The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Pelan Strategik Kolej Komuniti Hulu Langat 2021-2025

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by uidmkkhl, 2021-04-21 20:12:44

Pelan Strategik Kolej Komuniti Hulu Langat 2021-2025

Pelan Strategik Kolej Komuniti Hulu Langat 2021-2025

Keywords: pelanstrategikkkhl

GREATNESS STARTS HERE





Diterbitkan oleh :

KOLEJ KOMUNITI HULU LANGAT
KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI
Jalan Prima Saujana 2/G, Taman Prima Saujana

43000 Kajang, Selangor

Tel: 03-87370037
Fax: 03-87370027

[email protected]
https://kkhululangat.mypolycc.edu.my

@ 2021 Kolej Komuniti Hulu Langat

Hakcipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel,
ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan apa cara

sekalipun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum
mendapat izin bertulis daripada Kolej Komuniti Hulu Langat, Kementerian Pengajian Tinggi.

Media Sosial Kerangka Konsep
Pelan Strategik Kolej Komuniti Hulu Langat

2021-2025

JAWATANKUASA
PELAN STRATEGIK KOLEJ KOMUNITI HULU LANGAT 2021-2025

Pengerusi
Encik Zaidi Bin Zakaria

Timbalan Pengerusi
Puan Suhaida Binti Jamlus
Puan Hanin Falina Binti Mohd Hashim

Penyelaras Pelan Strategik
Puan Salmiah Binti Mohd Salleh

Penulisan
Encik Zaidi Bin Zakaria
Puan Suhaida Binti Jamlus
Puan Hanin Falina Binti Mohd Hashim
Puan Salmiah Binti Mohd Salleh
Dr. Nor Hidayah Binti Mohamed
Puan Azizah Binti Mahadi
Puan Nornazlina Binti Mohd Nor

Semakan
Puan Suzana Binti Zainol Abidin
Puan Salmiah Binti Mohd Salleh

Grafik/Rekabentuk
Puan Siti Syahida Binti Ahmad

Ts. Fadhlina Binti Ahmad

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada

Jawatankuasa Induk Pelan Strategik 2021-2025

di atas sumbangan idea dan kepakaran.

Encik Zaidi Bin Zakaria
Puan Suhaida Binti Jamlus
Puan Hanin Falina Binti Mohd Hashim
Puan Siti Azura Binti Abu Hassan
Puan Yuzilawati Binti Muhamad Yunus
Puan Rosnita Binti Rabae'i
Encik Shahrul Nizam Bin Mahpal
Puan Noor Aleeka Binti Mohamed Mokhti
Puan Nornazlina Binti Mohd Nor
Puan Salmiah Binti Mohd Salleh

Ts. Fadhlina Binti Ahmad
Puan Suzana Binti Zainol Abidin
Puan Wan Noor Elyana Binti Wan Mohamed
Encik Muhammad Idris Bin Musa

KANDUNGAN

Perutusan Pengarah ______________ 1
Ringkasan Eksekutif ______________ 3
Kerangka Konsep Pelan Strategik ______________ 6

Visi dan Misi MAKLUMAT KORPORAT 8
______________ 12
12
Fungsi dan Peranan ______________ 13
13
Punca Kuasa dan Dasar Jabatan ______________ 14

Pelanggan dan Pemegang Taruh ______________ 16

Nilai Teras ______________ 37

Carta Organisasi ______________ 42
44
Matlamat Strategik MATLAMAT STRATEGIK 46
______________

PETUNJUK PRESTASI DAN SASARAN

Petunjuk Prestasi dan Sasaran ______________

Petunjuk Utama Kejayaan PELAKSANAAN
Pemantauan dan Penilaian ______________
Penutup ______________
______________

Pelan Strategik Kolej Komuniti Hulu Langat 2021 - 2025

Perutusan Pengarah

Assalamualaikum W.B.T dan Selamat Sejahtera

Terlebih dahulu, saya ingin memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T kerana
dengan limpah kurnia dan rahmatnya kita telah berjaya menerbitkan buku Pelan
Strategik Kolej Komuniti Hulu Langat 2021-2025 ini.

Pelan Strategik Kolej Komuniti Hulu Langat (KKHL) 2021-2025 disediakan berasaskan
kepada kesinambungan Perancangan Strategik Kolej Komuniti Hulu Langat 2017-
2020 yang telah meletakkan kolej Komuniti Hulu Langat ke satu tahap yang tinggi
sebagai sebuah institusi pengajian yang dihormati, berwibawa dan dirujuk. Demi
mengekalkan pencapaian cemerlang tersebut, KKHL berhasrat untuk
menggerakkan segala kekuatan yang ada ke satu tanda aras yang baru ke arah
mencapai visi

KOLEJ KOMUNITI HULU LANGAT
INISTITUSI TVET DAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT ULUNG TAHUN 2025

Sehubungan dengan itu, bagi memberi motivasi
dan membakar semangat warga KKHL, saya
ingin memperkenalkan tagline baru KKHL iaitu

GREATNESS STARTS HERE

Keulungan, kehebatan atau keunggulan datang
dari keinginan untuk melakukan perkara yang
luar biasa. Semuanya bermula dengan
menetapkan dan mencapai matlamat. Di
dalam diri kita semua, ada nilai greatness
tersebut.

Cuma langkah pertama yang perlu dilakukan
ialah memilih untuk menjadi hebat. InsyaAllah
kita dapat menempuhi segala cabaran dan
mencapai impian.

Akhir kata, saya berharap semua warga KKHL
dapat bersama-sama memberikan sepenuh
komitmen dalam merealisasikan visi dan misi
institusi. Persiapkanlah diri anda dengan
kekuatan dalaman, kecekapan dan kompetensi
untuk menempuhi cabaran dan seterusnya
mengangkat KKHL ke tanda aras INSTITUSI
ULUNG.

Sekian, terima kasih.

Salam Hormat,
ZAIDI BIN ZAKARIA

1

PELAN STRATEGIK

KOLEJ KOMUNITI HULU LANGAT

2021-2025

Pelan Strategik Kolej Komuniti Hulu Langat 2021 - 2025

Ringkasan Eksekutif

Pembangunan dan kemajuan negara pada masa kini tidak lagi bergantung
semata-mata kepada modal insan berpengetahuan tinggi, tetapi juga kepada
yang berkemahiran tinggi. Kemahiran yang tinggi dalam bidang teknikal dan
profesional merupakan salah satu ciri utama modal insan dan tenaga kerja di
negara berpendapatan tinggi. Maka disinilah letaknya kepentingan Pendidikan dan
Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dalam memainkan peranan untuk
pembangunan sosial dan ekonomi negara.
Sebagai salah sebuah institusi TVET, Kolej Komuniti Hulu Langat (KKHL) sedar
dengan kepentingan TVET bagi menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara
maju. Justeru itu, KKHL telah menyediakan Pelan Strategik KKHL (PSKKHL) 2021-2025
berasaskan kepada sepuluh (10) lonjakan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi) PPPM(PT).
PSKKHL 2021-2025 ini merupakan kesinambungan PSKKHL 2017-2020 sebelum ini.
Pelan strategik ini menjadi rujukan utama dan panduan kepada semua unit dan
program di KKHL untuk merancang strategi dan inisiatif secara sistematik dan
bersepadu. Dokumen ini juga memusatkan komitmen seluruh warga bagi
menjayakan visi & misi melalui mekanisma rancang, laksana, pemantauan (sistem
ePPPKKHL & mesyuarat KPI) dan penambahbaikan berterusan.

3

Pelan Strategik Kolej Komuniti Hulu Langat 2021 - 2025

Ringkasan Eksekutif

Empat Nilai Teras iaitu Ketekunan, Kerja Berpasukan, Integriti dan Unggul menjadi
pegangan warga KKHL untuk memandu KKHL menjadi “Institusi TVET dan
Pembelajaran Sepanjang Hayat Ulung Tahun 2025” disokong oleh 4 Misi yang
berikut:

• Pertama: Melahirkan graduan yang kompeten, holistik, berciri keusahawanan
dan seimbang.

• Kedua: Memperkasakan pengetahuan dan kemahiran komuniti setempat
melalui pembelajaran sepanjang hayat.

• Ketiga: Menyediakan persekitaran pembelajaran yang kondusif.
• Keempat: Memanfaatkan kolaboratif melalui perkongsian pintar dengan agensi

dan industri.

Kerangka Konsep Pelan Strategik KKHL 2021-2025 pula menggambarkan
keseluruhan pelan strategik bagi memudahkan pemahaman setiap warga
sekaligus dapat diterjemahkan dalam bentuk tindakan. Empat (4) Misi disokong
oleh lima (5) Matlamat Strategik dengan empat belas (14) Keberhasilan yang akan
diperolehi. Beberapa inisiatif telah disediakan sebagai panduan bersama empat
puluh lima (45) Petunjuk Prestasi yang perlu diukur bagi mencapai hasil sehingga
Tahun 2025.

1 4 5 14 45

VISI MISI MATLAMAT KEKBEBEERRHHAASSILIALNAN PETUNJUK
STRATEGIK PRESTASI

4

KERANGKA KONSEP
PELAN STRATEGIK

VISI

KOLEJ KOMUNITI HULU LANGAT
INSTITUSI TVET DAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT

ULUNG TAHUN 2025

Matlamat Strategik Misi Melahirkan graduan yang Memperkasakan pengetahuan dan Menyediakan persekitaran pembelajaran yang kondusif Memanfaatkan kolaboratif
kompeten, holistik, berciri kemahiran komuniti setempat melalui perkongsian pintar
dengan agensi dan industri
keusahawanan dan melalui Pembelajaran Sepanjang
seimbang Hayat (PSH)

Membentuk Membudayakan PSH Memperkasakan tadbir Mengukuhkan Memantapkan hubungan
graduan TVET sebagai gaya hidup urus yang cekap dan bakat warga kolaboratif bersama
berkesan agensi dan industri
berkualiti Komuniti Terlatih Tenaga Kerja
Keberhasilan Kepelbagaian Program PSH Sistem Pengiktirafan Yang Kompeten Keunggulan PdP Bersama
Graduan Penyampaian Kepada Industri
Berketrampilan Usahawan Komuniti Dan
Yang Cekap Warga Dan Berkepakaran
Kepimpinan Pelajar Dan Telus Institusi
Warga
Pelajar Berminda Prasarana Kecemerlangan Berilmiah,
Keusahawanan Dinamik Pembelajaran Inovatif Dan
Dalam Talian
Kreatif
Pelan Strategik Kolej Komuniti Hulu Langat 2021 - 2025Pengurusan Kewangan Yang
Cekap Berhemah Dan Mampan
6
Inisiatif

Nilai Teras Warga : Ketekunan | Kerja Berpasukan | Integriti | Unggul

KERANGKA KONSEP PELAN STRATEGIK KOLEJ KOMUNITI HULU LANGAT 2021 -2025

MAKLUMAT
KORPORAT

Pelan Strategik Kolej Komuniti Hulu Langat 2021 - 2025

VISI
KOLEJ KOMUNITI HULU LANGAT INSTITUSI

TVET DAN PEMBELAJARAN SEPANJANG
HAYAT ULUNG TAHUN 2025

Kolej Komuniti Hulu Langat (KKHL) berhasrat menjadi peneraju Institusi TVET yang
ulung menjelang tahun 2025. Ulung ditakrifkan sebagai berpengalaman, cekap
dan terbaik. KKHL mendokong peranan sebagai institusi TVET yang menyediakan
tenaga kerja berpengetahuan dan kompeten bidang teknikal dan vokasional
melalui sistem latihan berkualiti. KKHL juga mendokong peranannya dalam
Pembelajaran Sepanjang Hayat iaitu dengan memperkasa komuniti dengan
penawaran PSH kepada semua lapisan masyarakat ke arah menyumbang kepada
pertumbuhan ekonomi negara. Visi ini merupakan suatu tekad dan iltizam untuk
melaksanakan tanggungjawab memberi akses pendidikan dan latihan yang
berkualiti kepada pelajar lepasan menengah dan komuniti amnya. Pembentukan
budaya pembelajaran sepanjang hayat juga akan mengekalkan minat dan
menyemai bakat komuniti untuk kehidupan yang lebih bermakna.

8

Pelan Strategik Kolej Komuniti Hulu Langat 2021 - 2025

MISI Melahirkan graduan yang Memperkasakan pengetahuan

1 kompeten, holistik, berciri 2 dan kemahiran komuniti
keusahawanan dan seimbang setempat melalui Pembelajaran
Sepanjang Hayat
3 Menyediakan persekitaran
pembelajaran yang kondusif 4 Memanfaatkan kolaboratif
melalui perkongsian pintar
dengan agensi dan industri

Misi KKHL yang pertama ialah melahirkan graduan yang kompeten. holistik, berciri
keusahawanan dan seimbang. Kolej Komuniti Hulu Langat (KKHL) berhasrat
menjadi peneraju Institusi TVET yang ulung bagi melahirkan pelajar yang
kompeten, holistik, berciri keusahawanan dan seimbang. Kesemua aspek ini
adalah perlu bagi memastikan graduan KKHL menjadi sebahagian daripada
masyarakat yang dapat menyumbang kepada pembangunan negara
bersesuaian dengan Falsafah Pendidikan Negara iaitu: “Pendidikan di Malaysia
adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu
secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan
dan kepatuhan kepada Tuhan. Hasil didikan yang mantap, daya tahan diri yang
jitu serta pengukuhan elemen keusahawanan dalam diri, graduan KKHL mampu
untuk meneroka bidang baharu pekerjaan serta mencipta pekerja dalam dunia
yang semakin mencabar. Malahan sahsiah pelajar yang mulia juga akan sentiasa
dipupuk secara menyeluruh agar dapat melahirkan insan yang cemerlang dan
seimbang dalam setiap aspek kehidupan sehingga mereka mampu mencapai
kesejahteraan diri, melahirkan keluarga yang harmoni serta mewujudkan
masyarakat yang sejahtera yang bagi pembangunan negara Malaysia.

9

Pelan Strategik Kolej Komuniti Hulu Langat 2021 - 2025

Misi yang kedua ialah memperkasakan pengetahuan dan kemahiran komuniti
melalui Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH). Program PSH kolej komuniti adalah
selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan
Tinggi) yang menekankan kepada 10 lonjakan utama di mana Lonjakan 3:
Menghayati Pembelajaran Sepanjang Hayat adalah merupakan lonjakan yang
melibatkan peranan kolej komuniti dalam meluaskan akses PSH yang
berkualiti kepada masyarakat. Pemerkasaan komuniti ini dipergiatkan lagi dengan
usaha meningkatkan pengetahuan dan kemahiran bersesuaian dengan teknologi
IR4.0 serta memperkukuhkan keusahawan dalam komuniti serta mewujudkan
peluang kolaborasi dengan pelbagai pihak berkepentingan. Akses kepada
pembelajaran PSH ini sentiasa diperluaskan kepada semua peringkat masyarakat
dengan pelbagai modul yang lebih terancang dan sistematik. Kesemua usaha ini
bakal melahirkan komuniti yang berilmu dan berpengetahuan (learning
communities) serta dapat menyumbang kepada pembangunan sosio-
ekonomi negara.

Misi yang ketiga iaitu menyediakan persekitaran pembelajaran yang kondusif
memberi penekanan terhadap persekitaran yang sihat, selamat dan sejahtera.
Penyediaan infrastuktur pembelajaran lengkap dan mantap termasuk dalam
aspek pendigitalan PdP bagi mewujudkan sistem pembelajaran bersifat global
dan lebih terbuka. Persekitaran yang kondusif ini juga dapat menyokong usaha
penglibatan warga kerja KKHL untuk meningkatkan potensi diri melalui
tanggungjawab masing-masing dan mentadbir urus KKHL dengan sebaiknya.

10

Pelan Strategik Kolej Komuniti Hulu Langat 2021 - 2025

Misi keempat ialah memanfaatkan kolaboratif melalui perkongsian pintar dengan
agensi dan industri. Perkongsian pintar yang terjalin antara institusi dan industri
wajar dimanfaatkan dengan sebaik mungkin. Mendepani 4IR, kerjasama stategik
ini boleh dilaksanakan dengan pelbagai bentuk dengan matlamat graduan TVET
mendapat pekerjaan seiring dengan keperluan semasa dan industri 4IR.

11

Pelan Strategik Kolej Komuniti Hulu Langat 2021 - 2025

JABATAN PENDIDIKAN FUNGSI KOLEJ KOMUNITI HULU
POLITEKNIK DAN KOLEJ DAN LANGAT
KOMUNITI
PERANAN KKHL
Menyediakan graduan TVET kompeten,
JPPKK
holistik, berciri keusahawanan dan
Menyediakan tenaga kerja seimbang dalam bidang teknikal dan
berpengetahuan dan kompeten bidang vokasional serta memperkasa potensi
teknikal dan vokasional melalui sistem komuniti melalui pendidikan berterusan
pendidikan dan latihan berkualiti bagi
bagi menyumbang kepada
menyokong pertumbuhan ekonomi pembangunan ekonomi negara
negara

PUNCA KUASA

Akta Pendidikan 1996
(Akta 550)

DASAR Pelan Strategik Kolej Komuniti Hulu Langat 2017-2020
JABATAN
Pelan Strategik Polikteknik dan Kolej Komuniti 2018-2025

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2021 – 2025
(Pendidikan Tinggi)

Kamus KPI JPPKK 2021

Falsafah Pendidikan Kebangsaan (1996)

Rancangan Malaysia Kesebelas 2016-2020 ‘Pertumbuhan
Berpaksikan Rakyat’

Memorandum Jemaah Menteri Kolej Komuniti Sebagai Hab
Pembelajaran Sepanjang Hayat (2005)

12

Pelan Strategik Kolej Komuniti Hulu Langat 2021 - 2025

PELANGGAN DAN PEMEGANG TARUH

Kerajaan Pemberi Kakitangan
Swasta

Industri/ Agensi Persatuan PELANGGAN DAN
Majikan Jaminan Profesional PIHAK

Kualiti BERKEPENTINGAN
(PEMEGANG TARUH)

Pelajar Ibu Bapa Alumni
Dan Bakal

Pelajar

NILAI TERAS

UNGGUL NILAI KETEKUNAN
TERAS Kami komited dan
Kami meletakkan
tahap unggul passion dalam
sebagai teras melaksanakan tugas
perkhidmatan
institusi ke tahap yang
terbaik
INTEGRITI
Kami mengamalkan KERJA BERPASUKAN
sikap jujur, amanah, Kami bekerjasama

beretika dan sebagai satu pasukan
profesional dalam yang harmoni untuk
melaksanakan tugas mencapai matlamat
yang sama

13

Pelan Strategik Kolej Komuniti Hulu Langat 2021 - 2025

CARTA ORGANISASI

PENGARAH

TIMBALAN PENGARAH TIMBALAN PENGARAH
AKADEMIK PENGURUSAN

Unit Peperiksaan dan Unit Akademik dan Unit Pembangunan Unit Kolaborasi dan
Penilaian Pendidikan Berterusan Pelajar Keusahawanan

Unit Jaminan Kualiti Unit Penyelidikan Unit Pembangunan Unit Pentadbiran dan
Inovasi & Komersialan Kewangan
Unit Latihan dan
Perkembangan Staf Unit Instruksional dan Unit Pengurusan
Multimedia Maklumat dan

Korporat

Unit Teknologi Penyejukan & PPPT (Pensyarah &
Penyamanan Udara (PPU) Pembelajaran

Unit Teknologi Maklumat Sepanjang Hayat)
(TM)

Unit Pengoperasian
Perniagaan (SPP)

Unit Pengajian Am (PA)

Unit Pembelajaran
Sepanjang Hayat (PSH)

14

MATLAMAT
STRATEGIK

Pelan Strategik Kolej Komuniti Hulu Langat 2021 - 2025

1 Membentuk graduan TVET berkualiti

2 Membudayakan PSH sebagai gaya hidup

MATLAMAT 3 Memperkasakan tadbir urus yang cekap
STRATEGIK dan berkesan

4 Mengukuhkan bakat warga

4

Memantapkan hubungan

5 kolaboratif bersama agensi dan
industri

16

Pelan Strategik Kolej Komuniti Hulu Langat 2021 - 2025MATLAMAT STRATEGIK 1

MEMBENTUK GRADUAN TVET BERKUALITI

Matlamat stategik yang pertama ialah membentuk graduan TVET berkualiti. Bagi
mencapai usaha tersebut beberapa strategi dan inisiatif yang perlu
dilaksanakan oleh KKHL dan warganya telah dikenalpasti. KKHL berhasrat
melahirkan graduan yang berketerampilan, mempunyai daya kepimpinan, dan
pelajar berminda keusahawanan. Ianya turut mengambil kira berbagai aspek
seperti perkembangan teknologi terkini iaitu Revolusi Industri 4.0, pembelajaran
abad ke 21 dan pendidikan 4.0.

17

Pelan Strategik Kolej Komuniti Hulu Langat 2021 - 2025

Keberhasilan / Bil Inisiatif Pelaksana
Outcome
Melaksanakan Program Persijilan Profesional/ Kursus Upskilling
Keberhasilan 1 1
Memantapkan
graduan yang kepada pelajar sebelum menjalani Latihan Industri
berketrampilan
Melibatkan industri dalam memberi input dan maklum balas PROGRAM AKADEMIK
2 berkaitan bidang akademik agar relevan dengan keperluan

industri semasa

Melibatkan pelajar dalam pertandingan bertaraf Antarabangsa/ UPIA
3 UPK/ UPIA

Kebangsaan/ Negeri UPRO
4 Melaksanakan soal selidik Kajian Pengesanan Graduan
5 Melaksanakan Program Laluan Kerjaya

Melaksanakan hebahan kerjaya menggunakan media rasmi
6

institusi

7 Melaksanakan soal selidik Kajian Kepuasan Majikan di industri UPIA

Menyediakan pelajar yang bersedia untuk alam pekerjaan melalui

pelaksanaan Program Persediaan Alam Pekerjaan berikut:

1) Program Bakti Siswa UHEP

Keberhasilan 2 2) Program Pembentukan Jati diri UPEP
Memperkasakan 1 UPK
kualiti program
pembangunan 3) Program Sentuhan Rohani
pelajar
4) Program Fit KKHL USK

5) Program Kerjaya PROGRAM AKADEMIK

6) Program Komunikasi Berkesan

7) Program Etiket Sosial

Memperkasa kepimpinan pelajar di dalam pengurusan dan UHEP
2

pengelolaan aktiviti berimpak tinggi

Melaksanakan Program Pembudayaan Keusahawanan merentasi UKN
1

program pengajian

Keberhasilan 3 Melaksanakan kolaboratif bersama agensi / industri / NGO dan UKN MATLAMAT STRATEGIK 1
Meningkatkan 2 PROGRAM AKADEMIK
kemahiran
keusahawanan Persatuan
pelajar 3 Mendapatkan suntikan dana daripada pihak luar

Menambahbaik ekosistem dan persekitaran yang menyokong
4

pembangunan keusahawanan pelajar

5 Melaksanakan aktiviti inovasi dan teknologi dalam keusahawanan UKN/ UPIK

18

Pelan Strategik Kolej Komuniti Hulu Langat 2021 - 2025MATLAMAT STRATEGIK 1

PETUNJUK PRESTASI

1 Bilangan Program Persijilan Profesional/ Kursus Upskilling
2 Peratus Kebolehpasaran Graduan
3 Tahap Kepuasan Majikan (Graduan yang Bekerja)
4 Peratus penglibatan pelajar dalam Program Persediaan Alam Pekerjaan

Bilangan penglibatan pelajar diperingkat Antarabangsa/ Kebangsaan
5 /Negeri
6 Bilangan pemimpin dalam kalangan pelajar

Peratus graduan menceburi bidang keusahawanan selepas
7

menamatkan pengajian dalam tempoh 12 bulan
8 Bilangan inkubator usahawan

Bilangan pelajar terlibat dalam program inovasi dan teknologi dalam
9

keusahawanan anjuran institusi

19

Pelan Strategik Kolej Komuniti Hulu Langat 2021 - 2025MATLAMAT STRATEGIK 2

MEMBUDAYAKAN PSH SEBAGAI GAYA HIDUP

Matlamat stategik yang kedua ialah membudayakan PSH sebagai gaya hidup.
Usaha ini adalah bagi memastikan lahirnya komuniti yang terlatih, wujudnya
kepelbagaian Program PSH dan terhasilnya usahawan komuniti. Strategi dan
inisiatif yang dirancang adalah menjurus kepada 5 hala tuju baharu PSH iaitu
membangunkan komuniti yang celik digital seiring 4IR, meningkatkan kualiti
hidup dan kesejahteraan masyarakat, meningkatkan kolaborasi dengan industri,
memperkukuhkan keusahawanan dan memperkasa program Pendidikan Islam
Sepanjang Hayat (PISH).

20

Pelan Strategik Kolej Komuniti Hulu Langat 2021 - 2025

Keberhasilan / Bil Inisiatif Pelaksana
Outcome UPRO
UPSH
1 Mempergiatkan promosi dan mempelbagaikan kaedah hebahan
terutamanya di media sosial UPSH

Keberhasilan 4 2 Mewujudkan sekolah angkat ULPS
UPSH
Membentuk budaya 3 Pertemuan bagi menjalin hubungan baik/rappot UPSH

PSH dalam Meningkatkan kerjasama dengan UKN, UPSH
kalangan komuniti i. Agensi ( kerajaan & swasta )
4 ii. Persatuan UPSH
iii. NGO
iv. Industri

Keberhasilan 5 1 Meningkatkan kemahiran tenaga pengajar
Menyediakan
kepelbagaian 2 Meningkatkan bilangan pelaksanaan kursus celik digital seiring
program PSH yang teknologi terkini kepada staf
relevan
3 Menawarkan kursus baharu berdasarkan permintaan komuniti

1 Memberi nilai tambah keusahawanan dalam program PSH yang
ditawarkan

Keberhasilan 6 Melaksanakan program pembudayaan keusahawanan
Melahirkan i. Seminar/ Bengkel/ Taklimat/ Talk show/ perkongsian idea
komuniti setempat 2 ii. Karnival
yang menceburi iii. Pertandingan Keusahawanan
bidang iv. Lawatan
keusahawanan
Mewujudkan mentor mentee keusahawanan dalam kalangan

peserta PSH meliputi :

3 i. Daftar perniagaan
ii. Simpan kira

iii. Pemasaran Digital

iv. Asas perniagaan

MATLAMAT STRATEGIK 2

21

Pelan Strategik Kolej Komuniti Hulu Langat 2021 - 2025MATLAMAT STRATEGIK 2

PETUNJUK PRESTASI

10 Bilangan peserta PSH
11 Bilangan kursus baharu PSH
12 Bilangan usahawan komuniti

22

Pelan Strategik Kolej Komuniti Hulu Langat 2021 - 2025MATLAMAT STRATEGIK 3

MEMPERKASAKAN TADBIR URUS YANG CEKAP
DAN BERKESAN

Matlamat stategik yang ketiga ialah memperkasakan tadbir urus yang cekap
dan berkesan. Keberhasilan yang disasarkan ialah adanya sistem penyampaian
yang cekap dan telus, pengiktirafan kepada warga dan institusi prasarana
dinamik, kecemerlangan pembelajaran dalam talian dan pengurusan
kewangan yang cekap, berhemah dan mampan. Kaedah perlaksanaan turut
merujuk kepada pendekatan pengurusan lean iaitu pendekatan bagi
pengoperasian sesebuah organisasi yang menyokong konsep
penambahbaikan. Kualiti penyampaian, produktiviti dan kecekapan semasa
melaksanakan tanggungjawab dan tugas rasmi merupakan elemen yang
diperhalusi bagi memastikan keberhasilan sistem pengurusan yang cekap dan
berkesan.

23

Pelan Strategik Kolej Komuniti Hulu Langat 2021 - 2025

Keberhasilan / Bil Inisiatif Pelaksana
Outcome

1 Membuat perancangan bajet tahunan

2 Menyediakan Laporan Prestasi Proses Pembayaran Bil Sempurna
melalui Sistem IGFMAS

3 Menyediakan Laporan VOT Dana B64 akhir tahun selepas TPP/ EO/ UKEW
penutupan akaun yang diambil dari sistem IGFMAS

4 Menyediakan laporan kewangan yang telus

Keberhasilan 7 5 Menyediakan Laporan Bulanan daripada sistem IGFMAS (Laporan
Menguruskan VOT)
kewangan yang
cekap, berhemah 6 Memantau perbelanjaan mengurus berdasarkan perancangan
dan mampan bajet tahunan setiap suku tahun

Keberhasilan 8 7 Mematuhi peraturan dan prosedur dalam pengurusan kewangan TPA/ TPP
Pengiktirafan
kepada warga dan 8 Mematuhi garis panduan langkah-langkah mengoptimum
institusi perbelanjaan kerajaan

9 Mewujudkan Pasukan Semakan Pengurusan Kewangan Institusi TPP

10 Melaksanakan pemantauan pengurusan kewangan oleh Pasukan TPP
Inspektorat Dalaman atau pegawai yang dilantik UPSH

11 Meningkatkan sumber kewangan institusi UJK

1 Mengenalpasti anugerah atau pengiktirafan sedia ada di
peringkat negeri/ kebangsaan/ antarabangsa

2 Mengadakan atau menerima lawatan penandaaras

3 Melaksanakan semakan berterusan bagi menambah baik
ekosistem kualiti institusi

4 Melaksanakan program pengajian yang memenuhi kriteria dan
standard ditetapkan oleh MQA/ MBOT
UJK/ PROGRAM
Melaksanakan sistem pengurusan kualiti yang menepati AKADEMIK
piawaian antarabangsa
5

6 Menetapkan kriteria CCRaCC institusi MATLAMAT STRATEGIK 3

7 Melaksanakan program/aktiviti CCRaCC UPPU

8 Menyediakan Laporan Pemantauan Kesepunyaan dan TPP
Keserakanan (PK&K) UJK/ ULPS
TPA/ TPP
9 Mengadakan latihan yang bersesuaian atau program intervensi TPA/ UPEP/ UHEP
jika diperlukan

10 Menyertai pertandingan di peringkat institusi/ zon/ kebangsaan/
antarabangsa

11 Mengiktiraf kecemerlangan pelajar dalam Majlis Anugerah
Akademik Pelajar

12 Mengiktiraf kecemerlangan warga setiap bulan dan tahunan TPA/ TPP

24

Pelan Strategik Kolej Komuniti Hulu Langat 2021 - 2025

Keberhasilan / Bil Inisiatif Pelaksana
Outcome
TPP
1 Menaiktaraf bangunan dan meningkatkan kemudahan di institusi
TPA
2 Menyediakan infrastruktur PdP yang seiring dgn tren semasa
UPRO
3 Menyediakan ruang kerja dan persekitaran yang selamat dan
selesa untuk proses PdP UPRO/ UPG
TPP
4 Menjalankan pemeriksaan aset secara menyeluruh UIDM
UJK
Keberhasilan 9 5 Mengenalpasti keperluan PdP pelajar secara menyeluruh melalui UJK
Mewujudkan soal selidik keperluan PdP secara berkala
prasarana dinamik
yang menyokong 6 Mengadakan kolaboratif dengan industri untuk mendapatkan
pembelajaran peralatan dan teknologi terkini

7 Mengadakan Perjumpaan Santai bersama pekerja Keselamatan
dan Kebersihan setiap bulan

8 Melaksanakan Mesyuarat JKPAK pada setiap suku tahun

9 Guna sama peralatan terkini melalui konsep Teaching Factory/
Learn & Earn

10 Mendapatkan pengiktirafan EKSA

1 Mengedarkan soal selidik kepuasan pelanggan

2 Mengedarkan soal selidik kepuasan staf, pelajar dan komuniti

3 Membuat analisa data kepuasan staf, pelajar dan komuniti

4 Melaporkan data aduan pelanggan setiap bulan dalam
mesyuarat pengurusan

Keberhasilan 10 5 Memantapkan saluran aduan yang mesra pelanggan
Mengukuhkan
sistem 6 Membuat hebahan aktiviti/ makluman/ ucapan di media sosial
penyampaian dan rasmi institusi dengan aktif dan segera
ketelusan
pengurusan serta 7 Melaksanakan promosi program sepenuh masa/ psh/ aktiviti MATLAMAT STRATEGIK 3
meningkatkan institusi dengan kaedah: i) tradisional ii) moden (statik/live)
kesejahteraan
warga 8 Mengamalkan konsep Lean Management dalam institusi

9 Melaksanakan Mesyuarat Bersama Jabatan (MBJ)

10 Melaksanakan pemantauan oleh Pasukan Inspektorat Dalaman

11 Membangunkan sistem pemantauan KPI institusi

12 Melaksanakan semakan berterusan bagi menambah baik
ekosistem kualiti institusi

13 Melaksanakan sistem pengurusan kualiti yang menepati
piawaian antarabangsa

25

Pelan Strategik Kolej Komuniti Hulu Langat 2021 - 2025

Keberhasilan / Bil Inisiatif Pelaksana
Outcome

14 Memanfaatkan sistem penasihatan akademik bagi meningkatkan TPA/
kepuasan pelajar UJK

15 Menyediakan perkhidmatan yang mesra pengguna TPP

16 Mewujudkan budaya kerja yang positif dengan memupuk nilai- TPA/ TPP
nilai teras untuk dihayati dan diamalkan oleh seluruh warga

17 Mengemaskini data terkini HRMIS secara berkala UPT

18 Pemantauan pelaksanaan pelan strategik secara berterusan UJK
melalui mesyuarat pencapaian KPI setiap suku tahun

1 Menyediakan kemudahan yang bersesuaian untuk pelaksanaan
e-Pembelajaran yang optimum

2 Melaksanakan lawatan kerja

3 Menyediakan panduan pembangunan & pengurusan e-
Kandungan berkualiti

Keberhasilan 11 4 Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pembangunan e- UIDM/ PROGRAM
Meningkatkan Kandungan dalam kalangan pensyarah AKADEMIK/ UPRO/
akses pendidikan
berkualiti, fleksibel Membangunkan e-Kandungan yang berkualiti, asli dan terbuka PPUS
dan terbuka 5 berasaskan panduan yang telah ditetapkan bagi mengukuhkan
menerusi e-
Pembelajaran. proses PdP

6 Mewujudkan perpustakaan digital dalam saluran YouTube

7 Melancarkan saluran kursus kolej

8 Meningkatkan bilangan view e-Kandungan kursus institusi.

9 Mengiktiraf pembangun e-Kandungan kursus cemerlang TPA/TPP
TPA/ UPIK
10 Menggalakkan penyetaraan e-Kandungan dengan penerbitan
dikalangan pensyarah

MATLAMAT STRATEGIK 3

26

Pelan Strategik Kolej Komuniti Hulu Langat 2021 - 2025MATLAMAT STRATEGIK 3

PETUNJUK PRESTASI

Peratus Prestasi Pengurusan Pembayaran Bil dan Tuntutan dalam 7 hari
13 selepas dokumen lengkap diterima
14 Peratus prestasi perbelanjaan mengurus
15 Tahap Penilaian Audit Naziran
16 Jumlah teriman Akaun Amanah
17 Bilangan pengiktirafan yang diterima oleh institusi daripada badan/

agensi bertauliah di peringkat negeri/ kebangsaan/ antarabangsa
18 Bilangan program yang mematuhi kriteria akreditasi penuh

Bilangan pengiktirafan yang diterima oleh staf dan pelajar di peringkat
19 negeri/ kebangsaan/ antarabangsa

Purata skor yang dicapai hasil daripada Pemantauan Kesepunyaan dan
20

Keserakanan (PK&K) di institusi
21 Peratus pencapaian CCRaCC
22 Peratus pencapaian prestasi aset alih kerajaan dalam MySPA
23 Peratus tindakan penyelenggaraan

27

Pelan Strategik Kolej Komuniti Hulu Langat 2021 - 2025MATLAMAT STRATEGIK 3

PETUNJUK PRESTASI

24 Peratus pencapaian Overall Equipment Efficiency (OEE)
25 Peratus pelaksanaan tindakan hasil aduan pelanggan

Tahap kepuasan pelajar terhadap kemudahan dan mutu perkhidmatan
26 KKHL
27 Tahap kepuasan pelanggan komuniti
28 Tahap kepuasan pekerja
29 Peratus pencapaian KPI HRMIS
30 Bilangan program yang mencapai 100% enrolmen
31 Bilangan program/ aktiviti yang dihebahkan secara langsung
32 Bilangan program/ aktiviti yang dihebahkan melalui media sosial (statik)
33 Bilangan kursus dengan e-kandungan asli dalam saluran Youtube
34 Bilangan view tertinggi e-Kandungan kursus dalam saluran Youtube

28

Pelan Strategik Kolej Komuniti Hulu Langat 2021 - 2025MATLAMAT STRATEGIK 4

MENGUKUHKAN BAKAT WARGA

Matlamat stategik yang keempat ialah mengukuhkan bakat warga. Keberhasilan
yang disasarkan ialah lahirnya tenaga kerja yang kompeten dan berkepakaran
serta warga yang berilmiah, kreatif dan inovatif. Aset utama organisasi terletak
pada mutu modal insannya yang mampu menyerlahkan bakat dan potensi diri
semasa menunaikan tugas yang diamanahkan. Ini termasuklah menghasilkan
kelompok bakat warga yang berkepakaran mendepani revolusi industri yang
sentiasa berubah seterusnya menghasilkan warga yang professional dan
kompeten.

29

Pelan Strategik Kolej Komuniti Hulu Langat 2021 - 2025

Keberhasilan / Bil Inisiatif Pelaksana
Outcome

1 Merancang program Pembangunan Profesional Berterusan staf
(CPD)

2 Meningkatkan bilangan pelaksanaan kursus celik digital seiring ULPS
dengan keperluan teknologi terkini UPK

Keberhasilan 12 3 Melaksanakan pembudayaan pembelajaran organisasi melalui
Melaksanakan kursus/sesi perkongsian/knowledge transfer
program
pembangunan 4 Membangunkan instrumen soal selidik Penilaian Rakan Sekerja
sumber manusia
5 Melaksanakan dan membuat analisa Penilaian Rakan Sekerja

6 Menubuhkan Unit Kecemerlangan PPPT TPA/TPP
PROGRAM AKADEMIK
7 Memacu kesejahteraan komuniti dengan sumbangan melalui
kepakaran

1 Melaksanakan kursus/ latihan berkaitan penyelidikan dan inovasi

2 Menghasilkan produk inovasi yang di aplikasi di organisasi luar
selain institusi

3 Penerbitan kertas ilmiah di peringkat institusi/ zon/ kebangsaan/
antarabangsa

Keberhasilan 13 4 Penyertaan pensyarah dalam seminar penyelidikan/inovasi di
Memantapkan peringkat institusi/ zon/ kebangsaan/ antarabangsa
ekosistem
penyelidikan, Penyertaan pelajar dalam pertandingan inovasi/ kemahiranyang UPIK
inovasi dan diiktiraf di peringkat institusi/ zon/ kebangsaan/ antarabangsa
komersial 5

Menganjurkan seminar penyelidikan/ pertandingan
6 inovasi/kemahiran dalam bidang tujahan di peringkat institusi/

zon/ kebangsaan/ antarabangsa

7 Mendapatkan perlindungan harta intelek daripada MyIPO

8 Memohon geran PPRN

MATLAMAT STRATEGIK 4

30

Pelan Strategik Kolej Komuniti Hulu Langat 2021 - 2025MATLAMAT STRATEGIK 4

PETUNJUK PRESTASI

35 Peratus status latihan 7 hari setahun
36 Peratus staf akademik yang memiliki sijil professional/ industri

Peratus staf akademik yang menjalani SIP/ mempunyai pengalaman
37 industri/ SME
38 Bilangan Pakar Rujuk dalam bidang
39 Bilangan produk inovasi yang diaplikasikan
40 Bilangan penerbitan kertas ilmiah

31

Pelan Strategik Kolej Komuniti Hulu Langat 2021 - 2025MATLAMAT STRATEGIK 5

MEMANTAPKAN HUBUNGAN KOLABORATIF
BERSAMA AGENSI DAN INDUSTRI

Matlamat stategik yang kelima ialah memantapkan hubungan kolaboratif
bersama agensi dan industri. Adalah diharapkan keberhasilanya ialah
keunggulan PdP bersama industri. Perubahan teknologi yang sentiasa berubah
menuntut institusi untuk sentiasa peka dan bergerak seiring dengan pihak
industri. Kesinambungan kerjasama antara institusi dan industri secara
berterusan dicapai melalui perlaksanaan program dan aktiviti mencakupi
latihan industri pelajar, pensyarah berpengalaman industri, panel penasihat,
aktiviti bersama dan keterlibatan sebagai penceramah jemputan. Perancangan
bersepadu bersama industri akan memastikan institusi bergerak seiring dengan
keperluan teknologi semasa.

32

Pelan Strategik Kolej Komuniti Hulu Langat 2021 - 2025

Keberhasilan / Bil Inisiatif Pelaksana
Outcome

1 Menganjurkan Program CEO Faculty Talk mengikut program PROGRAM AKADEMIK
UPIA
2 Mengenalpasti industri yang relevan untuk melaksanakan UPRO
kolaboratif aktif
PROGRAM AKADEMIK
3 Melantik penasihat kolej
UPIA
4 Melaksanakan mesyuarat bersama penasihat kolej dua kali PROGRAM AKADEMIK
setahun

Keberhasilan 14 5 Melantik penasihat program mengikut bidang

Mempergiatkan Melaksanakan mesyuarat bersama penasihat program sekali
setahun
program kolaboratif 6

7 Menganjurkan Program Dialog Industri

8 Melaksanakan program/ aktiviti pelajar bersama industri

UPIA

9 Melaksanakan program/aktiviti melibatkan Alumni dan Persatuan
Alumni

MATLAMAT STRATEGIK 5

33

Pelan Strategik Kolej Komuniti Hulu Langat 2021 - 2025MATLAMAT STRATEGIK 5

PETUNJUK PRESTASI

41 Bilangan Jam CEO Faculty Talk
42 Bilangan Kolaboratif aktif bersama industri
43 Bilangan Dialog Industri
44 Jam pertemuan PdP bersama industri
45 Bilangan aktiviti dengan penglibatan/sumbangan Alumni

34

Pelan Strategik Kolej Komuniti Hulu Langat 2021 - 2025

Semua matlamat strategik yang dirangka adalah bertujuan untuk memastikan
keberhasilannya berada pada tahap yang terbaik. Kesemua visi, misi, matlamat
strategik dan pelbagai inisiatif yang telah dirancang akan disokong dengan nilai

teras warga KKHL iaitu ketekunan, kerja berpasukan, integriti dan unggul. Nilai
teras yang menggabungkan sikap positif dalam diri setiap warga KKHL yang
dilaksanakan secara kolektif bakal menjadikan KKHL sebagai institusi ulung tahun

2025.

35

PETUNJUK
PRESTASI DAN

SASARAN

Pelan Strategik Kolej Komuniti Hulu Langat 2021 - 2025

BIL PETUNJUK PRESTASI SASARAN PENCAPAIAN 2021 2022 2023 2024 2025 PEMILIK
SEMASA PROSES
2020

1 Bilangan Program Persijilan 15 2 3 6 9 12 15 TPA
Profesional/Kursus Upskilling (kumulatif)

2 Peratus Kebolehpasaran Graduan 90% 95.8% 90% 90% 90% 90% 90% UPIA
4.0 4.0 4.0 4.0 4.0 4.0 UPIA
3 Tahap Kepuasan Majikan (Graduan 4.0
yang Bekerja)

Peratus penglibatan pelajar dalam 100% 62.2% 100% 100% 100% 100% 100% UHEP
4 Program Persediaan Alam

Pekerjaan

Bilangan penglibatan pelajar 15 7 3 6 9 12 15 UHEP
5 diperingkat Antarabangsa/ (kumulatif) 20 20 40 60 80 100 UHEP
8%
Kebangsaan/ Negeri 100 3
(kumulatif) 2
6 Bilangan pemimpin dalam 2485
kalangan pelajar 3

Peratus graduan menceburi

7 bidang keusahawanan selepas 9% 6% 7% 8% 9% 9% UKN
menamatkan pengajian dalam

tempoh 12 bulan

8 Bilangan inkubator usahawan 5 1 2 3 4 5 UKN
(kumulatif) 3 6 9 12 15 UKN
Bilangan pelajar terlibat dalam 5000 6000 7000 8000 9000 UPSH
15 3 6 9 12 15 UPSH
9 program inovasi dan teknologi (kumulatif)
dalam keusahawanan anjuran

institusi

10 Bilangan peserta PSH 9000
11 Bilangan kursus baharu PSH
15
(kumulatif)

37

Pelan Strategik Kolej Komuniti Hulu Langat 2021 - 2025

BIL PETUNJUK PRESTASI SASARAN PENCAPAIAN 2021 2022 2023 2024 2025 PEMILIK
SEMASA PROSES
2020

12 Bilangan usahawan komuniti 15 10 3 6 9 12 15 UPSH
(kumulatif)

Peratus Prestasi Pengurusan

13 Pembayaran Bil dan Tuntutan 100% 100% 100% 100% 100% 100% 100% UKEW
dalam 7 hari selepas dokumen

lengkap diterima

14 Peratus prestasi perbelanjaan 99% 99.68% 99% 99% 99% 99% 99% UKEW
mengurus 4

15 Tahap Penilaian Audit Naziran 4 4 4 4 4 4 UPT

16 Jumlah teriman Akaun Amanah RM150K RM72K RM100K RM110K RM130K RM140K RM150K UPSH
4 2 3 3 4 4 4 UJK
Bilangan pengiktirafan yang 3 3 3 3 3 3 UJK
diterima oleh institusi daripada 7 6 12 18 24 30 UJK
17 badan/agensi bertauliah di 0
peringkat negeri/ kebangsaan/ 0% 80% 80% 80% 80% 80% TPP
antarabangsa 50% 60% 70% 80% 80% UPPU

18 Bilangan program yang mematuhi 3
kriteria akreditasi penuh

Bilangan pengiktirafan yang

19 diterima oleh staf dan pelajar di 30
peringkat negeri/ kebangsaan/ (kumulatif)

antarabangsa 80%

Purata skor yang dicapai hasil 80%

20 daripada Pemantauan
Kesepunyaan dan Keserakanan

(PK&K) di institusi

21 Peratus pencapaian CCRaCC

22 Peratus pencapaian prestasi aset 100% 100% 100% 100% 100% 100% 100% UPA
alih kerajaan dalam MySPA

38

Pelan Strategik Kolej Komuniti Hulu Langat 2021 - 2025

BIL PETUNJUK PRESTASI SASARAN PENCAPAIAN 2021 2022 2023 2024 2025 PEMILIK
SEMASA PROSES
2020

23 Peratus tindakan 100% 100% 100% 100% 100% 100% 100% UPEM
penyelenggaraan

24 Peratus pencapaian Overall 85% 0% 85% 85% 85% 85% 85% TPP
Equipment Efficiency (OEE)

25 Peratus pelaksanaan tindakan 100% 100% 100% 100% 100% 100% 100% UPRO
hasil aduan pelanggan

Tahap kepuasan pelajar terhadap 4.0 3.93 4.0 4.0 4.0 4.0 4.0 UPRO
26 kemudahan dan mutu
4.0 4.5 4.0 4.0 4.0 4.0 4.0 UPRO
perkhidmatan KKHL 4.0 3.76 4.0 4.0 4.0 4.0 4.0 UPRO
100% 100% 100% 100% 100% 100% UPT
27 Tahap kepuasan pelanggan 3 3 3 3 3 UPG
komuniti 3
6 14 24 36 50 UPRO
28 Tahap kepuasan pekerja 0

29 Peratus pencapaian KPI HRMIS 100%

30 Bilangan program yang mencapai 3
100% enrolmen

31 Bilangan program/ aktiviti yang 50
dihebahkan secara langsung (kumulatif)

Bilangan program/aktiviti yang 100 100 100 100 100 100 100 UPRO
32 dihebahkan melalui media sosial 0 3 6 9 12 15 UIDM

(statik)

Bilangan kursus dengan e- 15
33 kandungan asli dalam saluran (kumulatif)

Youtube

39

Pelan Strategik Kolej Komuniti Hulu Langat 2021 - 2025

BIL PETUNJUK PRESTASI SASARAN PENCAPAIAN 2021 2022 2023 2024 2025 PEMILIK
SEMASA PROSES
Bilangan view tertinggi e- 2020
34 Kandungan kursus dalam saluran
1000 0 200 400 600 800 1000 PPUS
Youtube

35 Peratus status latihan 7 hari 100% 100% 100% 100% 100% 100% 100% ULPS
setahun

36 Peratus staf akademik yang 100% 85% 80% 85% 90% 95%% 100% ULPS
memiliki sijil profesional/ industri

Peratus staf akademik yang 70% 47% 50% 55% 60% 65% 70% ULPS
37 menjalani SIP/ mempunyai
10 12 14 16 18 20 ULPS
pengalaman industri/ SME 2 2 4 6 8 10 UPIK
7 5 10 15 20 25 UPIK
38 Bilangan Pakar Rujuk dalam 20 12.5 6 6 6 6 6 UPEP
bidang (kumulatif) 8 9 18 27 36 45 UPIA
1 1 1 1 1 1 UPIA
39 Bilangan produk inovasi yang 10 81 60 90 120 150 180 UPEP
diaplikasikan (kumulatif)
3 3 6 9 12 15 UPIA
40 Bilangan penerbitan kertas ilmiah 25
(kumulatif)

41 Bilangan Jam CEO Faculty Talk 6

42 Bilangan Kolaboratif aktif bersama 45
industri (kumulatif)

43 Bilangan Dialog Industri 1

44 Jam pertemuan PdP bersama 180
industri

45 Bilangan aktiviti dengan 15
penglibatan/ sumbangan Alumni (kumulatif)

40

PETUNJUK UTAMA
KEJAYAAN

Pelan Strategik Kolej Komuniti Hulu Langat 2021 - 2025

Petunjuk Utama Kejayaan

Pengukuran terhadap kejayaan Kolej Komuniti Hulu Langat untuk mencapai visi
dan misi menjadi institusi TVET dan PSH yang ulung di tanda aras kepada dua

belas (12) Petunjuk Utama Kejayaan berikut:

15 program 9% graduan 15 usahawan
persijilan menceburi komuniti

profesional/ bidang
kursus upskilling keusahawanan

pelajar

4 pengiktirafan 15 kursus dengan 25 penerbitan
yang diterima e-kandungan asli kertas ilmiah
oleh institusi
daripada badan dalam saluran
Youtube
bertauliah

90% kadar 9000 peserta 99% prestasi
kebolehpasaran kursus PSH perbelanjaan

graduan mengurus

80% pencapaian 20 Pakar Rujuk 100% program
CCRaCC dalam bidang pengajian

dilaksanakan
secara kolaboratif

dengan industri

42

PEMANTAUAN DAN
PENILAIAN

Pelan Strategik Kolej Komuniti Hulu Langat 2021 - 2025

KEBERHASILAN PEMILIK PROSES KPI

K1 TPA 1
K4, K5, K6, K7 UPSH 10, 11,12,16
UJK
K8 UPPU 17,18,19
K8 UIDM 21
K11 ULPS 33
K12 UPIK
K13 UPEP 35,36,37,38
K14 39, 40
41,44

TIMBALAN PENGARAH AKADEMIK

PENYELARAS KPI

TIMBALAN PENGARAH PENGURUSAN

KEBERHASILAN PEMILIK PROSES KPI

K1, K14 UPIA 2, 3, 42, 43, 45
K2 UHEP 4, 5, 6
K3 UKN 7, 8, 9
K7 UKEW 13, 14
UPT 15, 29
K7, K10 TPP 20, 24
K8, K9 UPA 22
UPEM 23
K9 UPRO
K9 UPG 25, 26, 27, 28, 31, 32
K10 PPUS 30
K10 34
K11

44


Click to View FlipBook Version