The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

e-Handbook Panduan Pelajar KKHL 2023 Edisi Keempat

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by uidmkkhl, 2023-10-17 01:05:50

e-Handbook Panduan Pelajar KKHL 2023 Edisi Keempat

e-Handbook Panduan Pelajar KKHL 2023 Edisi Keempat

Keywords: handbook,kkhl,kolejkomunitihululangat,panduanpelajarkkhl

E-HANDBOOK EDISI KEEMPAT Layari http://kkhululangat.mypolycc.edu.my Buku Panduan Pelajar


Kandungan 1. Aluan Pengarah 2. Pengenalan 3. 10 Lonjakan PPPM(PT) 4. Misi dan Visi Kolej Komuniti Hulu Langat 5. Piagam Pelanggan Kolej Komuniti Hulu Langat 6. Pengurusan Tertinggi 7. Unit Akademik dan Pendidikan Berterusan • Unit Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara • Unit Pengoperasian Perniagaan • Unit Teknologi Maklumat • Unit Pengajian Am • Unit Pembelajaran Sepanjang Hayat 8. Unit Pentadbiran dan Sokongan 9. Maklumat Program Sijil Kolej Komuniti • Unit Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara • Unit Pengoperasian Perniagaan • Unit Teknologi Maklumat 10. Pendidikan Berasaskan Hasil (Outcome Based Education – OBE) 11. Peraturan Akademik 12. Amalan EKSA 13. Unit Pembangunan Pelajar 14. Unit Pengambilan 15. Unit Perhubungan Industri dan Alumni 16. Unit Peperiksaan dan Penilaian 17. Unit Pengurusan Psikologi 18. Fasiliti dan Kemudahan Buku Panduan Pelajar | Kolej Komuniti Hulu Langat (e-Handbook)


Aluan Pengarah Selamat datang ke Kolej Komuniti Hulu Langat saya ucapkan kepada semua pelajar. Tahniah saya ucapkan kepada para pelajar kerana telah berjaya mendaftarkan diri dan meneruskan pengajian di Kolej Komuniti Hulu Langat (KKHL) bagi menjalani salah satu program sepenuh masa iaitu Program Sijil Teknologi Maklumat, Program Sijil Teknologi Penyejukan dan penyamanan Udara dan Program Sijil Pengoperasian Perniagaan. Alhamdulillah, terlebih dahulu ingin saya memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnianya Buku Panduan Pelajar Kolej Komuniti Hulu Langat Edisi Keempat dapat diterbitkan. Saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam perancangan serta penerbitan Buku Panduan pelajar ini. Buku Panduan Pelajar KKHL ini merupakan panduan kepada pelajar yang merangkumi informasi utam sepanjang sesi pengajian sehingga memperoleh Sijil Kolej Komuniti. Adalah disarankan para pelajar menjadikan buku ini sebagai sumber rujukan utama berkaitan program sepanjang tempoh pengajian di KKHL. KKHL merupakan salah sebuah daripada 10 Kolej Komuniti terawal yang telah ditubuhkan di bawah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Kementerian Pendidikan Tinggi. KKHL telah melahirkan ramai graduan sejak Julai 2003 sehingga kini. KKHL proaktif untuk menyediakan perkhidmatan pendidikan yang terbaik bagi melahirkan graduan yang holistik, berciri keusahawanan dan seimbang di samping memberikan latihan di bawah Pendidikan Sepanjang Hayat kepada komuniti. Puan Roszita binti Shamsuddin Pengarah Akhir kata saya berharap semoga Buku Panduan Pelajar ini dapat membantu anda sepanjang berada di institusi. Semoga kita sama-sama dapat menjadikan KKHL sebuah institusi pendidikan yang hebat dan cemerlang yang dapat melahirkan graduan berkemahiran yang menjadi rebutan industri. #Greatness Starts Here Untuk mencapai standard dan tujuannya, setiap program di KKHL telah menerima pensijilan akreaditasi dari Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). Perkhidmatan pendidikan KKHL juga dilengkapi dengan Pensijilan Sistem Pengurusan Kualiti ISO 9001:2015. Disamping mempunyai persekitaran kerja yang kondusif melalui amalan dan pensijilan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA). Buku Panduan Pelajar | Kolej Komuniti Hulu Langat (e-Handbook) Kolej Komuniti Hulu Langat


Pengenalan Kolej Komuniti Hulu Langat (KKHL) mula beroperasi sejak Mac 2003 dengan menumpang di Sekolah Menengah Teknik Kajang, ketika itu menawarkan dua kursus iaitu Sijil Penyejukan dan Penyamanan Udara dan Sijil Teknologi Maklumat. Pada Julai 2006, Unit Teknologi Maklumat telah berpindah ke bangunan sewa Plaza Citra, Kajang. Pada tahun 2008, Program Diploma Pengurusan dan Penyelenggaraan Fasiliti telah dilaksanakan dalam bentuk “Work Based Learning” namun ditangguhkan pada tahun 2010. Pada 5 Mei 2009, Kolej Komuniti Hulu Langat telah berpindah ke Prima Saujana, Kajang. Bangunan yang mempunyai keluasan Lot 1502 meter persegi ini mempunyai kemudahan seperti bilik kuliah, dewan kuliah, bengkel, makmal komputer, perpustakaan, bengkel masakan, bengkel jahitan dan beberapa kemudahan lain. Kursus Sepenuh Masa yang ditawarkan di sini adalah Sijil Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara (SPU), Sijil Pengoperasian Perniagaan (SPP) dan Sijil Teknologi Maklumat (STM). Berikutan itu, KKHL memiliki Perancangan Strategik yang tersendiri yang disediakan berasaskan kepada Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) yang menggariskan sepuluh (10) lonjakan yang perlu difahami, dihayati dan direalisasikan untuk mencapai matlamat setiap lonjakan. Berdasarkan pencapaian cemerlang sepanjang tiga belas (13) tahun, KKHL berhasrat untuk menggerakkan segala kekuatan yang ada untuk melonjak ke satu tahap yang baru ke arah mencapai visi “Kolej Komuniti Hulu Langat Institusi TVET Dan Pembelajaran Sepanjang Hayat Ulung Tahun 2025” Institusi ulung yang dihasratkan adalah berdasarkan kepada lima (5) kriteria iaitu membentuk graduan TVET berkualiti, membudayakan PSH sebagai gaya hidup, meperkasakan tadbir urus yang cekap dan berkesan, mengukuhkan bakat warga dan memantapkan hubungan kolaboratif bersama agensi dan industri. Ini dapat diterjemahkan kepada pencapaian KKHL dalam meningkatkan kadar graduan yang boleh diambil bekerja, graduan yang menceburi bidang keusahawanan, telah mencapai status COTT dalam bidang tujahan, tenaga kerja yang mempunyai pengalaman industri, kolaborasi penuh program pengajian dengan industri,kepelbagaian kursus PSH dan institusi mendapat pengiktirafan badan bertauliah. Semoga cabaran besar yang perlu ditempuhi oleh semua warga KKHL untuk melonjakkan KKHL ke tahap tersebut dapat dilaksanakan dengan sokongan semua pihak terutama komuniti setempat yang sentiasa bersama dengan KKHL. 3 Buku Panduan Pelajar | Kolej Komuniti Hulu Langat (e-Handbook) Kolej Komuniti Hulu Langat


10 Lonjakan PPPM(PT) Buku Panduan Pelajar | Kolej Komuniti Hulu Langat (e-Handbook)


Visi dan Misi VISI KOLEJ KOMUNITI HULU LANGAT INSTITUSI TVET DAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT ULUNG TAHUN 2025 MISI Melahirkan graduan yang kompeten, holistik, berciri keusahawanan dan seimbang Memperkasakan pengetahuan dan kemahiran komuniti setempat melalui Pembelajaran Sepanjang Hayat Menyediakan persekitaran pembelajaran yang kondusif Memanfaatkan kolaboratif melalui perkongsian pintar dengan agensi dan industri 1 2 3 4 5 Buku Panduan Pelajar | Kolej Komuniti Hulu Langat (e-Handbook) Kolej Komuniti Hulu Langat


Piagam Pelanggan Menyediakan program pengajian TVET yang diiktiraf oleh agensi yang berkelayakan seperti MQA dan MBOT. Menyediakan pelajar yang berkemahiran mengikut keperluan industri. Menyediakan suasana persekitaran pembelajaran yang kondusif dan selamat. Memberi akuan terima aduan kepada pengadu dalam tempoh 3 hari bekerja dan maklum balas aduan dalam tempoh 15 hari bekerja. Menjamin sistem pengurusan berkualiti mengikut standard antarabangsa seperti MS ISO 9001: 2015 atau yang setaraf dengannya. 1 2 3 6 Kami berjanji merancang dan melaksanakan perkhidmatan pendidikan yang berkualiti dan menepati keperluan pelanggan dengan: 4 5 Buku Panduan Pelajar | Kolej Komuniti Hulu Langat (e-Handbook) Kolej Komuniti Hulu Langat


Pengurusan Tertinggi PENGARAH Puan Roszita Binti Shamsuddin TIMBALAN PENGARAH AKADEMIK (TPA) Encik Muhammad Idris Bin Musa TIMBALAN PENGARAH PENGURUSAN (TPP) Puan Yuzilawati Binti Mohamad Yunus Buku Panduan Pelajar | Kolej Komuniti Hulu Langat (e-Handbook) Kolej Komuniti Hulu Langat


Unit Akademik dan Pendidikan Berterusan Akademik & Pendidikan Berterusan


Unit Teknologi Penyejukan & Penyamanan Udara 9 Buku Panduan Pelajar | Kolej Komuniti Hulu Langat (e-Handbook) Pn. Hanin Falina Mohd Hashim Pn. Hazlilawati Zainal En. Syaiful Afdzal Ramli Pn. Salmiah Mohd Salleh Ts. Abd Haris Ismail En. Bahrun Jusoh En. Mohd Hasni Hanapi Pn. Tilkavati Muthusamy En. Mohd Nashmal Mohmad Rozee Ts. Shahazrin Mohd Nasir En. Shahrul Nizam Mohd Mahpal Pn. Ramlah Mohd Nor Pn. Rohazira Ramli


Unit Pengoperasian Perniagaan 10 Buku Panduan Pelajar | Kolej Komuniti Hulu Langat (e-Handbook) Pn. Suzana Zainol Abidin Pn. Arfah Hanum Anuar Pn. Siti Azura Abu Hassan Pn. Wan Noor Elyana Wan Mohamed Pn. Siti Syahida Ahmad Pn. Nor Hidayah Ahmad Damanhuri Pn. Hamizah Jaapar


Unit Teknologi Maklumat 11 Buku Panduan Pelajar | Kolej Komuniti Hulu Langat (e-Handbook) Pn. Norhazlinda Mohd Hanapi Pn. Siti Nor Lailiyah Ibrahim Pn. Nor Syahidah Abdul Mutalib Ts. Fadhlina Ahmad Pn. Nurul Syahrina Mohd Shahar Pn. Noorhidayah Mansor Pn. Mazlaine Hussain Pn. Nazihan Aziziuddin Pn. Nurul Izzah Ibrahim Pn. Jaslin Azira Jaafar


Unit Pengajian Am 12 Buku Panduan Pelajar | Kolej Komuniti Hulu Langat (e-Handbook) Pn. Azizah Mahadi Pn. Nornazlina Mohd Nor Pn. Suhaidal Mohd Daud Pn. Alinawate Ali Pn. Yusmaria Mohd Yusoff Cik Nisha Sandrasegaran Pn. Nik Mariati Dollah Pn. Adleen Najihah Kamaruddin


Unit Pembelajaran Sepanjang Hayat 13 Buku Panduan Pelajar | Kolej Komuniti Hulu Langat (e-Handbook) [KOSONG] Pn. Fatimah Wati Mat Khairi


Unit Pentadbiran dan Sokongan Pentadbiran & Sokongan


Staf Pentadbiran dan Sokongan 15 Buku Panduan Pelajar | Kolej Komuniti Hulu Langat (e-Handbook) PEGAWAI PENERANGAN Cik Leong Ching Yee PEGAWAI PSIKOLOGI & KERJAYA Pn. Noor Aleeka Mohd Mokhti PENOLONG PEGAWAI TADBIR Pn. Intan Marliyana Zainal PEMBANTU TADBIR Pn. Assuhaida Alias PEMBANTU TADBIR Pn. Nurul Shahima Hanis Ismail PENOLONG AKAUNTAN Pn. Norhasnita Sudiman PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) Cik Nor Atiqah Mading PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN Pn. Norizyana Daud PEGAWAI BELIA & SUKAN En. Azwandy Anuwar


16 Staf Pentadbiran dan Sokongan Buku Panduan Pelajar | Kolej Komuniti Hulu Langat (e-Handbook) PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT Pn Norziaton Madzizat PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT Pn Sharifah Nor Fatma Aida Tuan Aziz PENOLONG PUSTAKAWAN Pn Suza Derahman PENOLONG PEGAWAI TADBIR Pn Intan Marliyana Zainal PEMBANTU TADBIR Pn Assuhaida Alias PEMBANTU OPERASI En Ahmad Sufiyan Md Sabri PEMBANTU OPERASI Pn Noorhaslinda Rosli PEMANDU KENDERAAN En Muhammad Aizat Jamil PEMANDU KENDERAAN En Mohammad Norhazizi Tarmizi


Maklumat Program Maklumat Program Sijil Kolej Komuniti Kolej Komuniti Hulu Langat • Sijil Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara • Sijil Pengoperasian Perniagaan • Sijil Teknologi Maklumat


Sijil Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara (SPU) Buku Panduan Pelajar | Kolej Komuniti Hulu Langat (e-Handbook)


PENGENALAN Selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2015-2025) yang meletakkan sasaran untuk meluaskan enrolmen pelajar Technical and Vocational Education and Training (TVET) melalui lonjakan ke-4 iaitu menghasilkan graduan TVET yang berkualiti, Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK 11) diambil untuk menghasilkan 60% daripada 1.5 juta pekerja dalam sektor TVET. Sehingga kini sebanyak 69,475 (51%) dari 136,062 graduan pendidikan dan pendidikan teknikal (TVET) di Malaysia bekerja sebagai tenaga mahir. Oleh itu, untuk mengikuti perkembangan pesat dalam sektor TVET, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) secara progresif bekerjasama dengan pihak industri utama di negara ini dalam membangunkan kurikulum sejajar dengan keperluan semasa. Program Sijil Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara ini dibangunkan bagi memenuhi permintaan yang tinggi dalam sektor TVET. Pelajar akan dilatih untuk mahir dalam bidang penyejukan dan penyamanan udara domestik dan juga komersil. Selain itu, kemahiran berkomunikasi, kerja berpasukan, keusahawanan, bersikap profesional dan bersedia secara sukarela menyumbang kepada masyarakat adalah antara kemahiran kendiri yang diterapkan sebelum pelajar menjalani latihan industri dan seterusnya menjadi sebahagian daripada tenaga mahir yang diperlukan oleh industri. SINOPSIS Program Sijil Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara adalah satu program yang membolehkan pelajar mendapat pengetahuan dan kemahiran teknikal secara teori dan praktikal. Program ini juga direkabentuk bertujuan untuk menghasilkan graduan holistik yang mempunyai ilmu pengetahuan dan kemahiran kompeten dalam memenuhi permintaan tenaga kerja dalam sektor industri. Struktur program ini merangkumi kursus Penyediaan Asas Penyamanan Udara, Pemasangan Unit Penyamanan Udara Domestik, Penyelenggaraan Unit Penyamanan Udara Domestik, Teknologi Worksyop, Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSH), Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara, Penyejukan Domestik, Penyamanan Udara Kenderaan, Lukisan Kejuruteraan, Teknologi Elektrik, Penyejukan Komersil, Penyamanan Udara Industri - Package Unit dan Variable Refrigerant Volume (VRV) dan Penyamanan Udara Industri – Chiller Unit. SPU 19 Buku Panduan Pelajar | Kolej Komuniti Hulu Langat (e-Handbook)


MATLAMAT PROGRAM Program ini percaya setiap individu mempunyai potensi dan matlamat program adalah untuk membangunkan juruteknik kanan yang kompeten dan boleh menyesuaikan diri serta bertanggungjawab bagi menyokong aspirasi negara untuk meningkatkan tenaga kerja dalam bidang teknologi berkaitan. OBJEKTIF PROGRAM (OP) Beberapa tahun setelah graduan menamatkan pengajian Program Sijil Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara, graduan berupaya: OP1 : dilengkapi dengan pengetahuan dan kemahiran khusus yang diperlukan industridalam bidang teknologi berkaitan OP2 : berterusan terlibat dalam pembelajaran sepanjang hayat bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran OP3 : diterapkan dengan kemahiran keusahawanan dalam bidang pekerjaan OP4 : mempunyai hubungan rapat dengan masyarakat dan industri SPU 20 Buku Panduan Pelajar | Kolej Komuniti Hulu Langat (e-Handbook)


KOLEJ KOMUNITI KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI STRUKTUR PROGRAM SIJIL TEKNOLOGI PENYEJUKAN DAN PENYAMANAN UDARA SPU 21 Buku Panduan Pelajar | Kolej Komuniti Hulu Langat (e-Handbook) KLASIFIKASI KOD KURSUS NAMA KURSUS SEMESTER 1 Teras Wajib MPU11012 PENGAJIAN MALAYSIA SUE10011 COMMUNICATIVE ENGLISH Teras Disiplin SPU10013 PENYEDIAAN ASAS PENYAMANAN UDARA SPU10023 PEMASANGAN UNIT PENYAMANAN UDARA DOMESTIK SPU10033 PENYELENGGARAAN UNIT PENYAMANAN UDARA DOMESTIK SPU10043 TEKNOLOGI WORKSYOP SPU10052 KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN (OSH) SEMESTER 2 Teras Wajib MPU13012 PENDIDIKAN ISLAM MPU13022 PENDIDIKAN MORAL Teras Biasa SBC10012 APLIKASI KOMPUTER SBM10012 MATEMATIK Teras Disiplin SPU20063 TEKNOLOGI PENYEJUKAN DAN PENYAMANAN UDARA SPU20073 PENYEJUKAN DOMESTIK SPU20083 PENYAMANAN UDARA KENDERAAN SPU20093 LUKISAN KEJURUTERAAN SEMESTER 3 Teras Wajib MPU12012 KEUSAHAWANAN SUE20021 COMMUNICATIVE ENGLISH Teras Biasa SBS10012 SAINS Teras Disiplin SPU30103 TEKNOLOGI ELEKTRIK SPU30113 PENYEJUKAN KOMERSIL SPU30123 PENYAMANAN UDARA INDUSTRI – PACKAGE UNIT DAN VARIABLE REFRIGERANT VOLUME (VRV) SPU30133 PENYAMANAN UDARA INDUSTRI – CHILLER UNIT SEMESTER 4 Latihan Industri SUT40038 LATIHAN INDUSTRI (LI) JUMLAH KESELURUHAN NILAI KREDIT 60 JAM


Sijil Pengoperasian Perniagaan (SPP) Buku Panduan Pelajar | Kolej Komuniti Hulu Langat (e-Handbook)


PENGENALAN Sijil Pengoperasian Perniagaan menyedia dan membekalkan pelajar dengan pengetahuan, kemahiran dan amalan pengoperasian perniagaan selari dengan keperluan industri. Program ini turut mendedahkan kemajuan teknologi dan budaya inovasi bersesuaian dengan perkembangan dunia perniagaan masa kini. Selain melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran berkaitan aspek perniagaan, keusahawanan, perakaunan, statistik dan ekonomi, pelajar turut menjalani Latihan Industri sebagai persediaan awal bagi memenuhi keperluan pasaran kerja. SINOPSIS Program Pengoperasian Perniagaan adalah salah satu program yang membolehkan pelajar mendapat pengetahuan dan kemahiran bukan sahaja secara teori bahkan juga secara amali dalam bidang pembangunan sumber manusia, pemasaran, perakaunan dan kewangan, ekonomi perniagaan dan pengurusan. Dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi, mampu menyediakan pelajar ke alam pekerjaan mahupun melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. MATLAMAT PROGRAM Program ini percaya setiap individu mempunyai potensi diri dan program ini bertujuan untuk melahirkan ahli perniagaan yang bertanggungjawab dan berdaya saing bagi menyokong agenda negara untuk mendepani cabaran dunia perniagaan masa kini. SPP 23 Buku Panduan Pelajar | Kolej Komuniti Hulu Langat (e-Handbook)


OBJEKTIF PROGRAM (OP) Sijil Pengoperasian Perniagaan mampu melahirkan graduan yang berupaya: PEO1 : mengaplikasikan teori asas dan pengetahuan praktikal dalam perniagaan selari dengan keperluan dan perkembangan teknologi semasa. PEO2 : menunjukkan kemahiran keusahawanan dan asas operasi perniagaan yang berkaitan dalam pelbagai organisasi. PEO3 : mengaplikasikan asas teknologi digital dan kemahiran pengiraan untuk menyokong fungsi perniagaan. PEO4 : menunjukkan kemahiran kerja berpasukan, komunikasi dan interpersonal serta sikap bertanggungjawab dalam kemajuan kerjaya. PEO5 : mengaplikasikan kemahiran kendiri secara berterusan dan etika profesionalisme dalam persekitaran pekerjaan dan sosial. SPP 24 Buku Panduan Pelajar | Kolej Komuniti Hulu Langat (e-Handbook)


KOLEJ KOMUNITI KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI STRUKTUR PROGRAM SIJIL PENGOPERASIAN PERNIAGAAN SPP 25 Buku Panduan Pelajar | Kolej Komuniti Hulu Langat (e-Handbook) KLASIFIKASI KOD KURSUS NAMA KURSUS SEMESTER 1 Wajib SUE10011 COMMUNICATIVE ENGLISH MPU11012 PENGAJIAN MALAYSIA Teras SPP10153 PRINSIP PEMASARAN SPP10163 ASAS PENGURUSAN SPP10173 MATEMATIK PERNIAGAAN SPP10183 PEMBANGUNAN PERNIAGAAN SPP10193 APLIKASI KOMPUTER PERNIAGAAN SEMESTER 2 Wajib SUE20021 WORKPLACE ENGLISH MPU13012 PENDIDIKAN ISLAM MPU13022 PENDIDIKAN MORAL Teras SPP20203 MIKROEKONOMI SPP20213 PRINSIP PERAKAUNAN SPP20223 KEUSAHAWANAN DIGITAL SPP20233 ETIKA PERNIAGAAN SPP20243 ASAS KOMUNIKASI PERNIAGAAN SEMESTER 3 Teras SPP30253 PENGURUSAN SUMBER MANUSIA SPP30263 MAKROEKONOMI SPP30273 PENGURUSAN PROSES PERNIAGAAN SPP30283 PERNIAGAAN ANTARABANGSA SPP30293 PENGURUSAN SISTEM MAKLUMAT SPP30303 STATISTIK SEMESTER 4 Latihan Industri SUT40038 LATIHAN INDUSTRI (LI) JUMLAH KESELURUHAN NILAI KREDIT 60 JAM KREDIT


Sijil Teknologi Maklumat (STM) Buku Panduan Pelajar | Kolej Komuniti Hulu Langat (e-Handbook)


INTRODUCTION Information Technology (IT) plays a vital role in today’s world. The rapid changing and advancement in Information Technology help to minimize the required time involved in every aspect of life. The 21st-century environment requires ones to be knowledgeable and savvy using computers as well as the internet. Information Technology is being used widely in every field of life. No works are complete without the use of IT. No source of information is considered valid without references and possible citations through the internet. The level of potential productivity and desirable outcomes can be progressively increased with the proper use of the internet and technological system. Therefore, this programme has aimed to produce individuals with the potential to adapt the use of technology and are responsible in the computer system and network technology to meet the new challenges of the field of information technology in line with the needs of the country. Students have the opportunity to gain knowledge related to a computer system and network theoretically and practically. It helps to ensure they acquire extensive insight into IT. This programme additionally requires students to go through Industrial Training to ensure students can obtain the proper environment of work as well as pursuing to further their studies at higher levels. STM 27 Buku Panduan Pelajar | Kolej Komuniti Hulu Langat (e-Handbook)


SYNOPSIS The teaching and learning of this programme are conducted in both theoretical and practical activity. By the end of this programme, students should be knowledgeable and practically savvy to handle IT-related taskbased from the course they have taken in this programme. This will help the students to efficiently perform their task in the working environment. This programme can equip students with knowledge and skills related from the courses attained such as: 1. Technical Courses: Discrete mathematics, Computer Architecture & Assembly, Database Fundamentals, Problem Solving & Program Design, Application Software, Ethics & Digital Security, Network & Communication Fundamentals, Operating System, Digital Entrepreneurship, Programming Fundamentals, Web Development, Multimedia Fundamentals, Object-Oriented Programming, Introduction to Internet of Things, Mobile Application and Project. 2. Softskills Courses: Bahasa Kebangsaan A, Pendidikan Islam/Moral, Communicative English, Workplace English, Pengajian Malaysia and; 3. Industrial Training STM 28 Buku Panduan Pelajar | Kolej Komuniti Hulu Langat (e-Handbook)


PROGRAMME AIM’s To produce individuals with the potential to adapt the use of technology and are responsible in the administration of computer technology to meet the new challenges of the field of information technology in line with the needs of the country. PROGRAMME EDUCATIONAL OBJECTIVE (PEO) Certificate in Information Technology shall produce IT Technical Support who are: PEO1: IT Technical Support who apply basic knowledge and understanding to solve problems in Information Technology field PEO2: IT Technical Support who able to perform practical skills in Information Technology infrastructure implementation and management PEO3: IT Technical Support who apply digital and numeracy skills with appropriate tools in accordance with technology requirements PEO4: IT Technical Support who integrate interpersonal and communication skills to show leadership, autonomy, responsibility to work in a team due to situation needs PEO5: IT Technical Support who able to show personal and entrepreneurial awareness with ethics and professionalism STM 29 Buku Panduan Pelajar | Kolej Komuniti Hulu Langat (e-Handbook)


KOLEJ KOMUNITI KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI STRUKTUR PROGRAM SIJIL TEKNOLOGI MAKLUMAT STM 30 CLASSIFICATION COURSE CODE COURSE NAME SEMESTER 1 Compulsary MPU12022 BAHASA KEBANGSAAN A Common Core STM10142 DISCRETE MATHEMATICS 1 SSK10203 COMPUTER ARCHITECHTURE AND ASSEMBLY STM10163 DATABASE FUNDAMENTALS STM10173 PROBLEM SOLVING AND PROGRAM DESIGN Specialization SSK10213 APPLICATION SOFTWARE STM10282 ETHICS AND DIGITAL SECURITY SEMESTER 2 Compulsary MPU13012 PENDIDIKAN ISLAM MPU13022 PENDIDIKAN MORAL SUE10011 COMMUNICATIVE ENGLISH Common Core SSK20152 DISCRETE MATHEMATICS 2 SSK20183 NETWORK AND COMMUNICATION FUNDAMENTALS SSK20193 OPERATING SYSTEM STM20302 DIGITAL ENTREPRENEURSHIP Specialization STM20263 PROGRAMMING FUNDAMENTALS STM20263 WEB DEVELOPMENT SEMESTER 3 Compulsary SUE20021 WORKPLACE ENGLISH MPU11012 PENGAJIAN MALAYSIA Specialization STM30223 MULTIMEDIA FUNDAMENTALS STM30243 OBJECT ORIENTED PROGRAMMING STM30273 INTRODUCTION TO INTERNET OF THINGS STM30253 MOBILE APPLICATION STM30294 PROJECT SEMESTER 4 Industrial Training SUT40014 INDUSTRIAL TRAINING TOTAL CREDIT VALUE 60 CREDIT HOURS Buku Panduan Pelajar | Kolej Komuniti Hulu Langat (e-Handbook)


Pendidikan Berasaskan Hasil (Outcome Based Education) Proses atau pendekatan pendidikan yang menumpukan kepada mencapai sesuatu hasil pembelajaran yang ditetapkan. Hasil pembelajaran adalah satu pernyataan tentang apa pelajar patut tahu, faham dan boleh lakukan di akhir sesuatu tempoh pengajian. Konsep OBE memberi fokus kepada hasil pelaksanaan sesuatu program pengajian. O B E 31 Buku Panduan Pelajar | Kolej Komuniti Hulu Langat (e-Handbook)


Pendidikan Berasaskan Hasil (Outcome Based Education) 32 Menjurus kepada perancangan dan hasil yang bakal diperolehi oleh setiap pelajar dalam setiap program yang diikuti. Buku Panduan Pelajar | Kolej Komuniti Hulu Langat (e-Handbook)


Pendidikan Berasaskan Hasil (Outcome Based Education) 33 Perbandingan Pembelajaran Tradisional vs OBE Pelajar Pasif Proses Pentaksiran – Peperiksaan dan Markah Menghafal Berasaskan kandungan dan topik Berpusatkan Pendidik Tradisional Pelajar Aktif Pentaksiran Berterusan Pemikiran kreatif Menyatupadukan pengetahuan dengan kehidupan sebenar Berpusatkan Pelajar OBE Buku Panduan Pelajar | Kolej Komuniti Hulu Langat (e-Handbook)


Peraturan Akademik Peraturan Akademik


1. Pelajar WAJIB menghadiri setiap sesi Pembelajaran dan Pengajaran (PdP) tidak kurang 80% dari jumlah jam pertemuan bagi setiap kursus. 2. Bagi pelajar yang sakit hendaklah mengemukakan Surat Akuan Doktor. Surat akuan doktor swasta adalah terhad kepada DUA (2) hari berturut-turut dan tidak melebihi 8 hari setiap semester / kursus. 3. Bagi ketidakhadiran yang dirancang, pelajar hendaklah mengisi Borang Permohonan Cuti Pelajar dengan mendapatkan perakuan dari pihak yang berkenaan dan mengemukakan dokumen sokongan. Permohonan hendaklah diajukan kepada Penasihat Akademik untuk kelulusan tidak lewat daripada TIGA (3) hari sebelum tarikh ketidakhadiran tersebut. 4. Bagi ketidakhadiran yang tidak dirancang, pelajar hendaklah mengisi Borang Permohonan Cuti Pelajar dengan mengemukakan dokumen sokongan. Permohonan hendaklah diajukan kepada Penasihat Akademik tidak lewat daripada TIGA (3) hari selepas tarikh ketidakhadiran tersebut untuk kelulusan. 5. Tempoh maksimum bagi ketidakhadiran bersebab adalah LIMA(5) hari sepanjang semester. 6. Jika kehadiran pelajar kurang 90% daripada jumlah jam pertemuan kursus, pelajar akan diberikan Surat Peringatan Ketidakhadiran (SPK). 7. Jika kehadiran pelajar kurang 80% daripada jumlah jam pertemuan kursus, pelajar akan diberikan Surat Tunjuk Sebab Ketidakhadiran (STSK). Pelajar yang menerima STSK dikehendaki memberi Surat Jawapan Tunjuk Sebab dalam masa TIGA (3) hari bekerja. 8. Jika kehadiran pelajar kurang daripada 80%, pelajar akan ditahan dari menduduki penilaian akhir (PA). Peraturan Akademik 35 Buku Panduan Pelajar | Kolej Komuniti Hulu Langat (e-Handbook)


Amalan EKSA Amalan EKSA Ekosistem Kondusif Sektor Awam


SLOGAN “KKHL EFEKTIF, KOMITED, SEPAKAT dan AKTIF PASTI BERJAYA” : Meletakkan Kolej Komuniti Hulu Langat sebagai sebuah organisasi yang menjadi peneraju dalam sistem EKSA dan sentiasa bersikap positif dalam merentasi segala cabaran. VISI EKSA KKHL Menjadi pusat pengembangan pendidikan komuniti yang cemerlang melalui budaya kerja dan persekitaran yang berkualiti. MISI EKSA KKHL Membudayakan amalan EKSA secara dinamik berteraskan kualiti kerja dan persekitaran yang kondusif dengan efektif dan berterusan. OBJEKTIF EKSA KKHL • Mewujudkan suasana kerja yang ceria, kondusif, teratur, selamat dan harmonis. • Meningkatkan semangat kerja berpasukan ke arah pencapaian yang lebih cemerlang. • Melahirkan warga institusi yang produktif, kreatif dan inovatif • Membudayakan persekitaran kerja berpasukan secara holistik. • Memaksimumkan penggunaan sumber dan mengelakkan pembaziran. Amalan EKSA 37 LOGO Buku Panduan Pelajar | Kolej Komuniti Hulu Langat (e-Handbook)


AMALAN EKSA • Prihatin terhadap kebersihan dan kesejahteraan persekitaran kolej. • Berhemah apabila menggunakan bilik kuliah, dewan kuliah, makmal, bengkel, perpustakaan, tandas serta kawasan umum yang lain. • Berhemah dalam penggunaan tenaga elektrik dan air. • Menghidupkan amalan kitar semula. Mulakan dengan menggunapakai barangan terbuang atau mencipta inovasi yang menggunakan barangan terpakai. • Menggunakan tong kitar semula dengan cara yang beul. • Sentiasa ceria dan positif. Amalan EKSA 38 Buku Panduan Pelajar | Kolej Komuniti Hulu Langat (e-Handbook)


Unit Pembangunan Pelajar Unit Pembangunan Pelajar Puan Rosnita Binti Rabae’i Pegawai Pembangunan Pelajar


PERANAN UNIT PEMBANGUNAN PELAJAR • Mengurus dan menyelia kebajikan dan disiplin pelajar serta perjalanan BPP di Kolej Komuniti. • Mengurus dan melaksanakan Program Persediaan Alam Pekerjaan. • Menyelia dan mengurus bantuan kewangan dan insurans pelajar. • Menguruskan hal-hal berkaitan aktiviti kelab dan persatuan. Unit Pembangunan Pelajar 40 Buku Panduan Pelajar | Kolej Komuniti Hulu Langat (e-Handbook)


Bantuan Kewangan Pelajar Kolej Komuniti boleh memohon pinjaman atau bantuan kewangan seperti berikut: Sijil Kolej Komuniti Lepasan SPM Bil Tajaan/ Bantuan 1 Bantuan Kewangan Pelajar Kolej Komuniti (BKPKK) 2 Bantuan Agensi-Agensi Lain Pelajar Khas Bil Tajaan/ Bantuan 1 Bantuan Kewangan Orang Kelainan Upaya (BKOKU) 2 Program Pendidikan Khas (PPK) 3 Bantuan Agensi-Agensi Lain 41 Buku Panduan Pelajar | Kolej Komuniti Hulu Langat (e-Handbook)


INSURAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI Semua pelajar kolej komuniti dilindungi oleh insuran berkelompok. Sebarang tuntutan mengenai insuran boleh menghubungi Unit Pembangunan Pelajar Kolej Komuniti Hulu Langat. Perlindungan Insuran 42 BIL SKOP PELINDUNGAN AMAUN 1 Kematian Biasa/Akibat Penyakit Sahaja RM10,000.00 2 Kematian Akibat Kemalangan Sahaja RM20,000.00 3 Cacat/Keilatan Kekal Menyeluruh Biasa /Akibat Penyakit Sahaja) RM10,000.00 4 Cacat/Keilatan Kekal Menyeluruh akibat kemalangan Sahaja RM10,000.00 5 Keilatan Separa Kekal Akibat Kemalangan Sahaja RM40,000.00 (maksimum) 6 Perbelanjaan Perubatan Akibat Kemalangan Sahaja RM3,000.00 (maksimum) 7 Perbelanjaan Pengkebumian RM2,000.00 8 Manfaat Elaun Wad Hospital Akibat Kemalangan Sahaja (maksimum 30 hari) RM50.00 sehari 9 Pampasan “Rape Trauma” 1000.00 10 “Dengue Recuperation” 500.00 SKOP PERLINDUNGAN Buku Panduan Pelajar | Kolej Komuniti Hulu Langat (e-Handbook)


Kebajikan Am PENGINAPAN PELAJAR Unit Pembangunan Pelajar hanya membantu menyediakan maklumat penginapan luar kampus kepada pelajar. Urusan di antara pemilik penginapan luar kampus dengan pelajar adalah tanggungjawab pelajar sendiri. PERATURAN DAN ETIKA MENDUDUKI RUMAH /KEDIAMAN SEWA a. Sampah hendaklah dibungkus dalam plastik dan dimasukkan ke dalam tong sampah yang disediakan. b. Kenderaan hendaklah diletakkan di tempat yang disediakan supaya tidak menggangu lalulintas dan ketenteraman awam. c. Sebarang perbuatan vandalisma seperti merosakkan harta guna sama adalah dilarang sama sekali. d. Haiwan peliharaan tidak dibenarkan berada dalam kawasan rumah jika dikenalpasti menggangu jiran tetangga. e. Memastikan pakaian yang hendak dijemur/sidai tidak berair yang boleh menyebabkan air meleleh /mengalir ke flat/pangsapuri dan kondominium lain. f. Bagi mengelakkan saliran air tersumbat, pastikan saluran /perangkap lantai bebas daripada segala sampah sarap yang boleh tersekat dalam saliran yang boleh mengakibat limpahan najis. g. Pelajar luar kampus merupakan sebahagian daripada komuniti masyarakat setempat. Sebagai ahli masyarakat, pelajar mempunyai tanggungjawab membina satu komuniti yang sihat, selesa dan selamat. h. Pelajar luar kampus seharusnya membina hubungan yang baik dengan jiran sekeliling dan menghormati mereka tanpa mengira bangsa dan agama. i. Menjaga peradaban dan pergaulan agar tidak menimbulkan syak wasangka yang buruk. j. Berpakaian dengan sopan. k. Menjaga kebersihan rumah dan persekitaran kawasan. l. Mengelakkan daripada membuat bising bagi memelihara ketenteraman dan keharmonian tetangga. m. Majlis program kemasyarakatan wajar dihadiri dan memberi kerjasama atau pertolongan apabila diperlukan oleh jiran tetangga/rakan serumah. n. Adalah menjadi tanggungjawab pelajar untuk melapor tentang kejadian yang melibatkan rakan rumah. Elakkan rakan serumah membawa masuk pasangan berlainan jantina. o. Pelajar luar kampus merupakan duta kecil yang memasarkan kebangaan Kolej Komuniti melalui ketrampilan,budi bahasa dan modal insan yang berkeupayaan dan berpengetahuan dimata masyarakat. Nama baik Kolej komuniti perlu dipelihara sepanjang masa. 43 Buku Panduan Pelajar | Kolej Komuniti Hulu Langat (e-Handbook)


Pengurusan Disiplin PERATURAN AM Seseorang pelajar adalah tertakluk kepada Akta 174 [Akta Institusi Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976] dan pindaanpindaannya dibaca bersama dengan Garis Panduan Pengurusan Hal Ehwal Kolej Komuniti edisi terkini. Seseorang pelajar perlu mengikut etika berpakaian yang ditetapkan oleh Kolej bagi menghadiri kuliah, tutorial, peperiksaan, kelas, bengkel atau mengikuti atau menghadiri sebarang aktiviti sama ada di dalam atau di luar kolej atau semasa berada di mana-mana bahagian di dalam kolej. 44 Buku Panduan Pelajar | Kolej Komuniti Hulu Langat (e-Handbook)


KOD JENIS KESALAHAN 1 1. Perpustakaan [Kaedah 3 (i)] a. Lewat/tidak memulangkan buku atau bahan dalam tempoh yang ditetapkan. b. Merosakkan buku atau bahan. c. Menghilangkan buku dan bahan yang dipinjam. d. Bising/mengganggu ketenteraman di dalam perpustakaan. e. Makan/minum/tidur/membuat sesuatu yang akan menjejaskan suasana ketika di dalam perpustakaan. f. Membawa makanan/minuman ke dalam perpustakaan. g. Menggunakan kad perpustakaan pelajar lain. h. Melakukan perbuatan yang mencolok mata. i. Mencuri atau membawa keluar bahan majalah, surat khabar, buku rujukan red spot dan bahan berjilid tanpa kebenaran Pegawai Perpustakaan. j. Tidak mematuhi arahan etika berpakaian mengikut Panduan dan Peraturan Am Pelajar Kolej Komuniti. k. Membawa masuk beg, fail besar, kamera, topi keledar, jaket, senjata tajam atau yang seumpamanya ke dalam perpustakaan. l. Mengoyak/menggunting/menconteng bahan-bahan bacaan di perpustakaan. m. Merosak dan memusnahkan mana-mana harta kepunyaan perpustakaan atau berkelakuan yang boleh membawa kerosakan kepada bahan tersebut. n. Tidak menjaga kebersihan perpustakaan. o. Mengubah susunatur perabot dan peralatan perpustakaan. p. Menggunakan telefon mudah alih (handphone) atau sebarang bahan elektronik sehingga mengganggu ketenteraman orang lain. 2Ai 2. Pakaian Dan Penampilan Diri [Kaedah 6] A. Pelajar Lelaki i. Pakaian a. Memakai baju kemeja yang tidak berlengan. b. Memakai baju ’T’ tidak berkolar kecuali untuk aktiviti sukan. c. Memakai baju ’T’ yang mempunyai tulisan atau gambar yang membawa pengertian liar, negatif, lucah atau mempunyai lambang mana-mana parti politik. d. Memakai baju kemeja atau ’T’ yang tidak dimasukkan ke dalam seluar (tuck in). e. Memakai baju kebangsaan (baju melayu) yang tidak lengkap bersamping, berkasut, bersongkok hitam. f. Memakai pakaian yang bertampal, koyak atau bertampung dalam apa jua bentuk sekalipun. g. Memakai pakaian yang tidak dibutang atau dizipkan dengan sempurna. h. Memakai tali pinggang atau fesyen kepala tali pinggang yang tidak sesuai. i. Memakai seluar jenis jeans biru atau lusuh. j. Memakai seluar ketat. k. Memakai seluar half cut. l. Memakai kasut tanpa stokin. m. Memakai selipar, terompah, sandal, capal atau berkaki ayam. n. Tidak memakai pakaian bengkel ketika berada di bengkel. Disiplin dan Tatatertib SENARAI KESALAHAN-KESALAHAN MENGIKUT KATEGORI 45 Buku Panduan Pelajar | Kolej Komuniti Hulu Langat (e-Handbook)


KOD JENIS KESALAHAN 2Aii 2Aiii 2Bi 2Bii 2Biii ii. Rambut a. Rambut panjang melebihi paras kolar baju, paras tepi melebihi paras atas telinga, paras depan melebihi garisan tengah dahi. b. Rambut tidak kemas. c. Rambut berfesyen seperti afro, punk, berekor atau diwarnakan. iii. Perhiasan a. Memakai sebarang bentuk perhiasan seperti rantai, gelang tangan subang. b. Apa-apa perhiasan diri yang membawa maksud negatif. B. Pelajar Perempuan i.Pakaian a. Memakai pakaian yang mencolok mata seperti pakaian yang ketat, jarang, singkat, berbelah, nipis dan mendedahkan mana-mana bahagian badan. b. Memakai baju yang labuhnya di atas paras punggung. c. Memakai skirt yang lebih pendek dari paras lutut. d. Memakai baju ’T’ yang mempunyai tulisan atau gambar yang membawa pengertian liar, negatif, lucah atau mempunyai lambang mana-mana parti politik. e. Memakai baju ’T’ tidak berkolar kecuali untuk aktiviti sukan. f. Memakai pakaian yang bertampal, koyak atau bertampung dalam apa jua bentuk sekalipun. g. Memakai pakaian yang tidak dibutang atau dizipkan dengan sempurna. h. Berseluar ketat, singkat atau menampakkan susuk badan. i. Memakai seluar jenis jeans, banyak poket, corduroy. j. Memakai seluar half cut. k. Memakai selipar, terompah, sandal, capal atau berkaki ayam. l. Tidak memakai pakaian bengkel semasa berada di bengkel. ii. Rambut a. Rambut tidak kemas. b. Rambut berfesyen seperti afro, punk, berekor atau diwarnakan. iii. Perhiasan a. Memakai perhiasan seperti rantai, gelang tangan, cincin dan subang secara berlebihan. b. Memakai perhiasan diri bukan pada tempat sepatutnya. c. Bersolek secara berlebihan. 3 3. Kebersihan Di Dalam Kampus [Kaedah 21] a. Membuang sampah merata-rata di sekitar kampus. b. Menampal sebarang notis dan iklan tanpa kebenaran pihak berkuasa kampus. c. Mengotorkan/meludah merata-rata di sekitar kampus. d. Memetik/mematah/merosakkan pokok hiasan/pokok bunga tanpa kebenaran pihak berkuasa kampus. 46 Buku Panduan Pelajar | Kolej Komuniti Hulu Langat (e-Handbook) Disiplin dan Tatatertib


KOD JENIS KESALAHAN 4 4. Membuat Bising [Kaedah 22] a. Meninggikan suara atau mengeluarkan bunyi bising sehingga menyebabkan kegusaran atau gangguan kepada pihak lain di dalam kampus. b. Menggunakan peralatan elektrik/elektronik sehingga menyebabkan bunyi bising dan menimbulkan kegusaran atau gangguan kepada pihak lain di dalam kampus. c. Menggunakan kenderaan bermotor yang mengeluarkan bunyi sehingga menyebabkan kegusaran atau gangguan kepada pihak lain di dalam kampus. d. Perlakuan yang mencetuskan bunyi bising yang menyebabkan kegusaran atau gangguan kepada orang lain. 5 5. Tempat Tinggal/Tempat Tidur Di Dalam Kampus [Kaedah 23] a. Menduduki atau menginap di dalam kampus tanpa kebenaran. 6 6. Kad Pelajar [Kaedah 25] a. Tidak memakai kad rasmi pelajar semasa berada di dalam premis/kampus. b. Tidak memakai Kad Pelajar pada baju/jaket/blazer pada paras dada supaya boleh dilihat dengan jelas. c. Memakai Kad Pelajar yang diconteng, diubahsuai atau dipinda tanpa kebenaran pihak berkuasa kolej. d. Memakai Kad Pelajar milik pelajar lain. 7 7. Lalulintas Jalan [Bahagian V] a. Menggunakan kenderaan yang tidak didaftarkan dengan pihak HEP b. Tidak mempamerkan pelekat kenderaan yang sah. c. Tidak mematuhi had laju yang telah ditetapkan. d. Memandu/menunggang dalam keadaan yang membahayakan. e. Menggunakan kenderaan yang mengeluarkan bunyi bising/kuat/ubahsuai. f. Meletakkan kenderaan bermotor di tempat yang tidak dibenarkan. g. Membawa pembonceng yang bukan muhrim (berlainan jantina). h. Membawa pembonceng melebihi dari seorang. i. Memandu atau menunggang kenderaan di atas koridor/beranda/kaki lima/halaman berkepung atau dalam mana-mana bahagian dari manamana bangunan. j. Tidak memakai topi keledar semasa menunggang motosikal. k. Menggunakan kenderaan tanpa lesen memandu dan cukai jalan yang sah. l. Memandu atau menumpang kenderaan tanpa memakai tali pinggang keledar. 47 Buku Panduan Pelajar | Kolej Komuniti Hulu Langat (e-Handbook) Disiplin dan Tatatertib


Unit Pengambilan Unit Pengambilan Puan Rosnani Binti Yahya Pegawai Pengambilan


Syarat Kelayakan Masuk Program Sijil Kolej Komuniti (SKK) a. Warganegara Malaysia b. Lulus SPM/SPMV@Setara c. Kredit mana-mana mata pelajaran (untuk yang memohon Program Sijil Pengoperasian Perniagaan sahaja) Penangguhan Pengajian Semua permohonan penangguhan hendaklah dikemukakan oleh pelajar kepada Pengarah Kolej Komuniti, Pemohon perlu mengisi Borang Penangguhan Pengajian beserta dokumen sokongan (surat rayuan pelajar/ ibu bapa/penjaga atau laporan kesihatan) jika ada. Keputusan rayuan akan dimaklumkan oleh pihak Kolej Komuniti kepada pelajar. Berhenti Pengajian Pelajar perlu mengisi borang berhenti iaitu borang berhenti pengajian. Pihak Kolej Komuniti akan memaklumkan keputusan permohonan kepada pelajar. Pertukaran Program Kolej Semua proses pertukaran program/Kolej hendaklah dikemukan oleh pelajar kepada Pengarah Kolej Komuniti. Yuran Pengajian Yuran Pengajian RM200 semester Pengambilan Pelajar 49 Buku Panduan Pelajar | Kolej Komuniti Hulu Langat (e-Handbook)


Click to View FlipBook Version