LELAKI P A K A I A N • Gabungan 2-pieces suit atau 3-pieces suit yang menggunakan warna, corak dan bahan yang sama terdiri daripada :-. i. Kot ii. Seluar panjang • Seluar dan kot mestilah sepadan dari segi warna dan jenis kain; • Warna sut yang digalakkan adalah warna gelap; • Sut perlu dipadankan dengan kemeja lengan panjang dan tali leher; • Ikatan tali leher yang sesuai adalah simpul segi tiga dan tidak dibenarkan memakai bow tie; • Paras tie pin perlu searas dengan saku baju; • Rambut yang pendek dan rapi; dan • Kasut hitam bertutup dan stoking berwarna hitam. 1 . L O U N G E S U I T ( 2 P I E C E S )
• Kemeja yang dipilih hendaklah selesa dan digalakkan warna pastel apabila dipakai; • Kemeja harus dipadankan dengan seluar slack berwarna gelap (hitam / biru gelap) serta tali pinggang juga berwarna hitam; • Kemeja berkolar dan berlengan panjang hendaklah dibutangkan atau memakai kafling; • Kemeja hendaklah dimasukkan ke dalam (tuck in) dan lengan dilipatkan; • Kemeja berjalur hendaklah dipadankan dengan tali leher tanpa corak dan sebaliknya; • Ikatan tali leher yang sesuai adalah simpul segi tiga dan tidak dibenarkan memakai bow tie; • Sekiranya memakai tie pin, paras tie pin di bahagian tengah saku baju; • Sekiranya kemeja mempunyai butang kolar, kolar harus dibutangkan; • Rambut yang pendek dan rapi; dan • Kasut hitam bertutup dan stoking berwarna hitam LELAKI P A K A I A N 2 . K E M E J A
BAJU KEBANGSAAN / TRADISIONAL • Pakaian kebangsaan / tradisional mengikut kaum; • Pemakaian Baju Kebangsaan bagi lelaki adalah Baju Melayu lengkap bersampin, bersongkok hitam dan butang dikenakan secara lengkap; • Pemakaian sampin yang bersesuaian dengan warna baju; dan • Kasut hitam bertutup dan padanan stoking mengikut warna yang bersesuaian LELAKI P A K A I A N 3 . T R A D I S I O N A L
1. LOUNGE SUIT (2/3 PIECES) • Gabungan 2/3 pieces suit yang menggunakan warna, corak dan bahan yang sama terdiri daripada:-. i. Kot; ii. Kain labuh; dan iii. Seluar panjang. • Seluar dan kot mestilah sepadan dari segi warna dan jenis kain; • Warna sut digalakkan warna gelap; • Berpenampilan selain daripada pakaian lounge suit bagi wanita adalah blouse paras punggung dan kain labuh atau boleh dipadankan dengan seluar slack berwarna gelap; • Bagi wanita yang berambut panjang selok-eloknya disanggulkan / netting; • Perlu dipakai dengan kemeja lengan panjang dan dipadankan dengan skaf / tudung yang bersesuaian; • Bagi wanita yang memakai subang telinga hendaklah memakai subang telinga yang bersesuaian; • Solekan yang sederhana; • Postur badan yang betul semasa duduk dan berjalan; dan • Kasut hitam dan padanan stoking mengikut warna yang bersesuaian. PEREMPUAN P A K A I A N 4 . L O U N G E S U I T ( 2 / 3 P I E C E S )
• Pemakaian Baju Kebangsaan bagi perempuan adalah termasuk Baju Kurung/ Kebaya / Kebarung, Cheongsam, Sut Punjabi dan Sari; • Baju Kurung / Kebaya / Kebarung hendaklah dipakai mengikut keselesaan (tidak terlalu ketat) dan tidak terlalu jarang; • Bagi wanita yang bertudung, digalakkan memilih tudung yang sepadan dengan warna baju; • Cheongsam haruslah berlengan panjang dan labuh; dan • Sari dan Cheongsam perlu dipakai mengikut keselesaan dan bersesuaian (tidak jarang, labuh, tidak ketat dan menutup badan tanpa mendedahkan mana-mana bahagian badan). PEREMPUAN P A K A I A N 5 . B A J U T R A D I S I O N A L
• Pemakaian seluar trek panjang yang bersesuaian; • T-shirt sukan berkolar lengan pendek (LELAKI) dan lengan panjang (PEREMPUAN); • Pakaian yang sesuai dan selesa yang tidak menghalang pergerakan ketika melaksanakan tugas harian; dan • Kasut getah / kasut sukan LELAKI& PEREMPUAN P A K A I A N 6 . P A K A I A N S U K A N
TERIMA KASIH GURU ADALAH CITRA KEPADA MURID DAN MASYARAKAT