. 9.3 Surat Rawatan Murid 1. Murid boleh mendapatkan surat rawatan ini di pejabat sekolah. 2. Surat rawatan ini hendaklah ditandatangani oleh Guru Besar atau mana-mana Penolong Kanan. 3. Surat ini digunakan oleh murid apabila ingin mendapatkan khidmat rawatan di mana-mana
hospital atau klinik kerajaan. 9.4 Murid Sakit 1. Guru Kelas mestilah prihatin jika ada dalam kalangan murid kelasnya yang sakit atau kurang sihat pada hari tersebut. 2. Jika murid berkenaan ingin meminta izin untuk pulang, Guru mata pelajaran atau Guru Kelas boleh menghubungi ibu bapa / penjaga berkenaan untuk menjemputnya di sekolah. 3. Guru mata pelajaran atau Guru Kelas tidak boleh membenarkan murid berkenaan pulang sendiri ke rumah walaupun rumahnya berhampiran dengan sekolah. 4. Jika keadaan kesihatan murid serius atau berlaku kes-kes kecemasan atau kecederaan, Guru Kelas mestilah menghubungi ibu bapa / penjaga dan menghantar murid berkenaan ke klinik atau hospital terdekat sama ada menggunakan kenderaan sendiri, kenderan sekolah atau menghubungi ambulans. 5. Guru bertugas harian mestilah merekodkan butiran murid yang dibenarkan pulang dalam Buku Laporan Bertugas Harian. 9.5 Kebersihan dan Keceriaan Sekolah 1. Semua guru bertanggungjawab bagi memastikan murid-murid menjaga kebersihan diri, kelas, tandas, bilik-bilik khas, bangunan dan kawasan sekolah. 2. Guru Kelas mestilah sentiasa mengingatkan murid-murid kelasnya supaya menjaga kebersihan dan keceriaan kelas masing-masing. 3. Guru Kelas bertanggungjawab mengambil inisiatif untuk menghias kelas mereka agar kelihatan kemas dan teratur, ceria dan kondusif bagi memudah dan membantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran. 4. Guru kelas dibantu oleh Ketua Kelas bertanggungjawab memastikan kelas dibersihkan setiap hari iaitu sebelum pukul 7.30 pagi waktu persekolahan. 5. Guru yang masuk mengajar masa pertama bertanggungjawab memastikan kelas dalam keadaan bersih sebelum memulakan Pembelajaran dan Pengajaran. 6. Murid-murid dikehendaki menyusun kerusi dan meja masing-masing dengan kemas sebelum meninggalkan kelas pada waktu akhir persekolahan. 7. Guru mata pelajaran untuk waktu terakhir hendaklah memeriksa kelas selepas tamat persekolahan. 10.0 DASAR KESELAMATAN SEKOLAH 10.1 Semua sekolah wajib melaksanakan Program 3K ( Kebersihan, Kesihatan, Keselamatan ). 10.2 Keselamatan murid sentiasa dilindungi sepenuhnya sepanjang mereka berada di kawasan sekolah dan sesi persekolahan. 10.3 Sekolah perlu memastikan semua murid memiliki insuran perlindungan kemalangan(Skim
Takaful Pelajar Malaysia). 10.4 Setiap aktiviti yang dilaksanakan di luar kawasan sekolah perlu mendapat kebenaran daripada pihak sekolah, Jabatan Pendidikan, ibu bapa / penjaga murid. Penglibatan murid dalam manamana aktiviti luar sekolah perlu diiringi oleh guru pada nisbah 10 orang murid dan seorang guru pengiring. Sekiranya terdapat seorang murid perempuan atau lebih dalam jumlah 10 orang murid berkenaan maka guru pengiringnya hendaklah seorang guru perempuan. 10.5 Aspek-aspek keselamatan dan kebajikan murid wajib diberi keutamaan oleh semua pihak terutama sebelum, semasa dan selepas sesuatu program / aktiviti dilaksanakan. 10.6 LATIHAN KECEMASAN KEBAKARAN 1. Sekolah mesti memastikan bahawa latihan kebakaran (fire drill) dijalankan 1 kali setahun. 2. Sekolah mesti memastikan alat pencegahan kebakaran mencukupi dan berfungsi. 3. Guru-guru mestilah memastikan murid-murid meninggalkan kelas / bilik khas mengikut Pelan Kecemasan dengan segera, tetapi secara teratur apabila isyarat kebakaran dibunyikan. Murid-murid khas atau OKU hendaklah dibantu keluar oleh guru mereka. 4. Guru-Guru mesti memastikan suis lampu, kipas atau peralatan elektrik yang lain serta bekalan gas ditutup sebelum keluar. 5. Buku Kawalan Kelas (BKK) / Senarai nama murid dibawa keluar dari pejabat oleh staf pejabat ke tempat berkumpul. 6. Guru kelas mestilah mengira bilangan murid dengan segera. Mana-mana murid yang tiada hendaklah dimaklumkan kepada Pentadbir dengan serta-merta. 10.7 POLISI KESELAMATAN SEKOLAH 1. Pihak sekolah perlu mengamalkan tiga polisi utama dalam aspek keselamatan sekolah iaitu :- a. Polisi Keselamatan Pergi dan Balik dari Sekolah b. Polisi Mengelakkan Gangguan Seksual c. Polisi Keselamatan Menjalankan Aktiviti Kokurikulum. 2. Semua guru bertanggungjawab bagi memastikan polisi-polisi ini dipatuhi dan diamalkan setiap masa demi mewujudkan iklim sekolah yang selamat kepada semua warga sekolah. 10.8 Kenderaan Murid, Kakitangan dan Pelawat 1. Guru, murid dan pelawat mesti memastikan kenderaan diletakkan di tempat yang telah dikhaskan dan tidak mengganggu laluan masuk. 2. Guru-guru dan para murid diingatkan supaya berhati-hati memandu kenderaan mereka dalam kawasan sekolah untuk mengelakkan sebarang kemalangan.
10.9 KAWALAN KESELAMATAN 1. Guru-guru hendaklah memaklumkan kepada pentadbir sekolah sekiranya mereka mendapati tiada pengawal keselamatan yang bertugas di pintu pagar sekolah. 2. Pintu pagar sekolah mestilah sentiasa ditutup dan mana-mana pelawat yang ingin berurusan dengan pihak sekolah mesti menandatangani Buku Rekod Pelawat dan mendapatkan Pas Pelawat terlebih dahulu. 3. Murid mematuhi isyarat yang diberikan oleh warden lalu lintas. 11. PENGURUSAN KANTIN 1. Memastikan pengusaha kantin mematuhi peraturan dan Pekeliling Kementerian Pelajaran /Kesihatan. 2. Memastikan jenis-jenis makanan dan minuman yang dijual mengikut syarat perjanjian. 3. Memastikan mutu makanan dan harga jualan berpatutan mengikut syarat-syarat perjanjiandan senarai harga hendaklah dipamerkan. 4. Memastikan makanan halal. 5. Memastikan penyediaan dan peralatan yang digunakan bersih dan selama sertamenggunakan penyepit untuk mengambil makanan. 6. Memastikan keadaan luar dan dalam kantin sentiasa bersih, kemas dan ceria. 7. Memastikan semua pekerja kantin telah menjalani pemeriksan kesihatan dan memiliki kadkesihatan yang sah. 8. Memastikan pihak pengusaha kantin berada di permis supaya mudah dihubungi. 9. Memastikan semua penjual dan kakitangan kantin sentiasa memakai apron, tutup kepala dankemas mengikut pekeliling Kementerian Kesihatan. 10. Memastikan semua makanan ditutup dengan tudung saji / kain maslin / disimpan dalam bekas yang bertutup. 11. Memaklumkan kepada pihak pengusaha tentang hari-hari persekolahan. 12. Memastikan pelajar dan guru mempunyai tempat duduk yang mencukupi, selamat dan sesuai. 13. Memastikan makanan yang disediakan untuk harian mencukupi. 14. Membuat laporan bulanan kepada Guru Besar / PK HEM tentang prestasi kantin. 15. Mengadakan mesyuarat jawatankuasa 3 kali setahun dan perbincangan dari masa ke masa. 16. Membuat laporan mingguan di dalam buku / borang laporan kantin. 17. Memastikan perkhidmatan dan layanan cepat dan mesra. 18. Memastikan murid-murid beratur semasa membeli 11.1 Keceriaan Kantin 1. Mengadakan program keceriaan di persekitaran kantin. 2. Memastikan setiap bahagian di kantin diselenggarakan dengan baik untuk menghasilkankawasan kantin yang bersih, cantik dan menarik. 3. Membantu dalam merancang dan meningkatkan kebersihan dan keceriaan kantin. 4. Penasihat kepada pekerja-pekerja kantin dan Penguasa Kantin. 5. Menjaga kebersihan keseluruhan bangunan dan kawasan kantin. 6. Mendapatkan kerjasama pekerja kantin bagi menangkap kucing liar / anjing liar. 7. Merancang dan menaja berbagai-bagai projek kebersihan dan keceriaan kantin SEPERTI :- ➢ Lawatan ke sekolah lain
➢ Kempen Gotong Royong ➢ Ceramahceramah kebersihan kanti ➢ Pertandingan Mengarang esei kebersihan kantin ➢ Memesan dan mengagihkan bahan-bahan dan barang-barang seperti sabun, ubatlongkang, penyapu, tong sampah bersih. ➢ Menanam bunga / pokok di kawasan kantin 12. SKUAD DENGGI • Merancang dan melaksanakan pelan tindakan pencegahan pembiakan nyamuk aedeske arah menjadikan kawasan sekolah sebagai kawasan bebas denggi. • Memberi garis panduan kepada guru bagi menyelaras aktiviti pendidikan pencegahandenggi dan peranan murid sebagai agen perubahan di sekolah, rumah danmasyarakat. • Menyebar maklumat tentang bahaya nyamuk aedes dan demam denggi dalampelbagai kaedah dan media. • Melibatkan pihak luar seperti agensi kerajaan dan swasta dalam merancang sertamelaksanakan program pencegahan denggi. • Memantau dan melaporkan pelaksanaan Pendidikan Pencegahan Denggi di Sekolahkepada Pejabat Pelajaran Gabungan/Daerah. • Memantau, melapor dan merujuk kes-kes yang disyaki demam denggi kepada pihakberkenaan. • Membuat laporan mingguan dan bulanan kepada PPD/Guru PK HEM. • Melengkapkan Borang KD1 dan KD2 untk pemantauan dan laporan ke PPDJempol dan Pejabat Kesihatan Daerah 13. TAHUN 6 1.Bekerjasama dengan guru kelas bagi menyiapkan sijil-sijil:- a) Berhenti sekolah b) Sijil PAFA c) Sijil PBD dan sijil-sijil lain 2. Penempatan murid-murid ke Tingkatan Satu bagi tahun-tahun berikut:- a) Melengkapkan maklumat murid-murid Tahun 6 dalam APDM yang telah dikemaskini b) Memasukkan zon penempatan yang telah ditetapkan dan hantar online yangmengandungi maklumat berkenaan ke pejabat PPD/JPS 3. Penyelaras Tahun 6 mengambil surat keputusan penempatan ke Tingkatan Satu dari PPD 4. Memaklumkan keputusan penempatan ke Tingkatan 1 kepada murid-murid denganpengedaran surat panggilan. Pemberitahuan tarikh pendaftaran kemasukan ke Tingakatan 1pada tarikh yang ditentukan oleh PPD. 5. Menghantar senarai nama murid-murid ke sekolah menengah yang ditempatkan samaadadengan menggunakan lampiran C atau salinan fotostat keputusan penempatan. Salinanhendaklah disahkan oleh Guru Besar. Pastikan keputusan penempatan yang dibuat oleh PPD dipatuhi tanpa dibuat sebarang perubahan. 6. Menubuhkan Jawatankuasa Pencalonan (SBP) Sekolah Berasrama Penuh:- a) Mencalonkan murid-murid Tahun 6 ke Tingkatan Satu Sekolah Berasrama penuh KPM.Bermesyuarat untuk memilih dan menilai pencapian murid yang berpotensi. Murid-murid Bukan Warganegara dimaklumkan supaya membuat permohonan untukmendapatkan pas pelajar
yang baru lebih awal supaya pembelajaran dapat diteruskandengan pembayaran levi. b) Butiran diri calon diisi dengan teliti dan tepat oleh guru setelah memperoleh butiran diri calon dan salinan dokumen sokongan yang berkaitan. 7. Murid-murid Bukan Warganegara dimaklumkan supaya membuat permohonan untuk mendapatkan pas pelajar yang baru lebih awal supaya pembelajaran dapat diteruskan dengan pembayaran fee