Edisi Ketiga
Buku Panduan Pelajar | Kolej Komuniti Hulu Langat (e-Handbook)
Kandungan
1. Aluan Pengarah
2. Pengenalan
3. 10 Lonjakan PPPM(PT)
4. Misi dan Visi Kolej Komuniti Hulu Langat
5. Piagam Pelanggan Kolej Komuniti Hulu Langat
6. Pengurusan Tertinggi
7. Unit Akademik dan Pendidikan Berterusan
• Unit Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara
• Unit Pengoperasian Perniagaan
• Unit Teknologi Maklumat
• Unit Pengajian Am
• Unit Pembelajaran Sepanjang Hayat
8. Unit Pentadbiran dan Sokongan
9. Maklumat Program Sijil Kolej Komuniti
• Unit Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara
• Unit Pengoperasian Perniagaan
• Unit Teknologi Maklumat
10. Pendidikan Berasaskan Hasil (Outcome Based Education –
OBE)
11. Peraturan Akademik
12. Amalan EKSA
13. Unit Pembangunan Pelajar
14. Unit Pengambilan
15. Unit Perhubungan Industri dan Alumni
16. Unit Peperiksaan dan Penilaian
17. Unit Pengurusan Psikologi
18. Fasiliti dan Kemudahan
Buku Panduan Pelajar | Kolej Komuniti Hulu Langat (e-Handbook)
Aluan Pengarah
Kolej Komuniti Hulu Langat
Selamat datang ke Kolej Komuniti Hulu Langat saya ucapkan kepada semua
pelajar baharu. Tahniah saya ucapkan kepada para pelajar kerana telah berjaya
mendaftarkan diri di Kolej Komuniti Hulu Langat (KKHL) untuk menjalani salah satu
program iaitu Program Sijil Teknologi Maklumat, Program Sijil Teknologi Penyejukan
dan Penyamanan Udara dan Program Sijil Pengoperasian Perniagaan.
Alhamdulillah, terlebih dahulu ingin saya memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi
kerana dengan limpah dan kurnianya Buku Panduan Pelajar Kolej Komuniti Hulu
Langat Edisi Kedua dapat juga diterbitkan. Saya ingin merakamkan jutaan terima
kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung
dalam perancangan serta penerbitan Buku Panduan pelajar ini. Buku Panduan
Pelajar KKHL ini adalah panduan kepada pelajar merangkumi pelbagai aspek
sepanjang proses pelajar untuk memperoleh Sijil Kolej Komuniti. Adalah disarankan
pelajar menjadikan buku ini sebagai sumber rujukan utama berkaitan program
sepanjang proses pembelajaran di KKHL.
KKHL merupakan salah sebuah daripada 10 Kolej Komuniti
terawal yang telah ditubuhkan di Malaysia. Bernaung di
bawah Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, KKHL telah
melahirkan ramai graduan sejak Julai 2003 sehingga kini.
KKHL proaktif untuk menyediakan perkhidmatan pendidikan
yang terbaik bagi melahirkan graduan yang holistik, berciri
keusahawanan dan seimbang.
Untuk mencapai standard dan tujuannya, setiap
program di KKHL telah menerima pensijilan akreaditasi
dari Agensi Kelayakan Malaysia. Perkhidmatan
pendidikan KKHL juga dilengkapi dengan Pensijilan
Sistem Pengurusan Kualiti ISO 9001:2015. Disamping
mempunyai persekitaran kerja yang kondusif melalui
pensijilan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) yang
sentiasa diperbaharui setiap tahun.
Akhir kata saya berharap semoga Buku Panduan
Pelajar ini dapat membantu anda sepanjang
berada di institusi. Semoga kita sama-sama
dapat menjadikan KKHL sebuah institusi
pendidikan yang hebat dan cemerlang.
Encik Zaidi Bin Zakaria
Pengarah
Buku Panduan Pelajar | Kolej Komuniti Hulu Langat (e-Handbook)
Pengenalan
Kolej Komuniti Hulu Langat
Kolej Komuniti Hulu Langat (KKHL) mula beroperasi sejak Mac 2003 dengan
menumpang di Sekolah Menengah Teknik Kajang, ketika itu menawarkan dua kursus
iaitu Sijil Penyejukan dan Penyamanan Udara dan Sijil Teknologi Maklumat. Pada Julai
2006, Unit Teknologi Maklumat telah berpindah ke bangunan sewa Plaza Citra,
Kajang. Pada tahun 2008, Program Diploma Pengurusan dan Penyelenggaraan Fasiliti
telah dilaksanakan dalam bentuk “Work Based Learning” namun ditangguhkan pada
tahun 2010. Pada 5 Mei 2009, Kolej Komuniti Hulu Langat telah berpindah ke Prima
Saujana, Kajang. Bangunan yang mempunyai keluasan Lot 1502 meter persegi ini
mempunyai kemudahan seperti bilik kuliah, dewan kuliah, bengkel, makmal
komputer, perpustakaan, bengkel masakan, bengkel jahitan dan beberapa
kemudahan lain. Kursus Sepenuh Masa yang ditawarkan di sini adalah Sijil Teknologi
Penyejukan dan Penyamanan Udara (SPU), Sijil Pengoperasian Perniagaan (SPP)
dan Sijil Teknologi Maklumat (STM).
Berikutan itu, KKHL memiliki Perancangan Strategik yang tersendiri yang disediakan
berasaskan kepada Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi)
yang menggariskan sepuluh (10) lonjakan yang perlu difahami, dihayati dan
direalisasikan untuk mencapai matlamat setiap lonjakan. Berdasarkan pencapaian
cemerlang sepanjang tiga belas (13) tahun, KKHL berhasrat untuk menggerakkan
segala kekuatan yang ada untuk melonjak ke satu tahap yang baru ke arah
mencapai visi
“Kolej Komuniti Hulu Langat Institusi TVET Dan Pembelajaran Sepanjang Hayat
Ulung Tahun 2025”
Institusi ulung yang dihasratkan adalah berdasarkan kepada lima (5) kriteria iaitu
membentuk graduan TVET berkualiti, membudayakan PSH sebagai gaya hidup,
meperkasakan tadbir urus yang cekap dan berkesan, mengukuhkan bakat warga dan
memantapkan hubungan kolaboratif bersama agensi dan industri. Ini dapat
diterjemahkan kepada pencapaian KKHL dalam meningkatkan kadar graduan yang
boleh diambil bekerja, graduan yang menceburi bidang keusahawanan, telah
mencapai status COTT dalam bidang tujahan, tenaga kerja yang mempunyai
pengalaman industri, kolaborasi penuh program pengajian dengan
industri,kepelbagaian kursus PSH dan institusi mendapat pengiktirafan badan
bertauliah. Semoga cabaran besar yang perlu ditempuhi oleh semua warga KKHL
untuk melonjakkan KKHL ke tahap tersebut dapat dilaksanakan dengan sokongan
semua pihak terutama komuniti setempat yang sentiasa bersama dengan KKHL.
3
Buku Panduan Pelajar | Kolej Komuniti Hulu Langat (e-Handbook)
10 Lonjakan PPPM(PT)
Buku Panduan Pelajar | Kolej Komuniti Hulu Langat (e-Handbook)
Visi dan Misi
Kolej Komuniti Hulu Langat
VISI
KOLEJ KOMUNITI HULU LANGAT INSTITUSI TVET DAN
PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT ULUNG TAHUN
2025
1 MISI
Melahirkan graduan yang kompeten, holistik, berciri
keusahawanan dan seimbang
2 Memperkasakan pengetahuan dan kemahiran
komuniti setempat melalui Pembelajaran Sepanjang
Hayat
3 Menyediakan persekitaran pembelajaran yang
kondusif
4 Memanfaatkan kolaboratif melalui perkongsian pintar
dengan agensi dan industri
5
Buku Panduan Pelajar | Kolej Komuniti Hulu Langat (e-Handbook)
Piagam Pelanggan
Kolej Komuniti Hulu Langat
Kami berjanji merancang dan melaksanakan perkhidmatan
pendidikan yang berkualiti dan menepati keperluan
pelanggan dengan:
1 Menyediakan program pengajian TVET yang diiktiraf oleh
agensi yang berkelayakan seperti MQA dan MBOT.
2 Menyediakan pelajar yang berkemahiran mengikut
keperluan industri.
3 Menyediakan suasana persekitaran pembelajaran yang
kondusif dan selamat.
4 Memberi akuan terima aduan kepada pengadu dalam
tempoh 3 hari bekerja dan maklum balas aduan dalam
tempoh 15 hari bekerja.
5 Menjamin sistem pengurusan berkualiti mengikut standard
antarabangsa seperti MS ISO 9001: 2015 atau yang setaraf
dengannya.
6
Buku Panduan Pelajar | Kolej Komuniti Hulu Langat (e-Handbook)
Pengurusan Tertinggi
Kolej Komuniti Hulu Langat
PENGARAH
Encik Zaidi Bin Zakaria
TIMBALAN PENGARAH TIMBALAN PENGARAH
AKADEMIK (TPA) PENGURUSAN (TPP)
Encik Muhammad Idris Puan Yuzilawati Binti
Bin Musa Mohamad Yunus
En. Zaidi En. Idris Pn. Yuzilawati
Unit Akademik
dan
Pendidikan
Berterusan
Buku Panduan Pelajar | Kolej Komuniti Hulu Langat (e-Handbook)
Unit Teknologi Penyejukan &
Penyamanan Udara
Pn. Hanin Falina
Mohd Hashim
Ts. Abd Haris Pn. Salmiah En. Mohd Hasni
Ismail Mohd Salleh Hanapi
Pn. Tilkavati En. Bahrun Ts. Shahazrin
Muthusamy Jusoh Mohd Nasir
Pn. Ramlah Pn. Hazlilawati Pn. Rohazira
Mohd Nor Zainal Ramli
9
Buku Panduan Pelajar | Kolej Komuniti Hulu Langat (e-Handbook)
Unit Pengoperasian Perniagaan
Pn. Suzana
Zainol Abidin
Pn. Arfah Hanum Pn. Siti Azura
Anuar Abu Hassan
Pn. Wan Noor Elyana Pn. Nik Mariati
Wan Mohamed Dollah
Pn. Siti Syahida Pn. Hamizah Pn. Nor Hidayah
Ahmad Jaapar Ahmad Damanhuri
10
Buku Panduan Pelajar | Kolej Komuniti Hulu Langat (e-Handbook)
Unit Teknologi Maklumat
Pn. Norhazlinda
Mohd Hanapi
Pn. Hanimastura Pn. Nor Syahidah Ts. Fadhlina
Hashim Abdul Mutalib Ahmad
Pn. Nurul Syahrina Pn. Noorhidayah Pn. Mazlaine
Mohd Shahar Mansor Hussain
Pn. Nurul Izzah Pn. Jaslin Azira
Ibrahim Jaafar
11
Buku Panduan Pelajar | Kolej Komuniti Hulu Langat (e-Handbook)
Unit Pengajian Am
Pn. Azizah
Mahadi
Pn. Yusmaria Pn. Nornazlina Pn. Nazihan
Mohd Yusoff Mohd Nor Aziziuddin
Cik Nisha Pn. Adleen Najihah
Sandrasegaran Kamaruddin
12
Buku Panduan Pelajar | Kolej Komuniti Hulu Langat (e-Handbook)
Unit Pembelajaran Sepanjang
Hayat
Pn. Suhaidal Pn. Fatimah Wati
Mohd Daud Mat Khairi
13
Unit Pentadbiran
dan Sokongan
Buku Panduan Pelajar | Kolej Komuniti Hulu Langat (e-Handbook)
Staf Pentadbiran dan
Sokongan
PEGAWAI PENERANGAN PEGAWAI BELIA & SUKAN PEGAWAI PSIKOLOGI
Cik Leong Ching Yee Pn Noor Aleeka
En Abdul Razak Abdul Mohd Mokhti
Rashid
PENOLONG PEGAWAI PEMBANTU TADBIR PEMBANTU TADBIR
TADBIR Pn Nurul Azida Abdul Pn Assuhaida Alias
Pn Intan Marliyana Zainal Aziz
PEMBANTU TADBIR PENOLONG AKAUNTAN PEMBANTU TADBIR
Pn Nurul Shahima Hanis Pn Irmawati Zaironi (KEWANGAN)
Ismail En Mior Mohamad Ammar
Mohamad Anuar
15
Buku Panduan Pelajar | Kolej Komuniti Hulu Langat (e-Handbook)
Staf Pentadbiran dan
Sokongan
PEGAWAI KHIDMAT PENOLONG PEGAWAI PENOLONG PEGAWAI
PELANGGAN TEKNOLOGI MAKLUMAT TEKNOLOGI MAKLUMAT
Pn Norziaton Madzizat Pn Sh. Fatma Aida Tn Aziz
Pn Norizyana Daud
PENOLONG PEMBANTU PUSTAKAWAN PENOLONG JURUTERA
PUSTAKAWAN En Muhammad Fadli
Pn Suza Derahman Pn Shelaila Som Razali
Norhisham Shah
PEMBANTU OPERASI PEMBANTU OPERASI PEMANDU KENDERAAN
Pn Noorhaslinda Rosli En Ahmad Sufiyan Sabri En Muhammad Aizat
Jamil
PEMANDU KENDERAAN
En Mohammad Norhazizi
Bin Tarmizi
16
Maklumat Program
Sijil Kolej Komuniti
Kolej Komuniti Hulu Langat
• Sijil Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara
• Sijil Pengoperasian Perniagaan
• Sijil Teknologi Maklumat
Buku Panduan Pelajar | Kolej Komuniti Hulu Langat (e-Handbook)
Sijil Teknologi Penyejukan
dan Penyamanan Udara
(SPU)
Buku Panduan Pelajar | Kolej Komuniti Hulu Langat (e-Handbook)
SPU
PENGENALAN
Selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2015-2025)
yang meletakkan sasaran untuk meluaskan enrolmen pelajar Technical
and Vocational Education and Training (TVET) melalui lonjakan ke-4 iaitu
menghasilkan graduan TVET yang berkualiti, Rancangan Malaysia
Kesebelas (RMK 11) diambil untuk menghasilkan 60% daripada 1.5 juta
pekerja dalam sektor TVET. Sehingga kini sebanyak 69,475 (51%) dari
136,062 graduan pendidikan dan pendidikan teknikal (TVET) di Malaysia
bekerja sebagai tenaga mahir. Oleh itu, untuk mengikuti perkembangan
pesat dalam sektor TVET, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej
Komuniti (JPPKK) secara progresif bekerjasama dengan pihak industri
utama di negara ini dalam membangunkan kurikulum sejajar dengan
keperluan semasa. Program Sijil Teknologi Penyejukan dan Penyamanan
Udara ini dibangunkan bagi memenuhi permintaan yang tinggi dalam
sektor TVET. Pelajar akan dilatih untuk mahir dalam bidang penyejukan
dan penyamanan udara domestik dan juga komersil. Selain itu,
kemahiran berkomunikasi, kerja berpasukan, keusahawanan, bersikap
profesional dan bersedia secara sukarela menyumbang kepada
masyarakat adalah antara kemahiran kendiri yang diterapkan sebelum
pelajar menjalani latihan industri dan seterusnya menjadi sebahagian
daripada tenaga mahir yang diperlukan oleh industri.
SINOPSIS
Program Sijil Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara adalah satu
program yang membolehkan pelajar mendapat pengetahuan dan
kemahiran teknikal secara teori dan praktikal. Program ini juga
direkabentuk bertujuan untuk menghasilkan graduan holistik yang
mempunyai ilmu pengetahuan dan kemahiran kompeten dalam
memenuhi permintaan tenaga kerja dalam sektor industri. Struktur
program ini merangkumi kursus Penyediaan Asas Penyamanan Udara,
Pemasangan Unit Penyamanan Udara Domestik, Penyelenggaraan Unit
Penyamanan Udara Domestik, Teknologi Worksyop, Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan (OSH), Teknologi Penyejukan dan Penyamanan
Udara, Penyejukan Domestik, Penyamanan Udara Kenderaan, Lukisan
Kejuruteraan, Teknologi Elektrik, Penyejukan Komersil, Penyamanan Udara
Industri - Package Unit dan Variable Refrigerant Volume (VRV) dan
Penyamanan Udara Industri – Chiller Unit.
19
Buku Panduan Pelajar | Kolej Komuniti Hulu Langat (e-Handbook)
SPU
MATLAMAT PROGRAM
Program ini percaya setiap individu mempunyai potensi dan matlamat
program adalah untuk membangunkan juruteknik kanan yang kompeten
dan boleh menyesuaikan diri serta bertanggungjawab bagi menyokong
aspirasi negara untuk meningkatkan tenaga kerja dalam bidang
teknologi berkaitan.
OBJEKTIF PROGRAM (OP)
Beberapa tahun setelah graduan menamatkan pengajian Program Sijil
Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara, graduan berupaya:
OP1 : dilengkapi dengan pengetahuan dan kemahiran khusus yang
diperlukan industridalam bidang teknologi berkaitan
OP2: berterusan terlibat dalam pembelajaran sepanjang hayat bagi
meningkatkan pengetahuan dan kemahiran
OP3: diterapkan dengan kemahiran keusahawanan dalam bidang
pekerjaan
OP4: mempunyai hubungan rapat dengan masyarakat dan industri
20
Buku Panduan Pelajar | Kolej Komuniti Hulu Langat (e-Handbook)
SPU
KOLEJ KOMUNITI
KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI
STRUKTUR PROGRAM
SIJIL TEKNOLOGI PENYEJUKAN DAN PENYAMANAN UDARA
KLASIFIKASI KOD KURSUS NAMA KURSUS
Teras Wajib MPU11012 SEMESTER 1
SUE10011 PENGAJIAN MALAYSIA
Teras SPU10013
Disiplin SPU10023 COMMUNICATIVE ENGLISH
PENYEDIAAN ASAS PENYAMANAN UDARA
PEMASANGAN UNIT PENYAMANAN UDARA
DOMESTIK
SPU10033 PENYELENGGARAAN UNIT PENYAMANAN
UDARA DOMESTIK
SPU10043 TEKNOLOGI WORKSYOP
SPU10052
KESELAMATAN DAN KESIHATAN
PEKERJAAN (OSH)
SEMESTER 2
PENDIDIKAN ISLAM
Teras Wajib MPU13012
MPU13022 PENDIDIKAN MORAL
Teras Biasa SBC10012
SBM10012 APLIKASI KOMPUTER
Teras SPU20063
Disiplin MATEMATIK
SPU20073
SPU20083 TEKNOLOGI PENYEJUKAN DAN
SPU20093
PENYAMANAN UDARA
PENYEJUKAN DOMESTIK
PENYAMANAN UDARA KENDERAAN
LUKISAN KEJURUTERAAN
Teras Wajib MPU12012 SEMESTER 3
SUE20021 KEUSAHAWANAN
Teras Biasa SBS10012
Teras SPU30103 COMMUNICATIVE ENGLISH
Disiplin SPU30113
SPU30123 SAINS
TEKNOLOGI ELEKTRIK
PENYEJUKAN KOMERSIL
SPU30133 PENYAMANAN UDARA INDUSTRI –
PACKAGE UNIT DAN VARIABLE
SEMESTER 4 REFRIGERANT VOLUME (VRV)
PENYAMANAN UDARA INDUSTRI – CHILLER
Latihan SUT40038 UNIT
Industri
LATIHAN INDUSTRI (LI)
JUMLAH KESELURUHAN NILAI KREDIT 60 JAM
21
Buku Panduan Pelajar | Kolej Komuniti Hulu Langat (e-Handbook)
Sijil Pengoperasian Perniagaan
(SPP)
Buku Panduan Pelajar | Kolej Komuniti Hulu Langat (e-Handbook)
SPP
PENGENALAN
Sijil Pengoperasian Perniagaan menyedia dan membekalkan pelajar
dengan pengetahuan, kemahiran dan amalan pengoperasian
perniagaan selari dengan keperluan industri. Program ini turut
mendedahkan kemajuan teknologi dan budaya inovasi bersesuaian
dengan perkembangan dunia perniagaan masa kini. Selain
melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran berkaitan
aspek perniagaan, keusahawanan, perakaunan, statistik dan ekonomi,
pelajar turut menjalani Latihan Industri sebagai persediaan awal bagi
memenuhi keperluan pasaran kerja.
SINOPSIS
Program Pengoperasian Perniagaan adalah salah satu program yang
membolehkan pelajar mendapat pengetahuan dan kemahiran bukan
sahaja secara teori bahkan juga secara amali dalam bidang
pembangunan sumber manusia, pemasaran, perakaunan dan
kewangan, ekonomi perniagaan dan pengurusan. Dengan pengetahuan
dan kemahiran yang diperolehi, mampu menyediakan pelajar ke alam
pekerjaan mahupun melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih
tinggi.
MATLAMAT PROGRAM
Program ini percaya setiap individu mempunyai potensi diri dan program
ini bertujuan untuk melahirkan ahli perniagaan yang bertanggungjawab
dan kreatif bagi menyokong agenda negara untuk mendepani cabaran
dunia perniagaan masa kini.
23
Buku Panduan Pelajar | Kolej Komuniti Hulu Langat (e-Handbook)
SPP
OBJEKTIF PROGRAM (OP)
Selepas beberapa tahun bergraduat dari Program Sijil Pengoperasian
Perniagaan , graduan berupaya:
OP 1 : mengaplikasikan pengetahuan dalam mengamalkan prinsip asas
pengoperasian perniagaan selari dengan keperluan semasa dan
perkembangan teknologi masa kini
OP 2 : menunjukkan kebolehan dalam penyelesaian masalah secara
praktikal dengan kreatif dan inovatif serta mempunyai kemahiran
berkomunikasi pengurusan perniagaan
OP 3 : memimpin pasukan dan mengaplikasikan asas teknologi digital
bagi menghasilkan output yang berkualiti dalam melaksanakan tugas
OP 4 : menunjukkan ciri-ciri usahawan yang beretika, profesional dan
berkemahiran dalam melaksanakan tugas dan menyampaikan
perkhidmatan bagi kemajuan kerjaya
24
Buku Panduan Pelajar | Kolej Komuniti Hulu Langat (e-Handbook)
SPP
KOLEJ KOMUNITI
KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI
STRUKTUR PROGRAM
SIJIL PENGOPERASIAN PERNIAGAAN
KLASIFIKASI KOD KURSUS NAMA KURSUS
Wajib SUE10011 SEMESTER 1
Teras MPU11012 COMMUNICATIVE ENGLISH
SBC10012
MPU12012 PENGAJIAN MALAYSIA
SPP10013
SPP10023 APLIKASI KOMPUTER
SPP10033
KEUSAHAWANAN
PRINSIP PEMASARAN
ASAS PENGURUSAN
MATEMATIK PERNIAGAAN
Wajib SUE20021 SEMESTER 2
Teras MPU13012 WORKPLACE ENGLISH
MPU13022 PENDIDIKAN ISLAM
SPP20043 PENDIDIKAN MORAL
SPP20053 PEMASARAN DIGITAL
SPP20063 ETIKA PERNIAGAAN
SPP20073 PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
SPP20083 PRINSIP PERAKAUNAN
STATISTIK
Teras SPP30093 SEMESTER 3
SPP30103 PEMBANGUNAN PERNIAGAAN
SPP30113 UNDANG-UNDANG PERNIAGAAN
SPP30123 PRINSIP EKONOMI
SPP30133 ASAS KEWANGAN PERNIAGAAN
SPP30143 ASAS KOMUNIKASI PERNIAGAAN
PERNIAGAAN ANTARABANGSA
Latihan SUT40038 SEMESTER 4
Industri LATIHAN INDUSTRI (LI)
JUMLAH KESELURUHAN NILAI KREDIT 60 JAM KREDIT
25
Buku Panduan Pelajar | Kolej Komuniti Hulu Langat (e-Handbook)
Sijil Teknologi Maklumat
(STM)
Buku Panduan Pelajar | Kolej Komuniti Hulu Langat (e-Handbook)
STM
INTRODUCTION
Information Technology (IT) plays a vital role in today’s world. The rapid
changing and advancement in Information Technology help to minimize
the required time involved in every aspect of life. The 21st-century
environment requires ones to be knowledgeable and savvy using
computers as well as the internet. Information Technology is being used
widely in every field of life. No works are complete without the use of IT. No
source of information is considered valid without references and possible
citations through the internet. The level of potential productivity and
desirable outcomes can be progressively increased with the proper use of
the internet and technological system. Therefore, this programme has
aimed to produce individuals with the potential to adapt the use of
technology and are responsible in the computer system and network
technology to meet the new challenges of the field of information
technology in line with the needs of the country. Students have the
opportunity to gain knowledge related to a computer system and network
theoretically and practically. It helps to ensure they acquire extensive
insight into IT. This programme additionally requires students to go
through Industrial Training to ensure students can obtain the proper
environment of work as well as pursuing to further their studies at higher
levels.
27
Buku Panduan Pelajar | Kolej Komuniti Hulu Langat (e-Handbook)
STM
SYNOPSIS
The teaching and learning of this programme are conducted in both
theoretical and practical activity. By the end of this programme, students
should be knowledgeable and practically savvy to handle IT-related task-
based from the course they have taken in this programme. This will help
the students to efficiently perform their task in the working environment.
This programme can equip students with knowledge and skills related
from the courses attained such as:
1. Technical Courses:
Discrete mathematics, Computer Architecture & Assembly, Database
Fundamentals, Problem Solving & Program Design, Application Software,
Ethics & Digital Security, Network & Communication Fundamentals,
Operating System, Digital Entrepreneurship, Programming Fundamentals,
Web Development, Multimedia Fundamentals, Object-Oriented
Programming, Introduction to Internet of Things, Mobile Application and
Project.
2. Softskills Courses:
Bahasa Kebangsaan A, Pendidikan Islam/Moral, Communicative English,
Workplace English, Pengajian Malaysia and;
3. Industrial Training
28
Buku Panduan Pelajar | Kolej Komuniti Hulu Langat (e-Handbook)
STM
PROGRAMME AIM’s
To produce individuals with the potential to adapt the use of technology
and are responsible in the administration of computer technology to
meet the new challenges of the field of information technology in line with
the needs of the country.
PROGRAMME EDUCATIONAL OBJECTIVE (PEO)
Certificate in Information Technology shall produce IT Technical Support
who are:
PEO1: IT Technical Support who apply basic knowledge and understanding
to solve problems in Information Technology field
PEO2: IT Technical Support who able to perform practical skills in
Information Technology infrastructure implementation and management
PEO3: IT Technical Support who apply digital and numeracy skills with
appropriate tools in accordance with technology requirements
PEO4: IT Technical Support who integrate interpersonal and
communication skills to show leadership, autonomy, responsibility to work
in a team due to situation needs
PEO5: IT Technical Support who able to show personal and entrepreneurial
awareness with ethics and professionalism
29
Buku Panduan Pelajar | Kolej Komuniti Hulu Langat (e-Handbook)
STM
KOLEJ KOMUNITI
KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI
STRUKTUR PROGRAM
SIJIL TEKNOLOGI MAKLUMAT
CLASSIFICATION COURSE CODE COURSE NAME
Compulsary MPU12022 SEMESTER 1
Common Core STM10142 BAHASA KEBANGSAAN A
SSK10203 DISCRETE MATHEMATICS 1
Specialization STM10163 COMPUTER ARCHITECHTURE AND ASSEMBLY
STM10173 DATABASE FUNDAMENTALS
SSK10213 PROBLEM SOLVING AND PROGRAM DESIGN
STM10282 APPLICATION SOFTWARE
ETHICS AND DIGITAL SECURITY
Compulsary MPU13012
Common Core MPU13022 SEMESTER 2
Specialization SUE10011 PENDIDIKAN ISLAM
SSK20152 PENDIDIKAN MORAL
SSK20183 COMMUNICATIVE ENGLISH
SSK20193 DISCRETE MATHEMATICS 2
STM20302 NETWORK AND COMMUNICATION FUNDAMENTALS
STM20263 OPERATING SYSTEM
STM20263 DIGITAL ENTREPRENEURSHIP
PROGRAMMING FUNDAMENTALS
Compulsary SUE20021 WEB DEVELOPMENT
Specialization MPU11012
STM30223 SEMESTER 3
STM30243 WORKPLACE ENGLISH
STM30273 PENGAJIAN MALAYSIA
STM30253 MULTIMEDIA FUNDAMENTALS
STM30294 OBJECT ORIENTED PROGRAMMING
INTRODUCTION TO INTERNET OF THINGS
Industrial Training SUT40014 MOBILE APPLICATION
TOTAL CREDIT VALUE PROJECT
SEMESTER 4
INDUSTRIAL TRAINING
60 CREDIT HOURS
30
Buku Panduan Pelajar | Kolej Komuniti Hulu Langat (e-Handbook)
Pendidikan Berasaskan Hasil
(Outcome Based Education)
O Proses atau pendekatan pendidikan yang
menumpukan kepada mencapai sesuatu
hasil pembelajaran yang ditetapkan.
B Hasil pembelajaran adalah satu
pernyataan tentang apa pelajar
patut tahu, faham dan boleh lakukan
di akhir sesuatu tempoh pengajian.
E Konsep OBE memberi fokus kepada hasil
pelaksanaan sesuatu program pengajian.
31
Buku Panduan Pelajar | Kolej Komuniti Hulu Langat (e-Handbook)
Pendidikan Berasaskan Hasil
(Outcome Based Education)
Menjurus kepada perancangan dan hasil yang bakal
diperolehi oleh setiap pelajar dalam setiap program yang
diikuti.
32
Buku Panduan Pelajar | Kolej Komuniti Hulu Langat (e-Handbook)
Pendidikan Berasaskan Hasil
(Outcome Based Education)
Perbandingan
Pembelajaran
Tradisional vs OBE
Tradisional OBE
Pelajar Pasif Pelajar Aktif
Proses Pentaksiran
Pentaksiran – Berterusan
Peperiksaan dan
Markah
Menghafal Pemikiran kreatif
Berasaskan Menyatupadukan
kandungan dan pengetahuan
topik dengan kehidupan
sebenar
Berpusatkan
Pendidik Berpusatkan
Pelajar
33
Peraturan Akademik
Buku Panduan Pelajar | Kolej Komuniti Hulu Langat (e-Handbook)
Peraturan Akademik
1. Pelajar WAJIB menghadiri setiap sesi Pembelajaran dan Pengajaran
(PdP) tidak kurang 80% dari jumlah jam pertemuan bagi setiap
kursus.
2. Bagi pelajar yang sakit hendaklah mengemukakan Surat Akuan
Doktor. Surat akuan doktor swasta adalah terhad kepada DUA (2) hari
berturut-turut dan tidak melebihi 8 hari setiap semester / kursus.
3. Bagi ketidakhadiran yang dirancang, pelajar hendaklah mengisi
Borang Permohonan Cuti Pelajar dengan mendapatkan perakuan
dari pihak yang berkenaan dan mengemukakan dokumen sokongan.
Permohonan hendaklah diajukan kepada Penasihat Akademik untuk
kelulusan tidak lewat daripada TIGA (3) hari sebelum tarikh
ketidakhadiran tersebut.
4. Bagi ketidakhadiran yang tidak dirancang, pelajar hendaklah mengisi
Borang Permohonan Cuti Pelajar dengan mengemukakan dokumen
sokongan. Permohonan hendaklah diajukan kepada Penasihat
Akademik tidak lewat daripada TIGA (3) hari selepas tarikh
ketidakhadiran tersebut untuk kelulusan.
5. Tempoh maksimum bagi ketidakhadiran bersebab adalah LIMA(5)
hari sepanjang semester.
6. Jika kehadiran pelajar kurang 90% daripada jumlah jam pertemuan
kursus, pelajar akan diberikan Surat Peringatan Ketidakhadiran (SPK).
7. Jika kehadiran pelajar kurang 80% daripada jumlah jam pertemuan
kursus, pelajar akan diberikan Surat Tunjuk Sebab Ketidakhadiran
(STSK). Pelajar yang menerima STSK dikehendaki memberi Surat
Jawapan Tunjuk Sebab dalam masa TIGA (3) hari bekerja.
8. Jika kehadiran pelajar kurang daripada 80%, pelajar akan ditahan
dari menduduki penilaian akhir (PA).
35
Amalan EKSA
Ekosistem Kondusif Sektor Awam
Buku Panduan Pelajar | Kolej Komuniti Hulu Langat (e-Handbook)
Amalan EKSA
SLOGAN LOGO
“KKHL EFEKTIF, KOMITED, SEPAKAT dan
AKTIF PASTI BERJAYA” :
Meletakkan Kolej Komuniti Hulu Langat
sebagai sebuah organisasi yang menjadi
peneraju dalam sistem EKSA dan
sentiasa bersikap positif dalam
merentasi segala cabaran.
VISI EKSA KKHL
Menjadi pusat pengembangan pendidikan komuniti yang
cemerlang melalui budaya kerja dan persekitaran yang
berkualiti.
MISI EKSA KKHL
Membudayakan amalan EKSA secara dinamik berteraskan
kualiti kerja dan persekitaran yang kondusif dengan efektif dan
berterusan.
OBJEKTIF EKSA KKHL
• Mewujudkan suasana kerja yang ceria, kondusif, teratur,
selamat dan harmonis.
• Meningkatkan semangat kerja berpasukan ke arah
pencapaian yang lebih cemerlang.
• Melahirkan warga institusi yang produktif, kreatif dan
inovatif
• Membudayakan persekitaran kerja berpasukan secara
holistik.
• Memaksimumkan penggunaan sumber dan mengelakkan
pembaziran.
37
Buku Panduan Pelajar | Kolej Komuniti Hulu Langat (e-Handbook)
Amalan EKSA
AMALAN EKSA
• Prihatin terhadap kebersihan dan kesejahteraan persekitaran
kolej.
• Berhemah apabila menggunakan bilik kuliah, dewan kuliah,
makmal, bengkel, perpustakaan, tandas serta kawasan
umum yang lain.
• Berhemah dalam penggunaan tenaga elektrik dan air.
• Menghidupkan amalan kitar semula. Mulakan dengan
menggunapakai barangan terbuang atau mencipta inovasi
yang menggunakan barangan terpakai.
• Menggunakan tong kitar semula dengan cara yang beul.
• Sentiasa ceria dan positif.
38
Unit Pembangunan
Pelajar
Puan Rosnita Binti Rabae’i
Pegawai Pembangunan Pelajar
Buku Panduan Pelajar | Kolej Komuniti Hulu Langat (e-Handbook)
Unit Pembangunan Pelajar
PERANAN UNIT PEMBANGUNAN PELAJAR
• Mengurus dan menyelia kebajikan dan disiplin pelajar
serta perjalanan BPP di Kolej Komuniti.
• Mengurus dan melaksanakan Program Persediaan
Alam Pekerjaan.
• Menyelia dan mengurus bantuan kewangan dan
insurans pelajar.
• Menguruskan hal-hal berkaitan aktiviti kelab dan
persatuan.
40
Buku Panduan Pelajar | Kolej Komuniti Hulu Langat (e-Handbook)
Bantuan Kewangan
Pelajar Kolej Komuniti boleh memohon pinjaman atau
bantuan kewangan seperti berikut:
Sijil Kolej Komuniti
Lepasan SPM
Bil Tajaan/ Bantuan
1 Bantuan Kewangan Pelajar Kolej Komuniti
(BKPKK)
2 Bantuan Agensi-Agensi Lain
Pelajar Khas
Bil Tajaan/ Bantuan
1 Bantuan Kewangan Orang Kelainan Upaya
(BKOKU)
2 Program Pendidikan Khas (PPK)
3 Bantuan Agensi-Agensi Lain
41
Buku Panduan Pelajar | Kolej Komuniti Hulu Langat (e-Handbook)
Perlindungan Insuran
INSURAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI
Semua pelajar kolej komuniti dilindungi oleh insuran
berkelompok. Sebarang tuntutan mengenai insuran boleh
menghubungi Unit Pembangunan Pelajar Kolej Komuniti Hulu
Langat.
SKOP PERLINDUNGAN AMAUN
RM10,000.00
BIL SKOP PELINDUNGAN RM20,000.00
RM10,000.00
1 Kematian Biasa/Akibat Penyakit Sahaja
2 Kematian Akibat Kemalangan Sahaja RM10,000.00
Cacat/Keilatan Kekal Menyeluruh Biasa /Akibat RM40,000.00
3 Penyakit Sahaja) (maksimum)
RM3,000.00
Cacat/Keilatan Kekal Menyeluruh akibat (maksimum)
4 kemalangan Sahaja RM2,000.00
RM50.00 sehari
Keilatan Separa Kekal Akibat Kemalangan
5 Sahaja 1000.00
Perbelanjaan Perubatan Akibat Kemalangan
6 Sahaja
7 Perbelanjaan Pengkebumian
Manfaat Elaun Wad Hospital Akibat Kemalangan
8 Sahaja (maksimum 30 hari)
9 Pampasan “Rape Trauma”
10 “Dengue Recuperation” 500.00
42
Buku Panduan Pelajar | Kolej Komuniti Hulu Langat (e-Handbook)
Kebajikan Am
PENGINAPAN PELAJAR
Unit Pembangunan Pelajar hanya membantu menyediakan
maklumat penginapan luar kampus kepada pelajar.
Urusan di antara pemilik penginapan luar kampus dengan pelajar
adalah tanggungjawab pelajar sendiri.
PERATURAN DAN ETIKA MENDUDUKI RUMAH /KEDIAMAN SEWA
a. Sampah hendaklah dibungkus dalam plastik dan dimasukkan ke
dalam tong sampah yang disediakan.
b. Kenderaan hendaklah diletakkan di tempat yang disediakan supaya
tidak menggangu lalulintas dan ketenteraman awam.
c. Sebarang perbuatan vandalisma seperti merosakkan harta guna
sama adalah dilarang sama sekali.
d. Haiwan peliharaan tidak dibenarkan berada dalam kawasan rumah
jika dikenalpasti menggangu jiran tetangga.
e. Memastikan pakaian yang hendak dijemur/sidai tidak berair yang
boleh menyebabkan air meleleh /mengalir ke flat/pangsapuri dan
kondominium lain.
f. Bagi mengelakkan saliran air tersumbat, pastikan saluran
/perangkap lantai bebas daripada segala sampah sarap yang
boleh tersekat dalam saliran yang boleh mengakibat limpahan najis.
g. Pelajar luar kampus merupakan sebahagian daripada komuniti
masyarakat setempat. Sebagai ahli masyarakat, pelajar mempunyai
tanggungjawab membina satu komuniti yang sihat, selesa dan
selamat.
h. Pelajar luar kampus seharusnya membina hubungan yang baik
dengan jiran sekeliling dan menghormati mereka tanpa mengira
bangsa dan agama.
i. Menjaga peradaban dan pergaulan agar tidak menimbulkan syak
wasangka yang buruk.
j. Berpakaian dengan sopan.
k. Menjaga kebersihan rumah dan persekitaran kawasan.
l. Mengelakkan daripada membuat bising bagi memelihara
ketenteraman dan keharmonian tetangga.
m. Majlis program kemasyarakatan wajar dihadiri dan memberi
kerjasama atau pertolongan apabila diperlukan oleh jiran
tetangga/rakan serumah.
n. Adalah menjadi tanggungjawab pelajar untuk melapor tentang
kejadian yang melibatkan rakan rumah. Elakkan rakan serumah
membawa masuk pasangan berlainan jantina.
o. Pelajar luar kampus merupakan duta kecil yang memasarkan
kebangaan Kolej Komuniti melalui ketrampilan,budi bahasa dan
modal insan yang berkeupayaan dan berpengetahuan dimata
masyarakat. Nama baik Kolej komuniti perlu dipelihara sepanjang
masa.
43
Buku Panduan Pelajar | Kolej Komuniti Hulu Langat (e-Handbook)
Pengurusan Disiplin
PERATURAN AM
Seseorang pelajar adalah tertakluk kepada Akta 174 [Akta
Institusi Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976] dan pindaan-
pindaannya dibaca bersama dengan Garis Panduan
Pengurusan Hal Ehwal Kolej Komuniti edisi terkini.
Seseorang pelajar perlu mengikut etika berpakaian yang
ditetapkan oleh Kolej bagi menghadiri kuliah, tutorial,
peperiksaan, kelas, bengkel atau mengikuti atau menghadiri
sebarang aktiviti sama ada di dalam atau di luar kolej atau
semasa berada di mana-mana bahagian di dalam kolej.
44
Buku Panduan Pelajar | Kolej Komuniti Hulu Langat (e-Handbook)
Disiplin dan Tatatertib
SENARAI KESALAHAN-KESALAHAN MENGIKUT KATEGORI
KOD JENIS KESALAHAN
1 1. Perpustakaan [Kaedah 3 (i)]
a. Lewat/tidak memulangkan buku atau bahan dalam tempoh yang
ditetapkan.
b. Merosakkan buku atau bahan.
c. Menghilangkan buku dan bahan yang dipinjam.
d. Bising/mengganggu ketenteraman di dalam perpustakaan.
e. Makan/minum/tidur/membuat sesuatu yang akan menjejaskan suasana
ketika di dalam perpustakaan.
f. Membawa makanan/minuman ke dalam perpustakaan.
g. Menggunakan kad perpustakaan pelajar lain.
h. Melakukan perbuatan yang mencolok mata.
i. Mencuri atau membawa keluar bahan majalah, surat khabar, buku rujukan
red spot dan bahan berjilid tanpa kebenaran Pegawai Perpustakaan.
j. Tidak mematuhi arahan etika berpakaian mengikut Panduan dan Peraturan
Am Pelajar Kolej Komuniti.
k. Membawa masuk beg, fail besar, kamera, topi keledar, jaket, senjata tajam
atau yang seumpamanya ke dalam perpustakaan.
l. Mengoyak/menggunting/menconteng bahan-bahan bacaan di
perpustakaan.
m. Merosak dan memusnahkan mana-mana harta kepunyaan perpustakaan
atau berkelakuan yang boleh membawa kerosakan kepada bahan tersebut.
n. Tidak menjaga kebersihan perpustakaan.
o. Mengubah susunatur perabot dan peralatan perpustakaan.
p. Menggunakan telefon mudah alih (handphone) atau sebarang bahan
elektronik sehingga mengganggu ketenteraman orang lain.
2Ai 2. Pakaian Dan Penampilan Diri [Kaedah 6]
A. Pelajar Lelaki
i. Pakaian
a. Memakai baju kemeja yang tidak berlengan.
b. Memakai baju ’T’ tidak berkolar kecuali untuk aktiviti sukan.
c. Memakai baju ’T’ yang mempunyai tulisan atau gambar yang membawa
pengertian liar, negatif, lucah atau mempunyai lambang mana-mana parti
politik.
d. Memakai baju kemeja atau ’T’ yang tidak dimasukkan ke dalam seluar (tuck
in).
e. Memakai baju kebangsaan (baju melayu) yang tidak lengkap bersamping,
berkasut, bersongkok hitam.
f. Memakai pakaian yang bertampal, koyak atau bertampung dalam apa jua
bentuk sekalipun.
g. Memakai pakaian yang tidak dibutang atau dizipkan dengan sempurna.
h. Memakai tali pinggang atau fesyen kepala tali pinggang yang tidak sesuai.
i. Memakai seluar jenis jeans biru atau lusuh.
j. Memakai seluar ketat.
k. Memakai seluar half cut.
l. Memakai kasut tanpa stokin.
m. Memakai selipar, terompah, sandal, capal atau berkaki ayam.
n. Tidak memakai pakaian bengkel ketika berada di bengkel.
45
Buku Panduan Pelajar | Kolej Komuniti Hulu Langat (e-Handbook)
Disiplin dan Tatatertib
KOD JENIS KESALAHAN
2Aii
2Aiii ii. Rambut
2Bi a. Rambut panjang melebihi paras kolar baju, paras tepi melebihi paras atas
2Bii telinga, paras depan melebihi garisan tengah dahi.
2Biii b. Rambut tidak kemas.
3 c. Rambut berfesyen seperti afro, punk, berekor atau diwarnakan.
iii. Perhiasan
a. Memakai sebarang bentuk perhiasan seperti rantai, gelang tangan subang.
b. Apa-apa perhiasan diri yang membawa maksud negatif.
B. Pelajar Perempuan
i.Pakaian
a. Memakai pakaian yang mencolok mata seperti pakaian yang ketat, jarang,
singkat, berbelah, nipis dan mendedahkan mana-mana bahagian badan.
b. Memakai baju yang labuhnya di atas paras punggung.
c. Memakai skirt yang lebih pendek dari paras lutut.
d. Memakai baju ’T’ yang mempunyai tulisan atau gambar yang membawa
pengertian liar, negatif, lucah atau mempunyai lambang mana-mana parti
politik.
e. Memakai baju ’T’ tidak berkolar kecuali untuk aktiviti sukan.
f. Memakai pakaian yang bertampal, koyak atau bertampung dalam apa jua
bentuk sekalipun.
g. Memakai pakaian yang tidak dibutang atau dizipkan dengan sempurna.
h. Berseluar ketat, singkat atau menampakkan susuk badan.
i. Memakai seluar jenis jeans, banyak poket, corduroy.
j. Memakai seluar half cut.
k. Memakai selipar, terompah, sandal, capal atau berkaki ayam.
l. Tidak memakai pakaian bengkel semasa berada di bengkel.
ii. Rambut
a. Rambut tidak kemas.
b. Rambut berfesyen seperti afro, punk, berekor atau diwarnakan.
iii. Perhiasan
a. Memakai perhiasan seperti rantai, gelang tangan, cincin dan subang secara
berlebihan.
b. Memakai perhiasan diri bukan pada tempat sepatutnya.
c. Bersolek secara berlebihan.
3. Kebersihan Di Dalam Kampus [Kaedah 21]
a. Membuang sampah merata-rata di sekitar kampus.
b. Menampal sebarang notis dan iklan tanpa kebenaran pihak berkuasa
kampus.
c. Mengotorkan/meludah merata-rata di sekitar kampus.
d. Memetik/mematah/merosakkan pokok hiasan/pokok bunga tanpa
kebenaran pihak berkuasa kampus.
46
Buku Panduan Pelajar | Kolej Komuniti Hulu Langat (e-Handbook)
Disiplin dan Tatatertib
KOD JENIS KESALAHAN
4
4. Membuat Bising [Kaedah 22]
a. Meninggikan suara atau mengeluarkan bunyi bising sehingga menyebabkan
kegusaran atau gangguan kepada pihak lain di dalam kampus.
b. Menggunakan peralatan elektrik/elektronik sehingga menyebabkan bunyi
bising dan menimbulkan kegusaran atau gangguan kepada pihak lain di
dalam kampus.
c. Menggunakan kenderaan bermotor yang mengeluarkan bunyi sehingga
menyebabkan kegusaran atau gangguan kepada pihak lain di dalam
kampus.
d. Perlakuan yang mencetuskan bunyi bising yang menyebabkan kegusaran
atau gangguan kepada orang lain.
5 5. Tempat Tinggal/Tempat Tidur Di Dalam Kampus [Kaedah 23]
a. Menduduki atau menginap di dalam kampus tanpa kebenaran.
6 6. Kad Pelajar [Kaedah 25]
a. Tidak memakai kad rasmi pelajar semasa berada di dalam premis/kampus.
b. Tidak memakai Kad Pelajar pada baju/jaket/blazer pada paras dada supaya
boleh dilihat dengan jelas.
c. Memakai Kad Pelajar yang diconteng, diubahsuai atau dipinda tanpa
kebenaran pihak berkuasa kolej.
d. Memakai Kad Pelajar milik pelajar lain.
7 7. Lalulintas Jalan [Bahagian V]
a. Menggunakan kenderaan yang tidak didaftarkan dengan pihak HEP
b. Tidak mempamerkan pelekat kenderaan yang sah.
c. Tidak mematuhi had laju yang telah ditetapkan.
d. Memandu/menunggang dalam keadaan yang membahayakan.
e. Menggunakan kenderaan yang mengeluarkan bunyi bising/kuat/ubahsuai.
f. Meletakkan kenderaan bermotor di tempat yang tidak dibenarkan.
g. Membawa pembonceng yang bukan muhrim (berlainan jantina).
h. Membawa pembonceng melebihi dari seorang.
i. Memandu atau menunggang kenderaan di atas koridor/beranda/kaki
lima/halaman berkepung atau dalam mana-mana bahagian dari mana-
mana bangunan.
j. Tidak memakai topi keledar semasa menunggang motosikal.
k. Menggunakan kenderaan tanpa lesen memandu dan cukai jalan yang sah.
l. Memandu atau menumpang kenderaan tanpa memakai tali pinggang
keledar.
47
Unit Pengambilan
Puan Rosnani Binti Yahya
Pegawai Pengambilan
Buku Panduan Pelajar | Kolej Komuniti Hulu Langat (e-Handbook)
Pengambilan Pelajar
Syarat Kelayakan Masuk Program Sijil Kolej Komuniti (SKK)
a. Warganegara Malaysia
b. Lulus SPM/SPMV@Setara
c. Kredit mana-mana mata pelajaran (untuk yang memohon
Program Sijil Pengoperasian Perniagaan sahaja)
Penangguhan Pengajian
Semua permohonan penangguhan hendaklah dikemukakan
oleh pelajar kepada Pengarah Kolej Komuniti, Pemohon perlu
mengisi Borang Penangguhan Pengajian beserta dokumen
sokongan (surat rayuan pelajar/ ibu bapa/penjaga atau
laporan kesihatan) jika ada. Keputusan rayuan akan
dimaklumkan oleh pihak Kolej Komuniti kepada pelajar.
Berhenti Pengajian
Pelajar perlu mengisi borang berhenti iaitu borang berhenti
pengajian. Pihak Kolej Komuniti akan memaklumkan
keputusan permohonan kepada pelajar.
Pertukaran Program Kolej
Semua proses pertukaran program/Kolej hendaklah
dikemukan oleh pelajar kepada Pengarah Kolej Komuniti.
Yuran Pengajian
Yuran Pengajian RM200 semester
49